Monday, June 30, 2008

APABILA GAMBAR - GAMBAR PERSONAL DIMASUKKAN KE DALAM BLOG DAN FACEBOOK.....

Episod terbaru melibatkan Anwar Ibrahim membuatkan seluruh negara tergamam.Semua bercakap mengenai laporan tersebut.Malah ramai dikalangan kita sudah mula meramalkan laporan tersebut mengikut persepsi masing - masing.Justeru itulah, Wilayahkini berharap isu tersebut dapat diselesaikan dengan kadar yang segera sebelum ianya di manipulasi dengan lebih kuat lagi.Namun disebalik isu ini pegajaran yang dapat dipelajari ialah - penyebaran gambar- gambar yang diambil dengan tokoh - tokoh tertentu disebarkan melalui internet boleh mengundang pelbagai spekulasi dan andaian.Diharap pemimpin - pemimpin utama negara lebih berhati - hati dalam isu pengambilan gambar - gambar seperti ini.Segalanya bermula dari gambar untuk kenangan - tetapi akhirnya apabila sesuatu isu tertimbul ianya didedahkan. Sepatutnya gambar - gambar seperti ini perlu disimpan dalam album untuk kenangan dan bukanya mendedahkan di khalayak umum - dalam facebook ataupun blog persendirian kerana ianya melibatkan pemimpin2 utama negara!

2 comments:

Anonymous said...

Kami setuju.Memang cukup berbahaya.Berhati - hatilah selepas ini.

Anonymous said...

Wow, media massa juga dah siarkan gambar - gambar tersebut.Macam mana ini boleh berlaku?