Saturday, June 19, 2010

KE MANA ARAH NORZA SELEPAS INI ?

KUALA LUMPUR 19 Jun,
Sejak bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Norza Zakaria dibebaskan dari tuduhan memberi suapan untuk diagihkan kepada perwakilan sebagai dorongan supaya mengundinya untuk pemilihan UMNO dua tahun lalu, ramai kaki UMNO sudah mula meramalkan apakah hala tuju Norza selepas ini dalam skop politik UMNO dan Bahagian.
Norza yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju dan bekas Ahli Majlis Tertinggi UNNO dikatakan akan kembali mencuba nasib selepas ini. Malah beliau dikatakan antara calon "favourite" di Wangsa Maju selepas Datuk Shafie Abdullah . "Saya hanya ingin berehat seketika sebelum memikirkan perjalanan seterusnya dalam bidang politik. Sekiranya saya kembali ke kancah politik selepas ini, saya akan lebih berhati - hati agar pisang tidak berbuah dua kali "katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
" Tuduhan sebagai pemimpin UMNO yang disyaki terlibat dalam politk wang nyata telah dibersihkan bukan sahaja oleh Lembaga Disiplin parti tetapi juga mahkamah" katanya lagi.
Ramai yang turut meramalkan Norza yang baru berusia 43 itu akan kembali menjadi salah seorang pemimpin yang menjadi tumpuan di Wilayah Persekutuan selepas ini ketika UMNO WP berada dalam keadaan yang lesu.

6 comments:

Anonymous said...

nanti ada la pengundi UMNO yg kelaparan dan dahaga. bukan susah beli UMNO kl ni. tambah lagi para pemuda nya.. eh.. pemudi nye,

Anonymous said...

Rancangan Dato Shafiee gagal lagi .........

Anonymous said...

tahniah Norza....lebih meriah politik wilayah lepas ni. norza kena lawan piee...lawan habis habisan...

tapi kalau nak play safe pun bagus...lawan timbalan ketua bahagian lepas ni. cfrm menang. w maju tak ada calon timbalan. yng ada skrg ni 'hampagas'. duit tak ada. kerja x buat.

Anonymous said...

kpd wilayahkini, jgn hanya menyiarkan kisah2 politik di wpkl sahaja, byk masalah dan isu2 tempatan yang harus di paparkan. dimanakah Motto 'Suara Warga Wilayah Persekutuan'????
isu pembangunan misalnya byk yg harus diperjelaskan pd masyarakat. jadikan wilayahkini sbg medan menyuarakan masalah dan kehendak rakyat.. itu yang harus diutamakan sebenarnya...

harap2 dpt update setiap hari segala benda yg terjadi di wpkl ini..

Anonymous said...

Good brief and this enter helped me alot in my college assignement. Say thank you you as your information.

Anonymous said...

Bravo, your opinion is useful