" Semoga Bandar Tun Razak ini kalau ikutnya roh dan semangat Tun Razak itu, jangan lupa bila tiba masanya, kembalikanlah Bandar Tun Razak ini " kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis Jamuan Hari Raya 1 Malaysia Bersama Perdana Menteri dan Isteri di perkarangan kawasan perumahan Seri Melaka , Parlimen Bandar Tun Razak Ahad lepas.
Majlis tersebut dianjurkan oleh Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshee. Di fahamkan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik yang juga merupakan Timbalan Pengerusi UMNO WP tidak hadir tetapi dihadiri oleh orang kuat Wilayah Persekutuan ketika ini iaitu Setiausahanya Datuk Syed Ali Alhabshee. Turut hadir Pemangku Ketua Bahagian UMNO Bandar Tun Razak.
Majlis

tersebut dikatakan telah mengegarkan Parlimen Bandar Tun Razak kerana lebih daripada 10 ribu orang telah berpusu - pusu hadir menjayakan majlis tersebut sambil bersalaman dengan Perdana Menteri dan isterinya.
Ramai yang hadir dikatakan tergamam dengan pengaruh yang dimiliki oleh Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshee di Parlimen Bandar Tun Razak.
UMNO WP MAHU KERUSI BTR PADA PRU KE 13 ?
Sementara itu, sudah ada cakap - cakap politik bahawa UMNO Wilayah Persekutuan mahukan kerusi Bandar Tun Razak pada PRU yang ke 13 nanti. Parlimen Bandar Tun Razak kini dimiliki oleh MCA. Pada PRU yang ke 12 lepas, penyandang Datuk Seri Tan Chai Ho tewas ditangan Tan Sri Khalid Ibrahim. Di fahamkan, parlimen Bandar Tun Razak majorotinya pengundi melayu iaiatu seramai 55 %. UMNO juga dikatakan menuntut kerusi Parlimen Bandar Tun Razak kerana majoritinya pengundi melayu di sana. Cadangan tersebut dikatakan telah dikemukakan ke pucuk pimpinan tertinggi parti.
SIAPA CALON UMNO KALAU MENJADI ......
Sudah ada pelbagai ramalan dan desus - desus dimana Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshee akan dipilih sebagai calon sekiranya UMNO dapat bertanding di sana. Sebelum ini, ada cerita - cerita politik yang kuat mengatakan Ketua UMNO Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee akan dipilih sebagai calon UMNO di Bandar Tun Razak sekiranya Tan Sri Khalid Ibrahim letak jawatan sebagai Ahli Parlimen - ekoran dari kes mahkamah dulu. Apakah akan ada kes " lompat kawasan" di Parlimen WP pada PRU yang ke 13 nanti ?
Apapun, mesej PM kepada pengundi ialah - " KEMBALIKAN BANDAR TUN RAZAK ".
(Gambar file , Datuk Seri Najib bersama Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshee )