Kata orang kerana " Mulut Badan Jadi Binasa" . Begitulah yang dapat kita simpulkan disebabkan mulut Menteri Wilayah Persekutuan Senator Datuk Raja Nong Chik isu Pembangunan Semula Kampung Baru semakin kucar - kacir dan ibarat dah macam jadi macam rojak . Segalanya bermula dari komen Raja Nong Chik berhubung kenyataanya mengenai formula 60 : 40. Sila baca kenyataanya di sini -mStar Online : Kampung Baru Mungkin Dibuka Untuk Bukan Melayu Tingkat Potensi Pembangunan.Selepas dikecam teruk , kononya atas nama " damage control " Raja Nong Chik mengadakan perjumpaan dengan semua NGO ( Perkasa) termasuk anak - anak watan Kampung Baru dimana katanya semua penduduk telah bersetuju untuk pelan pembangunan Kampung Baru tetapi disebalik kenyataanya itu penduduk Kampung Baru tak puas hati dengan pendirian Raja Nong Chik , Mereka kata " dengarlah suara kami ". Ada yang tanya apa sudah jadi dengan Volume 4 Pelan Pembangunan Kampung Baru dalam Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2020 yang dicadangkan pada tahun 2008 sebelum ini (seperti dalam gambar)? Apa pula janji - janji sebelum ini ? Apa pula jadi dengan perbincangan yang diadakan banyak kali sebelum ini ? Kenapa UMNO WP macam tak ada pendirian dan nampak lesu aja dalam isu penting seperti ini ?
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pula mahu berjumpa dengan penduduk Kampung Baru untuk mencadangkan satu pelan baru. " Kita akan jelaskan bagaimana hendak tentukan tanah milik Melayu di Kampung Baru tetap di miliki oleh orang Melayu. Dalam masa sama pulangan yang mereka peroleh sesuai dengan harga pasaran", katanya. Macam - macam cerita dah mula keluar masuk ketika ini. Ada kata sokong, ada yang membantah manakala ada pula masih marah dengan pendirian Kementerian Wilayah Persekutuan.
8 comments:
Dalam Lembaga MAS pun lagi pening, ada pulak jawatan 'pemangku Naib Yang Dipertua MAS'. Kenyataan 'pemangku' bagi statement dalam Malaysian Insider ini telah di sahut oleh pembangkang. Sah ke statement dia ni? Dulu semua dah setuju lantik orang lain sebulat suara termasuk pucuk tertinggi DBKL aleh2 surat perlantikan/penerimaan jawatan NYDP tak keluar2 samapai sekarang. Tetiba ada pulak pemangku NYDP. Apalah SU buat kerja macam ni. Buat malu je. Ni mesti ada kes GILA KUASA dalam Lembaga MAS. Hak orang lain diketepikan!!!!! Nak harapkan Lembaga MAS, MAS pun dah x betul lagi macam dulu. Sedih dengar cerita orang kampung.
Ikut protokol biar Yang Di Pertua yang bagi stetmen. Ini pemangku tak diiktiraf bagi stetmen. YDP kan Datuk Bandar KL. Dia tau tak dia ada kuasa untuk memelihara nasib orang kampung? Ke buat2 tak tau yang dia pakai dua topi?
Babakuttyy ni tak habis-habis ambik kesempatan,kau tu bukan ada tanah pun, hanya rumah flat saja...jangan kacaulah..jagalah PKR baik-baik...
MAS KG BHARU DAH TAK BOLEH DIPAKAI ZAMAN KINI... 100 TAHUN DULU BOLEH LAH... YG JADI AHLI JAWATANKUASA HARI SEMUA NYA BEBAL2... MACAMANE KG BHARU NAK NAIK.. SEMUA NAK FIKIR MASUK.. SEKARANG INI ITU LA KERJA AHLI JAWATANKUASA MAS.. COLLECT KELILING KG..ADA SETIAUSAHA PUN SETIAUSAHA MUFLIS..PUN BOLEH HADIR DLM MESYUARAT DAN BERSUARA..
DALAM GAMBAR YANG MACAM BENGGALI ITU MAT BABA KUTTY KE..? YANG DIA SIBUK BUAT APA..? INI BUKAN KG BENGGALI..!! SURUH DIA BALIK, BANGUNKAN KG DIA KAT INDIA..!! OHH.. DIA KRONI DATO' MAT SHAH SAFUAN LA.. CUCUK2.. BAKAR2.. KIPAS2.. LEPAS MASUK MAKAN SORANG2... BENGGALI BENGGALI... BAWAK2 LA BERTAUBAT.. TUHAN NAMPAK APA YG KAU BUAT MAT..! JGN SAMPAI TAK DITERIMA BUMI..!!!
MAKIN PANAS ISU MAS NIE YEEE..... ORANG KAPUNG BARU PUN TAK TAHU SEKARANG PERGOLAKKAN DALAM MAS SEMAKIN KETARA.... EHH BETUL KER SETIAUSAHA MUFLIS... BIAR BETUL BRO... JANGAN MAIN CAKAP JER... STATEMENT NI KENE JELAS...
YANG TANG COLLECT TU GUA SETUJU.... SEJAK BEBERAPA TAHUN NIE MAS NI DAH JADI MACAM SYARIKAT PERNIAGAAN LAK.... YANG DIORANG NIE NAK COLLECT DUIT BAZAR RAMADHAN PULAK SEBAGAI BONUS UNTUK MEREKA ... APA NIE.... MULA2 RM 100.00 PASTU NAIK RM 190.00 LANIE DAN NAIK RM 250.00... DEPA INGAT ORANG SEKARANG BERNIAGA COP DUIT KER APER..... AKU PUN PENING???
ADA TERMAKTUB DALAM UNDANG 2 MAS KER YANG MEMBOLEHKAN MEREKA MENGUTIP DUIT NIE.... MAS TOLONG JAWAP...
APA YANG AKU TAHU LAH. PENGURUSAN PUN NAK KENA PAKAI DUIT JUGAK, BUDAK2 ANAK JATI KAMPUNG NAK JAGA KESELAMATAN, LALULINTAS, TONG SAMPAH, WALKIE TALKIE KESELAMATAN, VEST. BANTULAH ORANG KAMPUNG SEDAYA MUNGKIN. NAK MENIAGA UNTUNG JE ALLAH PUN MARAH. DULU 100 KIRA OK LAH. MANA NAK DAPAT DALAM KL LOT TAPAK KOS RM3 SEHARI. PIKIR-PIKIRKAN LAH JANGAN BERKIRA TAK BERTEMPAT. DULU DIURUSKAN OLEH SEORANG WAKIL KAMPUNG YANG AMANAH , SEKARANG DIA TELAH DIKETEPIKAN DAN ORANG BARU LETAK 250. MENEKAN GILA PENGURUSAN BARU NI.
SETIAUSAHA TELAH MEROSAKKAN SEGALANYA.......................SIAPALAH TOK GURU DIA BAGI DIA GILA KUASA MACAM TU SEKALI. DATUK BANDAR YANG JUGA YDP MAS PUN DI LANGKAUNYA.
Post a Comment