Thursday, December 4, 2008

KENALI CALON EXCO PU3 MALAYSIA : DUA CALON DARI SETIAWANGSA INTAI PELUANG EXCO PUTERI UMNO MALAYSIA ; 2S - SITI FATIMAH DAN SERI WANI JADI PERHATIAN !

SETIAWANGSA -- Ketua Puteri Cawangan Pusat Bandar Setiawangsa Siti Fatimah(gambar ) dan Ketua Puteri UMNO Setiawangsa bakal turun ke gelanggang yang sama untuk mencuba nasib bagi merebut jawatan Exco Puteri UMNO Malaysia.
Walaupun tewas dalam perebutan jawatan Ketua Puteri Setiawangsa baru - baru ini, semangat Siti dikatakan tidak luntur sama sekali, malah beliau dikatakan mendapat suntikan semangat yang kuat daripada pemilihan tersebut.
Siti dikatakan sedang berkempen habis - habisan diseluruh negara bagi memastikan kemenanganya kali ini. Apakah percubaan Siti akan berjaya ? Ramai melihat penampilannya sebagai satu tindakan yang berani.
Difahamkan lebih daripada 10 wakil daripada Wilayah Persekutuan akan menawarkan diri untuk jawatan Exco Puteri UMNO Malaysia. Kenapa ramai sangat ? Malah , penampilan Seri Wani (gambar) dan Siti Fatimah juga menunjukan dua calon dari bahagian yang sama ( Setiawangsa).
Seri Wani pula dikatakan mempunyai peluang yang cerah untuk menang tetapi penampilan ramai sangat wakil dari Wilayah Persekutuan bertanding jawatan Exco Puteri mungkin boleh menjejaskan peluangya, kata seorang perwakilan Puteri dari Wilayah kepada Wilayahkini.

59 comments:

Anonymous said...

Nak kahwin ngan anak saya tak?

Anonymous said...

salam..

good luck kak wani..,
kami adik2 pu3 menyokong akak..
insyaallah.., kalu niat bersih & ikhlas untuk berjuang demi bangsa, agama & negara.., kita akan diberkati oleh Allah S.W.T..

Anonymous said...

Kalau gambar ada awek cun ni aku suka la nak comment...

Tapi jangan harap muka je dek...Kalau harap muka tak payah nak masuk UMNO ni... parti cari makan ni dek......untuk orang tak de muka.....

mengkalau cun melecun jadi model je boleh gak perabih duit towkay 2 MLM.........

Any way good luck to you......

Anonymous said...

selamat berjaya kepada Fatim..
Untung sabut timbul...

Anonymous said...

kenapa ramai sangat...kenapa ya? kenapa??? ramai sebab ramai xsedar diri...ramai kerana perasan diri berkemampuan... ramai pasal xreti nak duduk bawah... ramai rasa yang lain xlayak... ramai tu ada org jadi 'FUNDER FATHER' tapi...

ramai mana yang muhasabah menelaah dalam diri keikhlasan untuk berjuang...berjuang...berjuang...

jgn hanya bermain kata pada lidah xbertulang... mana KPu3 atau calon2EXCO yg dah mengeluarkan pandangan, fikiran kritis atau kecaman2 buat komponen yg lantang menpersoalkan MELAYU... mana??? HARAM xda seayat pun...

sedikit bkn lemah yang ramai belum pasti gagah... keghairahan bertanding ni semua atas dasar apa? perjuangan atau lahar nafsu diri xsedar diri...

kerana kita generasi akan dtg menguburkan kita... yg ramai2 tu gi muhasabah diri sedalamnya... apa xjd pimpinan tinggi xleh menyumbang pada AGAMA, BANGSA, NEGARA...

buat semua calon KP n EXCO selamat bertanding dah menang kelak jgn buat "blur" pada akar umbi atau aktiviti macam hidup segan mati x mahu...

yang kalah rapatkan barisan jgn suka bertanding pastu buat2 'dek' bila xdpt tempat...

Anonymous said...

Wilayah jadi macam ini krn Azlinda tidak ada kekuatan.Wilayah tidak boleh bawa lebih dari 2 nama.

Walaupun Seriwani mendapat endorsement dari Azlinda - ramai yang tidak puas hati dengan sikap beliau yang play safe krn menjadi jentera kepada 4 calon KPUM dan tidak suka berterus terang.Perwakilan beliau sendiri tidak berpihak kepada beliau.Ramai juga yang tau Azlinda ada agendanya sendiri.

Calon-calon lain,Hamizah- biarlah turun ke Bahagian2 dulu.Ramai tidak mengenalinya.Pernahkan Puteri WP lihat dia menganjurkan aktiviti?Baik dengan Ketua2 Bhg saja.

Azliza-ada kebolehan sendiri.Pandai cari duit.Orang macam ini penting.

Fiona & Zawyah - eloklah kontrol emosi dulu sebelum nak menawarkan diri.Belum ada kematangan.

Masmera - kena pergi atas kebolehan sendiri dan bukan atas kekuatan Ketua Bahagian & boyfren.

Fatim - ada kekuatan sendiri.Banyak berjalan & mudah mesra.Ada didalam beberapa cai calon KPUM.

Nashua - nampaknya sentiasa ada dimana-mana. Kesian cuma tidak dapat bercakap. Namun begitu,ada diantara cai 2 calon KPUM.Peluangnya cerah.

Yang lain-lain.Tunggulah pemilihan akan datang.Bukan masa anda lagi.

Anonymous said...

Saya perwakilan dari negeri jiran dengar sendiri bagaimana SS bercakap - dia seorang yang tidak jujur walaupun mukanya innocent. Rupanya sudah berkempen dari dulu-dulu lagi.Tidak puas hati dengan mantan KP beliau krn dia fikirkan yang dia lebih layak. Padanlah mantan KP dia pasang orang lain.
Jadi spy pd jentera orang dan menyampai-nyampaikan cerita.
Tak ada calon lain ke,Kak Linda?Akak sendiri terkejut dia nak bertanding -kenapa sekarang akak bawak nama dia? Apa kepentingan dia kepada Kak Lin?
Dun worry Kak Lin - my wanita give to you!
Sudah tentu di hilang 16 undi dari kami.

Anonymous said...

Why are the girls so pretty and the Pemuda all looks damn ugly! Cute guys can't lead??

Anonymous said...

Good Luck Kak Fatim!!!

Anonymous said...

dear Kak Fatim & Kak Wani....

selamat bertanding utk exco PU3 UMNO Malaysia.sape yg tepilih teruskan usaha, yg tidak terpilih teruskan sokongan. kita sbg melayu harus bersatu dlm keadaan yg kritikal skarang ni...

Anonymous said...

sokong la pd yg berkemampuan utk mendapat jawatan tu..yg bertanding x nampak..tp kita sebagai pengundi nampak..jgn tau menghentam org saja...tp menilaikan la yg mana baik dan buruk..x semua yang sempurna dimata orang..so, kita dh diberikan akal dan fikiran..fikirkan la..!
renung2kan la..


green..

Anonymous said...

kepada semua calon2 yang bertanding, jgn lah ada perasaan hasad dengki kepada satu sama lain. jika rasa diri itu cukup ilmu dan semangat, kita alu-alukan kepada saudari semua. Jgn lah nak mencocok sana mencocok sini utk menagih undi.

Kita semua dah besar dan ada mata kepala sendiri utk menghakimi seseorang itu.

Semua boleh bertanding tapi kenalah buat kerja, jgn nak menempel je kat orang lain ye

Anonymous said...

saya respect dengan semangat kak Fatim walaupun tidak terpilih di Bahagian tetapi dia masih tidak kenal erti kalah.

Anonymous said...

kita alu-alukan pertandingan yang sihat. Saudari2 harus mempunyai sikap terbuka dengan calon2 yang lain yang juga datang dari negeri yang sama

Anonymous said...

kami pu3 perwakilan juga hairan kenapa Kakak Ketua Pu3 WP membawa nama SS ni, bagus sangat ke dia jika nak dibandingkan dengan yang sedia ada 4 orang ni? lepas itu siap tambah seorang lagi si Mira tu. Kakak suruh lah si Mira tu duduk diam dekat BB tu jaga pu3 pu3 dia.

saya pun ada terdengar yang SS di jadi jentera 2-3 orang Calon KPUM.... hish hishhhh tak serik serik lagi ke SS ni

Anonymous said...

Korang lepaskan 2 orang cukup la...Bahagian kau orang ada 13 jer. Nak hantar satu calon dari setiap Bahagian ker? Tak yahhhh lerrrrrrrrrrrrrr........
Jangan salahkan KP korang...dia tak boleh nak larang sesiapa yg btanding.Dia pun geleng kepala jerrrr...tak terkata!

Kami pun dari sebelah pagar gak..
Nashua & Azliza pilihan kami.8 undi confirm dari kami,kak.

SS tak payah laaaaaa. SS=Stay Safe. Dia nie spy!!

Anonymous said...

dah kahwin ke blum nie....
nasib baik org lelaki tak bole nak ngundi fatim nie..... kalau tak mesti fatim menang....

saya doakan semoga fatim menang..... muuaahhhh...

Anonymous said...

Salam perjuangan,

Saya menyokong Puan Sri Wani Sabtu kerana beliau gigih berusaha dan kuat bekerja, tak macam siti fatimah yang hanya tahu melawa je....kalau tak percaya tanya la orang - orang lama di Seri Meraga Construction hehe....

Anonymous said...

Salam..
Kita Ada 13 UMNO negeri (Klau tak salah kira) mereka pun ada calon jgnlah tamak sangat wahai pu3 wilayah sampai semua nak pegi yg atas. Bahagian masing2 kena jaga gak. Rsanya wakil wilayah tak lepas sekor pun klau main politikcam ni. patutnya yang menawar diri ni berbincang sesama ahli peringkat wilayah 1 atau 2 org saja yang bertanding jgn lah mentang2 PWTC Kat kl semua nak jadi exco jawatan yangada bagi lah sesama negeri lain. Maufakat kan elok Yang menang bukan atas tiket sendiri tapi kenkawang. yang berundur demi semangat perpaduan kan baik
Apapun ramai yang bagi pandangan kalau baik ikut klau tak buang jauh2, jgn sampai kami menyampah nengok Puteri Wilayah tergedik-gedik. Biar bersopan
Sekian Wasalan

Anonymous said...

Fatim,

Saya sokong Fatim untuk bertanding sbg Exco Puteri M'sia.Saudari ada karisma untuk membantu Puteri.
Anggaplah saudari tidak terpilih semasa dipemilihan tempohari sbg pembakar semangat utk berjuang demi Puteri dan UMNO secara keseluruhan.
Tidak terpilih tempohari hanya org2 di Setiawangsa sahaja yg tahu.
Teruskan perjuangan Fatim.
Kami akan sokong saudari.

Anonymous said...

Assalamualaikum Tuan Moderator Wilayahkini,

TAJUK Besar tulis "KENALI CALON EXCO PU3 MALAYSIA" kurang2..letak la gambar semua calon tu kat Blog nie..pada masa TOPIK nie disiarkan..berlaku adil la pada semua yang bertanding..

Tunjuk Gambar FATIM je beso2..macam tolong promote dia je lebih..aiii kata taknak menyebelah sapa2.. tapi nie macammmm...dah take side je bro...

Kepada tukang2 komen yg lain,

Pasal jumlah exco yang bertanding tu ada 6 ke..doblas ke..lapanbelas ke..apa masalahnya?
at the end of March 2009..Perwakilan Puteri hanya perlu pilih 20 je..tak kisah la.. berapa pun dari WP..
Dah semua program pun base kat WP.. balik2 budak WP jugak yg meramaikan..katalah 1 dari setiap negeri .. kalau 6 nie bagus..amik semua.. tu pun baru 19..ada 1 lagi kosong..
kalau antara 6 nie ada yg tak bagus ..pilih aje la yg terbaik..

tak semua org tu perfect.. dan tak semua yang perfect tu baikk...

renung-renungkan.. dan selamat beramal!!!

Anonymous said...

Anonymus,
Tak pikir la ko ni...tulis macam tu nak jahanamkan calon WP ni ade ler. Ke saje tuh?
Ko ada tau ke brapa program yg dibuat kat WP?Negeri orang lain tak ada program??!Kedah paling banyak buat program ko tau!Negeri lain tak yah dok kat Exco sebab korang dekat? Yg tolong ramaikan tue program mcm Merdeka dll.
Ko sudah silappppp BESAR! Aku pastikan 1 calon WP jer yg lepas! CAKAP BESAR!!Paling banyak pun 2 orang dari WP sb KP Negeri automatik jadi lantikan!

Anonymous said...

Habis...gambo Wani sekeping mcm tu tak ada tarikan ler....letak ler gambo minah lagi satu tu.

Anonymous said...

Ntahle korang ni..aku pun heran asyik nak mengomen keburukan orang aje. Keburukan diri sendiri dah check ke. Aku pasti yang wilayah kini ni memang berat sebelah. Tak Fatim, Azliza yang dapat komen best2. Ni nak menjahanamkan UMNO sendiri. Kenapala nak bermusuh-musuhan sesama sendiri. Ingatlah..setiapa muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Jangan biarkan Wilayahkini menjadi satu lagi agen penyebaran fitnah. Marilah kita bersatu...kita nikan dah lemah. Yang aku heran apala dengki sangat kat calon-calon Wilayah ni. semuanya ada kredibiliti masing-masing.

Anonymous said...

Wilayah memang banyak calon yang boleh di kemukakan. Betul ke yang Azliza ni pandai cari duit...cari duit utk perut dia n company dia adalah. Harap muka aje ok tp perangai menggoda no. 1. Fion aku tengok ok sikit memang ada karisma. Zauyah ok n lantang bersuara. Hamizah cool tp tak tahulah karakternya macamana. Dulu aku tahu 4 now ni dah 10 ke...tapi masa calon bertiga Azliza, Zauyah n Fion ni melawat kawasan aku dia cakap tiga aje. Tetiba ada satu lagi Hamizah pas tu tambah 2 lagi...yang mana satu betul nii. Tapi yang penting jangan dok mengata orang...blog ni pun bukannye boleh percaya. Asyik2 orang yang sama aje bagi komen cuma guna nama aje lain. Gua tahulah cara korang menulis...Cerite pun asyik dok karang aje bukannye betul pun. Main sedap gigi aje komen.

Anonymous said...

Kekadang tu dah meluat nak baca komen korang yang tak berasas ni. Cukup2lah.

Anonymous said...

Wa caya lu la Azliza n geng lu si Fatim. Bila nak enjoy mcm dulu bosan gua tgk lu busy berkempen.Hari tu aku tengok Azliza ni sama2 berkempen ngan Fatim. Memang sepadan dia orang ni. Sama2 cantik. Apa kata pilih dia orang aje. Biarlah apa orang nak kata..dia orang ni memang pandai cari duit...Godaan Azliza tak boleh tahan. Kalau dia buat suara syahdu habis segala dato'2 cair. Bolehlah kaut duit banyak-banyak.

Anonymous said...

En Hussein Loyang,
Bila seseorang tu lawa kau kata orang tu suka melawa, bila seseorang tu tak lawa kau akan kata bodoh tak pandai melawa. Dah orang orang tu dikurniakan Allah swt tu lawa, terima ajelah, bersyukur tuan punya badan.
Aku tak faham kenapa lawa tak lawa dipersoalkan disini. Adakah jawatan jawatan di Exco tu untuk orang orang yang kurang lawa aje?
Pasti nya boss di Seri Meraga Construction engkau tu suka ambil orang lawa lawa, kau pergi lah suarakan kat boss kau tu. Masa dia interview mesti dia tengok CV jugak kan, takkan lah semata mata lawa je, pakai otak sikit lah...

Pemuda Keramat

Anonymous said...

Tahniah kepada calon exco yang layak bertanding. Kira bagus la tu dapat bertanding.

tuliphitam said...

Salam Pejuang Bangsa,

Apa salahnya bertanding berapa pun jumlah calon yg tawarkan diri jika berniat bertanding secara sihat dan ikhlas demi meneruskan perjuangan anak bangsa. Mengapa fikiran kita masih ditakuk lama mempertikaikan pelbagai perkara.

Jangan jadikan jawatan ketua puteri bhgn yg senior sebagai 1 tiket untuk menang secara mudah jika diri sendiri pun tidak mempunyai keyakinan dan kekuatan diri sebagai pemimpin.1 jari menujuk org lain jangan lupa 4 jari menujuk diri anda sendiri.

Saling hormat menghormati bukan mencaci sesama sendiri. Masih belum insaf2 lagi puteri di wilayah ini. Tengoklah dibahagian sendiri patutnya rancanglah merampas kembali tempat yg telah dijajahi bukan sibuk asyik hendak berkelahi membuka aib kisah peribadi.

Cermin diri sendiri samada layak serta mampu untuk bertanding menggunakan modal sendiri. Jangan lah bertanding bila ditaja oleh orang itu dan ini atas kepentingan peribadi..yg akhirnya memakan diri sendiri...

Tulus Ikhlas Pejuang Bangsa.

Anonymous said...

Apapasal la asyik2 cite pasal kak Fatim, SS n Azliza...lak tu klu azliza bg komen best2 aje. Bagilah cover kak Zauyah..tu. Kak Zau ni pernah jd timbalan pengerusi tetap PU3 malaysia apa. Dia lg layak. Dah sincere tak macam si KPU3 Bhgn Seputeh tu yang dok nak cari projek utk diri sendiri aje. Hidup Kak Zau! jangan percaya sgt ngan AA tu baik lagi si Hamizah yang maintain cool tu. At least dia tak de laa nak nugumpat sesama sendiri cuma terlalu protokol aje..tu blh adjust. HIDUP KAK ZAUYAH!

Anonymous said...

ko nak tau sebab apa orang tak bagi coverage kat Kakak Zauyah kesayangan ko tu...Sebab dia tak bagusla.kalau dia ok dan lantang bersuara org sure akan promote.masalahnya kakak ko tu dik bukan lantang bersuara tapi emosional terlebih.cubalah bezakan sikit yg lantang dan emosional tu mcmana.
pape pun aku pilih nashua n mira

Anonymous said...

Zauyah tu patut naik pangkat pengerusi tetap je.tak layak lagi nak jadi exco.pasal penting diri sendiri abis yg lain pun dah terikut nak pg exco jgk,sampai takde yg nak mengalah.ko ni mmg selfish la zau..

Anonymous said...

katanya duduk kat Timb Pengerusi Tetap tu takda kuasa, meeting pun datang setahun sekali ja, tu pasal lah kali ini ingin cuba Exco pulak,kurang kurang meeting Exco boleh kasi tunjuk muka

apa pun saya sokong 2 orang aja dari WP

Anonymous said...

Ish..ish kesiah Kak Zau..korang ni memang tak patut. azliza n Zau yang merancang... kak Zau sorang aje yang kena. Sendiri faham2la. Azliza ni baguih depan mata aje..diam aje tp belakang macam mak nenek. Dia la kaki pengumpat. Kesian Kak Zau N Kak Fion. Apa2pun Puteri Wilayah Mantap.

Anonymous said...

Apalah korang nii..cukup2lah nak ngutuk orang cuba kita rapatkan persaudaraan..ni tidak sahaja aje suruh orang mengutuk. Puteri mesti ada identiti yang berbeza, matang dan bukan kebudakan. Korang ni macam banyak masa aje nak ngutuk..dah tak ada kerja lain ke? Cermin diri dulu sebelum nak mengutuk..udah2 tak payah nak komen2 yang mengaibkan.Berilah komen yang membangunkan bangsa MELAYU.

Anonymous said...

Selamat Berjaya kepada semua calon exco pu3 masia drpd WP.. Tabik sppprrriiinggggg buat Haza (KPu3 Ttwangsa) coz menarik diri dr bertanding, buat Hazreena (KPu3 Batu) dan Rahimah (Kpu3 Labuan) coz memberikan laluan kepada rakan2yang lain utk bertanding.. Maaf, aku rasa calon spt Wani dan Mira x layak ada dlm lineup.. Hipokrit.. Jumpa org luar siap kutuk senior2 dlm pu3 WP.. Korang baru menang bertanding kpu3 bhgan..Buat lah dulu kejer.. Buktikan u all tu mampu memimpin di bhgn sebelum kejar glamour kat luar.. Ishkk.. Ishk..

Anonymous said...

Kak SS,
Janganlah terlalu bergantung kepada Kak Linda...akak kena berjalan ngan org yg dikenali ramai spt Nashua,Fiona,Fatim atau Azliza.Rakit kena betul kak...
Tak ramai diluar sana suka dgn Azlinda.

Anonymous said...

SS ni buah hati Kak Azlinda kalau Ingin Terbaik nak tau.. semua KPB WP kebanyakkan nya tak berapa gemarkan SS ni. Dia bole buat grouping pulak dlm Exco WP tu, kekonon yang Senior dan yang Junior atau lebih tepat lagi yang tua dan yang muda. Ikutkan, betul ke cara dia buat macam itu dekat yang tua tua tu, langsung tak tunjuk hormat langsung.

Yang muda muda tu adalah yang termakan cakap SS ni sampai jadi tukang penyampai SS pasal SS ni dia tak akan bersuara, takut dia di label 'buruk' nanti.

Apa2 pun buat yang muda, rapatkanlah saf anda dengan yang Senior atau yang tua tu, ambil ilmu dulu dari mereka, jangan lah nak ber group group pulak.

Anonymous said...

A'kum ahli ahli PU3 WP semua, apa kata kita perwakilan dari WP seramai 52 oarang + kak lynn + kak lily + kak ina = 55 orang pangkah semua calon calon dari WP yang 8 orang ini ha sekurang kurang nye ramai dari WP lagi bagus, ko tau kenapa tahun depan recession so exco exco dari negeri lain nak jimat jimat duit sebab dah berkempen duit habis x boleh la turun padang selalu sebab kalau ada program mereka suka guna padang kat KL , oleh itu bila ramai dari WP lagi bagus program pun berjalan orang pun turun ramai betul tak ...... kita ramai ramai pangkah je orang WP dah pas ni x yah gaduh gaduh sapa nak menang lebih gie ler cari kat negeri lain baru kita tahu sapa POWER

Anonymous said...

fiona....fiona..fiona...pandai ko main peranan ye.takpe biar allah je yg balas perbuatan ko.ingat fiona sekarang Allah bayar cash!!Alhamdullillah....

Anonymous said...

Kenapa Seri Wani tak bukak blog? Macam Siti ada blog sendiri. Bolehlah kami tengok gambar - gambar terbaru sepertimana yang disiarkan di WK.

Anonymous said...

Fatim mungkin tak payah bertanding dan tumpu kepada bahagian aja.Apa cam?

Anonymous said...

Fatim nak jaga Bahagian mana ni sis/bro ? Ada Bahagian khas ke...huhuhu

Anonymous said...

betoi ka dengaq cita yang perwakilan SS sendiri pun tak akan beri sokongan kat dia? hish hish hish.. ni mesti ada kes nih, kalau tidak takkan sampai 3 sekali tak sokong... so SS, awak tu stay aja lah di Bhg tu

Anonymous said...

Kami turun ke KL minggu lepas, biasalah ikut calon jumpa perwakilan.... tup tup dengar cerita SS ni lagi... perwakilan sendiri tak sokong dia... so, on the way balik kg, kami pun ambik keputusan, tak perlu lah kasi undi kat dia kalau perwakilan sendiri pun tak percaya kan dia....

amin

Anonymous said...

alhamdulillah kami semua dapat bersua muka dengan calon2 yang nak bertanding 2 hari lepas di Melaka. Terima kasih lah kpd WK yang memaparkan gambar2 calon, senanglah kami nak cam yang mana satu.
Memang kami nampak SS dan SF ni banyak beza nya, macam langit dan bumi. SF ni peramah, senang berbual dengan dia, tetapi SS ni sibuk aja dengan Ketua Pu3 Bhg yang baru tu. Sombong atau dengan arti kata lain, tak tau bawak diri....
Kami sokong SF.

Anonymous said...

Betui2 la aku tgk KPU3 WMaju...celupar. Lu tak puas hati ngan mantan lu..jgn nak babitkan semua kpu3wp. Lu ni memang mulut tak de insuran n busuk hati.

Anonymous said...

Kelakar tak!? Adala kpu3 ni..mas nama dia. Cuba mengaburi mata orang lain bila bawa pwakilan tapi actually u know what happened bknlah G2 sebenar. Dia dahlah nak bertanding. Dapat undi solo la kat BB. Kelakar.kelakar.

Anonymous said...

Just nak tanya..kak Siti Fatimah ni memang orang Kak Azlinda ke? Punya le baguih dia berkemp sama2 bila kat luar negeri dr Wilayah. Actually siapa yang direstu ni? Apa ni..dalam mtg cakap lain luar mtg cakap lain.

Anonymous said...

IshIshIsh pelik aku..hari tu ada 3 KPU3 dari Wilayah - Fiona, Zauwiyah n Azliza. Now ni aku tgk dah jd lain lak..Zauwiyah, Fatim n Azliza/ Apa dah jadi ngan kak fiona ni? Akak jgn mendiamkan diri..kita orang dah confused ni.

Anonymous said...

Fatim & Azliza mmg kawan, tapi Fatim & Zau hhhhmm neeeehhhhh i dont think so

oleh itu, tidak perlu keliru... ikut aje apa yang korang disuruh buat...

Anonymous said...

Kuda Hitam... saya setuju dengan komen anda. Ingatkan saya seorang je yang terperasan keceluparan dia tu, rupa nya ada jugak yang dah perasan. Macam ini ke contoh pemimpin? Lihat lah kawan kawan sekeliling dia ie sesetengah ketua ketua pu3 yang baru tu. Ni baru berapa bulan je dari dapat pangkat dah tunjuk pe'el, tunggu lah 4 tahun ni. Berkarat lah W.Maju tu ngan maki hamun dia

Anonymous said...

Anonymous
Dengan siapa mereka berkempen diluar WP adalah hal kain dalam mereka.
Yang kamu ni bila dia dah endorsed pun kamu bising, si Fatim, Nashua mana ada diendorse, masing2 turun padang atas kehendak masing2.
Ini lah kamu, tak sedar di untung. Bila tak endorse, bising nak di endorse kan. Bila dah endorse takkan lah kamu nak Kak Azlinda tu kempen untuk kamu jugak. Itupun mau kita cakap ke?
Apa salah nya kepada semua calon2 exco ni yang bertanding, hentikan dengki mendengki pada satu sama lain. Tempat kat Exco tu pun ada 20, bukan 1 bukan 2, so kenalah kerja keras.
Sikit2 nak endorse, sikit2 nak endorse.

Anonymous said...

kenapa cuma calon kat WP ni je yang kelam kabut dengan calon yang ramai 8 orang ni. Negeri lain tak pulak dengar mereka kelam kelibut mcm ni. Kalau yakin dengan diri sendiri, tak mungkin kecoh macam ni.

Anonymous said...

Wahai SS, awak ni sememang nye lembab al kura-kura lah. Saya baru-baru ini pergilah melayari lawan web pu3 setiawangsa. Pasal kelembaban awaklah, blog awak tu terpaksa tulis BLOG RASMI PUTERI SETIAWANGSA. Kenapa perlu tulis blog rasmi, ada yang tak rasmi ke? Ini gara-gara SF dah terlebih dahulu otak nya cepat untuk mengambil nama puterisetiawangsa hinggakan awak letak laman blog awak puteri118.. tak pernah aku tengok mana2 bahagian buat macam tu. Dari kejadian ini, memang lah terang lagi tersuluh yang awak ni sememang nyer ala ala kura-kura dan selalu tertinggal di belakang, macamana lah nak kasi undi dekat awak ni? Selamat berjuang untuk kempen Exco awak.

Anonymous said...

Apa cite..kak fiona..senyap aje. Hr tu tak pegi kedah ke ikut Azliza n fatim..Akak ni dah senyap apa cite!!!!

Anonymous said...

assalamualaikum.pemuda umno segambut akan mengadakan kutipan tabung selamatkan palastin di masjid firdaus segambur luar,SEMUA DI JEMPUT HADIR BERAMAI2 UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM

minah scoot said...

hmm...alhamdulillah dah terbukti yg ss sememangnya di pilih kerana kewibawaannya.biarlah ape orang nak kate..yg penting kite tengok jelah hasilnya nanti..4 u azliza,wa memang x suke dgn lu..hipokrit..over confident.tu lah..lain kali ukur baju di badan sendiri..buat korang yg terbaca di w/kini lebih baik jgn terpedaya...kebanyakkan comment kt sini sume geng azliza..