Tuesday, December 15, 2009

USUL TERHADAP SHAFEI LULUS TANPA BAHAS ; WEE DESAK SHAFEI DIGANTUNG TUGAS !

TERKINI selepas dikemaskinikan pada 16hb Dec
SHAFEI JAWAB TUDUHAN WEE CHOO KEONG
" saya rela disiasat tetapi sekiranya saya disiasat maka Wee Choo Keong juga mestilah disiasat. Beliau mestilah disiasat untuk menentukan sama ada beliau benar-benar saya kasari. Adakah matanya bengkak, pipinya lebam atau bajunya terkoyak? Apakah saya bertindak memudaratkanya secara fizikal ?"
" Hakikatnya Wee Choo Keong kini gusar dengan kebangkitan UMNO Wangsa Maju dan perpaduan yang kian kental di kalangan ahli - ahli UMNO disini. Wee Choo Keong tahu beliau hanya singah sebentar di Wangsa Maju".
" Strateginya ialah menjadikan saya sebagai bogey man dengan menakut - nakutkan orang bahawa saya adalah mafia di WPKL". Sila klik DISINI , untuk baca penjelasan lengkap Datuk Shafei Abdullah yang dipetik dari blognya.
(NOTA : Wilayahkini turut menyediakan ruangan undi mengenai komen Wee Choo Keong terhadap Shafei Abdullah mengenai jawatanya sebagai Setiausaha Politik. Sila pangkah undi anda - Terimakasih )
BERITA SEBELUM INI.......
KUALA LUMPUR 15 Dec,
Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul tanpa bahas untuk menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyiasat aduan Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong berhubung satu laporanya terhadap Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Shafei Abdullah.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin membuat keputusan itu selepas majoriti anggota Parlimen bersetuju bahawa usul yang dikemukakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz itu tidak di bahas. Sila klik -Jawatankuasa DewanRakyat siasat aduan Wee , untuk baca berita lengkap.
WEE DESAK SHAFEI DIGANTUNG TUGAS ATAU LETAK JAWATAN
Sementara itu, Wee Choo Keong mendesak Datuk Shafei Abdullah meletakkan jawatanya ataupun digantung kerja sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri demi menjaga nama baik PM sehingga siasatan tehadap Shafei selesai. Sila klik DISINI, untuk baca laporan lanjut. Shafei Abdullah juga merupakan Ketua UMNO Wangsa Maju merangkap Ketua Penerangan UMNO dan BN Wilayah Persekutuan.
Shafei Di Tribunalkan Kerana Membela Rakyat ? Sila klik DISINI.

53 comments:

Anonymous said...

BN bersikap adil kepada semua pihak tanpa mengira sesiapa.

Namun, secara peribadi Dato' Shafei Abdullah seorang yang berjiwa rakyat. Saya sendiri mendapat bantuan kemiskian dari beliau.

Saya mendoakan agar Dato' tidak mudah putus asa..

Wee Choo Keong tidak pernah turun ke tmpat saya pun. Dia hanya membantu orang cina yang berkepentingan dan membiarkan orang Melayu tersisir..

Saya amat bersetuju dengan pendekatan BLOG UMNO GOMBAK SELATAN yang bertindak membela Dato' Shafei. Membela kerana Dato' seorang pemimpin berjiwa rakyat. Membela kerana Dato' seorang yang berjuang untuk tanah kami.

Dan Dato' pernah berkata pada saya, beliau akan turut berjuang membela Tanah Rezab Melayu sebagai Tanah Kekal dan Tradisi.

Kita cantas PKR...

Salam,
ANAK KAMPUNG PUAH

Rafiq Setia Jaya said...

Biarlah Parlimen siasat Dato' Shafei. Tapi musykil dgn perlantikan jawatankuasa siasatan : -

Ahli-ahli Jawantankuasa khas ini adalah yang seperti:

1. YB Tan Sri Datuk Seri Pandikar Amin bin Hj Mulia, Pengurusi,

2. YB Datuk Ronald Kiandee, Tiimblan Pengurusi

3. YB Dato’ Seri Dr Fong Chan Onn,

4. YB Puan Hajah Nancy binti Hj Shukri,

5. YB Tuan R Sivarasa,

6. YB M Tuan Kulasegaran,

7. YB Dato’ Kamarudin Jaffar

8. YB Datuk Seri Tiong King Sing.

Yang Wee Choo Keong aka Mr. Political Badut punyer dengki dgn Dato' sampai suh gantung dia pehal?

Blom gi start siasat, da suh gantung? Pehal?

Aku sokong Dato' Shafie sbb dia slalu dtg tmpt aku. Slalu tlg org2 kwsn ni..

Walaupun dia SETPOL NAJIB, tapi rileks, xprotokol.. Siap lpk kedai kopi dgn ktrg... Dia mmg pemimpin Jiwa Rakyat..

UMNO gombak selatan.. Teruskan kempen korg.. Sbb aku tau, korg sokong Dato' sbb dia jiwa rakyat..


Rafiq Setia Jaya

Shiela said...

Wee Choo Keong ni... Aku bongkar kisah dier kang...

Pe citer lak kes Platinum Hill Condo tu..?

Dato'Shafei.. Jangan Khuatir.. Kami di Seksyen 2 ttp bersama Dato'..

Gombak selatan.. teruskan kempen krg.. Kita sama2 terus maruah kita di UMNO w.maju.

Anonymous said...

Aku setuju bebenor dgn pandangan komen2 di atas.

umno gombak selatan, teruskan kempen krg.. Aku tgk gombak selatan buat semua ni bukan tuk dato' jer.. gombak selatan berani bsuara utk pertahan umno wangsa maju.

da lama sgt da kene pijak umno wangsa maju ni dgn pmbangkang. kite kne lawan. jgn tperdaya dgn fitnah pbangkang.

skrg dato' kne? pasni, ntah spe lak kne... gombak selatan, teruskan usaha krg. aku wakil dr taman p.ramlee sokong korg..

Anonymous said...

senang tul nak jatuh org UMNO skrg ni ek...tuduh lepas tu suruh letak jawatan..suka hati mak bapak dia jer....dah tu ada 1 menteri dlm umno ni lak kuat melatah,suka cari publisiti murah lg senanglah kan....aku rasa la kalo melayu ni minoriti, tuduh kat puak majoriti lagu ni...mau hilang d buat nya, mcm pemimpin UIGHUR kat China nun.. Hai melayu!melayu! baik sgt pun kena lanyak....

Anonymous said...

T.kasih kpd dato nazri yg membawa usul yg dikemukakan kpd parlimen.sekarang mari kita tengok siapa yg kena............

pokok bergoyang..mana mungkin jika tiada anginnya....

pelajaran terbaik untuk mereka yg baik-baik..

selamat maju jaya bersama UMNO Gombak Selatan...

sayang melayu said...

apa nak siasat,

kalau pemimpin melayu sekarang semua nak siasat,
pemimpin melayu dah tak boleh berkuasa dan bercakap dalam negara sendiri,
orang melayu macam dah hilang kuasa atas tanahair sendiri,tak bole buat apa saja semua nak siasat, semua nak bawa ke mahkamah, semua nak tunjuk pandai,
orang melayu sendiri dah tak nak hormat pemimpim melayu yang berjuang melindungi bangsa nya,
banyak melayu dah jadi penderhaka dan pembelot bangsa nya,
konon2 nak sama adil dan telus,
apa kata orang2 macam ini duduk dinegeri cina atau di india atau yang dekat disingapura untuk perjuangkan hak mereka di bawah pemerintahan orang lain,
cuba lah bersuara disana dan tengok lah apa yang terjadi nanti,
orang melayu disni ibarat sudah kehilangan keris ditangan atau pun keris nya dah lapuk sebab dah tumpul,
semuga segera lah lahir orang melayu yang berkris taming sarisebelum melayu itu sendiri tumpul dan terhakis di telan zaman.
bedebah sungguh.

Anonymous said...

alhamdulillah...moga kebenaran dapat terlaksana tanpa takut kepada kedudukan seseorang.

namun ana musykil - sebab blog 'pemimpin agung' w maju takut berikan ruang maklum balas. pasal apa ya...kalau budakkualalumpur, pandai pula orang umno kutuk; takutlah...dayuslah....pengecutlah....

yang blog 'pemimpin agung' w maju pun takut pasal apa?

Anonymous said...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya selaku bekas AJK UMNO Bhg. Wangsa Maju ingin menyatakan pendirian menyokong sebarang tindakan Dato' Shafei Abdullah dalam membela nasib rakyat..

Pujian juga sewajarnya diberikan kepada Blog UMNO Gombak Selatan yang bersikap berani mengangkat martabat UMNO Wangsa Maju itu sendiri dari serangan pembangkang.

Saya berharap blogger Wilayahkini dapat siarkan artikel dari seorang aktivitis UMNO Wilayah di www.locengwangsa.blogspot.com.

Aktivis ini bernama Abdul Rahman Hashim, pernah berkhidmat di bawah UMNO Wangsa Maju.

Harap pihak Wilayahkini dapat siarkan artikel beliau bertajuk "SHAFEI DI TRIBUNALKAN KERANA MEMBELA RAKYAT" buat tatapan pengunjung.

Pembelaan juga patut diberikan kepada Dato' Shafei.

pemandu teksi said...

gampang betul..tuduh orang rasuah,lepas tu terus minta letak jawatan atau di pecat,,
Ini pihak yang membuat tuduhan di parlimen!! macamana pulak pihak yg lapuran polis telah di buat oleh mangsa sendiri keatasnya atas tuduhan main belakang dan telah pun di failkan mahkamah,x kena letak jawatan ke!!! woi WCK!! NGKO NI PATUT2 LAH!!!minta ketua ngko letak jawatan dulu...nanti minta kerjasama nazri yg bodoh dan sombong tu....

Anonymous said...

Tunggu jelah keputusan siasatan. Bising-bising pun tak guna.

UMNO Cawangan Gombak Selatan said...

Salam Perjuangan,

Jutaan Terima Kasih atas komen2 bernas yang diberikan.

Kami Blogger2 UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN akan terus berjuang bersama2 anda dalam mempertahankan maruah UMNO WANGSA MAJU. Dato' Shafei hanyalah mangsa pertama yang dirancang untuk menjatuhkan UMNO WANGSA MAJU.

Buat pihak Crew Wilayahkini, Kami baru sahaja mengunjungi blog Dato Shafei di http://shafeiwangsamaju.blogspot.com. Belia telah memberi ulasan mengenai Usul Parlimen terhadap beliau. Harap dapat melaporkan kenyataan Dato' di Wilayahkini..

Salam Kasih dari kami.

Anonymous said...

Hidup BN WANGSA MAJU, HIDUP DATO' SHAFEI..

Pemimpin Berjiwa Rakyat

UMNO Cawangan Gombak Selatan said...

Salam Perjuangank

Pihak Crew Wilayahkini juga melihat kenyataan Dato' Shafei Abdullah mengenai Usul Terhadap beliau di Parlimen melalui blog UMNO GOMBAK SELATAN..

MAT SIRAT said...

APA KATA KITA YANG DESAK WCK BERCERAI DENGAN JAWATANNYA SEKARANG...

BENAR, BELIAU TAK PERNAH BUAT APA-APA PUN...

SUATU KETIKA BEBERAPA KALI DAHULU SAYA PERNAH MENCADANGKAN BELIAU AGAR TURUN PADANG JENGOK KRT-KRT UNTUK MULA MENANGANI MASALAH KESELAMATAN... LANGSUNG TIDAK DIPEDULIKANNYA, TAKTIKAL SENGAJA ATAU TAK TAHU BUAT KERJA...

ITULAH PADAHNYA, SIMTOM LUAR KAWASAN... NAK ROAD SHOW KELILING PARLIMEN, TAK TERBUAT...

MENGIKUT PEPATAH ORANG PUTIH, YOUR DAYS ARE NUMBERED... THERE WILL BE NEW DAWN AND NEW MAN ON THE WANGSA MAJU BLOCK MENJELANG PRU13...

BERUNDURLAH SECARA TERHORMAT DARI DISINGKIRKAN TERUS DALAM PRU13 NANTI...

SEKARANG, ORANG NAK BUAT KERJA KENA BELASAH, DIA YANG TAK BUAT KERJA DUDUK MELENGGANG KANGKUNG, MEANGANGKASAB-ANGSAKAN ISU DATO' PIE, SERAYA HIDUNG TAK MANCUNG PIPI TERSORONG-SORONG ADA HATI & 'GUTS' CADANGKAN KEPADA YAB PM MINTA DATO' PEI DIGANTUNG ATAUPUN LETAK JAWATAN...

NAMUN YANG PASTI, MAJORITI 150 ITU (MENANG PUN DEK KERANA UNDI POS) AKAN TETAP KEKAL DALAM LIPATAN SEJARAH PARLIMEN WANGSA MAJU...

AYUH, KESELURUHAN JENTERA PENGUNDI WANGSA MAJU, MARILAH KITA PASTIKAN AGAR MP WANGSA MAJU - PKR MASAKINI AKAN TERUS-TERUSAN DILIHAT TIDAK RELEVAN LAGI UNTUK PARLIMEN WANGSA MAJU...

1WANGSAMAJU
1MALAYSIA

Pergerakan Wanita UMNO Wangsa Maju said...

Salam Perjuangan,

Kenapa harus disiasat? Sedangkan parti pembangkang tak pulak kena siasat sehingga ke akar umbi apabila sesuatu perkara terjadi.

Jangan bagi muka sangat dengan pembangkang ni. Malah jangan silap langkah nanti tergadai negara kita. Keluar airmata darah pada masa tu pun tak guna dah. Imbas kembali lirik yang tertulis pada lagu 'Warisan'.

Saya bagi pihak Pergerakan Wanita UMNO Bhgn Wangsa Maju menyokong penuh dengan perjuangan Dato' Shafie yg selama ini membela nasib org melayu terutama di Bahagian Wangsa Maju.

Malah, kami akan bersama-sama dengan UMNO Cawangan Gombak Selatan akan terus mempertahankan maruah UMNO Bhgn Wangsa Maju.

Hidup Melayu, Hidup Dato' Shafie.

Anonymous said...

Dato Piee,Izinkan aku luahkan perasaan.Kau terus bangun atau tersungkur selepas ini kerana urusan yng kau buat sendiri. tetapi kurangnya aktif aku dan kawan2 kpd UMNO DiWangsa Maju krn kau sanggup melukakan hati mencantas kami yg brtungkus lumus di Wangsa Maju dan Wilayah.Tak apa mungkin kami terlalu dekat Dg Dato Zainal akan mnyusahkan kau.

Dalam Blog kau. Tak yah nak tanya serangan itu adakah telah melebamkan mata,koyak baju dan sebaginya.Seperti juga Memo menjatuhkan Kamarudin Ambok dan Zulhasnan siapa yg boleh buktikan yg kaulah dalangnya Utamanya ,kerana yg baling batu adalah kau,kami tahu kaulah orangnya, tapi bila bagi tahu orang lain org nak buktinya.Allah brsama kami yang kau lukakan hati dan perasaan akhirnya Allah jualah memberi segalaNya.

Kisahnya yang kau pegi cari WCK yg aku juga menyampah itu diParlimen tu buat apa? betullah kau tahu pasal protokol,protokol kau tu hanya atas kertas saja.

Nak menjadi sebab disini kerana kau SERANG orang parlimenlah barulah pihak atasan buka mata, Kau hanya Setiausaha Politik bukan Setiausaha Parlimen dan nasib baik Dato Nazri seorng yg cukup tegas mentadbir parlimen,kalau kena mereka yg lembik jangan harap orang awam nak tahu perihal serangan yang dasyat itu.

Dengan Dato Nazri kau jangan nak main-main Tun Mahadzir pun kalau brcakap terlajak dia akan tegur,inilah contoh pemimpin tegas dia tarak corner-corner.Dato Nazri dah tunjuk teladan dia tak gila-gila ,dia tak tanding MT smpai bergolok bergadai dan melukakan hati org UMNO.

Kau belajarlah memahami tugas dan mengenali diri.Kau satu-satunya Setiausaha Politik dlm berurusan ,cara kau bercakap dg kami macam kau Menteri,Kau dah rasa diri tu besar sangat.

Kami dapat belajar dari apa yang berlaku sebagai kes yang panas dinegara sekarang, ialah kerana terdapat manusia spt kau yg berselindung diatas jawatan Ketua Bahagian, kau menang ketua bhg kerana kau berselindung atas jawatan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Bukan kerana sumbang bakti yg maha hebat.Aku dan ramai kawan lain juga AJK Masjid diWangsa Maju tak terasa pun sentuhan kau sebgai Ketua Bhgian,mungkin Razak,Sahar,Cik Gu,Habib,Jaafar dan lain-lain yg hidup atas kemurahan dan akrab kau mereka itu menjadi pembela yg hebat, aku duduk semeja dg mereka pun dah cukup takut nak bercakap ,mereka marah-marah yg tak sokong kau.Semuanya tension saja,rakyat tengok kalau begitu sikap rupa mereka bagaimana?

Pemimpin yang rajin bekerja Dato Zainal terpaksa lari ,sdgkan Dato Zainal brtungkus lumus kami bersamanya siang malam berbulan-bulan berulang-alik adakan retreat Barisan Nasional DiMelaka untuk UMNO dan BN Wilayah Persekutuan.Berbagai aktibiti masjid dan surau berjalan dg baik dan suasana aman,Turun padang dg beberapa bas dan kereta ke seluruh negara semasa kempen dan berbagai aktibiti ,tetapi tiba-tiba Kau gertaknya hingga kami semuanya panik dengan tekanan dari Setiausaha Politik Perdana Menteri.

Dato Zainal Nazri cukup sugul pd malam itu memberitahu kami bahawa beliau terpaksa menarik diri,dia mengeluh panjang.Kami menitis air mata kerana Pemangku Dato Zainal cukup rajin,kau tahu piee Sebagai Pemangku Ketua Bahagian banyak belanja tlh terhabis krn membeli dan menyewa utk mesyrat Bahgian dan aktibiti. Sepatutnya kau berilah peluang kpd Dato Zainal pegang satu penggal,Peranan kau sebagai Setiausaha Politik gunakan pengaruh Perdana Menteri beri sokongan padu pada Dato Zainal,itu yg sepatutnya berlaku.

Itulah peranan sepatutnya dari semua Setiausaha Politik kpd Menteri ,kerja mereka menyatukan rakyat bukannya mengejar jawatan, Dulu kau duduk semeja dg aku kau tegur Rizal Merican kau Irihati dengan Ismalina dan Norza kejar pangkat kejar harta dan macam-macam lagi semuanya nampak mereka cacat.Kau himpunkan pemuda buat memorundum kpd Norza.

Piee bertaubatlah ,kembalilah kepangkal jalan sedarlah diri,Dimana sumpah Setia yg dijunjung, Allah Maha Besar,Allah Maha Berkuasa,Allah Segala-galanya.

aku perkenalkan diri aku KEDAI TOMYAM. t,KASIH

Anonymous said...

Ni pe pulak la citer pasal umno ni.. KEDAI TOM YAM oii...

Pemilihan pun sudah lama lepas da... kita patutnya bersatu lawan pembangkang...

Sape pn Ketua Bhg. kita patut terima dgn baik. Kami kt Kg. Puah terima sesape je.. Dari Datuk Astaman smpilah Dato' Pie..

Ingtlah, smpi bile nk gado2 ni.. Pmbgkg mmg suke kite gado..

Aku sokong Dato' Pie sbb die slalu turun padang.. Xblagak walaupun die SETPOL NAJIB.. Die relaks jer.. Xprotokol.. Bpk aku pn die salam cium tgn.. sbb die hormat org lame dlm umno...

Bsatulah.. pmbgkang sdg cube jatuhkan kita..

Siti Taman Melati said...

KEDAI TOM YAM ni xabis2 gi citer psl pemilihan..

Org cmni la yg suke pecahbelahkan umno... Die xsedar ke tindkn die akan memusnahkan umno tu sendri..

Dato' Pie, teruskan usaha anda. Kami bersama Dato' dan UMNO WANGSA MAJU..

Anonymous said...

Syabas Kedai Tomyam
Berani dan tegas. Munkin boleh membuka mata mereka yang terpedaya. UMNO perlukan kebenaran. Bukan yang suka hentam sana sini. Apa yang meruntun kejatuhan dan kelayuan UMNO dimata generasi muda sekarang ialah kerakusan dan ketamakkan generasi pelapis ini yang tak sabar untuk naik dengan menjatuhkan pemimpin yang ada. Untuk itu mereka membuahkan bermacam macam isu untuk memburukkan pemimpin yang ada sedangkan mereka belum terbukti lagi sebagai pemimpin. Lihat saja komplot yang dilakukan oleh golongan pelapis ini..apa jadi Bahagian Batu, Seputeh, BTR malah di Segambut..semua nya bekas Ketua Pemuda menjatuhkan pemimpin yang sedia ada, yang masih boleh menyumbang kepada UMNO dengan banyak pengalaman, tapi oleh kerana kerakusan dan ketamakkan generasi kumpulan pelapis ini, tanpa hormat kepada pemimpin yang ada, mereka sanggup memecah-belahkan keharmonian masyarakat UMNO dalam Bahagian demi kedudukkan mereka sendiri.
Insaf lah golongan muda, jangan mengejar kedudukan dan harta sehingga UMNO dan bangsa sendiri berpecah-belah. Sabar lah, giliran tuan akan sampai juga nanti.

Anonymous said...

Astagfirullahal Azim,

Ade jugak orang yang suke UMNO bpecah belah..

Pegi la sokong Choo Keong tu.. Nanti Dato' da kene tumbang, korang sokong la Choo Keong.. Tanah Melayu kt W.Maju tgadai. Korg mungkin ok sbb dok umah mewah. Kami ni?

Aku sokong pemimpin yg leh wat keje, turun padang dan slalu dgn masalah kite. dan yg lbh pnting, pertahankan tanah tradisi Melayu yg aku duduk skrg,mcm Dato' Pie.

Setakat arini, kt W.Maju, Dato' Pie je yg tmpil bjuang dgn ktrg tuk prthankan Tanah Tradisi Melayu. Yg lain?

Xpe Dato'. Org2 ni mmg suke tgk UMNO pecah belah.. Gi la sokong Choo Keong tu... Kita ttp bsama Dato'

SHAH KG. WIRA JAYA

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Aku paling xsuke orang UMNO cmni.. Suke lihat org lain jatuh.. Pd hal yg wat tuduhan ni pembangkang.. Tapi disokongnye skali.. Baik korg ajak 'pemimpin idola korg' dlm umno join pembangkang.

Kite dlm situasi skrg patutnye prthankan UMNO Wangsa Maju. Bukan masalah Dato' Pie je.. Pasni ramai gi kene...

Bukak lah mata korg tu..

Anonymous said...

saya sokong kedai tomyam..berani bersuara walaupun perkara dah berlalu tetapi kesan daripada perbuatan Piie itu begitu mendalam hasilnya.
Ya.. kita jangan lupa kuasa ALLAH sekejap aje Piie dah terima balasanNYA. Kau naya orang lain..orang lain akan kenakan engkau semula.
BERTAUBATLAH SEMENTARA HAYAT DIKANDUNG BADAN.
Kepada Penyokong JANGAN TERLALU TAKSUB DGN SESEORANG PEMIMPIN,JANGAN KERANA BEBERAPA RM MARUAH TERGADAI.

Anonymous said...

SHEILA KALAU BERANI LAPURKANLAH HAL WCK TU..JANGAN CAKAP AJE MACAM TIN KOSONG. SHAFIEE TU MEMANG PATUT KENA..JANGAN NAK KACAU KERJA ORANG LAIN ...BUAT KERJA SENDIRI..
TAPI BIASALAH DALAM POLITIK, KAU JATUHKAN ORANG ..ORANG LAIN AKAN JATUHKAN KAU BALIK.
KEPADA SHEILA DI SEK 2 DAN GOMBAK SELATAN FIKIRKANLAH JIKA SHAFIEE DI DAPATI BERSALAH NANTI..MANA NAK LETAK MUKA.

UMNO Cawangan Gombak Selatan said...

Salam Perjuangan,

Kami di blog UMNO GOMBAK SELATAN ada menyiarkan artikel 2 syarikat (Evergreen dan Psatuan Pjaja W.Maju)yang tlhpun melaporkan kepada pihak polis ada dakwaan dan fitnah dari Wee Choo Keong aka Mr. Political Badut yang dilemparkan kepada mereka.

Laporan ini adalah daripada seorang blogger bergelar PAPA GOMO.

Kami juga ada menyiarkan POSTER BARU khas buat tatapan warga Wangsa Maju yang menyokong BN. Harap dapat dipaparkan skali buat pngunjung setia Wilayahkini.

Sekian, Salam 1Malaysia.

UMNO Cawangan Gombak Selatan said...

Salam Perjuangan,

Kami di blog UMNO GOMBAK SELATAN ada menyiarkan artikel 2 syarikat (Evergreen dan Psatuan Pjaja W.Maju)yang tlhpun melaporkan kepada pihak polis ada dakwaan dan fitnah dari Wee Choo Keong aka Mr. Political Badut yang dilemparkan kepada mereka.

Laporan ini adalah daripada seorang blogger bergelar PAPA GOMO.

Kami juga ada menyiarkan POSTER BARU khas buat tatapan warga Wangsa Maju yang menyokong BN. Harap dapat dipaparkan skali buat pngunjung setia Wilayahkini.

Sekian, Salam 1Malaysia.

Anonymous said...

Lailahalil Lallah..

Pada pandgn sy xsalah jika org UMNO Wangsa Maju mpertahan Dato' Pie krn beliau merupakan Ketua UMNO Bhg. Wangsa Maju.

Xkan pula kita sbg ahli umno menyokong kepimpinan PKR dan bertuankan Wee Choo Keong..?

Pelikkan? Tapi inilah sikap sebilangan ahli umno.. Hanye menyokong individu yg mereka rasakan ade kepentingan dgn mereka.

Pmbgkang terutamanya DAP xb'sikap begitu. Mereka bsatu sungguhpun de masalah domestik,mereka selesaikan dlm kelompok mereka shj. Sbb tu mereka kuat di KL..

UMNO KL? xabis2 bgaduh.. Xsumer la.. Org yg mcm kt atas ni... tu la puncanye..

Sedarlah UMNO oittt...

Anonymous said...

Salam,

UMNO akan bgkit.. Kite tumbangkan Wee Choo Keong aka Badut..

Dia mmg sengaja nk jatuhkan UMNO Wangsa Maju. Kita mesti bersatu pertahankan maruah kita, UMNO.

Buat yg menentang, saya sarankan sertailah PKR.. Bsamalah dgn Badut tu. Ajak kwn2 kamu sumer.. Kite xperlukan org yg hanye menyokong individu, sehingga mengabaikan maruah parti kite..

Anonymous said...

Pe gi yg korg xpuas ati ni?

Xabis2 kempen pemilihan.. Ni lah org UMNO..

No wonderla Wangsa Maju dpt kt Si Badut n PKR ni.. Korg smpi kesudah xabis2.. Baik krg join PKR je la.. Gi bagus..

Dato' Pie da bbaik dgn Dato' Zainal. Krg kt bwh ni xabis2 gi ke? Buat malulah oiii..

Ni kite bcerita soal maruah UMNO Wngsa Maju. Mane maruah korg? Mane telor korg?

Baik korg btuankan Choo Keong ni. ikut dia.. Tgadai tanah rizab Melayu. Sekurang2 nye dato pie die berjuang tuk prthnkan tanah kite, tanah rizab melayu..

Anonymous said...

Salam 1Malaysia,

Lar... Choo Keong (PKR)yg serang kite ni.. Alo, krg ni org UMNO ke, PKR? Sedarla wooiii...

Nk citer maslah umah tangga UMNO smpai kesudah.. Laki bini da bcerai pn, xde nk canang 1 dunia.. Gile ke pe?

Fokus3... Kite kene lawan Choo Keong ni.. Bukan ikut ckp dia.. nk ikut, gi join dier.. Abis rata tanah melayu kt wangsa maju ni.. tergadai..

UMNO Gombak Selatan jadi contoh.. blog dier xde pn serang sesama umno.. sbb pmbangkang suke kite gaduh.. Blog UMNO gombak selatan serang pmbangkang blk... ini namanye pthankan maruah kite..

Astaman ke, Zainal ke, Pie ke, masing2 de kelebihan masing2... Yg pnting, perkuatkan jentera umno...

Ishhh....

GO GO UMNO GOMBAK SELATAN..
WE R BEHIND U....

Anonymous said...

Salam semua

Saya kagum dengan kesetiaan semua kepada UMNO dan bangsa melayu. Tetapi cuba kita jadi rasional skit. Yang jadi isu bukan kepimpinan Dato Shafie atau kehebatan dia dalam bertugas tetapi ialah kenapa dia bersemuka dengan WCK di Parlimen (tak usah tuduh dia yg lain - dia sendiri mengaku bersemuka). Dalam blog nya' Dato Shafie mengaku bertanya kepada WCK di Parlimen dan bukan bodoh untuk berlaku kasar. Kalau Dato Shafie tak bodoh, tak tau kah dia dengan pengalaman yang ada, bahawa bertanya atau mempersoalkan sesuatu yang dibincang didalam dewan itu adalah tidak etika apalagi beliau yang dinamakan sebagai terlibat dalam isu tersebut. Maka itu lah isu nya sekarang dan jika kelakuan nya itu satu kesalahan dari sudut peraturan Dewan maka sudah patutlah beliau menghadapi risiko nya. Jangan kita menidakkan sesuatu yang betul. Salah tetap salah dan segala jasanya dan kehebatan nya tidak boleh menutup atau membenarkan kesalahan. Ingat tak jasa-jasa dan kehebatan Datuk Harun Idris sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia ?? Tetapi bila melakukan kesilapan, beliau lebih rela menghadapi pengadilan dari lari keluar sebagai Duta walau pun ditawarkan oleh pemimpin tinggi UMNO. Oleh itu saudara saudara jangan lah terlalu taksub. Biar ini sebagai pengajaran kepada Dato Shafie agar dia berfikir lain kali kuasa yang ada pada nya (walau pun sebagai pemimpin hebat di WM) ada batasan nya. Jatuhkan Major Zainal dan Major Zulhasnan tak semestinya dia sendiri tak akan jatuh. Jangan memandang kelangit saja, hingga lupa rumput dibumi.

Anonymous said...

dato shafie memang berlagak. di pekan orang memang berbulu kat dia. kalu balik ke kampung tak pernah tidur di rumah mak kandungnya tapoi berlagak tidur di hotel. Hina baginya sebab dah bergelar Dato malu sebab maknya cuma tinggal di kawasan rumah murah.

Ornag Gombak jangan buta mata & buta hati < ini lah akibatnya di Tenggang Moden. Lepas ni mesti dia tunjuk-tunjuk kat press dia sayang kat mak dia.

neutral said...

Salam perjuangan,

Dato Pie, teruskan perjuangan membela nasib masyarakat di Wangsa Maju. Sekarang ni dah jelas lg bersuluh bahawa WCK dah kepanasan dengan kebangkitan UMNO W.Maju. Dia tu tak ada modal dah saja nak raih publisiti murahan untuk menaikan rating yang dah hancur tu. Sokongan dah beralih ke UMNO/BN skrg ni. Nak suruh letak jawatan konon. Dia yg patut letak jawatan sbb gagal membela nasib warga W.Maju.

Bak kata Tun M, "Perjuangan Belum Selesai". Teruskan perjuangan Dato. Rakyat akan menilai hasil kerja lebih dari publisiti murahan. Ayuh warga W. Maju, gerakkan usaha dan pastikan tida tempat WCK/PKR di W.Maju.

Anonymous said...

Assalamualaikum'''

buek semuo org wangso maju
tak guno bergaduh laie...
dah torang2 dah wangso maju nie da tergadai maruah melayu.. tengoklha kek danau kota tue macam2 tompek maksiat yang tumbuh bagai cendawan.. poielah kek uptown pulak bersepah orang melayu yang berniago baguislah yang datang momboli pun baguis gak yang dtg nengok jo nie.. kalau tgk awek2 melayu dressup umang ai tersembul2 sano sinun... apo yang puteri buek apo yang pemudo buek takdo apokan.. pemudo wangso maju tahu poie karaoke nagn ke indon jo tak tahu lah buek apo kat sinun WAALLAHUALAM... cito pasal dato piee pulak hmmm tak habis2 dari pemilihan sampailah la nie... kadan2 boleh pakai kadang2 tak leh nak pakai langsung.. harap dato berpijak dibumi yang nyato.. den nak bgtau awal2 nie dengan kadar pertumbuhan ekonomi serto pembangunan di wangsa maju nie bertambahnya cayanunalif nie so apo peranan dato piee untuk kito org melayu samo2 bersaing dengan cayanunalif nie... jangan ingat tengkolok sendiri jer.. sendiri mau ingatlah.....

Anonymous said...

Salam semua

Kepada UMNO Gombak Selatan, Jurutera dan semua yang amat taksub kepada Datok Shafei, saya syorkan baca artikel Che Det tentang UMNO yang dah busuk...renungkan lah baik-baik...jangan angkat dan sokong melulu hanya kerana dapat imbuhan sedikit dari kumpulan Dato Shafei. Kalau setakat jaga uptown, tanah rezab skit dan restoran tuuuh, bukan lah hebat sangat. Disebalik itu Dato Shafei punya grand design..dengan menonjolkan sikit jasa jasa itu yang menguntungkan segelintir saja orang melayu di WM, Dato Shafei sedang merancang untuk mengambil alih kerusi parlimen WM untuk UMNO dan siapa kah yang paling layak untuk menjadi calun ?? Dah tentu Ketua Bahagian, yang sekarang nya SetPol Menteri Kewangan. Dah tentu jawatan kabinet menanti (tu pun kalau BN masih memerintah). Maka panjang lah lagi langkah Dato Shafei. Kalau tak jadi Menteri pun dia terlibat dengan perojek pembangunan di Hartamas, apa lagi dah jadi Menteri nanti ?? Itu lah 'Grand Design' dia. Dan penyokong dia bukan tak tahu ini semua, cuma tutup mata lah sebab bila dia naik, yang rapat dah tentu akan dapat habuan kan ?? Ini lah kelakuan golongan pelapis yang sekarang ini ghairah hendak menerajang semua pemimpin lama UMNO yang ada. Mereka bukan hebat sangat, tapi gunakan kumpulan (numbers) untuk merebahkan pemimpin yang ada sekarang hanya untuk kayakan diri melalui kedudukan. Maka hatta, UMNO semakin ditolak oleh golongan muda dan professional melayu..masih lagi kita nak sokong golongan ini semua ????

Pergerakan Wanita Wangsa Maju said...

Salam Perjuangan,

Teruskan perjuangan Dato Shafie, jangan hiraukan komen2 negatif yang menjahanamkan orang melayu kita sendiri. Kalau ada pengkhianat atau 'duri dalam daging' sesama bangsa dan sesama agama maka orang Melayu terutamanya Islam takkan hidup maju buat selama-lamanya.

Anonymous said...

Kalau nak UMNO terus memerintah, buka lah mata. Jangan jadi berfikiran sempit. Kita memang perlukan perubahan tetapi bukan lah dengan ertikata perubahan itu perlu buang semua yang lama dan gantikan dengan yang baru, walau pun yang baru itu belum terbukti kepimpinan nya. Kalau setakat boleh berucap, berpidato dan menyemarakan hati dan perasaan rakyat, belum tentu itu lah kepimpinan. Ramai yang salah beranggapan bahawa semangat melawan, memberontak atau buat bising itu lah kepimpinan. Begitu juga jika seseorang pemimpin itu kuat suara kemelayuan nya maka dia lah pejuang. Sedangkan kalau pemimpin yang banyak bersabar, senyap dan banyak berfikir itu makna ia pengecut, bukan pejuang dan tak layak memimpin. Ini lah yang di utarakan oleh golongan pelapis muda angkatan Dato Shafei, Mustafa Seputeh, Abas Batu, Hadi Segambut dan lain lain. Mereka ni baru sepenggal dua jadi Ketua Pemuda di Bahagian dah merasakan mereka boleh langgar Ketua Bahagian yang ada. Memang mereka menang sebab mereka punya ramai Pak Turut dari pemuda dan mereka main 'politik habuan' walaupun tiada yang berani melaporkan dan susah untuk dibuktikan..tapi Allah maha mengetahui..itu lah hakikatnya. Hasil nya ?? UMNO di Bahagian berpecah belah..dan yang memerhatikan nya iaitu golongan professioanl muda terutama melayu lebih meluat dan benci kepada UMNO sedangkan pemimpin baru ini serta kuncu-kuncu nya berasa begitu hebat dah "gah" sehingga melakukan apa yang dilakukan oleh Dato Shafei di Parlimen. Sedar kah tuan tuan dan puan puan apa yang berlaku ini ?? Ketua UMNO tidak ada lagi ada semangat juang yang bertoleransi tinggi dan mendahulukan orang lain. Tidak lagi menghormati pemimpin lama (atau kata kasar orang tua-tua) hanya kerana nak berkuasa, tumbangkan saja yang lama dengan apa cara pun...Yang rugi UMNO dan melayu..sedar lah wahai bangsa ku...

Anonymous said...

Berhati Suci adalah cetusan dr sifat AL QUDDUS Yang Maha Suci .Jagalah hati dari sifat negatif seperti irihati,Dengki,pecah amanah dan mengumpat.Perbuatan ini ditegah oleh agama Islam

Anonymous said...

AKU RASA BROTHER KEDAI TOMYAM TUH INFORMER WCK YG DUK DLM UMNO KOT.... PEMILIHAN DAH ABIS BROTHER, KO KALAH JAWATAN, PASTU KO BOIKOT XNAK TURUN PADANG... PASTU KO SALAHKAN ORG LAIN PLAK... BETULLAH KO NIE HANYA PENTINGKAN JAWATAN DRPD IKHLAS BERJUANG UTK PARTI.... AKU & TEMAN2 "UNIT MEDIA BARU WANGSA MAJU" NIE BERJUANG DENGAN GUNA DUIT POKET SENDIRI.... KERANA KAMI IKHLAS BERJUANG UNTUK PARTI....

"ANAK JATI WANGSA MAJU"

Anonymous said...

Kepada Anon yg dah busuk, nak bagitau sikit yg UMNO ni busuk sebab adanya makhluk2 mcm Anon ni. Anon2 ni perlu dikorbankan oleh Umno kerana telah menjadi liabiliti dan duri dlm daging kpd Umno.

Tahulah kau dibayar utk jadi informer dlm kawasan WM, dan kami hampir mengenalpasti siapa yg jadi informer ini. Baik kau bertindak keluar dr parti Umno dan masuk DAP. Kau agung2 kanlah bangsa lain dan jatuhkan pemimpin bangsa melayu. Esok bila bangsa sendiri hilang kuasanya, dan apabila anak & cucu kau bertanya apa yg Ayah/Atuk buek dlm mempertahankan Bangsa Melayu, Atuk buleh jawab Atuk ni penyokong Cina dan Atuk sebonarnyo BACUL.

Kepada peniaga Tomyam, tak usahlah posting banyak2. Kepala otak kau pun dah mcm tomyam, tak payah sibuk urusan lain.

Anonymous said...

Siapa cakap Dato Piee bela bazar malam Danau Kota.Dato piee lah org yg bertanggungjawab nak ambil alih bazar itu dan nak serahkan kepada rashid,atas alasan rashid pengerusi penjaja wangsa maju, Dia nak tendang mat selamat tapi tak jalan,mat selamat dapat sokongan banyak pihak kerana dialah yg memulakan bazar malam danau kota tersebut, Piee pun pakai kaki nakal,mat selamat memang serahkan tugas keselamatan kpd kaki nakal juga, Dato Piee tak boleh makan, Apa terjadi seterusnya.

pakatan dibuat Piee dapat 30 tambahan tapak baru.keadaan jadi aman.

Dato Piee benar-benarkah pejuang masyarakat, setelah meneliti sinpsis tersebut?

Jawapannya...POOORAHHHHH DATO PIEE..

Anonymous said...

Kedai TomYam Jawab..

jangan nak pusing-pusing kata kepala otak saya dah rosak.Sebenarnya saudara-saudara telah banyak dirosakkan oleh Dato Piee.

Kau orang banyak benda tak tahu,saya tak akan bocorkan rahsia peribadi dato piee diruangan ini demi utk menjaga adab dan tatatusila kita orang timur.

Saya juga tidak nafikan Tok Piee sdh menjadi ketua, walaupun pun dg cara tak senonoh spt yg diulaskan.Saya ada bangkitkan ramai AJK masjid tiada rasa sentuhan dg Dato Piee dan jauh sekali ada perhubungan mesra spt mesranya dg Dato Zainal semasa zamannya.

Kisah Dato Piee pegi serang WCK di Parlimen adalah tajuk perbincangan kita, tok piee bukan ahli Parlimen,kenapa dia berlagak jadi ahli parlimen?

Kalau Piee hebat sangat kenapa dia suruh rashid yg buat repot polis, kenapa tok piee tak pergi buat repot sendiri?

WCK adalah seorang pembangkang,nampak peranan yg dia buat kerja spt LIM LAM TYE,Petaling Street dia tegur,kepincangan PKR dia tegur,ini ala pemimpin baru, Piee yg berlagak lebih boleh rosakkan rekod UMNO juga kena tegur.

mari kita bahaskan....

Anonymous said...

sapa kata Uptown danau Kota hasil nukilan Mat Selamat, ianya dipindahkan dr Bazar Seksyen 2 Wangsa Maju.... kertas kerja asli adalah milik persatuan penjaja wangsa maju/setiawangsa... 30 tapak lg bukannya milik Tok Pie ianya milik para peniaga yg amat memerlukan mencari rezeki yang halal.... mat Selamat sendiri ada 40 tapak milik sendiri....

Buat Kedai Tomyam, apa yg kamu x puas hati sgt dgn Tok Pie? Sebenarnya kamu kecewa dgn calon kamu yg tarik diri last minute kerana mmg yakin xkan menang... BODOHLAH KITA NIE KALAU NAK BERBICARA MENGENAI PEMILIHAN YG TELAH TAMAT... PEMILIHAN AKAN DATANG BERTANDINGLAH LG .... SAYA TIDAK PERNAH MENDENGAR MANA2 KOMEN PUN DRPD MANA2 AJK MASJID MENGENAI DATO PIE... SBBNYA DATO PIE SENANG DITEMUI RAKYAT...

MENGENAI "SERANGAN" BELIAU PD WCK.... ITU HANYALAH RETORIK WCK SEMATA2 INGIN MENCALARKAN IMEJ BAIK DATO PIE... MENEGUR SAPA CARA BAIK DIKATAKAN BERKELAKUAN BIADAP... NAPA KITA SEBAGAI ORG UMNO HARUS PERCAYA PD KATA2 AHLI PARLIMEN YG KUAT MINUM "AIR SETAN" NIE?

PAK RASHID BUAT REPOT POLIS KERANA PERIBADINYA DISENTUH DI DALAM DEWAN, BEGITU JUGA EVERGREEN SDN BHD....

TIADA APA PUN YG WCK BUAT UNTUK SEMUA BANGSA DI WANGSA MAJU INI... PERNIAGAAN ORG MELAYU HENDAK DICANTAS, PERNIAGAAN ORG CINA (TANPA LESEN LG) DIPERTAHANKAN GILER2...

AKU RASA KAU BUKAN NIAGA KEDAI TOMYAM, TP KO PENIAGA CINA YG SENGAJA NAK BUAT KECOH KAT DALAM WILAYAHKINI INI....

TANYALAH WCK DR MANA DIA DAPAT PEJABAT PENTADBIRAN NYA ITU, DGN CARA APA DIER DAPAT?

INSYAALLAH KAMI AKAN BONGKARKAN HABIS-HABISAN TENTANG KEJAHATAN WCK INI LAGI...

"AKU TETAP AKAN PERTAHANKAN KETUAKU & BANGSAKU SERTA AGAMAKU JUGA NEGARAKU WALAU NYAWA JADI TARUHAN" ALLAHUAKHBAR

"ANAK JATI WANGSA MAJU"

Anonymous said...

budaya samseng,hasad dengki khianat nampaknya masih bertapak di dalam UMNO. Melayu itu sendiri yang tak mahu berubah.. Masa memang telah berubah tetapi hakikat pendekatan orang melayu dalam umno masih di takuk lama.
Bukalah mata, telinga , akal fikiran bukannya buka mulut tenganga masuk lalat.Kalau orang Melayu itu sendiri tak mahu bersatu bagaimana nak lawan pembangkang..? Orang Melayu selalu cepat emosi dan sensitif terhadap teguran tetapi tak mahu ambil jalan penyelesaian.
BUKALAH MINDA TANYA PADA DIRI APAKAH SUMBANGAN ANDA BENAR BENAR IKLAS UNTUK PARTI'UMNO' .
JANGAN MIMPI DI SIANG HARI..JANGAN MENGIGAU DI MALAM HARI TETAPI BANGUNLAH SOLAT SUBUH DI DINIHARI.

Pergerakan Wanita UMNO Wangsa Maju said...

Salam Perjuangan,

Yang penting sekarang ini kita sebagai org UMNO dan MELAYU harus hentam keras2 sibadut ni. Bukannya masanya nak mencari kesalahan org UMNO dan melayu aje. Kalau tak kerana angin pokok takkan goyang...bukan sebab angin tapi beruk2 yang ada kat pokok tu.

Anonymous said...

Kedai Tomyam menjawab,

Betulkah nama rashid disebut? tak apalah kalau disebut rashid itu hanya melukut shj ,Yang betul-betul WCK sebut Piee,kenapa piee tak buat repot.

Piee kata WCK fitnah,kalau piee tu betul-betul sangat beraninya cabarlah WCK mengulang cakap diluar dewan,itu pun piee tak boleh buat ke...

Jangan putar fakta,bazar malam seksyen 2 dibuka setelah bazar malam danau kota telah menjadi maju,namun pun begitu bazar malam seksyen 2 diarah tutup kerana berhadapan dg rumah penduduk.

jangan buat sebarang tuduhan sembrono,saya masih rasional dg UMNO,tetapi saya tidak rasional dg manusia yg menggunakan UMNO utk kepentingan peribadi yg berlebihan dan menggunakan kedudukan juga secara berlebihan yg membuatkan org jelek dg UMNO.

Saya pun tidak suka WCK,saya tiada pilihan krn sentuhan WCK tlh membuka mata rakyat.pada saya WCK adalah bukan ketua saya,tetapi WCK tlh mendapat mandat rakyat menjadi wakil kpd rakyat utk bercakap bagi pihak rakyat yg tidak berkuasa dan juga mewakili rakyat yg lemah dan saya terpaksa mengiktiraf bahawa WCK adalah wakil rakyat saya, dg itu WCK akan diPanggil Ahli Berhormat Wangsa Maju.Betul atau tidak ?

Piee tidak dinafikan akan buat seberapa rajin dan menarik perhatian masyarakat yg dialah terbaik segalanya ,Silakan Piee....itu menjadi tugas dan tanggungjawab setelah meragut jawatan ketua.

saya juga berharap spt juga harapan seorang peminat anonymous forum ini,tolong beri satu pembangunan yang piee dah buat diWangsa Maju.

T.kasih

risau nya aku said...

moral of story dlm nie, byk komen atas sentimen peribadi,sentimen benci,setimen nak jatuhkan bgsa sendiri...
MELAYU AKAN TERSENTAK pd pilihanraya akan dtg,PAKATAN menang besar, Anwar akan pening kepala sbb panglima2 dia akan tuntut mcm2 jawatan dlm kerajaan,,org melayu terkedu nak niaga pun susah sbb xda sapa yg akan membela, kalau ada yg cuba membela melayu akan di tuduh ada agenda,berkepentingan,bgsa laidan WCK gelak besar...bukan susah nak jatuhkan melayu...sbb byk melayu yg xda otak asyik nak jatuhkan bgsa sendiri jer...

risau nya aku said...

moral of story dlm nie, byk komen atas sentimen peribadi,sentimen benci,setimen nak jatuhkan bgsa sendiri...
MELAYU AKAN TERSENTAK pd pilihanraya akan dtg,PAKATAN menang besar, Anwar akan pening kepala sbb panglima2 dia akan tuntut mcm2 jawatan dlm kerajaan,,org melayu terkedu nak niaga pun susah sbb xda sapa yg akan membela, kalau ada yg cuba membela melayu akan di tuduh ada agenda,berkepentingan,bgsa laidan WCK gelak besar...bukan susah nak jatuhkan melayu...sbb byk melayu yg xda otak asyik nak jatuhkan bgsa sendiri jer...

Anonymous said...

Jangan salahkan bangsa lain..Waktu Dato Astaman Ketua Bahagian' siapa arkitek kejatuhan nya ? Bukankah seorang melayu bernama Dato Shafei?? Waktu tu takde pun WCK masuk campur, lepas tu pemangku Dato Mejar Zainal lari malam takut nak bertanding siapa punya angkara ?? Kalau bukan Dato Shafei ?? Jadi yang tak sabar nak naik takhta ialah golongan muda geng geng Dato Shafei ni. Mereka tumbangkan pemimpin yang ada diseluruh UMNO dalam WP macam Tsunami juga. Mereka berpakat satu geng, Abas Batu, Mus Seputeh, Hadi Segambut, Shafei Wangsa Maju. Orang lama dalam WP yang tak berani diganggu gugat hanya DS Suleiman dan Dato Ridzuan Hamid je. Yg lain pasti akan hanyut di "kerjakan" oleh geng sahabat ini. Mereka main golf, ada dinner macam macam lagi aktiviti muafakat mereka. Yang berpecah melayu di Bahagian. Jadi kepada penyokong mereka buka lah mata jangan sokong melulu, seperti Wanita Wangsa Maju..dapat sponsor pergi Bandung je dah kelabu mata

Anonymous said...

kenapa WCK menang, tanya dato shafie,kenapa dia tak undi di WM. dia & geng dia lah.

Anonymous said...

Ini tidak kena menena dg soal peribadi,soalnya ialah siapa saja yg jadi pemimpin akan sentiasa menjadi bahan tontonan/percakapan/ikutan.

Masyarakat yg menonton dah meluat,Percakapan hanya banyak retorik,Ikutan hanya mereka yg disuap janji manis dan duit minyak.
itulah ketegori yg melibatkan Dato Shafiee dan pengikutnya.

Dato Shafiee jangan banyak Geleceklah..............

Anonymous said...

Saya KedaiTomyam,

Saya ada meminta berikan satu pembangunan yg Dato Shafiee dah buat diWangsaMaju.

Mungkin UMNO Gombak Selatan,atau sesiapa shj boleh bantu permintaan ini.

T.kasih

Anonymous said...

dato shafiee suka boikot,pilihanraya yg lepas dia boikot Yow Teong Look,ramai bersama piee pergi main golf.