Friday, March 5, 2010

PERLANTIKAN YAHYA GHANI SEBAGAI PENGERUSI BN BATU ; GERAKAN PULA " MENGAMUK ? "

KUALA LUMPUR 5 Mac,
Nama Ketua UMNO Batu Datuk Yahya Mat Ghani sekali lagi menonjol . Kali ini pasal perlantikanya sebagai Pengerusi BN Parlimen Batu yang menyebabkan Gerakan Batu "nak angin dan mengamuk". Jawatan Pengerusi BN Parlimen Batu yang kian lama di sandang oleh Gerakan kini terlepas tangan ke tangan UMNO.
" Mereka kurang aktif. Tumpuan asas kita nak menang pilihanraya kecil atau umum. Yang di lihat sekarang UMNO yang banyak buat kerja. Kita anjur lebih 200 program, dengan memberi bantuan dan khidmat kepada rakyat. Kita turun berjumpa rakyat. Jadi pemimpin kita lihat kita bekerja...bukan saya yang minta jawatan tersebut", kata Yahya Mat Ghani atau di kenali sebagai "Abas Batu".
Pada masa yang sama, ahli - ahli Gerakan pula sudah mula risau apakah kerusi Batu yang di milikinya akan bertukar tangan selepas 22 tahun ? Mereka menyifatkanya sebagai satu tamparan yang cukup kuat. Sila klik, DISINI untuk baca laporan Malaysiakini.
Persoalanya apakah, Gerakan akan terkubur di Wilayah Persekutuan selepas ini ?
Sudah ada ura - ura akan berlaku pilihanraya kecil di Batu kerana kes mahkamah melibatkan Ahli Parlimen PKR Tian Chua. Ada yang kata, pilihanraya kecil hampir pasti akan berlaku. Sekiranya berlaku, siapakah calonya ? UMNO atau Gerakan ?
Kini jawatan Pengerusi BN Parlimen Batu di sandang oleh bekas Ahli Parlimen Batu Datuk Ng Lip Yong. Di fahamkan Gerakan mahu menamakan Pengerusi Gerakan Batu Lim Si Pin yang sebagai calon dan juga Pengerusi BN Batu.
" Pada saya, kalau UMNO jadi calon, agak berat nak menang sebab pengundi cina adalah penentu. Gerakan sendiri pun boleh letak calon. UMNO akan memberi sokongan", kata Yahya Ghani. Sila klik, DISINI untuk baca komen Yahya di Malaysiakini.
Apapun, nama Yahya kini semakin bersinar di kancah politik Kuala Lumpur dalam waktu singkat. Setelah bergelar Ketua Bahagian, di lantik pula sebagai Ahli Lembaga Penasihat DBKL dan baru - baru ini di anugerahkan gelaran " Datuk" bersempena hari Wilayah Persekutuan.

14 comments:

PAPA GOMO said...

aku rasa elok GERAKAN yang bertanding kelak. letak je si presiden gerakan bertanding.

pasal pengerusi BN tu biarjelah UMNO yang uruskan. sebab kita mampu dari Gerakan yang banyak tidur dari buat kerja

Anonymous said...

eloklah UMNO yang teraju pergerakan. soal calun pilihanraya biarlah PM yang tentukan
Yang lain jangan pandai pandai buat cerita bukan bukan.

Anonymous said...

Kenapa nak mengamuk. GERAKAN jangan lupa bila gagal di P.Pinang. Gagal mempertahankan negeri jatuh ke tangan PR. LU PIKIRLAH SENDIRI..

Anonymous said...

Assalamulaikum...Pengerusi BN Batu diberi kp Ketua UMNO Bhg Batu, YBhg Datuk Yahya@Abbas Batu...
Isu ini bukan perkara yang teramat penting..apa yg lebih penting ianya akan memudahkan lagi UMNO menjalankan gerak kerja untuk mememnagi Pilihanraya samada PRK atau PRU 13...kalau kita tak buat kerja itu yang patut dipersoalkan...dalam hal ini, gerak kerja akan dapat dirancang dg lebih licin dan padu dg adanya penyertaan dari semua kaum..itulah matlamat utamanya...ini bukan bermakna menafikan Parti Komponen lain, tetapi lebih kepada mempermudahkan perlaksanaan gerak kerja ke arah Piliharaya demi utk kembalikan maruah BN..
Soal siapa jadi calon itu tidak penting, kerana pucuk pimpinan lebih mengetahui siapa yg sepatutnya, berpandukan beberapa faktor yang berkaitan demi untuk mempastikan kemenangan kembali kp BN.
UMNO Bhg Batu akan terus dengan agenda dan gerak kerja membela nasib rakyat...Syabas dan tahniah Datuk Abbas Batu...teruskan perjuangan mu dengan tulus ikhlas..CSY.

Anonymous said...

Masalah UMNO Batu tak selesai lagi macam mana Abas nak pimpin BN pulak ? Aduhai... hancur....

Anonymous said...

Abas peluang layak lagi pimpin BN Batu. Berikan beliau sedikit masa untuk belajar dulu.

Anonymous said...

Seandainya berlaku pilihanraya di parlimen batu yang dipimpin oleh Datuk Abas maka berkuburlah UMNO...
Dan untuk mensahihkan kenyataan beliau,tolong nyatakan program-program yang dianjurkan UMNO kononnya hampir 200 program itu? Sedangkan beliau baru memimpin bahagian batu cuma setahun. Cubalah jangan berdusta....
Kepada pencacai-pencacai beliau, tolong nyatakan program-program yang dianjurkan hingga mencecah 200 program tersebut??? TQ

Anonymous said...

Apa hal nak beritau awak tentang program2, awak buka PM...buta ke..datng la tengok sendiri...selalunya yang suka komen2 ni yang ada hanya busuk hati...cubalah suci2kan hati tu...jgn marahhhhh...kalau marah nanti kena jualllll..murah2 je..

Anonymous said...

pilih lah calon yang bersih.yang menang dalam parti nya pun bersih.

Anonymous said...

Kadang2 kita pun tak faham orang2 atasan tu. dapat laporan daripada mana. tak ada orang lain ke yang boleh dilantik sebagai Pengerusi BN BATU. contohnya Datuk Ramlan yg lebih layak. Macam mana Abas boleh bawa kemenangan BN Batu walhal dalam pemilihan Persatuan Penduduk baru2 ini kalah kepada pembangkang.

Kata Abas "pada saya kalau UMNO jd calon, agak berat nak menang sebab pengundi cina adalah penentu." Bukan kah ini menunjukan berapa BODOH kenyataan ini. BUKAN KE KITA AKAN SOKONG CALON YANG TERBAIK TAK KIRA BANGSA.

1 MALAYSIA

Anonymous said...

macam mana Abas nak pimpin BN Parlimen Batu sedangkan UMNO yang dipimpinnya kini pun masih bermasalah, Seperti contoh, UMNO caw Tmn Koperasi Polis Fasa 2, cawangan yg dipimpin beliau sendiri dimana 9 orang AJK Cawangan termasuk pegawai-pegawai caw yg merupakan "Hardcore" beliau telah meletakkan jawatan, didalam UMNO Bahagian Batu sendiri beliau tidak mampu berlaku adil. AJK UMNO Bahagian yg kuat menentang secara terang2 beliau pancung begitu sahaja sehinggakan kini, AJK bahagian takut nak beri pandangan mahupun cadangan. Semua program mesti dimonopoli oleh sesuatu pihak yg mempunyai kepentingan kepada beliau. pendek kata "kroni" beliau le. ramai pengikut setia beliau termasuk beberapa AJK bahagian telah ditinggalkan beliau demi mencapai apa yang beliau hajati..kita tengok je la nanti masa pilihanraya.

Anonymous said...

Salahkah bertanya tentang program2 tersebut? Kenapa,kalau bukan PM tak boleh tahu ke? Jangan lupa PM tu hasilnya dari undian jugak. Bukan masalah busuk hati atau marah!!! Tetapi untuk menunjukkan kebenaran dari statement beliau.Barulah rakyat boleh menilai sama ada pemimpin itu benar-benar seorang pemimpin atau penipu dan pemalas... Kalau buat program hanya untuk orang-orang "UMNO", maka setakat tu je la.... Ok, lagi sekali saya pohon, tolong nyatakan atau senaraikan program sebanyak "200" tersebut!!! Manalah tahu kalau-kalau rakyat buka mata. Tolong ya.... TQ.

Anonymous said...

Apahal nak merayu-rayu sangat nak tau program2 yg telah dijalankan..kalau nak tau sangat datang le bila UMNO Batu buat program...apasal panas niii..

Anonymous said...

Ini komen saya dalam blog Lim Si Pin. Tak tahu la dia nak publish atau tak.

What difference does it make whether Gerakan or UMNO is the Chairman of BN Batu? You should not be concerned about losing the seat which you already lost. Try to regain the lost grounds on your own instead of putting the blame on other people. Your (and Gerakan’s) ineffectiveness in Batu had contributed to this. Thanks also to the previous Batu BN Chairman for his “enormous” contribution to Batu constituents.

Stop this wild ideas of believing that Gerakan had won the Batu seat for the past 26 years on its own strength. Without the other component parties, you will die standing. Show yourself as a team player.

I have been staying in Sentul area for the past 15 years and yet I never see your face (or even the previous MP) coming to the ground.

What you do is simply organise some functions and expect people to come and see you. Wake up Si Pin, this is 21st century. If you are not seen, then you are deemed to be invisible. Having banners and buntings with your face on it does not help.

Why can’t you just make your rounds and meet the public in an informal circumstances? Instead of going to the market, go to the residential areas. Knock on people’s door. Make your presence felt and seen. Beat the current MP in his sown game. But you are too proud. You will not stoop to that level because you are an elitist. And please improve your PR skills too. I don’t want you to stutter when bombarded with questions. Because it will be embarrassing to your supporters.

Your writing suggested that you are the type who will not admit your shortcomings but instead blame others. Grow up man. Admit your mistakes. It is the most honourable thing to do, if there is still any honour left in you.

Credit must be given to current MP Tian Chua. Even though I don’t have much respect to his gung- ho style, at least he is seen to be doing his job.

Politics is all about perception. And you had failed miserably in this.

Quit basking in your party’s past glory. You are your own man. Do you expect people to respect you and kow-tow to you just because Kheng Yaik is your dad? Wake up man. Respect must be earned!

I think it is high time you forget about Batu. Put a more suitable candidate unless you are the best Gerakan can offer. Then it is “Be End” for you and Gerakan too.

Shame on Gerakan. Even independents in Parliament had outnumbered your reps.

Your party should seriously consider leaving BN and then only we can see whether you can hack it out on your own in the real world.

Maybe you should consider sacking all your advisers too. You cannot deny that they too had contributed to your current predicament.

p/s If you decide to publish my comment, please do so in it’s entirety. Otherwise, do not bother. By the way I did not vote you in the last election.