Tuesday, February 10, 2009

PEMUDA UMNO WP & SELANGOR GEGARKAN IBU KOTA PAGI TADI ; kebiaDAPan KARPAL SINGH : AMARAN PEMUDA - MINTA MAAF SEGERA KALAU TIDAK...........

KUALA LUMPUR, 10 Feb 2009 -- Lebih 800 ahli daripada Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dan Selangor hari ini dengan lantang bersuara dan mendesak supaya Pengerusi DAP Karpal Singh supaya meminta maaf kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dengan secepat mungkin .Kalau tidak mereka akan membuat demontrasi setiap hari dihadapan pejabat Karpal Singh di Jalan Pudu. Mereka juga melaungkan sifa-sifat kebiaDAPan Karpal Singh dengan begitu bersemangat sekali. Lauangan mereka bagaikan mengegarkan suasana di ibu kota awal pagi tadi. Mereka mula berkumpul dihadapan Menara Maybank di Jalan Tun Perak seawal lapan pagi lagi. Kemudian mereka bergerak menuju ke pejabat Karpal Singh di Jalan Pudu dengan melaungkan " Daulat Tuanku". Semua yang hadir mengikat reben warna kuning. Mereka juga dengan kuat dan lantang bersuara...tangkap...tangkap...tangkap Karpal.
Keadaan menjadi lebih cemas dan panas apabila mereka menghampiri pejabat guaman Karpal Singh di Jalan Pudu.Namun keadaan begitu terkawal.Anggota FRU dan polis berjaya mengawal keadaan dengan baik.
Namun pasukan Pemuda UMNO WP dan Selangor gagal menyampaikan memorandum empat muka surat kepada Karpal Singh sebaliknya mereka memasukkanya dibawah pintu masuk pejabat Karpal Singh.
KARPAL TAK akan MINTA MAAF ?
Sementara itu, Wilayahkini difahamkan Karpal Singh bertekad tidak akan meminta maaf dan masih berpegang dengan pendirianya. Karpal juga dikatakan menyalahkan pihak polis yang membenarkan demontrasi diadakan sampai ke pejabatnya.
Sementara itu, seorang rakan dari Pemuda UMNO memberitahu Wilayahkini bahawa, Pemuda UMNO WP akan terus mendesak demi mempertahankan raja - raja melayu dan juga bangsa melayu.
Daulat Tuanku... Daulat Tuanku..
( Gambar majlis pagi tadi )

10 comments:

Anonymous said...

Tahniah Pemuda WP dan Selangor! Diharap ikhlas didalam perjuangan. Komitmen sebegini rupa yg harus ditonjolkan dan menjadi contoh ikutan barisan Pemuda lainnya apatah lagi disaat Ketuanan Melayu terus di pertikaikan.

Anonymous said...

Demo seperti memang tidak digalakkan tapi dalam keadaan seperti sekarang, mungkin ia perlu dilakukan tatapi dengan syarat haruslah dilakukan dengan aman. Bukan macam demo di Perak yang disertakan dengan tindkan liar penyokong PR...

Anonymous said...

Harapkan berarak macam PR je lah ..
Lain2 kerja tak tau ..

Nak glamour .. muka kuar dlm surat khabar dan tv .. itu jer Pemuda UMNO boleh buat.

bungaraya said...

Dulu semasa Karpal Singh mempertikaikan kedudukan agama islam, beliau dah minta maaf. Dan dah kena maafkan pun. Sekarang beliau derhaka dan kurang ajar kepada Raja kita!!!Nak minta agar beliau mohon maaf lagi? Saya rasa harus ada tindakan yang lebih kuat bagi menyedarkan beliau dan sesiapa yang cuba untuk kurang ajar kepada Raja melayu.

Anonymous said...

Kepada Pemuda UMNO Wilayah Jugak, sekurang-kurangnya mereka buat sesuatu. Apa yg anda ada buat selain drpd duduk sembang politik di kedai kopi sambil memberi kritikan yg tidak langsung membantu perjuangan bangsa?

Sungai Dali said...

Salam. Apa yang pasti tindakan mendesak Karpal Singh memohon maaf tidak mencukupi apatahlagi untuk meredakan kemarahan masyarakat Melayu baik di Perak mahupun diseluruh Malaysia. (Saya tidak meletakkan YB atau Yang Berhormat disebabkan Karpal Singh tidak layak memangku gelaran semulia itu) Wassalam.

Anonymous said...

Anonymous...

Adakah dgn demo boleh menyelesaikan masalah.

Demo yang di buat adalah semata-mata kepentingan politik.

Sebab masing2 akan bertanding pada pemilihan kali ini.

Isu Karpal ini adalah salah satu peluang saudara2 semua untuk menonjolkan diri.

Mcm aku tak tau perangai korang,asalkan ada isu sikit jer,buat repot polis dan kemudian panggil media ( surat khabar nyamuk pun tak apa ) asalkan muka keluar dlm tv atau surat khabar.

Naik lah sikit saham itu kalau muka keluar dlm media.

Ini semua aku dah nampak lama dah.

Anonymous said...

Karpal Singh tak layak duduk di negara ini. Beliau patut dibuang taraf warganegara. Bukan beliau saja malah sesiapa saja yang menderhaka kepada Sultan semata-mata untuk menghalalkan cara politik masing-masing wajar diajar dengan cara sedemikian. Tidak layak bagi mereka menduduki negara ini...

Anonymous said...

kalau kita nak buat tindakan atas karpal... meh kita ambik cermin buat cerminan diri...

derhaka moden...

anuar musa ketua istadat pertabalan 'sultan kelantan'...

shahidan kassim & idris jusoh pertikaian jawatan MB...

muhamad muhd taib kawin lari n xngaku ddepan sultan selangor...

Dr M melondehkan intitusi diraja semasa krisis perlembagaan...

ini antara senario2 yg telah djadikan cth oleh karpal utk bertindak n berkata tentang duli2 tuanku raja melayu...mengapa???

bila ianya dtg dari selain KITA (UMNO)kita buat propaganda ianya penderhakaan disemua mass media...

namun apa tindakan yg kita ambil pada pemimpin2 kita bila mereka mencemar kedaulatan duli2 tuanku raja melayu...hatta satu laporan polis pun x kita buat... semua atas rasa taksub kita terhadap pimpinan...

oleh itu saudara2ku dlm UMNO apa jua tindakan kita ianya adalah cerminan kepada tindak tanduk mereka...

guru kencing berdiri anak murid kencing berlari... ingat kata2 ni..

Anonymous said...

Saya sokong ngan pendapat muda belia.

Kita patut cermin diri kita dahulu. Dan jgn perbodohkan rakyat ngan citer2 yg sekerat2 shj.

Sian kami PEMUDA UMNO di bawah nie kena menjawab ngan AnAK mUDA disebabkan 'kerakusan' ORG ATASAN.

org lihat pemimpin kita lebih sibuk berpolitik daripada mentadbir negara.

AKU SAYANG MALAYSIAKU....JGN BUAT KAMI MENDERITA HANYA KERNA ANDA SEMUA GILA KUASA.....