Wednesday, December 24, 2008

POLITIK BATU KEMBALI PANAS ; PEMILIHAN SEMULA HANYA UNTUK JAWATAN KETUA BAHAGIAN ; PELUANG KEDUA BAGI ABAS ; YUSUF HAMID LEPAS KALI INI ?

KUALA LUMPUR -- " Pelik tapi benar dan apapun boleh berlaku dalam arena politik", begitulah dapat dirumuskan mengenai perkembangan di UMNO Batu apabila UMNO pusat mengarahkan diadakan pemilihan semula hanya untuk jawatan Ketua Bahagian Batu yang dimenangi oleh penyandang Datuk Yusuf Hamid dengan kelebihan 5 undi pada 2hb November yang lepas. Pemilihan semula bakal diadakan pada 28hb Disember ini.
Dengan keputusan yang penuh dramatik tersebut, Yusuff Hamid yang hanya dapat mempertahankan jawatanya untuk tempoh sebulan ini terpaksa mengharungi satu lagi rintangan politik yang penuh berliku dalam karier politiknya. Arahan dari UMNO pusat yang menetapkan pemilihan semula hanya untuk jawatan Ketua Bahagian sahaja telah mengundang pelbagai reaksi dan cakap - cakap politik.
" Jarang berlaku dalam UMNO insiden seperti ini apabila hanya jawatan Ketua Bahagian sahaja yang diarahkan dibuat pemilihan semula . Ada sesuatu yang tak kena pada pemilihan yang lepas ? ", kata seorang pemimpin UMNO dari WP kepada Wilayahkini hari ini.
Untuk rekod , sebelum ini difahamkan mesyuarat pengurusan UMNO Malaysia telah membuat keputusan supaya UMNO Batu tidak perlu mesyuarat semula dan tidak perlu diadakan pemilihan semula walaupun ada beberapa bantahan dikemukakan . Kini segala - galanya telah terjawab. Memang pelik tapi benar.Tapi itulah realiti sebenar dalam arena politik.Apapun boleh terjadi.
PELUANG KEDUA BAGI ABAS ?
Dengan perkembangan tersebut, ramai pihak melihat ianya bakal memberikan satu harapan baru serta peluang kedua bagi Yahya Mat Ghani ( Abas Batu ) untuk melakukan sesuatu setelah hampir 90 % pasukanya menang untuk jawatan tertinggi UMNO Batu pada pemilihan 2 November yang lepas. Malah ramai penyokong Abas terkejut dengan keputusan tersebut.
Ramai bersuara supaya diadakan semula pemilihan semula.Tapi ketika itu nasib tidak menyebelahi penyokong Abas dan juga untuk Abas sendiri. Namun selepas hampir sebulan lebih, mereka mendapat semula suntikan politik untuk melakukan sesuatu. Apakah Abas akan berjaya menumpaskan Yusuf Hamid yang dikatakan - masih kuat dan yakin akan mempertahankan jawatanya walaupun diadakan pemilihan semula. Apakah Yusuf Hamid akan menang dengan majoriti yang lebih besar kali ini ataupun sebaliknya ?
Kini bola dikaki Abas dan Yusuf Hamid. Namun disebalik keputusan tersebut, ada yang berkata banyak tangan - tangan tersembunyi akan mencaturkan pemilihan semula ini. Apa yang pasti -- UMNO Batu kembali bergegar dan panas !

19 comments:

Anonymous said...

Tahnniah .Akhirnya kebenaran telah menang.Hidup Abas.

Anonymous said...

Pemilihan semula amat wajar dan satu tindakan yang betuk kerana apa yang berlaku pada 2 November lepas menyaksikan banyak keraguan politik dari segi keputusa. Di harap Datuk Abas dapat menang kali ini.

Anonymous said...

Kini segala persoalan terjawab.Kita harap pemilihan dapat diadakan dalam suasana aman dan harmoni. BERSIH .

Anonymous said...

pelik !!! patut2 semua jawatan dipertandingkan semula.

Anonymous said...

Insyaallah kemenangan di pihak yg benar. Teruskan perjuangan.PEMUDA bersama ABAS ....

Anonymous said...

situasi ini menimbulkan pelbagai persoalan di fikiran saya
- kenapa hanya ketua sahaja yang perlu diadakan pertandingan semula, tidak semua peringkat termasuk sayap2?
- apakah situasi ini berlaku kerana ada permainan dalaman di pihak UMNO Malaysia sehinggakan tiada keputusan yang tetap dan muktamad dibuat?
- adakah kedua2 pihak datuk yusof dan abas dipanggil memberi keterangan atau diberi penjelasan tentang kesalahan2 yang berlaku semasa pemilihan yang lalu, dalam mesyuarat yang dijalankan oleh UMNO M'SIA?
- adakah semua perwakilan akan bersetuju dan akan hadir ke persidangan kedua ini di mana tarikhnya cuma tinggal 2 hari saja lagi?
- mengapa hanya dalam UMNO sahaja perkara seperti ini sering berlaku dan hampir setiap kali persidangan yang melibatkan pertandingan, ada saja yang tak kena dan tak puas hati. adakah ianya juga berlaku dalam MCA, MIC,GERAKAN, PAS, PKR, DAP dan lain2 parti lagi.

pening pening pening

fikir-fikirkan lah apa UMNO itu sebenarnya......

ismadi cheras

Anonymous said...

tahniah buat warga batu...pilihlah calon yg sebenarnya layak menerajui umno batu.

Anonymous said...

Slamat bsidang smula Batu,buatlah pilihan yg tepat,pilihlah ketua yg dpt menerajui umno batu

Anonymous said...

saya agak terkejut dengan berita terbaru ni, pada saya perkara ini perlu di teliti semula oleh semua pihak termasuk jawatankuasa disiplin parti. adakah mungkin keputusan yang dibuat oleh UMNO pusat ini satu keputusan yang berat sebelah atau pun ada desakan2 dari mana2 pihak yang berkepentingan. saya bukannya ingin menyebelahi atau menyokong mana2 pihak, saya mengenali kedua2nya dan baik pada saya, mereka mempunyai misi masing2. tapi apakah ada sesuatu yan terlindung disebalik misi masing2 ,itu saya tidak pasti.

keputusan yang dibuat ini menimbulkan sedikit persoalan pada saya, sekiranya mesyuarat yang diadakan sebelum ini tidak sah, kenapa hanya jawatan ketua sahaja yang perlu dipertandingkan semula? kenapa tidak semua jawatan termasuk sayap2 diadakan mesyuarat semula? adakah kerana hanya ketua sahaja kalah oleh satu pihak tertentu dimana jawatan2 lain termasuk sayap telah dimenangi, jadi ianya menimbulkan keraguan?
pada saya kita perlu lihat kepada jasa dan kredibiliti seseorang itu sebelum membuat keputusan...

ismadi cheras

Anonymous said...

apa yang nak dipelikkan
haritu group Abas dah tawarkan bertanding semua jawatan termasuk G7 sekiranya setuju untuk mesyuarat semula.malangnya oleh kerana takut dan hanya pentingkan diri sendiri, Datuk Yusof tidak bersetuju dan hanya nak selamatkan jawatannya saja.

Allah itu maha besar, Akhirnya apa yang berlaku sekarang
kepada penyokong datuk Yusof sedarlah wahai sahabatku
siapa kah sebenarnya datuk yusof yang kamu puja-puja tu.

Anonymous said...

kepada datuk abas selamat berjuang tp andai kata kalau undi datuk abas kurang lg 5 janganla pula nak minta lawan lg 1 kali sebab dalam kawan datuk abas ada lawan....kepada datuk yusuf dan abas kalau siapa-siapa menang kembalikanlah semula keharmonian orang-orang melayu di kawasan batu ni janganlah terus membenci satu sama lain tunjukan contoh yang baik pada akar umbi selamat berjuang kepada datuk yusuf n abas

Anonymous said...

Tahniah kepada yahya mat ghani yg telah dengan rasmi nya dilantik sbg KB Batu. Kami harap kan saudara dpt m'jlnkn tnggngjwb ini dengan penuh amanah dan dedikasi.


M Nizham Abd Hamidi
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Caw Tmn Melewar

Anonymous said...

Tahniah kepada yahya mat ghani yg telah dengan rasmi nya dilantik sbg KB Batu. Kami harap kan saudara dpt m'jlnkn tnggngjwb ini dengan penuh amanah dan dedikasi.


M Nizham Abd Hamidi
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Caw Tmn Melewar

Anonymous said...

Tahniah!!! Tuan Yahya Mat Ghani kerana dengan rasminya telah berjaya menjadi Ketua Bahagian BATU dengan kemenangan 136 undi.Semoga kejayaan ini akan memperkuatkan lagi UMNO Bahagian BATU.Kepada Datuk Yusuf Hamid,kalah bukan kalah semua dan menang bukan menang semua jadi buang yang keruh ambil yang jernih.Bersama-samaha kita memperjuangkan UMNO demi kepentingan Orang MELAYU,Agama ISLAM dan Negara MALAYSIA.HIDUP UMNO HIDUP MELAYU!!!!

Anonymous said...

kenapa kita masih lagi ditipu...........

kenapa hanya jawatan ketua sahaja yang dipertandingkan....

kenapa kenyataan bercangah dari kenyataan sebelum ini.....

apakah gejala rasuah berlegar-legar menanti mangsa.......

kenapa persidangan bahagian batu sebelum ini tidak sah......

kenapa sayap-sayap bahagian tidak dipertandingkan..........

apakah yang sedang bermain di bahagian batu....

bagaimana orang melayu nak bersatu jika orang melayu tidak sepakat.....

mungkin ada berlakunya penyelewengan dari peringkat tertinggi umno berkaitan isu bahagian batu ini yang tidak disedari oleh pihak yang bertanggungjawab........

adakah ini menandakan UMNO sedang menuju kehancuran atau sebaliknya.

selepas ini penduduk bahagian batu akan mempunyai jurang penyokong.......

bersamalah kita bersatu semula demi keaikan bangsa dan agama....

wassalam.....

Anonymous said...

kenapa kita masih lagi ditipu...........jawapannya oleh siapa?

kenapa hanya jawatan ketua sahaja yang dipertandingkan....jawapannya sebab Yusuf taknak dipertandingkan

kenapa kenyataan bercangah dari kenyataan sebelum ini.....jawapannya kerana sudah termaktub dalam perlembagaan UMNO.baca buku sikit

apakah gejala rasuah berlegar-legar menanti mangsa.......jawapannya tak dapat pun.ada ke?

kenapa persidangan bahagian batu sebelum ini tidak sah......jawapannya kerana ada bukti baru yang lebih meyakinkan

kenapa sayap-sayap bahagian tidak dipertandingkan..........jawapannya kerana yusuf tidak mahu dipertandingkan.Dah offer dulu

apakah yang sedang bermain di bahagian batu....jawapannya KEBENARAN

bagaimana orang melayu nak bersatu jika orang melayu tidak sepakat.....jawapannya telefon tidak berjawab,surat tak berbalas

mungkin ada berlakunya penyelewengan dari peringkat tertinggi umno berkaitan isu bahagian batu ini yang tidak disedari oleh pihak yang bertanggungjawab........jawapannya mengikut perlembagaan UMNO

adakah ini menandakan UMNO sedang menuju kehancuran atau sebaliknya.
..........jawapannya TIDAK SAMA SEKALI KERANA TIDAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA.

selepas ini penduduk bahagian batu akan mempunyai jurang penyokong.......jawapannya dah cuba buat penyatuan dalam PEMUDA tetapi biasalah pihak yang kalah selalunya yang membuat jurang itu,Tidak berjiwa menerima tawaran dari yang menang.

bersamalah kita bersatu semula demi kebaikan bangsa dan agama....jawapanya INSYAALLAH

wassalam

Anonymous said...

pemilihan telah dibuat, tuan hj yahaya mat ghani telah pun menang dgn jumlah 136 undi, itulah suara majoriti perwakilan umno bhg batu termasuk suara wanita, pemuda & puteri, jadi terimalah keputusan ini demi UMNO bhg batu, yang kita harus persoalkan sekarang kenapa pejabat UMNO bhg batu telah diambil alih oleh yayasan pendidikan batu, siapa didalam yayasan pendidikan batu, kenapa signboard UMNO telah diturunkan? hak milik siapakah bangunan itu? bukankah bangunan itu milik UMNO & cawaangan didalam bhg batu, bukankan UMNO yang menwujudkan bangunan itu utk kemudahan ahli-ahli, saya amat berharap semua warga batu fikir-fikirkan lah, jangan jadikan ianya milik individu kerana itulah mercu & kekuatan UMNO bhg batu, siapa saja yg akan jadi ketua dialah yg akan guna bangunan itu, bagi saya itulah yg sepatutnya, bukannya jadikan ianya seperti harta individu.

Anonymous said...

Salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam
khususnya warga Batu

saya salah seorang pemerhati politik UMNO Batu
untuk sekian lama baik dari zaman arwah
Senator Datuk Azman Attar hinggalah kepimpinan
yang ada sekarang.
Dan seperti biasa betullah kata2 orang politik
bahawa POlitik Batu adalah yang paling unik
dibandingkan daripada bahagian lain.

Sejak zaman arwah lagi sebenarnya politik batu
terdapat jurang atau kem2 yang berbeza
Sebab itulah ada orang politik pernah berkata,
kalau siapa yang nak kenal dunia politik sebenarnya
maka masuk & turut serta dalam politik Batu.
Memang tidak dapat dinafikan UMNO Batu tidak pernah
ada pemimpin yang boleh mencapai hingga taraf Menteri
atau Ahli MKT UMNO namun jika disiasat sebenarnya
kebanyakkan pemimpin yang ada sekarang sebenarnya
lulusan atau bekas ahli UMNO Batu.
Seolah-olah UMNO Batu ni hanya mampu melahirkan
pemimpin yang berkebolehan tetapi bukan untuk
kebaikan UMNO Batu itu sendiri.
Hanya selepas mereka keluar dari UMNO Batu
barulah mereka dapat berjaya.

Jadi apabila ramai yang berkata ahli UMNO Batu ini
tidak bijak berpolitik, sebenarnya anda silap.
Hanya ahli UMNO Batu sahaja yang tahu menilai
permata dan manikam.
Didalam politik Batu, wang bukan segalanya.
Biarlah ditaburkan satu kapal kontena sekalipun
belum tentu kemenangan dapat dicapai.
Sekadar mengambil contoh pemilihan yang baru lepas
kita lihat 2 jawatan tertinggi mempunyai cerita berbeza

contoh pertama:

pemilihan jawatan Timbalan Ketua Bahagian di antara
Ramlan Salleh (156 undi) dan Johari Md Isa (99 undi)

= di antara kedua2 orang ini sebenarnya mempunyai kewangan
dan agak dermawan ketika kempen tempoh hari. akhirnya
keputusan yang agak besar majoritinya berpihak pada Ramlan.
Apa faktor kemenangan beliau sedangkan Johari lagi hebat
kewangannya.Bagi ahli UMNO Batu mungkin lebih arif sebab tu
ada orang di barisan Dato Yusof sendiri mengundi Ramlan.

contoh kedua :
Pemilihan naib ketua UMNO bahagian diantara
Rahim Suboh(116 undi) dan Hassan Jamalluddin (139 undi)

Semua orang tahu berapa banyak Rahim habis tempoh hari
sedangkan calon lawannya seorang calon dikatakan "Marhaein"
tetapi mempunyai peribadi yang baik.Rahim seorang yang khabarnya
digelar ahli "Korporat" akur kepada "kebaikan peribadi" Hassan.
Adakah kemenangan Hassan kerana perwakilan termakan "politik wang"

di atas adalah 2 senario yang berbeza dan hakikatnya apa yang berlaku
adalah kehendak perwakilan bukannya atas faktor rasuah.
Bagi bloggers yang suka menabur fitnah tersebut mungkin sebenarnya
tidak pernah menilai perkara sebenarnya.Di dalam kita politik kita
seharusnya terbuka kepada semua faktor dan implikasi.
Janganlah sempitkan fikiran serta Jumud hanya kerana
kecewa diatas kekalahan individu.

saya juga ingin menyentuh mengenai apa yang terjadi sebenarnya hingga
terciptalah persidangan semula UMNO Batu pada 28 Disember 2008 yang lalu.

Senario yang bermula pada 1 November 2008 dimana pemilihan diadakan
dan keputusan yang dikeluarkan baik dari jawatan Timbalan Ketua,
Naib Ketua,AJK, Pemeriksa Kira dan Calon G7 dimenangi oleh keseluruhan
barisan Abas. Undi yang paling sedikit adalah AJK yang terakhir iaitu
saudara Saifuddin (Sentul KTM) iaitu sebanyak 130 undi.
Oleh itu secara logik sepatutnya bila satu kapal dah menang
nakhoda (kapten) kapal juga menang. Namun sebaliknya berlaku apabila
Abas hanya mendapat 123 undi berbanding 128 undi Yusof.
Walaupun keputusan diragui semua perwakilan yang menyokong Abas akur
dan bertindak keluar dewan. Jika dilihat keadaan dewan ketika itu
yang tinggal sudah semestinya penyokong Yusof tetapi tidak sampai
50 orang pun dan dewan begitu sunyi tanpa sorakan dari kem Yusof sendiri
(pelik kan, menang tapi tak bahagia)

selepas selesai persidangan yang meragukan itu
(penyokong Yusof sendiri tidak percaya)
Barisan Abas telah membuat bantahan bertulis
mengenai masalah terhadap cawangan Lebuhraya karak Fasa 2
(ironiknya cawangan ini adalah bekas cawangan Arwah datuk Azman Attar)
dimana Pengerus Tetap cawangan tersebut adalah seorang yang muflis.
sebenarnya isu cawangan ini telah dibangkitkan sebelum persidangan lagi
namun bagaikan ada "tangan-tangan belakang" yang mencampuri dan
akhirnya persidangan diadakan tanpa mengambil kira bantahan tersebut.
sebagai pihak yang kalah sudah semestinya perkara ini dibangkitkan semula
an kali ini bantahan tersebut disusuli dengan bukti2 yang kukuh ketika
mesyuarat bersama Jawatankuasa Pengurusan majlis Tertinggi UMNO Malaysia
kedua-dua pihak baik Abas dan Yusof dipanggil dan dibicarakan.
Pada ketika itu, sebelum membuat keputusan, Jawatankuasa pengurusan pernah
bertanya kepada kedua-dua pihak sekiranya diarahkan untuk bersidang semula
sanggupkah pihak yang menang untuk bertanding semua jawatan.Pada ketika itu
hanya barisan Abas sahaja yang bersetuju bertanding semua jawatan termasuk
G7 dan sayap Pemuda namun atas sebab tertentu Datuk Yusof dan Mejar Mokhtar
tidak menerima tawaran tersebut dan hanya berminat untuk mengekalkan jawatan
ketua bahagian sahaja.(pelik tapi benar,isu ni diketahui oleh semua perwakilan
barisan Abas sedangkan perwakilan barisan Datuk yusof tidak tahu menahu perkara
ini.kenapa dirahsiakan? hanya Datuk Yusof sahaja yang tahu.

Pada 5 November 2008, Satu surat ditandatangani oleh Datuk Sri Tengku Adnan
selaku Setiausaha Agung UMNO Malaysia mengarahkan UMNO Batu bersidang semula
(Keputusan dibuat oleh Timbalan Presiden Datuk Sri Mohd Najib sebelum ke Peru)
atas faktor bantahan terhadap cawangan Lebuhraya karak fasa 2 diterima dan
cawangan tersebut dibatalkan perwakilannya (4 orang). Namun selepas selesai
mesyuarat pengurusan pada hari itu, sewaktu Datuk TPM kita keluar dari pejabatnya,
ada 2 orang Pegawai Tertinggi UMNO Badan Perhubungan Wilayah Persekutuan telah
berjumpa secara rahsia dan membisikkan sesuatu kepada Datuk TPM. Hasilnya
persidangan semula tersebut dibatalkan atas sebab majoriti kemenangan Yusopf
tempoh hari adalah 5 undi.Jika ditolak 4 sekalipun Yusof masih menang Sekali
lagi Jawatankuasa Pengurusan membuat keputusan berpihak kepada Yusof Hamid.Ini
adalah keadilan ketika itu dan UMNO Malaysia bertindak atas fakta yang sahih
bukannya atas dasar kroni

bantahan kedua dibuat mengenai proksi salah satu cawangan AJK Bhgn yang bukannya
dari AJK caw.Bantahan ini diterima tetapi keputusan undi telah menjadi bercelaru
kerana satu lagi undi terpaksa ditolak.Akhirnya apabila wujud bantahan ketiga yang
juga hampir sama kesnya dengan caw Lebuhraya karak iaitu ada lagi satu caw yang
dipengerusikan oleh seorang yang muflis, maka demi mengelakkan sebarang kemungkinan
yang tidak diingini seperti berlakunya kes UMNO dibubarkan 1988 (orang lama tahu ceritanya)
maka keputusan dibuat oleh Jawatankuasa Pengurusan Majlis Tertinggi UMNO Malaysia
dalam mesyuarat mereka pada 18 Disember 2008 dipengerusikan oleh Datuk sri TPM
kita dan dihadiri oleh Naib2 Ketua UMNO Malaysia, Ketua Wanita Malaysia, Ketua Pemuda
Malaysia,Ketua Puteri Malaysia dan Ahli MKT UMNO Malaysia maka satu keputusan dibuat
dan notis persidangan semula dikeluarkan oleh Setiausaha UMNO Malaysia mengarahkan
Persidangan semula UMNO Bahagian Batu pada 28 Disember 2008. Namun perkara ini dirahsiakan
oleh Pentadbiran UMNO Batu daripada perwakilan semua sehinggalah pada 26 Disember 2008,
UMNO Malaysia terpaksa mengambil alih segala persidangan dan notis dikeluarkan untuk
semua perwakilan Batu bagi menunaikan hak mereka bersidang pada 28 Disember 2008.Maka
akhirnya jadilah pertukaran Ketua UMNO Bahagian Batu yang baru iaitu Abas @ Yahaya Mat Ghani.

Kesimpulannya:

1) Sebenarnya apabila caw Lebuhraya Karak fasa 2 dibatalkan, implikasi turut terpalit \
kepada persidangan Pemuda UMNO Bhgn Batu kerana Pengerusi yang diumumkan muflis itu juga
adalah pengerusi tetap kepada Pemuda cawangan tersebut.
2)datuk Yusof ditawarkan untuk bertanding semula semua jawatan termasuk timbalan ketua,
naib ketua, AjK, G7 dan Sayap Pemuda tetapi beliau tolak dan hanya kekalkan Ketua bahagian
3) sejauh mana perwakilan barisan datuk Yusof benar2 mengetahui cerita sebenar sedangkan
barisan Abas, perwakilan mereka sentiasa dimaklumkan sebarang keputusan atau cerita.
Siapa yang telus atau tidak telus?
4) Tuduhan kononnya barisan Abas hanya membuat cerita palsu namun pada hari persidangan
semula ketika Rahim Suboh (calon naib ketua barisan Yusof, satu-satunya perwakilan barisan
Yusof hadir menunaikan hak beliau) bertanyakan perkara sebenar. Wakil UMNO Malaysia ketika itu
iaitu Datuk Brigadier Jeneral Husainy (SUK UMNO Malaysia) memberikan cerita beliau berdasarkan
laporan dan keputusan yang tepat, cerita beliau adalah sama seperti yang disampaikan oleh
barisan Abas dan laporan saya kali ini. jadi Siapa yang menipu atau ditipu?
5) kalau benar kemenangan tempoh hari Yusof hamid kerana beliau adalah kuat dan mempunyai
penyokong setia yang ramai, kenapa tidak berani turun semula ke gelanggang untuk beraksi semula
sedangkan ambang kemenangan berpihak kepada beliau (betul ke atau keputusan tempoh hari palsu?)
6)kenapa perwakilan barisan Yusof ramai tidak tahu mengenai persidangan semula sedangkan notis
dikeluarkan oleh UMNO Malaysia sejak 19 Disember 2008. Menurut Jeneral Husainy, pihak UMNO
Malaysia telah cuba menghubungi pihak pentadbiran baik secara telefon, datang ke pejabat mahupun
faksmili namun tiada sebarang jawapan diterima.Sebab itu pihak UMNO Malaysia mengambil alih.
7) kenapa Ketua bahagian saja dipertandingkan.Pertama, sebab Yusof hamid sendiri tidak mahu
jawatan lain dipertandingkan.kedua, jumlah perwakilan yang dibatalkan adalah 9 orang bermakna ada
9 undi. Sekiranya ditolak 9 undi kepada semua calon yang menang baik jawatan timbalan hinggalah
pemeriksa kira2, calon yang menang tetap menang. (ikut sepertimana senario masa Yusof hamid menang
1 undi selepas majoriti 5 ditolak 4 undi caw lebuhraya karak)
Oleh itu apabila format yang sama diguna pakai maka undi Ketua bahagian saja yang kurang dari 9
maka terpaksa dipertandingkan semula.
8)Adakah perwakilan barisan Yusof tahu siapa sebenarnya Yusof hamid sejak beliau muda hingga kini?
Sila tanya orang2 di kampung melayu sekitar Sentul dan mengapa hingga kini cawangan di dalam kawasan
Sentul khususnya warga tua amat membenci beliau.
9) mengapa setelah beliau menang hampir 1 bulan setengah lamanya tiada satu pun mesyuarat jawatankuasa
atau usaha dari pihak Yusof hamid untuk menyatu padukan kembali Ahli UMNO Batu. malah keistimewaan
selaku AJK UMNO Batu tidak diagih-agihkan secara adil.Apa yang terjadi kepada program Korban tempoh hari,
program UMNO bhgn yang diadakan tanpa diketahui oleh jawatankuasa UMNO bhgn sendiri? Mengapa segala projek
hanya diberikan kepada pihak tertentu walaupun mereka bukannlah jawatankuasa bahagian?? Persoalan terakhir
kemana perginya duit pilihanraya yang hampir mencecah RM1.3 juta tempoh hari? dan kenapa selepas kalah
Bangunan UMNO Batu diambil alih oleh yayasan Pendidikan batu??
Siapa sebenarnya yang benar2 ingin mempejuangkan Agama, Bangsa dan Negara?


Akhir kata dari saya, jangan menilai seseorang individu itu hanya pada manis mulut dan limpahan
projek/wang. kita juga perlu menilai pada keperibadian dan kejujuran pentadbiran.Mungkin Abas tak
menang semua, Yusof tak kalah semua. Selagi wujudnya kem2 tertentu maka perjuangan UMNO batu akan
terkubur selamanya.Apa yang pasti jika masalah ini tidak selesai maka UMNO Batu akan berakhir......


Ahli UMNO yang kecewa tetapi tetap setia

Anonymous said...

tahniah kepada ahli umno yang kecewa,tetapi tetap setia.
1) butir2 diatas adalah satu kebenaran yang hakiki.
2) selama ini ahli2 umno batu hanya dibuai mimipi dan kata2 manis tapi hakikat nya 2/3 orang saje yang mendapat faedah/keuntungan sedangkan ahli2 yang ramai hanya mampu mengeluh dan melihat ketidaksampaian nya celoteh dan janji2 manis oleh pemimpin peringkat tertinggi/badan2 berwajib yang mempunyai kuasa melaksanakan visi dan misi yang sering terpapar didada2 akhabar dan media eletronik,
3) seruan dan perubahan kuasa umno batu sudah tiba pada masa nya setelah barisan nasional kalah pada PU yang lalu.
4) suasana politik peringkat tertinggi di bahagian batu yang selalu mengamalkan politik balas dendam pihak menang kepada yg kalah mesti dikuburkan bagi memastikan kelanjutan dan kesinambungan umno batu kekal sebagai tiang seri umno wilayah kl sebagaimana perjuangan yang telah dilahirkan oleh allahyarham senator ibrahim yaakob dahulu.mungkin perjuangan sekarang berbeza sedikit,tapi setidak2 nya perjuangan memebela nadib org melayu mesti ada ye lah seperti yg ahli2 umno jerit dan suarakan bersama para pemimpin samada diperingkat cwgn maupun oeringkat bahgian.
5) pemimpin boleh diganti atau ditukar tetapi parti umno itu sendiri harus kuat dan mendapat sokongan dari semua lapisan masykat melayu terutama nya, dan bukan melayu juga perlu diperhatikan kerana umno itu sendiri adalah payung BN dibhgn batu. kalau melayu sendiri tidak kuat maka apa yang boleh kita harapkan sokongan dan bantuan dari pihak lain.
6) kepimpinan umno batu yg baru mesti kembali ke landasan yang betul.dengan cara ini saje lah ahli2 umno dan pengundi2 melayu akan kembali menyokong BN.bila kita sudah betul barulah kita boleh dan berani menegur ahli2 parti komponen yang lain.barulah semangat jitu seperti batu itu dapat dikembalikan semula.parti yg ada sekarang pkr tak sehebat mana pun. cakap je masaalah jem disentul dan penjaja2 tepi jln pun tak selesai2. cukup 5 thn ambek pencen WR.warga batu tetap menghadapi masalah yg sama turun temurun.
7) tahniah pada saudara abas dan barisan ajk nya yg baru,jgn lupa pada sejarah yg lalu,jgn lupa pada jasa org terdahulu dan yg paling penting jgn lupa pada mereka yg berjiwa kental memastikan umno batu mendapat ketua yg sepatut nya dan membasmi sisa2 tinggalan makhluk2 yg tidak pernah bersyukur dan mengingati apatah lagi meng amen kan doa dipusara bekas2 pemimpin yang terdahulu yang bukan saje ikhlas malah sanggup bekorban utk anak2 bangsa dan nusa dibatu ini.
7) selalulah ingat pada pesanan umno adalah hak ahli2 nya bukan nya hak individu atau satu2 golongan saje, ingat lah selalu pada ALLAH Yg Maha BERKuasa,dan selalu lah meninjau2 akan kekurangan ahli2 dan cwgn dibwh lindungan nya.
ameen.

insan dulu kecewa kini ceria.