Tuesday, March 9, 2010

KEMUNCULAN RAJA NONG CHIK BERSAMA ZULHASNAN RAFIQUE ..........

CAKAP - CAKAP POLITIK @ WILAYAHKINI......
Kehadiran Menteri Wilayah Persekutuan Senator Datuk Raja Nong Chik untuk merasmikan Program Retreat UMNO Bahagian Setiawangsa yang di ketuai Mantan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique yang bertemakan "Program Pemantapan Politik" (3P) di Janda Baik baru - baru ini mencuri tumpuan ahli - ahli UMNO di Wilayah Persekutuan malah telah menjadi cakap - cakap politik yang cukup panas di Kuala Lumpur ketika ini.
Zulhasnan yang juga merupakan Ahli Parlimen Setiawangsa dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia dan Raja Nong Chik yang juga merupakan Timbalan Pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan kelihatan "mesra" sepanjang majlis tersebut. Ramai yang terkejut melihat senario tersebut.
Raja Nong Chik pula dalam ucapanya menyifatkan telah mengenali Zulhasnan Rafique sejak bangku sekolah lagi dan selalu ke rumahnya di Petaling Jaya dulu dan menganggapnya sebagai adiknya.
Beliau turut memuji dan kagum dengan semangat yang di miliki oleh Zulhasnan walaupun tidak bergelar sebagai Menteri lagi tetapi masih berkerja keras untuk memperkasakan jentera UMNO dan BN di peringkat bahagian dan parlimen.
Katanya, beliau juga mahu menimba pengalaman dari Zulhasnan dalam aspek penyusunan jentera untuk menghadapi PRU yang ke 13 nanti.
Sementara itu, Zulhasnan pula berkata UMNO Bahagian Setiawangsa akan memberikan sokongan tak berbelah bahagi kepada kepimpinan Raja Nong Chik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Episod terbaru ini di katakan telah menjadi satu "turning point" di UMNO WP ketika ini.
Di antara penceramah lain yang hadir ialah Setiausaha Kerja UMNO Datuk Rauf dan Pengerusi Jasa Datuk Fuad Hassan.

13 comments:

Anonymous said...

Hidup RNC dan Zulhasnan. Inilah harapan umno wp.

Anonymous said...

Itulah dulu orang cakap mereka berdua ini tak sehaluan. Ada saja orang nak ambil kesempatan nak reka macam macam cerita. Sekarang kita dah nampak keakrapan mereka. Mereka berdua gandingan mantap Dan saya nak beri kredit kepada sikap keterbukaan mereka berdua.

Anonymous said...

Ikuti ulasan lanjut retreat UMNO Bhg Setiawangsa dlm blog 'semarakwangsa.blogspot.com'.

Princess Aurora said...

Pembetulan... Bukan Pengerusi JASA, tapi Ketua Pengarah Jasa, Dato'Fuad bin Tan Sri Hassan.

Terima Kasih.

Anonymous said...

Siapa pun tak boleh melupai sejarah,Nong Chik Zulhasnan harus segagah

budak kl said...

Lebih baik Raja Nong Chik mengharapkan Zulhasnan Rafique daripada nak harapkan Syed Ali yang selalu suka menonjolkan diri sebagai pemimpin " dialah" semua.

Lembah Pantai MEN said...

Dalam blog Syed Ali pun dah ada mereka lepaskan komen lanyak Raja Nong Chik sebagai Menteri Lembah Pantai dan mereka minta bantuan Syed Ali untuk bisik kat PM dan TPM. Syed Ali pula apa ? Bukan setakat pemimpin Syok Sendiri tapi pemimpin tak ada kelas di Cheras. Tak payahlah nak gunakkan saluran blog untuk asyik bantai Nik Aziz dan Anwar Ibrahim. Jaga kawasan cukup dan pastikan Cheras menang.

Anonymous said...

UMNO WP kena bangun dari tidur. Tak kira Raja Nong Chik ataupun Zulhasnan. Semua orang. Hentikanlah politik tikam dari belakang dan baling batu sembunyi tangan.

Anonymous said...

Harap Najib gunakanlah peluang ni...

Anonymous said...

Saya cadang lantik Raja Nong Chik sebagai Pengerusi UMNO WP...
Timbalan : Zulhasnan
Setiuasaha : Ridhuan Hamid
Bendahari : Abas
Ketua Penerangan: Suleiman Mohamad

Tan Sri Muhyddin sebagai Penasihat....

Anonymous said...

Weyyyy mana pi Kamaruddin Ambok ??? Dari Ridhuan Hamid tu...seratus kali lebih baik Kamaruddin

Anonymous said...

setuju zulhasnan diberi tempat utk gandingan bersama kepimpinan yang semakin malap,UMNO wp tidak bolih tidur,jangan harapkan Syed Ali beliau tidak berupaya utk berkerja utk pasukan wp tetapi manusia ini akan merompak segala peluang utk kepentingan diri keupayaan hebatnya hanyalah bercakap yang berdegar mencipta tin tin kosong yang hanya menyakitkan telinga...

syed ali bolih sekali lagi mncipta sejarah dg meletak jawatan, berilah peluang kpd yg benar-benar layak utk memikul tugas setiausaha wp,mana bolih seorg setiausaha memaki hamun nong chik timb pengerusi wp yg juga berjwatan menteri atas asas yg tidak kukuh,
kenapa s.ali begitu melenting bila diajukan khabaran bahawa nong chik dan zulhasnan mahu melakar satu arah dan tujuan yg baik utk wp?

syed ali harus menerima hakikat kerja Setiausaha negeri Kamaruddin yg menjadi peneraju dan semua beban kamaruddin yang lakukannya,UMNO juga perlu menerima hakikat setiausaha kerja hanya jawatan PAPET,satu jawatan bertaraf kuli dizaman modern. Ini bermaana Setiausaha UMNO Negeri perlulah mereka yg benar2 boleh menumpu kerja dapat turun kepadang serta mereka yg bersih, cakap mereka akan dapat didengar, kelibat mereka yg bolih diikut..dg lain perkataan yg cakapnya spt bikin.

Semoga paparan wilayahkini menjelmakan wajah Nong Chik dan Zulhasnan adalah reality.

ikhlas dari,
Kedai Tomyam
Wangsa Maju.

Anonymous said...

patutnya PM, TPM hampehhh,
atau abas dgn piee ,meriah semua bhg, dapat selalu pergi bandung wehhh!!

bila nak gi bandung lagi ni??

Hidup WMaju