Kuala Lumpur 8 Sept --Dalam perkembangan terkini berhubung isu sensasi Bazar Ramadan, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izah Anwar Ibrahim pula membuat satu lagi pendedahan dimana beliau mahukan jawapan berhubung tuduhan kononya 93 lot telah diperuntukan kepada satu kumpulan atas nama "VIP" yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan sebuah parti politik yang terkemuka. Beliau mahukan jawapan segera daripada DBKL berhubung tuduhan tersebut dan turut meminta DBKL memberikan senarai penuh lot Bazar Ramadan tahun ini. Untuk baca kenyataan penuh Nurul Izah, sila klik - 'VIP' Ramadan stalls: Nurul wants answers.
Tuesday, September 7, 2010
Kuala Lumpur 8 Sept --Dalam perkembangan terkini berhubung isu sensasi Bazar Ramadan, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izah Anwar Ibrahim pula membuat satu lagi pendedahan dimana beliau mahukan jawapan berhubung tuduhan kononya 93 lot telah diperuntukan kepada satu kumpulan atas nama "VIP" yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan sebuah parti politik yang terkemuka. Beliau mahukan jawapan segera daripada DBKL berhubung tuduhan tersebut dan turut meminta DBKL memberikan senarai penuh lot Bazar Ramadan tahun ini. Untuk baca kenyataan penuh Nurul Izah, sila klik - 'VIP' Ramadan stalls: Nurul wants answers.
Sunday, September 5, 2010
BAZAR RAMADHAN MASJID INDIA : SALAH SIAPA ?
Kuala Lumpur 4hb Sept --Isu bazar di Jalan Masjid India semakin kecoh dan panas kerana ramai pihak yang tak puas hati dengan tindakan melulu DBKL dalam soal peruntukkan tapak perniagaan kepada penjaja melayu. Dalam episod yang terkini Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar tanya kemana suara Perkasa dalam isu tersebut ? Beliau turut membidas sikap Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik dalam menangani isu tersebut. Sila klik komen Mahfuz Omar yang bertajuk "Bazar Ramadhan : Ke mana Perkasa, media UMNO apabila DBKL tindas peniaga Melayu".Sementara itu, DBKL mempertahankan tiada sebarang "hanky panky" dalam isu peruntukan lot bazar Ramadhan di Jalan Masjid India tetapi Persatuan Penjaja Kecil Bumiputera Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh Bahrim A. Razak berkata peruntukan lot tersebut sepatutnya diagihkan kepada penjaja kecil yang betul-betul memerlukan sokongan dan bantuan untuk mencari rezeki selaras dengan gagasan 1 Malaysia dimana Rakyat Didahulukan. Sila klik DISINI , untuk baca Komen Bahrim dan juga DBKL.
Thursday, September 2, 2010
APA KATA ZAID IBRAHIM PASAL POLITIK KL DAN RAJA NONG CHIK ?
KUALA LUMPUR 3 Sept --Ketua PKR Wilayah Persekutuan yang baru Datuk Zaid Ibrahim kini dilihat semakin lantang dan berani memperjuangkan isu masyarakat bandar Kuala Lumpur. Bekas Menteri kabinet itu mahu mengadakan perjumpaan dan juga dialog bersama Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik namun belum ada sebarang reaksi dari Raja Nong Chik katanya. Apakah pandangan Zaid Ibrahim mengenai masa depan Kuala Lumpur ? Sila klik -The future of KL according to Zaid , untuk mengetahui pandanganya.Zaid turut mengulas mengenai peranan Raja Nong Chik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur. Untuk rekod, Pakatan Rakyat kini menguasai politik KL dengan menguasai 10 kawasan parlimen manakala BN hanya di Setiawangsa - Zulhasnan Rafique.
Friday, August 13, 2010
MCA NAKKAN SEMULA JAWATAN BN WANGSA MAJU !
leh D
atuk Seri Tan Chai Ho sudahpun menghantar memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi BN dan UMNO Wilayah Persekutuan. Jawatan Pengerusi BN Wangsa Maju yang disandang oleh bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju Datuk Yew Teong Look kini telah diserahkan kepada Ketua UMNO Wangsa Maju Datuk Shafie Abdullah yang juga Setiausaha Politik Kepada Perdana Menteri. Shafie yang juga Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan dikatakan sudah mengidamkan menjadi" calon" di Wangsa Maju pada PRU yang ke 13 nanti manakala Yew Teong Look yang tewas tipis kepada Wee Choo Keong pada PRU yang lepas dikatakan masih menjadi calon"poular" di Wangsa Maju ketika ini.Sementara itu, Wilayahkini dengar desas desus MCA WP dikatakan telah membawa isu ini sampai ke mesyuarat BNWP yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyddin Yassin semalam. Malah kami turut difahamkan mesyuarat semalam panas kerana isu tersebut. Yang pasti, MCA dan UMNO kini dilihat umpama bermain tarik tali untuk menjadi calon di Wangsa Maju. Persoalanya - siapa boleh menang ?
PERHATIAN ........
Wilayahkini sedang mengemaskinikan blognya semula. Nantikan wajah barunya dalam tempoh masa yang terdekat ini....
Saturday, June 19, 2010
KE MANA ARAH NORZA SELEPAS INI ?
KUALA LUMPUR 19 Jun,Sejak bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Norza Zakaria dibebaskan dari tuduhan memberi suapan untuk diagihkan kepada perwakilan sebagai dorongan supaya mengundinya untuk pemilihan UMNO dua tahun lalu, ramai kaki UMNO sudah mula meramalkan apakah hala tuju Norza selepas ini dalam skop politik UMNO dan Bahagian.
Norza yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju dan bekas Ahli Majlis Tertinggi UNNO dikatakan akan kembali mencuba nasib selepas ini. Malah beliau dikatakan antara calon "favourite" di Wangsa Maju selepas Datuk Shafie Abdullah . "Saya hanya ingin berehat seketika sebelum memikirkan perjalanan seterusnya dalam bidang politik. Sekiranya saya kembali ke kancah politik selepas ini, saya akan lebih berhati - hati agar pisang tidak berbuah dua kali "katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
" Tuduhan sebagai pemimpin UMNO yang disyaki terlibat dalam politk wang nyata telah dibersihkan bukan sahaja oleh Lembaga Disiplin parti tetapi juga mahkamah" katanya lagi.
Ramai yang turut meramalkan Norza yang baru berusia 43 itu akan kembali menjadi salah seorang pemimpin yang menjadi tumpuan di Wilayah Persekutuan selepas ini ketika UMNO WP berada dalam keadaan yang lesu.
Saturday, June 5, 2010
ISU KAMPUNG BARU SEMAKIN PENING .........
mbangunan.Selepas dikecam teruk , kononya atas nama " damage control " Raja Nong Chik mengadakan perjumpaan dengan semua NGO ( Perkasa) termasuk anak - anak watan Kampung Baru dimana katanya semua penduduk telah bersetuju untuk pelan pembangunan Kampung Baru tetapi disebalik kenyataanya itu penduduk Kampung Baru tak puas hati dengan pendirian Raja Nong Chik , Mereka kata " dengarlah suara kami ". Ada yang tanya apa sudah jadi dengan Volume 4 Pelan Pembangunan Kampung Baru dalam Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2020 yang dicadangkan pada tahun 2008 sebelum ini (seperti dalam gambar)? Apa pula janji - janji sebelum ini ? Apa pula jadi dengan perbincangan yang diadakan banyak kali sebelum ini ? Kenapa UMNO WP macam tak ada pendirian dan nampak lesu aja dalam isu penting seperti ini ?Friday, June 4, 2010
" KG BARU OH KG BARU ; " RAJA NONG CHIK DAH JADI MACAM FLIP FLOP MENTERI WP KOT ? "
KUALA LUMPUR 4 Jun ,
Isu Kampung Baru kembali panas. Kali ini komen Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik y
ang mencadangkan formula 60 : 40 , dimana katanya pemberian 40 % kepada bukan melayu dijamin tidak akan menjejaskan hak pemilikan tanah orang melayu. Komen itulah buatkan " orang naik angin".Segala - galanya muncul setelah Raja Nong Chik mengadakan perjumpaan dengan lebih 1, 000 pemilik waris tanah di Kampug Baru di PWTC baru - baru ini.
Katanya Walaupun kuota 40 % daripada kawasan 122.9 hektar itu dicadangkan dibuka kepada kaum lain apabila dibangunkan kelak , orang melayu dipastikan tetap menjadi keutamaan.
Dalam tempoh 24 jam kemudian Raja Nong Chik yang Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP itu berkata pulak " Pemberian kuota 60 : 40 hartanah di Kampung Baru Belum Muktamad selepas diasak oleh pelbagai pihak. Persoalanya kenapa munculnya konsep 60 : 40 itu dari mulut Raja Nong Chik sebelum ini ? Idea siapa tu ? Itulah pasal orang kata Raja Nong Chik dah jadi macam " Flip - Flop Menteri WP " ketika ini.
APA KOMEN ORANG LAIN TERHADAP FLIP FLOP MENTERI WP ITU ?
" Saya harap cakap - cakap hendak memperuntukan atau membenarkan bukan melayu memiliki 40 % hartanah dalam pelan pembangunan Kampung Baru adalah silap lapor oleh media massa atau lepas cakap politikus bermulut besar". - Kekalkan Kg Baru Milik Eksklusif Melayu, kata Datuk A. Kadir Jasin . Klik DISNI .
40 % amat tingggi kata Perkasa, sila klik disini -Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri , untuk baca laporan selanjutnya.
" Jadi , berdasarkan maklum balas setakat ini, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar perlu sedar sekarang bahawa tidak semudah berjalan di taman. Pentadbiran sebelum ini pun dah mencubanya", Kata Rocky Bru. Klik DISINI .
Raja Nong Chik Pengkhianat Melayu, kata Anak Kuala Lumpur. Klik DISINI .
Kampung Baru Mesti Kekal Milik Melayu, kata Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo Ghazali. Sila klik DISINI - Menteri Hal
ang WP Wakil Rakyat Titiwangsa dari bercakap isu Kg Baru > "Inilah sikap Menteri low class", kata Lo ' Lo. Baca komen tersebut di SINI ."Kampung Baru hak milik orang melayu jadi sesekali jangan melibatkan kaum lain jika kerajaan mahu bangunkanya. Raja Nong Chik diminta lebih berhati - hati mengeluarkan kenyataan berhubung pelan cadangan Kampung Baru jika melibatkan penglibatan kaum lain. Kita tidak mahu kenyataan itu dikeluarkan jika untuk kepentingan politik", kata Yang Di Pertua Pribumi Perkasa Malaysia ( Perkasa ) Perlis - Utusan Malaysia 1hb Jun 2010.
"Lembaga Pentadbiran Penempatan Pertanian Melayu ( Mas) Kampung Baru menolak cadangan pemberian 40 % kepada bukan melayu. Mas akan merujuk perkara ini kepada Sultan Selangor", kata Setiausaha Kehormat Mas Shamsuri Suradi - Utusan Malaysia 1hb Jun 2010.
Persoalanya : Kenapa pemimpin - pemimpin UMNO dari WP mendiamkan diri dalam isu ini ? Inikah yang dikatakan kononya mahu memperkasakan melayu bandar ?
Wednesday, June 2, 2010
" BUAT APA SAYA JADI HIPOKRIT " - LEMAN
Buat apa saya jadi hipokrit, sedangkan saya sudah 23 tahun menyandang jawatan itu tanpa pernah sekalipun dicabar. Saya tidak kesal, malah bangga
me
mbuat keputusan ini kerana ia berasaskan kajian dan visi saya untuk merampas semula Parlimen Titiwangsa pada pilihanraya akan datang" kata Datuk Seri Suleiman Mohamad . Sila klik disini - Berita Harian Online Ketua UMNO Titiwangsa letak jawatan , untuk baca laporan selanjutnya. Monday, May 31, 2010
SUDAH SAH LEMAN LETAK JAWATAN ; " BYE BYE " LEMAN !
kuasa 1hb Jun ini. Beliau yang memegang jawatan tersebut selama 23 - menang tanpa bertanding sepanjang tempoh tersebut.Berita mengenai perletakan jawatan Ketua UMNO Titiawangsa Datuk Seri Drs
. Suleiman Mohamad semakin hangat beterbangan di Kuala Lumpur ketika ini. Ada yang kata itu cuma khabar angin saja. Manakala anaknya Mohd Idham Yasser yang Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa menafikan sama sekali berita tersebut. Sementara itu, Mstar telah mendedahkan laporan tersebut hari ini. Sila klik -mStar Online : Ketua Umno Titiwangsa Letak Jawatan?Suleiman yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan BN Wilayah Persekutuan merupakan salah seorang pemimpin politik UMNO yang disegani di Kuala Lumpur. Malah beliau dilabel sebagai " Ironman UMNO Titiwangsa". Beliau juga merupakan bekas Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen Titiwangsa selama empat penggal sebelum digugurkan pada tahun 2004.
Apapun , kita tunggu apa reaksi Pak Leman lepas ini .
Tuesday, May 18, 2010
APA NAK JADI DI WANGSA MAJU NI .....???
Maju keputusanya dikatakan cukup mengecewakan sama sekali.Monday, May 17, 2010
Tuesday, April 6, 2010
PENGERUSI BN : SHAFIE DI WANGSA MAJU DAN JAYANTHI DI SEGAMBUT !
Ketua UMNO
Wangsa Maju , Datuk Shafie Abdullah (gambar)yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri telah dilantik sebagai Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Wangsa Maju. Jawatan tersebut sebelum ini disandang oleh bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju Datuk Yew Teong Look yang juga merupakan Mantan Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah Persekutuan. Pada PRU yang ke 12, Yew Teong Look tewas kepada Wee Choo Keong dari PKR. Perlantikan Shafie dikatakan telah memberi satu tamparan yang kuat kepada Yew Teong Look di Wangsa Kerana beliau memang mengidamkan kawasan tersebut untuk penggal yang ketiga.Dengan perlantikan tersebut sudah ada ura - ura kerusi Wangsa Maju akan dikembalikan semula kepada UM
NO ?JAYANTHI DI SEGAMBUT
Manakala di Segambut pula, Jayanthi Devi Balaguru(gambar) dilantik sebagai Pengerusi Barisan Nasional Segambut. Perlantikanya mengejutkan pelbagai pihak di Kuala Lumpur kerana julung kalinya seorang wanita dilantik ke jawatan tersebut. Jayanthi juga merupakan Setiauasaha Wanita Parti Gerakan Malaysia.
Jayanthi yang juga Pengerusi Wanita Gerakan Wilayah Persekutuan dikatakan bakal diturunkan sebagai calon BN di Segambut pada PRU yang ke 13 nanti ?
ZULHASNAN KEKAL DI SETIAWANGSA
SEMENTARA itu, Ahli Parlimen Setiawangsa Datuk Seri Zulhasnan Rafique telah dilantik semula sebagai Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Setiawangsa.
Thursday, April 1, 2010
CERITA PASAL ZULHASNAN DAN RAJA NONG CHIK......
Selepas berita mengenai faktor Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Datuk Raja Nong Chik dikaitkan dengan kebangkitan semula UMNO dan BN Wilayah Persekutuan terpampang di dada akhbar, Wilayahkini dengar ada pemimpin UMNO di Kuala Lumpur jadi macam makan tak kenyang, tidur tak lena malah ada dah mula mimpi macam - macam. Aduhhh.....Sila klik DISINI, untuk baca berita tersebut . Ada pula yang dah mula jemput Raja Nong Chik ke Bahagian masing - masing cepat - cepat setelah Raja Nong Chik muncul bersama sama Zulhasnan Rafique. Malah ada yang dulu kutuk Raja Nong Chik sebagai Menteri Lembah Pantai sekarang dan mula nak " jaga hati" Raja Nong Chik pulak dah.Politik ohhh Politik.Penyokong Raja Nong Chik pula dikatakan gembira dengan kemunculan Zulhasnan bersama bos mereka kerana dapat kuatkan lagi masa depan politik Raja Nong Chik di Kuala Lumpur khususnya menjelang PRU yang ke 13 nanti. Ramai pula yang berteka - teki mengenai kemunculan mereka bersama.
DATUK BANDAR KUALA LUMPUR JADI SASARAN LAGI......
KUALA LUMPUR 1 April,Tuesday, March 9, 2010
KEMUNCULAN RAJA NONG CHIK BERSAMA ZULHASNAN RAFIQUE ..........
Kehadiran Menteri Wilayah Persekutuan Senator Datuk Raja Nong Chik untuk merasmikan Program Retreat UMNO Bahagian Setiawangsa yang di ketuai Mantan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique yang bertemakan "Program Pemantapan Politik" (3P) di Janda Baik baru - baru ini mencuri tumpuan ahli - ahli UMNO di Wilayah Persekutuan malah telah menjadi cakap - cakap politik yang cukup panas di Kuala Lumpur ketika ini.
Zulhasnan yang j
Raja Nong Chik pula dalam ucapanya menyifatkan telah mengenali Zulhasnan Rafique sejak bangku sekolah lagi dan selalu ke rumahnya di Petaling Jaya dulu dan menganggapnya sebagai adiknya.
Beliau turut memuji dan kagum dengan semangat yang di miliki oleh Zulhasnan walaupun tidak bergelar sebagai Menteri lagi tetapi masih berkerja keras untuk memperkasakan jentera UMNO dan BN di peringkat bahagian dan parlimen.
Katanya, beliau juga mahu menimba pengalaman dari Zulhasnan dalam aspek penyusunan jentera untuk menghadapi PRU yang ke 13 nanti.
Sementara itu, Zulhasnan pula berkata UMNO Bahagian Setiawangsa akan memberikan sokongan tak berbelah bahagi kepada kepimpinan Raja Nong Chik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Episod terbaru ini di katakan telah menjadi satu "turning point" di UMNO WP ketika ini.
Di antara penceramah lain yang hadir ialah Setiausaha Kerja UMNO Datuk Rauf dan Pengerusi Jasa Datuk Fuad Hassan.
Friday, March 5, 2010
PERLANTIKAN YAHYA GHANI SEBAGAI PENGERUSI BN BATU ; GERAKAN PULA " MENGAMUK ? "
saya yang minta jawatan tersebut", kata Yahya Mat Ghani atau di kenali sebagai "Abas Batu".Thursday, March 4, 2010
APABILA SYED MEHDHAR BERCAKAP PASAL KEIKHLASAN.......
" Jawatan menteri bukanlah satu kemestian yang perlu di agihkan kepada Ketua Pemuda tetapi terpulang kepada kebijaksanaan Presiden Parti, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat penilaian"WEE CHOO KEONG PUN NAK KELUAR ?
KUALA LUMPUR, 4 Mac Monday, February 22, 2010
PENGUNDI TAK NAK CALON LUAR KAWASAN ?
" Pertama sekali, kita kena belajar daripada kesilapan - kesilapan yang telah kita lakukan. Pemilihan calon pada PRU 2008 adalah tidak baik. Para pengundi tidak boleh menerima calon - calon yang bukan berasal dari kawasan mereka sendiri", kata pemimpin vateran UMNO Datuk Shahrir Samad dalam satu temu bual khas di Malaysiakini. Sila klik, DISINI untuk baca wawancara penuh beliau. Sementara itu, di Wilayah Persekutuan Wilayahkini dengar sudah ada ura - ura ramai sangat dah bermimpi nak jadi YB pada PRU yang ke 1 3 nanti. Belum lagi cerita pasal menang ataupun kalah, tapi mereka dah pasang macam - macam strategi untuk jadi calon. Ada yang sanggup lompat sana sini untuk jadi calon. Sementara itu, UMNO WP di katakan mahu kawasan Wangsa Maju dan Bandar Tun Razak yang kini di miliki oleh MCA. Berita lanjut akan menyusul.......
Thursday, February 11, 2010
RAUF NAFI BUAT KENYATAAN PERKAUMAN DI LONDON !
KUALA LUMPUR 11 Feb 2010,Setiausaha Kerja UMNO Datuk Abdul Rauf Yusoh yang juga merupakan Naib Ketua UMNO Bukit Bintang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini menafikan membuat kenyataan berbentuk perkauman di London baru - baru ini. Sila baca kenyataan Rauf di Malaysian Insider , DISINI
TEORI JUTAWAN BARU RAJA NONG CHIK DI KAMPUNG BARU.......
Aduhh.....belum sampai 24 jam Perdana Menteri melakukan lawatan mesra rakyat meninjau perkembangan d
i Kampung Baru sabtu lepas , Menteri Wilayah Persekutuan sudah bercakap pasal RM (Ringgit Malaysia).
dalam Rancangan Mal
aysia ke 9 yang melibatkan kemudahan rakyat dan yang paling penting ialah Deraf Pembangunan Kampung Baru yang di buat khas dalam Pelan Tempatan KL 2020. Thursday, February 4, 2010
APABILA KETUA PUTERI WP BERCAKAP MENGENAI NASIB ORANG MELAYU PULAU PINANG ......
egara ini terutama yang terdiri dari bangsa melayu hendaklah menumpukan perhatian serta merta kepada kerajaan negeri Pulau Pinang kata Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan Sarina Sharif. Beliau yang juga merupakan Ketua Puteri UMNO Cheras turut mengulas nasib melayu Pulau Pinang. Sila kilik blognya , DISINI, untuk baca berita selanjutnya. Sementara itu, Tahnniah kepada Puteri Cheras kerana kini sudah mempunyai laman blognya tersendiri. Turut di paparkan dalam laman blog tersebut mengenai liputan program " Malam Slim Fit Challenge" .HARI WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN INI LESU ?
Wilayahkini dengar macam - macam mengenai sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2010 yang dilancarkan di Dataran Merdeka minggu lepas. Ini merupakan sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang pertama untuk Senator Datuk Raja Nintg Chik sebagai Menteri Wilaya
h Persekutuan. Festival Hari Wilayah Persekutuan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di mana turut di hadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mantan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique.
Satu lagi hal pulak "orang - orang penting UMNO" di Wilayah Persekutuan dikatakan merungut kerana tak di jemput ke Istana Negara untuk majlis pengurniaan dan darjah kebesaran sempena Hari Wilayah Persekutuan kali ini.Tuesday, January 12, 2010
ISU PUSAT HIBURAN DI JALAN P.RAMLEE - DBKL CAKAP TAK SERUPA BIKIN .......
" Dalam masa satu jam pertemuan bersama Datuk Bandar dan Menteri Wilayah Persekutuan masalah pusat hiburan itu (Jalan P.Ramlee) boleh diselesaikan sedangkan banyak lagi masalah rakyat di Wilayah Persekutuan tergantung bertahun - tahun tidak dapat diselesaikan ", kata Ketua Pemuda UMNO Kepong Norizan Ali.
Norizan berkata demikian kepada Akhbar Sinar Harian bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilihat terlalu mementingkan pusat hiburan daripada menyele
saikan masalah rakyat. Tindakan terburu - buru DBKL membenarkan lima pusat hiburan di Jalan P.Ramlee memperbaharui lesen dan beroperasi semula adalah tindakan yang tidak boleh di terima oleh rakyat. Sila klik di sini Clubs can renew licences if they keep to permitted sound level untuk baca komen Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Ning Chik.Pergerakan Pemuda UMNO Kepong tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat kerana ianya membuktikan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan ( PBT ) terlalu mementingkan keuntungan dari memikirkan masalah sosial melibatkan belia.
Sementara itu seorang pembaca yang bernama Mahmud Nor dalam emelnya kepada Wilayahkini berkata " sebelum ini Datuk Bandar Kuala Lumpur bukan main berikan amaran mengenai tahap kebisingan di kelima - lima pusat hiburan tetapi tak sampai dua hari jer DBKL dah tolak ansur dan bersetuju untuk membenarkan mereka beroperasi kembali. Kalau macam ini , Datuk Bandar tak payahlah cakap besar. Kalau nak masuk politik , letak jawatan dan masuk politiklah. Kalau nak buat , buatlah betul - betul. Tak payah ambil tindakan dari awal - awal kerana mereka pun dah lama beroperasi kat sana.Jangan pulak nak tunjuk kuasa dan berlagak macam hero dalam TV . Jangan jadi cakap tak serupa bikin lah.."
Wednesday, January 6, 2010
APA CABARAN PU3 UMNO WP UNTUK TAHUN INI ?
dakan program bantuan persekolahan kepada pelajar istimewa dan susah sekitar Wilayah Persekutuan baru - baru ini.
Sementara itu, Wakil dari Pu3 Lembah Pantai Hasryza Jabar(gambar) memaklumkan kepada Wilayahkini "Semua Puteri dijemput hadir ke program UMNO Juara Rakyat yang akan diadakan pada 9hb Januari (Sabtu) di Hulu Selangor pada jam 8.30 pagi. Bas disediakan di Stesen LRT Bangsar bermula jam 8 pagi. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Kak Uda @ 012-4202066"Friday, January 1, 2010
SALAM TAHUN BARU 2010
SALAM TAHUN BARU 2010 kepada semua pembaca setia Wilayahkini.Kita berharap 2010 akan memberi satu harapan baru kepada kita semua dalam semua bidang yang kita ceburi. Seperti dijanjikan , Wilayahkini akan tampil dengan imej baru pada tahun ini dalam sedikit masa lagi bagi memberi liputan yang lebih menarik dan terbaik . Apakah harapan anda pada tahun ini ?