Wednesday, June 2, 2010

" BUAT APA SAYA JADI HIPOKRIT " - LEMAN

KUALA LUMPUR , 2 Jun
" Selagi saya menjadi Ketua Bahagian, tentunya Timbalan dan Naib Ketua Bahagian Titiwangsa yang berpotensi menjadi calon yang tidak akan dikenali dikalangan pengundi sebaliknya akan hanya dikenali oleh warga UMNO kira - kira 5, 500 orang dan BN saja.
Buat apa saya jadi hipokrit, sedangkan saya sudah 23 tahun menyandang jawatan itu tanpa pernah sekalipun dicabar. Saya tidak kesal, malah bangga membuat keputusan ini kerana ia berasaskan kajian dan visi saya untuk merampas semula Parlimen Titiwangsa pada pilihanraya akan datang" kata Datuk Seri Suleiman Mohamad . Sila klik disini - Berita Harian Online Ketua UMNO Titiwangsa letak jawatan , untuk baca laporan selanjutnya.
APA KATA ORANG LAIN PULAK ?
"Pengunduran Suleiman Mohamad dari jawatan Ketua Bahagian Titiwangsa sesungguhnya memeranjatkan dan dan di luar dugaan. Saya mendapat khabar itu dengan rasa terkejut dan sama sekali tidak menduga beliau mengambil keputusan tersebut sewaktu UMNO khususnya di Wilayah Persekutuan sedang berhadapan dengan pelbagai dugaan", kata Ketua UMNO Cheras Datuk Syed Ali Al Habshee.
Untuk rekod , di blog Syed Ali juga , Pengendali blog tersebut turut menjawab satu tuduhan yang dilemparkan oleh seorang pembaca dalam ruangan komen di Wilayahkini baru - baru berhubung laporan Suleiman Mohamad. Sila klik DISINI, untuk baca laporan sepenuhnya.

2 comments:

Anonymous said...

Kepada Syed Ali.

Jangan terlalu banyak bermain sendiwara politik,dulu kaulah manusia yang sangat berhajat suruh Pak Leman letak jawatan,bermacam perkara seranah dan berbagai ayat kau tikam Pak Leman dari belakang,Akhirnya kau dengan pasukan kaki tikam kau itu sanggup menukar nama Pak Leman kepada Astaman di Titiwangsa.Masih terngiang ditelinga ini pertukaran itu terpaksa dibuat kerana kau kata komitmen Leman terhadap UMNO WP terlalu lembab ,itu berdasarkan pandangan kau yg membuat kesimpulan Pak Leman banyak kali tidak datang mesyuarat perhubungan? Pak Leman tak pergi mesyurat kerana benci dengan kumpulan kaki tikam yang hanya bincang hal peribadi untuk untung sendiri saja, sedangkan Bangunan UMNO WP ketika itu hutang berjuta dan hampir kena tindakan mahkamah?

Pada ketika itu Pak Leman keseorangan, Pak Leman tidak berputus asa,Kumpulan kaki tikam kau telah berpakat bersama Astaman,boikot semua aktibiti UMNO,Bila Astaman buat aktibiti, UMNO Wilayah pada ketika itu kau sebagai Setiausaha membantu dengan bersungguh2 nak bagi nampak bahawa kuda kau orang itu disukai ramai,kononnya pemilihan kau orang sangat tepat,ITULAH calon yang paling layak untuk berada di Titiwangsa. Akhir sekali apa dah jadi ,Astaman yang kau orang nak jadikan kuda untuk menjadi Menteri yang akan mewarisi zuriat Tan Sri Aisyah hanya terumbang ambing bagaikan layang-layang putus tali, melompat kesana melompat kesini,bagaikan orang putus talak jadinya.Kesian Astaman terpaksa menjadi pengemis politik yang hanya menumpang sejak dari Bukit Bintang,Titiwangsa,Wangsa maju dan sekarang di Setiawangsa.

Astaman tak dapat hidup di bumi menumpang,kerana UMNO nya di Wangsa Maju.DiWangsa Maju selepas dari kau orang kudakannya di Titiwangsa.orang Wangsa Maju telah melihat banyak kegagalan yang ditinggalkan di Titiwangsa,Kejatuhan BN Di Titiwangsa adalah sebab kepimpinan UMNO WP Pada ketika itu memilih calun berdasarkan I SUKA U. Astaman sangat lemah untuk memimpin tapi sangat garang untuk berjuabeli politik.Buktinya sudah dua kali kantoi dengan Jawatankuasa disiplin yang terpaksa memenjarakan sifat rakus politik.

Terima kasih kepada kau Syed Ali kerana mengakui kebodohan yang selama ini kau selalu bercakap besar dan sombong seperti komen , TERKEJUT PAK LEMAN LETAK JAWATAN SEWAKTU UMNO WP SEDANG MENGHADAPI PELBAGAI DUGAAN YANG KAU DAN BAKI KAKI TIKAM TAK BERKUASA NAK UBAH. ITULAH HAKIKAT SELAMA INI PAK LEMAN MEMPUNYAI KUASA YANG BESAR BOLEH MEMBANTU MENGUBAH YANG KAU ORANG KAKI TIKAM TAK BOLEH UBAH.

Bersifat jujurlah wahai Syed Ali,jangan malukan keturunan seperti yang dikomen oleh NIK AZIZ

Anonymous said...

apa motif leman letak JAWATAN ??????