Monday, February 23, 2009

cakap- cakap politik : ASTAMAN ABDUL AZIZ DARI WANGSA MAJU ...KINI HENDAK KE MANA ?

KUALA LUMPUR 23 Feb 2009 -- Setelah dikecewakan di UMNO Wangsa Maju , bekas Ahli Parlimen Titiwangsa dan Mantan Ketua Bahagian Wangsa Maju Datuk Astaman Abdul Abdul Aziz kini pula mengharapkan " kejutan politik " apabila menawarkan diri bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.
Astaman merupakan antara 4 calon dari Wilayah Persekutuan yang layak bertanding untuk jawatan MT pada bulan depan - sepertimana yang telah diumumkan oleh Ibupejabat UMNO minggu lepas.
Selain Astaman , calon - calon lain yang layak untuk bertanding bagi jawatan MT dari Wilayah Persekutuan ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP merangkap Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique, Ketua Pemuda UMNO WP Datuk Norza Zakaria dan Ketua Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Al Habshee.
Astaman yang dibebaskan semula dari penggantungan kes politik wang selepas tiga tahun baru - baru ini, merancang kembali untuk kembali aktif dalam arena politik melalui usahanya merebut jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju. Beliau dikatakan begitu yakin untuk menang tapi harapanya dikatakan berkecai apabila Datuk Zainal Nazeri membuat keputusan dramatik dalam tempoh masa 24 jam apabila menarik diri dari bertanding jawatan Ketua Bahagian.Usahanya untuk menjadi Timbalan Ketua Bahagian Wangsa Maju juga berkecai. Ramai juga binggung kenapa Astaman bertanding jawatan Timbalan dan bukanya Ketua Bahagian?
Kini Astaman yang dilihat masih aktif dengan Yayasan Pendidikan Titiwangsa dan juga program - program lain , sekali lagi mempertaruhkan nasibnya dalam UMNO. Apakah nasib Astaman selepas ini ?
Wilayahkini akan mengupas calon - calon dari WP yang bertanding MT dari masa ke semasa. Apa kata Orang lain ?Perwakilan Awasi Calon Ini. SIAPA ??? sila klik DISINI ; Seorang Sahaja Terselamat di WP . SIAPA ??? sila klik DISINI
( Wilayahkini juga telah menerima beberapa emel dan juga pandangan ( ramai yang menyokong) dari beberapa pihak apabila kami membuat link kepada dua blog lain dalam perenggan Apa Kata Orang Lain. Walaupun ianya merupakan satu pendekatan "link" yang biasa dilakukan oleh ramai pengendali blogger tapi dalam hal ini Wilayahkini diserang oleh beberapa pihak kerana membuat link tersebut walaupun ianya bukanya merupakan pandangan Wilayahkini.Bagi kami, sebagai sebuah saluran media alternatif, secara kebetulan hari ini genap SETAHUN blog Wilayahkini dilancarkan.Kami telah mengalami pelbagai cabaran dan rintangan sehingga menjadikan Wilayahkini sebagai sebuah blog yang dikenali ramai.Alhamdulilah, Wilayahkini , kini sudah hampir mencecah 1million hits dalam tempoh setahun ini. Berbalik kepada perkara diatas, biarlah para pembaca setia kami yang menilainya. Walaupun ianya bukan pandangan Wilayahkini tetapi ada segelintir pihak mengkritik Wilayahkini dalam ruangan komen blog link tersebut.Kami tahu apa yang kami buat.Apabila dipuji mereka senyap. Tetapi ini belum ada pandangan dari Wilayahkini lagi. Kerana orang lain kritik kami pula dijadikan sasaran.Kenapa ? Tunggulah.Kami akan jawab. Wilayahkini tidak gentar.Kami akan jawab dalam bentuk yang lebih mencabar lagi sekiranya pendekatan "link" juga dijadikan bahan politik. Jangan ingat Wilayahkini boleh dijadikan "bahan usikan" dengan sengaja.Kami pun tahu, apa yang berlaku dan apa kebenaranya.Salam Perjuangan kepada semua pembaca yang telah menyokong Wilayahkini sepanjang setahun yang lepas dan juga yang menyokong Wilayahkini dalam isu ini. Salam - DARI WILAYAHKINI )

29 comments:

Anonymous said...

Baguslah.

Anonymous said...

Awas bang.

Anonymous said...

Astaman telah dimandikan di Wangsa Maju dan kami harap dia insaf. Kenapa berlaku macam itu ?

Anonymous said...

Calon dari Cheras tu memang gitu. Dia ingat dirinya paling terbaik. Dia ni ikut jer cakap orang lain. Tapi bising macam berlaku kiamat. Harap UMNO tak kiamat dengan orang macam tu.

Anonymous said...

Astaman tak patut bertanding .Nak buat apa?

UMNO Cawangan Gombak Selatan said...

Assalamualaikum..

Kami dari UMNO Cawangan Gombak Selatan, Bahagian Wangsa Maju mengucapkan terima kasih di atas kesudian Tuan dalam memaparkan perkembangan politik di kawasan Wilayah Persekutuan terutamanya mengenai perkembangan UMNO di sekitar Kuala Lumpur.

Kami juga berharap agar pihak Tuan dapat memberikan informasi yang lebih menyatupadukan umat Melayu terutamanya di kalangan UMNO.

Namun begitu,perhargaan sewajarnya diberikan juga kepada Tuan kerana memaparkan situasi sebenar perkembangan politik khususnya bahagian-bahagian UMNO di sekitar Kuala Lumpur. Di harap ia akan memberi kesedaran kepada UMNO Wilayah agar lebih bekerja keras dan bersatu padu dalam mengharungi perjuangan UMNO itu sendiri.

Salam Perjungan,

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN
BAHAGIAN WANGSA MAJU

p/s : Blog anda dalam senarai link kami.

UMNO Cawangan Gombak Selatan said...

Assalamualaikum..

Di harap pihak Tuan dalam keadaan sihat dalam meniti perjuangan politik tanah air.

Kami UMNO Cawangan Gombak Selatan berharap agar pihak Tuan dapat mempromosikan Blog kami untuk paparan orang ramai yang mengunjungi Wilayahkini. Ini adalah 1 pendekatan yang muhibbah agar kita dapat bersama-sama berkongsi maklumat mengenai situasi politik tanah air.

Kami juga bercadang untuk menjemput pihak Tuan jika pihak kami mengadakan Majlis atau Mensyuarat Agong UMNO Cawangan untuk dijadikan sbg salah satu sumber maklumat Malaysiakini.

Kerjasama dari pihak Tuan kami akhiri dengan ucapan jutaan Terima Kasih.

SALAM PERJUANGAN,

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN
Bahagian Wangsa Maju

Anonymous said...

all the best to Datuk Astaman... i like his style compare to the current Pengerusi...

Anonymous said...

Harap Wilayahkini jangan link dgn BUDAK KUALA LUMPUR pada masa akan datang kerana ianya hanya penulisan fitnah terhadap Syed Ali.Salam

Anonymous said...

Terpulang kepada Wilayahkini untuk link mana - mana blog kerana dalam saluran media alternatif ini biasanya mereka akan link antara satu sama lain tetapi terpulang kepada kesahihan sesuatu berita.Kami harap Wilayahkini jangan beri peluang kepada blog - blog yang tidak berasas. Salam

Anonymous said...

Saya dah baca komen - komen di blog Budak Kuala Lumpur dan Wilayahkini.Kenapa ada yang marah apabila Wilayahkini link dengan blog Budak Kuala Lumpur ? Siapa makan cili dialah terasa pedas , bro. Ini dalam berita utama Wilayahkini belum lagi disebut nama Syed Ali.

Anonymous said...

Aduh....kenapalah sampai gini? Kenapa nak heboh - heboh pulak ini? Marah pulak dengan Wilayahkini tak tentu pasal. Kalau nak komen tu, komenlah dgn fakta yang betul.Ni tak , dok main silat. Poralah.

Anonymous said...

Terbaca dalam ruangan komen Budak Kuala Lumpur.Ada nak boikot Wilayahkini. Mungkin mereka dan kena buang tebiat kot? Lagilah Wilayahkini jadi popular. Mereka sepatutnya boikot Budak Kaula Lumpur kerana banyak lagi artikel pasal Syed Ali ada kat Budak Kuala Lumpur. Saya nampak Wilayahkini bertindak lebih profesional dalam hal ini. Mungkin selepas ini, saya nasihatkan Wilayahkini janganlah link dengan Wilayahkini kerana tak berapa menarik.

Anonymous said...

Janganlah kita pun nak jadi blog Syok Sendiri.

Anonymous said...

syed ali dia buat mulia.orang lain buat hina

Anonymous said...

Wilayahkini diserang sebab - blog budak kualalumpur tidak publish comment yang ditulis olih pembaca. TAK GENTLEMENT. Jadi wilayahkini yang pandai-pandai link dengan budak kuala lumpur kena la terima kehangatannya.

Aku rasa Syed Ali tak perlu bayar penulis untuk serang blog wilayahkini. Wilayahkini perlu bertanggungjawab diatas tulisan mereka dan sesiapa yang mereka link.

Anonymous said...

Perosak paling besar di Wilayah Persekutuan ialah Syed Ali. Kerana tidak diberi jawatan di dalam Perhubungan Wilayah, terus memboikot/menghentam Perhubungan Wilayah sesuka hati. Marahkan nyamok kelambu di bakar. Kenapa kita ada pemimpin yang sebegini rupa perangainya?? Malu kita orang Melayu. Di kawasan sendiri berdekah-dekah menabor kata-kata "Kalau Tak Ada Jawatan Kita Pun Boleh Berkerja" Haaaaah kenapa tidak tunaikan kata-kata itu di Perhubungan Wilayah? Masuklah team sama-sama, bagi idea sama-sama, berganding bahu bersama-sama bukan terus memusuhi orang-orang kuat Perhubungan Wilayah? Hampir di setiap mesyuarat Perhubungan Wilayah, dihantarnya wakil bukan Syed Ali sebagai Ketua Bahagian yang hadir!

Macam mana nak jadi pemimpin nombor satu Wilayah Persekutuan kalau tak habis-habisan bermusuhan tidak cukup dengan orang-orang kanan Perhubungan Wilayah, dengan orang di bahagian sendiri pun mahu dibuatnya musuh. Khabaran nya setiap tahun ucapan Syed ALi di Persidangan Bahagian menghentam orang itu menghentam orang ini setiap tahun bertukaran modalnya memalukan ahli sendiri bermula kisah berselisihan faham dengan Ketua Wanita satu Malaysia gempak dengan cerita Doremon Syed Ali tu. Berubahlah sebelum terlambat, masih lagi Allah mahu memberikan kita mulut boleh berkata-kata, maka berjuanglah dengan kata-kata semangat perjuangan.

Sekian semoga perjuangan UMNO di Wilayah Persekutuan tetap subur seadanya. Wassalam.

Anonymous said...

Tuan;
Jenuh saya cari mana hilangnya komen-komen yang jawab oleh SANI AU2, dalam isu Syed Ali.
Rupa-rupanya semua komen yang mempertahankan Syed Ali dah membelasah Zulhasnan dah kena delete. Ai, takkan berani buka gelanggang tetapi takut nak bertempur.
Kalau semua komen yang tidak baik kepada Zulhasnan dan konco-konconya dah kena delete, maknanya kita takut kepada kebenaran.

Teman harap kalau berani mengumpat dan memfitnah orang lain, takkan tak berani kena kritik sehingga terpaksa delete semua komen. Malunya pada bebudak sekolahh.

Pada teman yang belajar setakat sekolah atap, perbuatan membuang segala komen yang tidak kena dengan perut Zulhasnan, adalah satu perbuatan tidak wajar. Kalau takut untuk dikritik, maka teman syorkan supaya TUTUP sahaja laman blog Wilayahkini, hampas.

Lagi satu teman nak ingatkan, dalam dunia kewartawanan, apabila kita memadamkan berita benar semata-mata untuk membenarkan cerita bohong, maknanya kita sudah menyalahkan etika kewartawanan dan dikira fitnah dan apabila fitnah, maka jadilah DOSA besar.

Teman kasihan kepada pengenadli blog Wilayahkini dan budak2 kl, kerana seluruh negeri dah ketahui setakat mana 'jantan'nya mereka, sehingga terpaksa delete kesemua komen-komen yang menyokong Syed Ali. Teman dah agak, mereka secara tiba-tiba mulakan dengan caci fitnah kpd Syed Ali dengan harapan akan dapat sokongan padu daripada ahli-ahli Umno, tetapi malangnya sokong yang diharap, bala yang menimpa.

Berbalik kepada ulasan SANI AU2 yang dedahkan bagaimana 'bersihnya' Zulhasnan berhubung isu Izuddin, Kak Ani dan Kapt (B) Rafli Jusoh dan ISU KOREK PASIR, maka teman ingin nak tambahkan sikit lagi fakta untuk pengetahuan ramai, supaya sama-sama kita buat penilaian.

"Jika kita memandu melalui laluan lebuhraya DUKE bermula daripada Pulapol menghala ke Kg. Air Panas, alangkah selesanya kerana kesemua rumah-rumah setinggan telah dinyahkan, tetapi tidak sampai beberapa meter, kenderaan akan sesak sakan kerana 'tercekik' dipenghujung jalan kerana masih ada satu kedai CINA baiki ekzoz dan satu kedai CINA jual hardware. Persoalannya ngapa kedua-dua kedai CINA tu tak dirobohkan, sedangkan kesemua rumah setinggan yang 90%nya Melayu telah dirobohkan. Sepatutnya Zulhasnan sebagai Ketua Bahagian Setiawangsa dan Menteri Wilayah dah lama sedar perkara ini...barangkali kerana asyik ke luar negeri manakala pegawai-pegawai khasnya tidur dan ada kepentingan, maka mata mereka pun tak nampaklah kedua-dua kedai CINA tu. Maklumlah.....

Untuk pengetahuan tuan, perkara di atas adalah cerita benar, bukannya kisah rekaan dan fitnah, kalau tak percaya cuba tuan tinjau sendiri dan tanya komen penduduk asal Semarak termasuk pegawai Zulhasnan yang kena tampar semasa kecoh perpindahan dulu.

Oleh sebab itu, komen SANI AU2 itu ada kebenarannya, sebab komen itu mengambil latar belakang sejarah sebelum wujudnya Umno Bahagian Setiawangsa, dulunya Wangsa Maju sebelum persempadanan semula kawasan pilihan raya. Dulu Astaman dan Shafiee adalah pemimpin UMNO dipilih oleh rakyat, bukannya spt Zulhasnan dipilih atas belas kasihan arwah Endon isteri memanda Dollah Badawi, yang termakan budi dek pujuk rayu Datin Ana yang lagaknya seperti artis Bollywood.

Teman bukan fitnah, satu lagi cuba tuan-tuan perhatikan baik-baik dan jawab secara ikhlas dan jujur, sejak Zulhasnan jadi Timbalan Menteri sehingga Menteri Wilayah, berapa RAMAI pemandunya dah berhenti? kalau ramai yang berhenti silih berganti,maknanya ada yang tak kena. Biasanya, orang selesa bekerja jika majikannya ada hati perut, tidak berlagak, tidak angkuh, tidak takbur dengan kekayaan wang ringgit, tidak hidung tinggi kononnya pegawai askar yang berjaya, suka men dengar pandangan orang bawah dan yang penting,berjiwa rakyat dan bersifat rendah diri.

Kepada tuan, saya pohonkan kerjasama tuan supaya komen ini janganlah tiba-tiba tuan DELETE kerana takut rahsia Zulhasnan terbongkar lagi. Ingatlah, tuan yang mulakan medan ini, maka tuanlah yang perlu bertanggungjawab akan kesudahan ceritanya.

Sebabnya, teman dah ada menerima khabar bahawa ada ahli UMNO Segambut dan Kepong, sudah bersiap sedia untuk melancarkan PERPERANGAN ke atas Kamaruddin dan Riduan melalui laman Wilayahkini, bagi menyahut seruan fitnah yang tuan lemparkan kepada Syed Ali.

Malah teman ada juga terdengar bahawa budak-budak Izuddin sendiri yang dah pasang 'spy'nya untuk membongkar segala khazanah politik Zulhasnan yang selama ini ditutup rapat, khabarnya akan dilondeh seminggu sebelum bermulanya Perhimpunan Agung UMNO Mac ini. Bersedialah untuk menepisnya.

Tuan harus ingat bahawa perperangan media tidak sama dengan perperangan askar dalam hutan. Dalam askar berpegang kepada 'satu peluru satu musuh' TETAPI dalam dunia media, sepuluh peluruh satu musuh.

Teman sebenarnya amat kasihan kepada Zulhasnan, dia baru berkecimpung dalam dunia politik. Naik pun diangkat oleh Dollah, masih tak reti sepak teranjang politik, masih tak faham muslihat politik, kekadang penasihat-penasihat beliau yang dibayar gaji lumayan itu takut untuk bercakap benar, maka diberikan maklumat salah dan hanya berkata YES BOS. Kasihannya teman kepada Zulhasnan kerana diperbodoh-bodohkan oleh orang sekeliling.

Akhir kata, sekali lagi teman berharap kepada tuan supaya ulasan ini jangan dipadamkan, biarlah seluruh ahli-ahli UMNO Wilayah Persekutuan baca, nilai dan buat penghakiman secar telus dan ikhlas.

Anonymous said...

lepas habis permilihan ini, aku rasa ada ketua bhg yg "sekejap ajer", adalah beberapa. ketua-ketua bhg yg tgh hot, yg baru dapat kerusi......kerusi panas, dgn jalan pintas yg serta cantas. fail dah buka blm KIV lagi....tengoklah nanti mcm mana.

happy birthday to Wilayahkini. Jangan2 nak link lagi dah lepas ni....buat rosak jer.

Mat Sentol.....selain syed ali perosak sebagai mentor nya, mentee nya pun ada, tu yang kerusi-kerusi panas tu lah.

Anonymous said...

Saya nampak penerangan yang diberikan oleh Wilayahkini dalam isu LINK memang bernas. Saya sokong Wilayahkini. Kenapa Syed Ali dah takut ker ? Ini baru kena link. Belum ada apa - apa lagi. Jangan sampai Wilayahkini naik angin Pak Habib nanti tak duduk senang dibuatnya. Kenapa nak jadi rimas ? Dulu depa pun mana ada blog.Lepas Wilayahkini , baru semua nak bukak blog. Saya harap Wilayahkini " steady "

Anonymous said...

Sekadar bising tak tentu pasal dan buat kenyataan media diakhbar setiap hari tu bukan pandai sangat.Semua pun boleh buatlah.Jangan jadi pemimpin retorik lah.Kami dah boring betul.

Anonymous said...

Syed Ali dah takut temberang di pecah kot ? Betul ker dia tak jadi mengundi Cheras? Mintak Wilayahkini siasat.

Anonymous said...

Saudara Pengarang Wilayahkini,
Saya ucapkan tahnniah kerana ulangtahun setahun.
Tahnniah kerana dapat satu million hits jugak.
Mengenai Syed Ali pula, saya nampak dia hanya seorang pemimpin retorik dan tak ada modal.Dia hanya seorang suka ikut orang lain buat. Apabila orang lain buat dia pun ikut dan buat kenyataan akhbar di media.Bila orang lain kata hapuskan ISA. Dia pun ikut. Bila orang kata tarik balik gelaran Datuk Seri dia pun ikut.Inilah dikatakan pemimpin retorik dan Syok Sendiri.Kalau nak jadi pemimpin negara, berilah cadangan dan pandangan yang bernas.Idea sendiri bukanya buat kenytaan retorik.Mana ada value ?

Anonymous said...

Syed Ali hanya tunjuk muka pasal nak jadi MT.

Anonymous said...

Jealous ke kalau ada orang buat statement, masuk paper?

Kau orang ini perangai macam budak-budak.

Ada berani ke lu orang semua jumpa syed ali depan-depan dan kata apa yang lu orang kata dalam ruangan komen ini.

Lu orang punya kritik tak ada standard! malu lah gua ! Belakang aje berani, depan penakut!

Kalau lu rasa lu cakap betul, besok jugak gua mau lu orang jumpa syed ali depan-depan. Cakap sama dia. Ada berani ke? Kalau lu tarak berani, maknanya, lu semua tipu!

Lebih baik lu buat kerja lu, jaga lu punya cawangan, jaga lu sendiri punya bahagian! Ada faham ke ???


NGO WILAYAH

Anonymous said...

Salam..
Kenape banyak sangat anonymous tak de namaker atau takut nak perkenal diri. nama pena pun ok gak cam saya.. Ada beranniiiii
Salammmm......

Anonymous said...

Kepada Anonymous Februari 26, kami pun dengar berapa punya hebat Syed Ali pertahan mentee nya itu, mana muka Syed Ali ada muka mentee tu juga ada. Mungkin sebagai janji semasa muda baru la ni mau di tunai. Ada apa-apa ka?

Anonymous said...

sdra wilayahkini,

sama2 kita kena ingatlah syed ali tu dah nak luput tempoh senatorshipnya. demi political survivalnya dia kena menyalaklah kot2 lekat jawatan MT UMNO. saya tau banyak rahsia peribadi & politiknya semasa dia di TTwangsa & BktBintang lagi.

dia ni tin kosong jer. tahap akademiknya memalukan angkatan pemuda2 di zamannya tapi jadi pengerusi yayasan pendidikan cheras!!! wayang tinggi semua tu.

sudahlah syed ali. kamu tidak boleh tipu semua orang dalam semua keadaan/masa.

Anonymous said...

hi anonymous NGO WILAYAH

aku bagi chance kpd semua fella bloggers supaya tanya soalan ini kepada datuk syed ali -
"siapa yang introduce rahsuah politik di cheras seawal 1994 lagi?"

datuk syed ali, lu jangan cakap tarak serupa bikin laaa.

datuk syed ali, lu lupa ka berapa lu huloq kepada perwakilan perwakilan cawangan umno cheras semasa lu tanding ngan moktar samad di Maluri Value Inn dalam tahun 1998?

tu gua baru bukak sikit nooooo!!!