Thursday, February 4, 2010

HARI WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN INI LESU ?

CAKAP - CAKAP @ WILAYAHKINI
Wilayahkini dengar macam - macam mengenai sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2010 yang dilancarkan di Dataran Merdeka minggu lepas. Ini merupakan sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang pertama untuk Senator Datuk Raja Nintg Chik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Festival Hari Wilayah Persekutuan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di mana turut di hadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mantan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique.
Wilayahkini terima sms yang mengatakan padang Dataran Merdeka kosong semasa Perdana Menteri melancarkan festival Hari Wilayah Persekutuan. Betul ker ? Di fahamkan tak ramai juga wakil - wakil daripada parti - parti komponen BN dan persatuan penduduk yang hadir. Kenapa jadi macam ni ? Ada jugak yang kata, sambutan kali ini nampak lesu.Nasib baik ada persembahan bunga api, kalau tak lagilah boring.Publisiti pun tarak.
Satu lagi hal pulak "orang - orang penting UMNO" di Wilayah Persekutuan dikatakan merungut kerana tak di jemput ke Istana Negara untuk majlis pengurniaan dan darjah kebesaran sempena Hari Wilayah Persekutuan kali ini.
YAHYA GHANI DAN MUSTAPHA KAMAL JADI TUMPUAN !
Apapun sambutan kali ini amat bermakna kepada dua Ketua Bahagian UMNO di Wilayah Persekutuan yang kini di lihatsemakin "menonjol" dan meningkat naik walaupun dalam tempoh masa terdekat menjadi Ketua Bahagian. Siapa lagi? mestilah -Ketua UMNO Batu Datuk Yahya Ghani ( Abas Batu ) dan Ketua UMNO Seputeh Datuk Mustapha Kamal. Kedua mereka juga merupakan Ahli Lembaga Penasihat DBKL yang baru di lantik pada tahun lalu. Kedua - dua mereka dikurniakan pingat " Panglima Mahkota Wilayah" (PMW) yang membawa gelaran DATO. Tahnniah !

17 comments:

Anonymous said...

Ini semua kerja datuk bandar, kalau datuk bandar buat kerja betul, ramailah warga KL akan turun merayakan hari wilayah ini.

Kalau dah tak ada promosi, macam mana orang nak tahu ada majlis sambutan.

Pasal Pemimpin UMNO tak dijemput ke Istana, itu kene la tanya Perhubunga..

Anonymous said...

tu lah. semua main kroni. lepas tu sekat menyekat pulak. duduk kerusi belum panas lagi dah dapat "Datuk". Itu yang diaorang perjuangkan selama ini. Apa kritiria anugerah ini????? Orang yang telah lama berjasa tidak diberi apa2 pingat. Jangan tak tahu ada juga orang belum dapat gelaran Datuk dah declare dia Datuk.

Anonymous said...

salam untuk 1 Malaysia.....
Nak kan pangkat dan gelaran masuklah UMNO,Nakkan maki dan fitnah masuklah Pembangkang,tak nak apa-apa masuk lah Bebas. pasti
bebas bolih bersuara tapi masuk tong sampah.semua politik adalah satu kesenian kearah cakap tidak serupa yang dibuat.

Anonymous said...

dgr katanya salah seorang pemuda cawangan yang menyokong beliau pada pemilihan yg lepas malu dengan sikap dato abas ni yg suka memilih bulu xhadir jemputan,majlis perkahwinan beliau sedangkan mamat ni dulu punya la sokong bagai nk rak smpi bergado dicawangan sendiri..lbh memalukan mamat ni di majlis beliau yg hadir ramainya dr pihak pembangkang...YB pula sggp tggu sampi 1 jam yg tentunya berlainan ideologi..yang kita ni org UMNO sndiri hang xnk jaga..mamat ni katanya sedang di groom utk jd KP Batu....xtaula allahualam...

Anonymous said...

Ini lah kejayaan dinamakan. Setelah berhempas pulas menjatuhkan Dato Yusuf dan Dato Hisham, maka berbaloi lah. Dakwat belum kering lagi sign nama sebagai ketua bahagian, dah dapat Datuk...bagus lah tu...itu yang orang luar, pengundi menyampah. Bila dikata orang UMNO berjuang untuk dapat nama dan pangkat, marah...tapi ini terbukti dah..(apa lah jasa mereka kepada rakyat Wilayah Persekutuan tiba tiba terus dapat gelaran begitu tinggi ?? Pegawai Kerajaan nak kena sampai dekat pencen - TKSU atau JUSA C baru boleh dicalunkan) malah sebelum ni pun Abas Batu dah siang siang mengaku gelaran Datuk dari Sabah...aduuuuh berlagak nya. Untuk menjaga pemimpin yang akan bertanding di pemilihan nanti, siang siang Raja Nong Chik dah main peranan. Bila dua dua ni dah di suap dengan gelaran Datuk, pasti 'kesetiaan' mereka pun terjamin, jadi pasti undi untuk calun terpelihara. Jadi calun pulak akan bela Raja Nong Chik...Ini lah permainan pemimpin UMNO..nak bela nasib bangsa dan agama ??? pirraaaahhh. Dah takde lagi dah zaman gemilang pemimpin yang benar benar berjuang untuk UMNO demi bangsa dan agama. Yang ada cuma hipokrit yang tamak dan pentingkan nama, pangkat dan kekayaan diri sendiri je...Salam 1 Malaysia !!!!

Anonymous said...

Sepatutnya jangan sangat tunjuk belang kelemahan UMNO,pemberian bintang biarlah jasanya sepadan, kriteria org yang menerima pun perlu mempunyai latarbelakang yang boleh dihargai masyarakat.
Masyarakat semakin menyampah.Buktinya kehadiran yang lesu dalam semua majlis anjuran menteri wilayah.

Anonymous said...

Salam Satu Malaysia,

Tahniah kepada penerima2 pingat/bintang WP 2010. Apa ada pada pingat jika tidak ada sebarang jasa kepada rakyat. Takat buat satu dua program dah terima pingat tak payah ler.Apa yang rakyat mahukan adalah orang yang benar2 memperjuangkan nasib dan membela org melayu khasnya dan rakyat amnya.Setakat ini belum nampak lagi jasa walaupun telah lama berkecimpung dalam politik. Mana dan apa jasa mereka ini?

Anonymous said...

Sedih...sedih...
Yang bertungkus lumus buat kerja bagi memenangkan parti ialah ahli-ahli grassroots. Yang dapat pangkat, gelaran, dan projek dengan senang ialah Ketua Bahagian. Apa tidak nya, yang calunkan sahabat, yang luluskan, sahabat...yang celebrate dipadang golf di negara jiran..geng-geng sahabat (kumpulan Pemuda UMNO angkatan Zahid/Hisham) Inilah budaya UMNO sekarang. Lihat lah pejuang yang lampau, Tun Razak, Tun Hussein Onn, Tun Fatimah, Datuk Harun Idris, Tan Sri Ghazalie Shafie, mereka tu meninggalkan dunia ni sebagai insan biasa je, tak kaya raya pun. Ketua Bahagian UMNO sekarang ni, baru satu penggal je, dapat Datuk, kereta besar menjalar, projek melimpah ruah...aduiii patutlah lah sanggup tikam menikam belakang kawan kawan demi nak kan pangkat Ketua Bahagian tu rupa nya !!!!

Anonymous said...

jangan nak salahkan Datuk bandar kerana tak ramai orang datang malam sambutan hari w.persekutuan. apa yang perlu dilihat pasukan wilayah persekutuan semakin tidak diminati masyarakat.

Anonymous said...

Apa jasa Mustapa dan Abas sampai nak kasi Dato. Apalah nak jadi kat UMNO WP ni. Teruk sangat . Tak ada orang lain ker ? Kenapa tak kasi orang Cheras ?

Anonymous said...

UMNO WP kena ikut rentak rakyat bukan rentak Nong Chik. Jangan Muhyiddin Yassin pulak dijadikan kambing hitam.

Anonymous said...

Kepada Datuk Abas, jagalah Batu baik - baik dan jangan mimpi nak jadi Wakil Rakyat. Masalah di UMNO Batu pun tak selesai lagi dah di beri gelaran Datuk.

Anonymous said...

Sayang seribu kali sayang

Depa tu bukan kisah pun tentang komen disini. Depa tu buta huruf bukan reti baca pun. Yang depa tau pi main golf dengan geng geng sahabat, kat luar negara, malam pi karaoke ngan GRO indon yang come lote, bawak balik kebilik sorang satu...dah tu..buat strategi pemilihan akan datang siapa pulak mereka nak naik kan supaya hidup mereka lebih kaya raya...Orang UMNO bukan baca pun blog sebegini..kita dok buat abih ayaq lioq jaaaa cakap pasai depa...tak dak kesan pun pada ahli-ahli UMNO nun.

Anonymous said...

Nak bukti yang macam mana lagi ??

Tu tengok sorang dah kena cekup oleh SPRM..SetPol kaya raya...kalau kita yang banyak nak selesai masalah rakyat nak jumpa boss depa (menteri tuuu) macam macam alasan depa bagi..susah sangat...tapi kalau orang business nak jumpa aduhai..siap atur gi karaoke..ada GRO muda dan comel...itu lah UMNO hari ini..terutama mereka yang muda muda ni...nak naik cepat sebab nak kejar harta dan kemewahan bukan nak membela bangsa dan agama..sedarlah wahai orang melayu...bangsa asing takde pun hak istimewa..special rights tapi mereka maju sebab titik peluh mereka...orang politik melayu dengan mudah jadi kaya raya sebab ofis sebelah Menteri...ini baru sorang yang dapat dikesan...cuba tengok yang lain...kereta besar..rumah besar..cara hidup macam jutawan...datang dari mana duit tu semua ?? Gaji Set Pol atau SUSK berapa je ???

Anonymous said...

Memang penulis2 kotor ni tak perlu dilayan..bukan betul apa yang ditulis..ikut sedap mulut je...lebih kepada perasaan hasad dengki je..biarkan kuman2 tu syok sendiri..

Anonymous said...

Anonymous said...
dgr katanya salah seorang pemuda cawangan yang menyokong beliau pada pemilihan yg lepas malu dengan sikap dato abas ni yg suka memilih bulu xhadir jemputan,majlis perkahwinan beliau sedangkan mamat ni dulu punya la sokong bagai nk rak smpi bergado dicawangan sendiri..lbh memalukan mamat ni di majlis beliau yg hadir ramainya dr pihak pembangkang...YB pula sggp tggu sampi 1 jam yg tentunya berlainan ideologi..yang kita ni org UMNO sndiri hang xnk jaga..mamat ni katanya sedang di groom utk jd KP Batu....xtaula allahualam...

Sunday, February 07, 2010

sekadar ingin mengulas kenyataan diatas yang kononnya dihantar oleh anonymous tetapi sebenarnya dihantar oleh tuan punya badan yg marah kenduri kahwin dia takde sapa nak datang lepas tu syok sendiri mengaku bakal KP UMNO Bahagian akan datang iaitu Pemuda caw Taman Melewar, Sdr Mohd N......m

Dia ni bukan le bagus sangat pun tapi pelik boleh syok sendiri. Pemuda cawangan sendiri pun dia tak boleh nak bentuk tapi ada hati pasang hajat besar..kesian...
al kisah kenduri dia nape Abas tak pergi sebab pada hari yg sama dia kahwin tu kan UMNO Batu ada program lawatan kerja TPM. sudah tentu rakyat parlimen batu yg bermasalah & perlu diselesaikan itu lagi penting daripada kenduri dia yg hakikatnya tak jemput pun orang UMNO bahagian... Kami diperingkat UMNO bhgn tak tahu menahu pun dia kahwin pada hari tersebut.... dulu bukan main puji melambung Abas sampaikan sanggup dia membelakangkan ketua cawangan dia sendiri yg ketika itu menyokong datuk yusuf...sudahlah jgn bersandiwara lagi...buat program pemuda cawangan dulu baru nak cakap banyak.... masa time masyukkk... dulu abas kentut pun kata wangi...masa persidangan umno bahagian tahun lepas bukan main lagi berucap berapi-api sudahnya dia sendiri balik awal...cit...poorahhh..

Anonymous said...

padan lah dgn kamu semua,tunggu jer PRU 13, pas akan control, biarkan-biarkan....