Aduhh.....belum sampai 24 jam Perdana Menteri melakukan lawatan mesra rakyat meninjau perkembangan di Kampung Baru sabtu lepas , Menteri Wilayah Persekutuan sudah bercakap pasal RM (Ringgit Malaysia).
" Setiap pemilik tanah boleh menjadi jutawan. Potensi itu tinggi . Tapi terpulang kepada mereka. Kalau ada juga pihak yang menghasut, itu tak betul , ini tak betul, jadi seperti pengalaman saya di Kampung Kerinchi, akhirnya projek tergantung".
Katanya pemilik tanah di Kampung Baru bakal menjadi jutawan dengan menerima bayaran sehingga 4 juta seorang jika mereka bersetuju dengan konsep pembangunan semula kawasan itu- ia berikutan nilai tanah di kawasan itu kini melebihi RM 20 billion untuk 80 hektar, katanya.
Sementara itu , Perdana Menteri pada Sabtu lepas mengumumkan cadangan konsep pembangunan semula Kampung Baru di sini yang antara lain akan memastikan penduduk serta pemilik tanah itu tidak perlu berpindah ke tempat lain. Satu lagi kertas cadangan kabinet mengenai Pelan Pembangunan Kampung Baru akan di hantar kepada Kabinet dalam tempoh masa terdekat ini. Kali ini giliran Menteri Wilayah Persekutuan sekarang pulak - Raja Nong Chik.
Banyak pelan sudah di rancang dan di buat sebelum ini termasuk perlaksanaan Perbadanan Kampung Baru, Perancangan Kampung Baru dalam Rancangan Malaysia ke 9 yang melibatkan kemudahan rakyat dan yang paling penting ialah Deraf Pembangunan Kampung Baru yang di buat khas dalam Pelan Tempatan KL 2020.
Apa pulak selepas ini ? Belum lagi di bangunkan tapi sudah ada ungkapan jutawan baru. Apakah kesudahan episod Kampung Baru ini ? Kita sama - sama nantikan !
Apa pula komen Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo ' Lo Ghazali ?
" Kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik bahawa setiap pemilik tanah boleh jadi jutawan pula menimbulkan kekeliruan dan khuatiran penduduk kerana apa yang difahami mereka kenyataan tersebut ialah tanah Kampung Baru akan di serahkan kepada kerajaan dan pampasan akan di bayar kepada pemilik sehingga RM 4 juta seorang". Sila klik DISINI, untuk baca kenyataan penuh.
4 comments:
Raja Nong Chik nak jadi broker ker ?
dia sekarang jadi broker tanah paling cepat kaya hasil dari komisen..........
Pemimpin-pemimpin zaman najib kuar berdengki?
jual 4 juta ..beli balik 5 juta...dah tak mampu..nak beli balik..habis semua terlepas ke tangan bukan melayu
Post a Comment