Wednesday, June 25, 2008

ISMALINA ISMAIL AKHIRNYA UMUM HASRAT BERTANDING JAWATAN KETUA PUTERI NASIONAL - BAGAIMANA REAKSI DI WP ?

Sepertimana yang dilaporkan oleh Wilayahkini sebelum ini akhirnya Naib Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan Datin Ismalina Ismail telah mengumumkan hasratnya untuk bertanding jawatan Ketua Puteri UMNO Malaysia.Beliau mengumumkanya di Kedah malam semalam selepas merasmikan satu majlis Puteri Kedah bagi pihak Ketua Puteri Datuk Noraini.Mungkin keputusan Ismalina untuk mengumumkan hasratnya di Kedah ada hikmahnya yang tersendiri.Dengan penawaran Ismalina tersebut, ianya juga telah menamatkan pelbagai spekulasi dan andaian dimana sebelum ini ada wujud kata- kata Ketua Puteri WP Azlinda Rashad juga dikatakan berminat untuk bertanding.Kini selepas pendedahan rasmi Ismalina tersebut Wilayahkini juga telah menerima banyak respons daripada beberapa pihak.Adakah Ismalina akan mendapat " backing " yang kuat dari bahagian - bahagian di WP iaitu negerinya sendiri? Bagaimana pula reaksi ahli - ahli Puteri WP mengenai hasrat Ismalina yang juga merupakan Ketua Puteri Wangsa Maju dan Exco Puteri UMNO Malaysia.Untuk rekod pada pemilihan yang lepas Ismalina mendapat tempat keenam untuk jawatan Exco Puteri.Kini bagaimana peluangnya? Apapun Wilayahkini ingin mengucapkan tahnniah keapada Ismalina Ismail kerana berani kerana benar. RENCANA KHAS MENGENAI PELUANG ISMALINA AKAN MENYUSUL !

17 comments:

Anonymous said...

Kami tidak akan sokong Ismalina bertanding Ketua Puteri Malaysia kerana beliau belum ada kemahiran.

Anonymous said...

Sokong penuh,kerana bole dikatakan datin ismalina yang saya kenali ini berjiwa rakyat,yang sanggup turun padang utk buat kerja.Dari segi akedamik pun dah cukup.

TIADA ALASAN LAGI,ISMALINA MAMPU DAN BOLEH MEMIMPIN PUTERI DENGAN CEMERLANG!

Anonymous said...

nak ambik sijil kemahiran kat mana utk jadi ketua puteri malaysia? Dato' Aza & Dato' Noraini ada 'sijil' kemahiran ke? taktau plak saya..saya pun nak apply belajar kat situ..bila dah ada kemahiran bolehlah bertanding ek..pu3 kepong ada kemahiran tang mana?

Anonymous said...

SOKONG..... DATIN ISMALINA NI PERNAH DATANG KE TEMPAT KAMI YANG TERPENCIL NI, DAN CERAMAH MOTIVASI YANG BELIAU BERIKAN SUNGGUH MEMBERIKAN KESAN KEPADA GENERASI WANITA MUDA YANG BAKAL MENJADI PEMIMPIN PUTERI AKAN DATANG.... BELIAU BUKAN SAJA DITERIMA KERANA AKADEMIKNYA, MALAH KERANA BELIAU TIDAK MEMILIH DALAM BERKAWAN, DAN TIDAK HAIRAN AKAR UMBI MENYOKONG KUAT BELIAU MENJADI KETUA PUTERI MALAYSIA....(KALAU ADA REZEKI, INSYA'ALLAH)

Anonymous said...

Kami juga sokong penuh keputusan Datin Ismalina kerana beliau bukan sahaja layak tetapi sebagai orang WP kita kena berdiri dibelakang beliau.Sekiranya beliau menang ianya satu penghortaman kepada WP juga.Jangan pula kita nak main politik dibelakang.

Anonymous said...

Ismalina Ismail memang berani.Kita ucapkan syabas kepada beliau.

Anonymous said...

Mungkin kita nak tahu juga Kak Malina kita ni nak team up dgn siapa? untuk Exco siapa pulak calon pilihan dia di WP? Betulker Wani Setiawangsa jadi pilihan ?

Anonymous said...

Korek..korek..korek....

Anonymous said...

Kami cadangankan Kak Malina kita dapat buat satu perjumpaan bersama semua ahli - ahli puteri di WP dalam masa yang singkat ini kerana kami nak tahu juga keihklasanya.

Anonymous said...

Ismalina memang seorang pemimpin yang baik dan berpotensi.Kita kena bertuah di WP kerana mendapat seorang pemimpin seperti dia di WP.Kita kena bantu dia.

Anonymous said...

Dah dapat endorse dari Pengerusi UMNO WP Datuk Zul ker ?

Anonymous said...

Kami dengar Datuk Zul memang tak ada masalah dengan penampilan Ismalina.Mungkin Wilayahkini cari kepastian?

Anonymous said...

Calon yang paling layak kerana beliau memenuhi semua kriteria yg diperlukan bagi seorang ketua puteri.

Pada saya beliau seorang yg tegas, berpendirian, ada wawasan, boleh bekerja dgn semua orang dan agresif.

Beliau juga bukan ADUN yg pastinya dapat menumpukan perhatian 100% untuk mengembalikan kepercayaan orang muda terhadap Puteri serta dapat mengukuhkan semula pergerakan ini.

Semoga tabah menghadapi cabaran dan selamat berjaya untuk bakal Ketua Puteri UMNO Malaysia.

Anonymous said...

Sangat menyokong Ismalina pergi ketua PU3 UMNO Malaysia....dia nie...semua tempat dia pergi...BAKAL PEMIMPIN BESAR AKAN DATANG...DAN SANGGUP TURUN PADANG MENEMUI MASYARAKAT SETEMPAT...HIDUP ISMALINA!!!

Anonymous said...

pasal kerja, datin isma memang tidak boleh dinafikan dedikasi dan komitmennya. ada orang kata dia ni bossy, susah nak dengar pendapat orang. kalau dia chair meeting, hitam katanya maka hitam lah jadinya. mereka yang terlibat dalam meeting tu, pak turut je, tak berani nak lawan, nak please je pun mungkin. orang suka pada datin isma ni tapi tengok dia ni suka buat kerja sorang-sorang, pergi mana-mana pun sorang-sorang, macam takde kawan puteri lain. nampak gaya suka libatkan puteri baru datang program. anyway, congrats la berani umumkan nak bertanding ketua puteri malaysia. ada calon yang senyap je, dah ligat sibuk gerak pergi menghadap menteri tapi tak jugak nak umum in public.

pilihan di tangan perwakilan...so puteri decide la. fikir dan buat pilihan yang terbaik. sokong belum tentu kawan kita, kawan pulak belum tentu akan undi kita!

Anonymous said...

Sebagai Ketua dia bagus. Sebagai Naib Ketua Puteri WP - hampeh. Tak ada kesenimbungan langsung dengan Ketua. Seorang Naib yang terlalu inginkin jawatan Ketuanya sehingga tak menyokong Ketua.
Selain dari itu kerja memang boleh buat.
Yang menjadi tandatanya - keikhlasan Datin.

Anonymous said...

Itu cerita lama yang diatas biarlah kak ismalina menerajui KPUM asyik asyik orang luar je cubalah bagi kat orang WP tengok macam mana ada POWER x ko orang x abis abis nak kutuk orang jer . sekurang kurangnya jika dari wilayah senanglah sikit kita kat wilayah nak buat program x lah nampak pu3 ni x bergerak . Kan kebanyakkan program buat diwp ha, bila orang wp yang menerajui senanglah lah sikit dia nak panggil anak anak buah dia turun padang. Betul x kak ina ...... he he he i sokong U