Sunday, September 5, 2010

BAZAR RAMADHAN MASJID INDIA : SALAH SIAPA ?

Kuala Lumpur 4hb Sept --Isu bazar di Jalan Masjid India semakin kecoh dan panas kerana ramai pihak yang tak puas hati dengan tindakan melulu DBKL dalam soal peruntukkan tapak perniagaan kepada penjaja melayu. Dalam episod yang terkini Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar tanya kemana suara Perkasa dalam isu tersebut ? Beliau turut membidas sikap Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik dalam menangani isu tersebut. Sila klik komen Mahfuz Omar yang bertajuk "Bazar Ramadhan : Ke mana Perkasa, media UMNO apabila DBKL tindas peniaga Melayu".
Sementara itu, DBKL mempertahankan tiada sebarang "hanky panky" dalam isu peruntukan lot bazar Ramadhan di Jalan Masjid India tetapi Persatuan Penjaja Kecil Bumiputera Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh Bahrim A. Razak berkata peruntukan lot tersebut sepatutnya diagihkan kepada penjaja kecil yang betul-betul memerlukan sokongan dan bantuan untuk mencari rezeki selaras dengan gagasan 1 Malaysia dimana Rakyat Didahulukan. Sila klik DISINI , untuk baca Komen Bahrim dan juga DBKL.

7 comments:

Anonymous said...

Sepertimana yang sepanduk ditulis oleh penjaja memang betul Menteri WP tak prihatin masalah penjaja. Minta SPRM siasat.

Anonymous said...

Kenapa nak roboh ataupun nak minta alikhkan kanopi ? Mereka bukanya nak kaut untuk bermilion. Ini hanya bazar ramadan untuk sementara aja. Kenapalah melayu nak kenakan bangsanya sendiri ? Lu fikirlah sendiri. Ke mana pergi suara Ibrahim Ali dalam isu ini ?

Arif kl said...

Satu lagi kelemahan Raja Nong Chik yang sudah pandai main lontar batu sembunyi tangan.

Anonymous said...

Takpe...ni bukan Penang. Kalau Penang Perkasa dah serang sama-sama dgn Menteri Nong ni.

Anonymous said...

sebualm aje berniaga pun nak kacau, kalau macam ni BN hancus

Anonymous said...

WAHAI TUAN HAJI BAHARIM RAZAK.. SUDAH2 LA BUAT LAKONAN.. SEBELUM INI KAU LAH YG MENGUASAI DI BAZAR RAMADHAN MASJID INDIA.. TIAP2 TAHUN DAPAT BEBERAPA TAPAK DISITU TAK BISING PUN.. DAPAT TAPAK LEPAS TU JUAL DGN HARGA YG TINGGI.. KENAPA DGN TAHUN INI NAK DEMONSTRASI PULAK.. TAK CUKUP KE DGN APA YG TELAH DIBERI SELAMA INI.. BERSYUKUR LAH HAJI.. SPRM KALAU NAK SIASAT PERKARA INI LEBIH BAIK SIASAT DULU TN HJ. BAHARIN RAZAK & PERSATUAN NYA.. CUBA2 TENGOK GERAI2 & TAPAK2 DI JLN TAR / JLN CHOW KIT SIAPA YG CONTROL..?? SIAPA LAGI KALAU TIDAK BELIAU & THE GENG2 NYA.. JANGAN BUAT WAYANG2 TINGGI..

Datuk zulshaari said...

UNTUNG LAH BAHRIM BISING2 SEKARANG DAH DAPAT DATUK.. sapa mau DATUK buat lah bising2 bulan puasa nanti mana tau boleh dapat DATUK..