Saturday, February 21, 2009

WANITA SUDAH KEMBALI PANAS ; RAFIDAH DAN SHAHRIZAT SEDIA BERENTAP ; WANITA WP AKAN SOKONG KETUA MEREKA ?

KUALA LUMPUR 21, Feb 2009 -- Sekiranya semalam Tan Sri Rafidah Aziz dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak bertentang mata tapi hari ini kedua - dia mereka bertembung antara satu sama lain di Alor Setar dalam satu majlis memperkenalkan calon - calon Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.
Rafidah dan Shahrizat dilihat bersalaman antara satu sama lain selepas diminta oleh pihak media walaupun disebalik kepanasan politik Wanita UMNO Malaysia yang kini semakin panas selepas - sejuk seketika.

Ketika Rafidah yang dilihat agak "cemas dan huru hara" sikit ekoran daripada tindakan drastik Shahrizat untuk berentap denganya bagi jawatan Ketua Wanita, di satu sudut lain pula , Shahrizat yang juga Ketua Wanita Wilayah Persekutuan nampak tenang dan cool .
" Kalau kalah , tidak menjadi kudis bagi saya.Ini lumrah dalam politik.Saya pernah tewas sekali dulu...saya Ketua...orang cabar saya pertahan saja", kata Rafidah hari ini di Alor Setar. Sila klik - mStar .
Shahrizat pula yakin perwakilan cukup matang untuk memilih calon bagi memimpin pergerakan Wanita UMNO Malaysia.
Sementara itu, dua orang kanan Rafidah dari Wilayah Persekutuan- Datuk Faridah ( Ketua Wanita Cheras ) dan Datuk Azizah Samad ( Ketua Wanita Seputeh ) dijangka akan berkerja keras memastikan kemenangan Rafidah kali ini. Apakah undi untuk Shahrizat akan pecah di negerinya sendiri ?
UNDI WILAYAH MACAM MANA ?
Sementara itu, Wilayahkini difahamkan ramai perwakilan dari Wilayah Persekutuan akan "go all out " untuk Shahrizat kali ini. Mereka mahu memastikan kemenangan Shahrizat. Ketua Wanita Bandar Tun Razak, Salmah Pin yang juga merupakan Penolong Setiausaha Wanita UMNO Wilayah Persekutuan yang akan bertanding bagi jawatan Exco Wanita UMNO Malaysia dijangka akan mengemudi pasukan Shahrizat di Wilayah Persekutuan. Salmah juga dilihat salah seorang pemimpin wanita UMNO yang cukup berdedikasi dan bakal dilantik sebagai Ketua Wanita WP sekiranya Shahrizat menang jawatan Ketua Wanita.Apakah akan ada pengumuman rasmi dari Wanita WP untuk menyokong Ketua mereka Shahrizat selepas ini ? ataupun mereka akan terus berdiam diri ?
( Gambar sidang akhbar semalam tanpa Shahrizat ...... )

13 comments:

Anonymous said...

Kami mahukan Kak Ijat kita menang.Kami akan pastikan. mana suara wanita yang lain ?

Anonymous said...

Pandangan Wilayahkini memang benar Salmah Pin. Beliau memang rajin dan kuat berkerja.Dan yang paling penting ialah , beliua ada prinsip dan bukan cam orang lain. Harap Wilayahkini siar gambar Kak Salmah Pin.

Anonymous said...

Saya nak sanggah sikit saranan Wanita Setiawangsa. Jangan kita nak sokong tak tente arah.Berikan peluang kepada perwakilan untuk buat keputusan dengan bebas.Kita jangan main paksa.

Anonymous said...

Shahrizat Ketua Wanita yang lebih baik.

Anonymous said...

Sokong Kak Ijat.

Anonymous said...

sokong Rafidah Aziz, apa korang nak cakap? undi tu rasia.. aku tetap sokong Rafidah Aziz walaupun aku di Wilayah Persekutuan

Anonymous said...

Hidup Rafidah Aziz!

Anonymous said...

Pada pandangan saya pertandingan kali ini amat sengit, Kak dah punyai pengalaman yg luas dan kak ijat pemimpin muda yg punya potensi menjadi pemimpin pelapis.

Apapun yg lebih penting, biarlah pertandingan ini untuk mencari pemimpin yg terbaik dan di terima oleh ahli2 serta parti akan jadi lebih kuat dan relevan pd masa kini.

Kak Dah pun pemimpin Wanita Melayu yang ingin menawarkan diri, walaupun agak terlalu senja bagi setengah pihak. Dan Kak Ijat juga pemimpin Wanita Melayu yg ingin menaburkan bakti murni untuk memperjuangkan martabat wanita.

Sebagai kesimpulannya, Perwakilan wanita harus bijak untuk memilih pemimpin. Jangan terlalu emosional dalam berkempen. Kempen secara sihat dan ketengahkan kebolehan calon masing2. Supaya lepas pertandingan nanti tidak wujud perpecahan dlm wanita.

Wanita punya tugas dan tanggung jawab yg lebih besar, terutamanya untuk persiapan Jentera pilihanraya ke 13 akan dtg. Menang dalam parti tapi kalah dlm pelihanraya adalah malang buat kita semua.

Perjuangan UMNO masih di terima oleh rakyat cuma pemimpin harus berubah sikap dan ambil tahu masaalah ahli dan rakyat. Itu saje perubahan yg perlu di buat. Pengalaman PRU 12 amatlah memeritkan kita dan jgn ulangi kesilapan yg lalu.

Kak Mah
Veteran UMNO

Anonymous said...

Saya hormat dgn pandangan madu tiga (M3), tapi biar kepimpinan baru yg memilih siapa yg layak. Siapa tak teringin nak duduk kat situ. Ramai lagi Ketua2 Wanita Bhgn yg lebih senior dan berpengalaman. Jgn tolak pemimpin yang tak sokong kita. Mereka pun pejuang tapi punyai pendirian yg berbeza2. Wanita perlu ada maruah diri dan jangan sampai orang lain perkotak katikkan kita. Kita semua adalah bersaudara. Cuba jadi seorang wanita yang punyai jati diri, berbudi bahasa, sifat keibuan yg punyai nilai kaseh sayang dan bermoral. Kalau ini lah yg ada pd kita semua nescaya kita akan selamat di dunia dan akhirat.

Kita semua terlupa kepada adik kecil kita Pergerakan Puteri, saya lihat wanita UMNO harus memberi bimbingan kpd mereka. Jgn jauhkan diri drp mereka kerana mereka juga akan menjadi pemimpin pelapis kpd pergerakan wanita. Sebaik baiki nya, selepas ahli2 pergerakan puteri memasuki era per wanita mereka ini harus di beri tempat yg bersesuaian dgn kebolehan mereka.

Saya sentiasa berdoa agar Wanita UMNO akan terus berjaya. Terima lah keputusan dengan hati yg terbuka demi perpaduan kita semua.

Salam perjuangan

Salina
Wanita BTR

Anonymous said...

biar benar kak Mah? sejak bila bertukar sokong kak pidah? play safe nampak???? heheheheheheheh

Anonymous said...

Saya amat memahami perasaan Otai yang begitu peka dlm menganalisa politik tanah air.

Sebenarnya, sebagai orang lama dan saya pun macam otai suka mengambil tahu perkembangan politik semasa.

Namun dlm soal pertandingan ini, saya suka mengingati semua ahli ahli wanita supaya buat pilihan yg betul. Jangan nanti tersilap pilih kita menyalahkan pemimpin yg telah di pilih. Seharusnya, selepas pemilihan yang kalah perlu menyokong yang menang. Dan yang menang jangan tinggalkan pihak yang kalah. Mereka adalah saudara kita dan tidak perlu kita memusuhi antara satu sama lain.

Setiap ahli mempunyai penilaian sendiri untuk menyokong mana2 pemimpin, soal sokong siapa tidak timbul, persoalannya ialah bolehkah kita terima keputusan pertandingan dengan hati yg terbuka dan kembali semula sebagai sebuah pergerakan yang matang dlm politik.

Apabila kita kembali bersatu, akan memudahkan barisan kepimpinan yg baru menjalankan amanah dan tanggung jawab dengan lebih baik dan kekuatan baru ini lah yg akan menterjemahkan agenda perjuangan mengikut perkembangan zaman.

Kak Mah
Vateran UMNO

Anonymous said...

SORRY kak mah veteran UMNO..

saya gelak kan Puan Salmah Pin sebenarnya. betul ke sokong rafidah aziz..? dah bertukar angin nampaknya dia...?

anyway... selamat berehat untuk salmah Pin!!! tiga tahun cukup la untuk muhasabah diri.. ingat pesan orang tua.. what goes around comes around. dulu hang suka dok mengata orang sekarang kena kat muka hang! suka hati aku heheheh

esok nak hantar pisang kat masjid

Anonymous said...

tak rafidah, dah lama sangat, takkan nak tongkat langit sampai ketua...bagi peluang orang lain pula....