Oleh : Wartawan Wilayahkini
Kontroversi antara Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong dan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Shafie Abdulah yang juga merupakan Ketua UMNO Wangsa Maju semakin panas apabila Wee Choo Keong mendakwa Shafie telah cuba menakut - nakutnya di Lobi Parlimen semalam - selepas membangkitkan beberapa isu mengenai Shafie semasa sessi perbahasan semalam.
" Selepas perbahasan, saya keluar dari ( Dewan Rakyat ) dan berbual dengan seorang pegawai dari Kementerian Wilayah Persekutuan. Ketika sedang bercakap seorang lelaki mendampingi saya. Dia kelihatan marah dan bertindak kasar. Dia bertanya mengapa saya membawa nama dia di Parlimen" , kata Wee Choo Keong di satu Sidang Akhbar hari ini.
PARLIMEN LULUS USUL SIASAT SHAFIE
Sementara itu, Parlimen hari ini dikatakan meluluskan usul bagi menyiasat Shafie Abdullah dan juga tuduhan yang di buat oleh Wee Choo Keong . Usul yang diluluskan dibawah Akta Keistimewaan dan Kuasa 1952 membolehkan sebuah jawatankuasa khas dibentuk untuk menyiasat Shafie , kata Laporan dari Malaysia Insider. Sila klik -Parlimen lulus usul siasat setiausaha politik Najib , untuk baca laporan selanjutnya.
APA KATA NAZRI AZIZ ?
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz pula mempertahankan dakwaan Wee sambil menegaskan, setiap Ahli Parlimen harus " bebas untuk bercakap".
" Sebagai Menteri yang bertanggungjawab atas urusan Parlimen, saya tidak boleh menghalang seseorang anggota Parlimen daripada membahaskan isu - isu berkaitan meskipun ia melibatkan individu tertenu", katanya hari ini.
Nazri dipetik berkata, jika apa yang diperkatakan oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju bahawa beliau dihalang Setiausaha Politik, ia adalah perkara serius.
Di Parlimen semalam, Wee mendakwa Shafie mencampuri urusan pentadbiran DBKL dan bertindak seolah - olah menjadi "De - Facto" Menteri Wilayah Persekutuan. Wee turut melabel Shafie sebagai " Mr .Political Toll ". Sila klik DISINI , untuk baca tuduhan Wee Choo Keong.
PENJELASAN RAJA NONG CHIK
Namun, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik yang diserang habisan - habisan oleh beberapa Ahli Parlimen dengan soalan - soalan panas semalam , menafikan sekeras - kerasnya penglibatan Datuk Shafie Abdullah yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO WP, sebaliknya memberitahu beliau sendiri yang dirujuk oleh DBKL dalam soal pengurusan gerai dan tapak pasar malam.
" Saya boleh sahkan bahawa Timbalan Ketua Pengarah DBKL Datuk Mohd Amin Noordin ada menghubungi saya bagi mendapat kelulusan an saya setuju".
Raja Nong Chik meminta Wee Choo Keong tampil membawa bukti benar jika benar beliau mempunyai integriti.
Bagaimanapun , Wee Choo Keong gagal berbuat demikian , sebaliknya cuba mengaitkan dakwaan itu dengan Mohd Amin, kononya Timbalan Ketua Pengarah DBKL itu yang mendedahkan semua tuduhan tersebut kepada beliau.
( Gambar bawah - dipetik dari Facebook Datuk Raja Nong Chik dimana selepas sessi perbahasan di parlimen semalam.Kelihatan Raja Nong Chik sedang sembang dengan Wee Choo Keong dan Nazri Aziz )
40 comments:
WCK mmg saja cari pasal.... buat tuduhan mcm2... sumanya sebab dengar kata orang... dier dah takut sebagai MP Wangsa Maju... xde apa pun yg diperjuangkannya untuk SEMUA RAKYAT WANGSA MAJU... HANYA PERJUANGKAN UTK BANGSANYA SHJ...
PASNI APA LG YG NAK DITUDUHNYA...
ANAK JATI WANGSA MAJU
Saya berpandangan senang aja.
Shafie Abdullah nampak sangat terlalu ego dan mahu berkuasa atas nama Perdana Menteri. Sebagai Set Pol PM dia nampak dirinya terlalu berkuasa dan boleh melakukan apa sahaja.
Perdana Menteri kena ambil berat mengenai perkara ini.Jangan sesekali kerana Set Pol nama PM yang jadi busuk kerana apa orang kata si anu tu Set Pol PM.
Pasal tuduhan Wee Choo Keong , biarkan Parlimen siasat.
Datuk Shafie Abdullah kena letak jawatan. Kalau nak berpolitik , tak perlu jadi Set Pol. Kalau Ketua Bahagian jadi Set Pol sudah tentu ada kepentingan diri sendiri.PM kena kawal benda - benda macam ni, janganlah cakap pasal pembaharuan berbuih - buih tetapi benda macam ni tak di pantau.Ramai lagi orang yang layak jadi Set Pol PM ,lantiklah mereka.
Salam Perjuangan,
Nampaknya Ahli Parlimen W.Maju, Wee Choo Keong semakin terdesak dalam menarik sokongan di kawasan W.Maju.
Wee sebenarnya tidak senang duduk dengan kehadiran Dato' Shafei Abdullah yang kini mendapat sokongan padu dari masyarakat W.Maju atas usahanya mendekati warga W.Maju.
Malah Dato' Shafei antara insan yang berjuang dalam mempertahankan Tanah Rizab Melayu di kawasan W.Maju.
Tak mengapa. Allah Maha Berkuasa. Jika kita di pihak yang benar, kita tidak perlu gelisah atau gentar. Kerana perjuangan kita membela Rakyat.
SEKIAN,
UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN
PENDIRIAN AHLI JAWATANKUASA UMNO BAHAGIAN WANGSA MAJU,
EN. ABD. RAZAK MUHAMAD MENGENAI TUDUHAN AHLI PARLIMEN WANGSA MAJU, WEE CHOO KEONG TERHADAP KETUA UMNO BAHAGIAN WANGSA MAJU, DATO’ DR. HJ. SHAFEI ABDULLAH
Saya Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Wangsa Maju menyatakan pendirian menyokong penuh tindakan Y. Bhgia. Dato’ Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju. Tindakan Y.Bhgia. Dato’ adalah bertujuan bagi membela nasih rakyat yang tidak pernah dibela dari mana-mana pihak (termasuklah Wee Choo Keong sendiri).
Contohnya, pembelaan Tanah Rezab Melayu dan Kampung Tradisi sudah sekian lama tidak diambil peduli dari mana-mana pihak. Namun, setelah Y.Bhgia. Dato’ Shafei mengambil alih jawatan Ketua UMNO Bhg. Wangsa Maju, beliau telah mewujudkan Biro Kg. Tradisi dan Kg. Melayu yang bertujuan membela nasib Kampung-Kampung ini dari dinodai oleh pembangunan yang tidak mengambil kira aspek pembelaan serta tidak mengetahui erti sejarah dan penduduk asal di kawasan Kuala Lumpur ini.
Berkaitan sokongan terhadap perlantikan Ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau, saya juga ingin menyatakan pendirian menyokong penuh tindakan Y.Bhgia. Dato’ Shafei. Ini kerana, salah satu majid yang dicadangkan Pengerusi oleh pihak berwajib adalah langsung tidak munasabah. Maksud saya, Pengerusi yang dilantik pernah menjadi Pengerusi di Masjid tersebut pada 20 tahun yang lalu. Pada masa itu, beliau langsung tidak berfungsi sebagai Pengerusi. Oleh itu, wajarlah sokongan Dato’ Shafei supaya ditukar kepada yang lebih muda dan berkaliber untuk jawatan tersebut.
Begitu juga hal-hal lain di mana jika Y.Bhgia. Dato’ memberi sokongan adalah satu perkara yang releven dan munasabah. Oleh itu, SAYA SEBAGAI AJK BAHAGIAN MENYOKONG PENUH TINDAKAN BELIAU.
Kita belajarlah berpolitik kerana kepercayaan perjuangan dan bukan kerana orang.
Tahnniah Razak kerana berani bersuara untuk mempertahankan bos Sdr. Inilah dikatakan perjuangan yang iklhas semasa kawan kita atau Ketua kita berada dalam masalah CUMA saya nak ingatkan kepada Shafie supaya janganlah nak menjahanamkan nasi periuk orang lain.kita orang Islam kenalah lebih faham ajaran Islam dan taksub untuk kuasa. Saya pun tak suka dgn WEE CHOO KEONG kerana dia bukanya Wakil Rakyat yang efesyen dan dulu tuduh Zulhasnan Rafique sebagai Menteri Pos dan sekarang nak tuduh Shafie sbg Mr.Political Toll pulak. Tapi kena hati - hati kerana beberapa tuduhab tu cukup berbahaya.
Dato Shafei berjuang untuk semua Rakyat Wangsa Maju.... merangkumi pelbagai isu...
WCK hanya perjuangkan tentang KAUM CINA SEMATA...
buat Melayu Ampang & Anon, kalau x th pasal politik Wangsa Maju bertanya dahulu bukan main taip ikut sedap rasa jer...
WCK punyalah beragenda JAHAT, Dato' Pie bercakap dgn nada baik dikatakan berkelakuan biadap...
Xpe ada saksi yang memandang & melihat akan kejadian itu & ALLAH MAHA MENGETAHUI...
WCK yang patut letak jawatan sebagai MP WANGSA MAJU kerana DIA terlalu RACIST.....
ANAK JATI WANGSA MAJU
ini persoalan serius,mana boleh sampai serang dekat parlimen,Tunggu saja WCK balik bahagian.Kan satu Parlimen.
UMNO Bahagian buatlah aktibiti,jemput WCK debatlah tunjukkan kehebatan Barisan kepimpinan Dato Shafiee,panggil org media sama.
Ini bukan soal parti, ini isu serius,WCK dia bukan kira siapa,org PKR ke DAP ke dia sapu juga sekarang giliran org UMNO jawablah...
Soalan saya ialah kenapa D.Shafie pergi serang diParlimen?
Soalan saya berikutnya Betul atau tidak tuduhan WCK di Parlimen?
Soalan seterusnya Mana Dato Syed Ali SU WP yang dikatakan cukup berani diWP membuat pembelaan kpd D.Shafiee?
ini satu lagi political stunt yg mengarut, tindak-tanduk samberono wee choo keong yg semata-mata utk memulihkan imej atau agenda politik beliau yg sdg terdesak dan berkemungkinan besar yg semakin tenat.
warga wangsa maju sudah cukup cerdik dan sudah boleh membeza dan membuat pertimbangan yg waras. memperlekeh dan menyerang personaliti saing ini politik style lama, wck oi!!!!
sbg mana yg dinyatakan oleh razak ajk umno bah wangsa maju, nampaknya mrk telah begitu jelas dgn hala tuju apa yg perlu diperjuang buat masakini dan saya tdk nampak mengapa kita tdk boleh menyokong mrk. ini yg membuat wck rimas dan lemas. tambahan lagi agenda umno ini hanya dpt dilaksanakan pd keadaan kepimpinan yg kuat.
yb pls learned to serve the people... jgn menyusahkan kami... dato shafie teruskan... pru13 nanti kita tahu siapa nak pangkah, lani pun dah clear apa yg kita nak buat...
razak bercakap sebab cari makan dengan dato piee...kalau tak, tak cukup makan. bukan begitu? so tak payahlah menulis benda-benda mengarut tu..
nampak sangat bodek nya. orang luar boleh percaya. org bhg batu, w maju bkn x kenal razak...bergantung di pinggang dato piee sepanjang masa...
pieee nak amal gangsterisme sampai ke parlimen. elok tu...buat selalu. tahniahlah...
harap PM terus berikan kepercayaan kepada piee sebagai supol...cepat sikit UMNO kalah...
mana lagi ajk umno bahagian w maju yg cari sesuap nasi dengan dato piee..kena tulis juga. buat demonstrasi. buat perarakan. baru seronok...
kalau hari ini pilihanraya di wmaju...letak piee...ke laut lah jawabnya!!!
korang nak sokong cina gila tu sokongla ......
aku tetap sokong melayu .....
Dato Shafie tetap hero ku
ahli umno lembah pantai
buat anon n melayu ampang
politik wangsa maju mmg tdk si sangkal dulunya ada perbalahan tetapi sekarang sudah kembali bertaut dan mula bergerak menjayakan hasrat k'jaan dan juga UMNO. Ke mana hala tuju dan juga kepentingan rakyat menjadi agenda mereka. Tok pengetahuan korang berdua si WCK aka badut langsung tidak pernah toron padang melihat apa yang terjadi di WM. Ada kasi sikit sumbangan sana sini tetapi secara keseluruhan dia nie keje dia merengek siang malam sebab terdesak sesangat. Kao gie tanya warga seksyen 2 WM di mana pejabat si badut nie berada. ada ker dia buat kerja kat situ cukup..
korang dah baca blog dia..berbaur perkauman..dahsyat..melayu ampang..kao melayukan..atau semacam melayu tetapi bukan melayu..
Kao nanye ler warga Wangsa Maju rata2nya apa yang dia buat..korang pon jgn nak melalak macam hantu zuraida..satu tempat pon patutlah mengilai cam dia..cukup2lah tuh..biar ada satu hantu zuraida jgn lak beranak - pinak kat ampang tuh..eehh..lepas nie pegi ampang kena bawak ustaz laa..nakkuuuuutt..
Ybhg. Dato..don't worry..ramai yang menyokong Dato..pasai si badut tuh..saya nak kasi pantun sikit..
siakap senohong gelama ikan duri
cakap bohong hati busuk hasad dengki..
Salam Perjuangan,
Kami dari pihak UMNO Cawangan Gombak Selatan meminta pihak Crew Wilayahkini menyiarkan artikel dan pendirian Dato' Shafei Abdullah melalui blog beliau di http://shafeiwangsamaju.blogspot.com/
Pengunjung yang melayari Wilayahkini juga boleh melayari blog Dato' Shafei. Kita tidak blh mendengar dari satu pihak sahaja.
Memang. Wee Choo Keong a.k.a Mr. Political Badut boh bersuara di Parlimen tanpa pembelaan dari pihak Dato' kerana Dato' bukan Ahli Parlimen.
Anda juga blh melayari blog kami bagi melihat kenyataan Dato' mengenai perkara ini.
Seperti yg telah saya maklumkan sebelum ini samada di Blog Wilayahkini, Rockybru dan Blog WCK sendiri, realitinya WCK semakin terdesak dan takut akan kekuatan Dato' Pie di Parlimen WM. WCK seperti Cacing yg kepanasan kerana dia tahu yg dia tidak perform di WM berbanding Dato' Pie. Apatah lagi kemenangan nasib dgn majoriti 150 undi sahaja di PRU ke 12 lalu.
Jadi WCK tiada pilihan lain menggunakan kelebihan dia di Parlimen utk menjatuhkan Dato' Pie. Cara yg tidak gentleman utk menuduh seseorang yg tidak mempunyai autoriti utk menjawab di Parlimen.
Sepatutnya, WCK usulkan perdebatan antara beliau dgn Dato' Pie dan akibat sikap tidak gentleman beliau, pengundi di WM telah sedar siapa yg sepatutnya menjadi pemimpin dan siapa sepatutnya yg dipimpin.
Rakyat WM.
Pengundi2 di WM lebih mengenali siapa dia WCK di WM. WCK kini sangat terdesak dgn keadaan dan senario politik di WM yg lebih memihak kpd BN/Umno berdasarkan kpd aktiviti2 dan program2 yg telah dianjurkan oleh mereka.
Memang UMNO/BN lebih relevan dan berhak memimpin WM. They deserve the MP seat in WM.
Ir Mohd Farid
WM
Unethics Conspiracy Theory by WCK.
Mahu penjelasan, layarilah http://shafeiwangsamaju.blogspot.com/
Buka mata, Buka minda, Nilai sendiri....
ANAK JATI WANGSA MAJU
wee choo keong ni RACIST
YB Pondan Tua PKR ini adalah RACIST yang agak keterlaluan. Boleh kita semua gambarkan bagaimana RACIST nya Wee Choo Keong ini bila melayari Blogg nya itu. Artikel yang ditulis semuanya mengambarkan ketidakpuashatian kepada peniaga Melayu di sekitar kawasan Wangsa Maju ini. Dari peniaga Jalanan di kaki lima sehingga lah kepada peniaga Lot
kedai di sini. Wee Choo Keong adalah RACIST!!!
zaman tun mahadhir, mana ada setpol dia glamor sgt....
zaman pal lah & najib pulak menjadi2
rasalah deme, tak ikhlas ni ler jadinya...
dato piee ni sgt kuat kerja,solid pd bosnya...1 atitude yg bagus..adat lah tapi jgn terlebih2..,kawan2 yg keliling tu pun bantu2lah sama ,jgn menonjol sgt...besok bos miss,kita pun miss sama
ingat kawan2,
apa yang aku tau, orang dah tak kisah pun utk sokong/memberi undi pada pembangkang, asalkan mereka ini adalah lawan kepada parti umno.
sebabnya?
dorang lagi meluat & sakit hati tengok perangai pemimpin2 umno sekarang. tunggu jelah pru akan datang utk kita sama-sama tengok hasilnya.
jangan lupa, yang masih di atas pagar, sedang memerhati.
Salam Satu Malaysia,
Sebenarnya WCK dah sesak nafas sebab melihatkan UMNO WM telah bangkit dgn agresif dan berjaya mengembalikan keyakinan warga WM. Ini adalah gimik PKR semata-mata. PKR dah hampir maut.
Kami warga WM menjalankan tanggungjawab demi untuk parti keramat iaitu UMNO.
Kepada waiter al malik baliklah ke pangkal jalan. Jangan cakap sesedap mulut aje. Cermin diri dulu sebelum memberi sebarang komen. Komen anda tidak benar dan harus dicampak ke dalam tong sampah.
Kami di WM tidak mengharapkan sesuap nasi dari Dato' Pie. Kami berdikari atas usaha diri sendiri dan menyokong kerana perjuangan Dato' Pie adalah untuk ORANG MELAYU.
Kepada Dato' Pie teruskan perjuangan dan kami akan sentiasa berjuang bersama demi parti keramat kita.
HIDUP MELAYU.
dah baca penjelasan piee...penjelasan masuk bakul angkat sendiri. saya sewaktu ketua pemuda...dayuslah saya....saya memperjuangkan kehendak rakyat. jangan jadi pembohong lah piee...ini semua penjelasan yang tidak jelas....
beritahu semua...apa yang diperkatakan di parlimen. apa yang sdr katakan kepada WCK. tentang kuasa sdr kepada DBKL...janganlah sorok perkara sebenar di bawah permaidani...
ramai orang w maju ni...dah disogok dengan budaya politik wang piee...piee kata, kalau ada bukti...pergi sprm...
abis...yg ketua cwg melati kws 8 kena masuk mahkamah sebab apa...sebab setiausaha bahagian...atau sebab sdr nak tanding ketua bahagian? jawab secara jujur...
memang ramai melayu yang sokong piee...tapi ramai juga melayu yang benci dengan politik gangster mcm ni...bertandinglah piee....tgk ko menang ke kalah...
Tak paham kenapa ada melayu yang sokong cina yang benci pada melayu dari melayu tu sendiri. Sanggup tengok dan doakan melayu kalah pada cina yang benci melayu dari menyokong bangsanya sendiri. Kalau cina yang benci melayu ni menang takkan dia tolong pun bangsa melayu. Tapi dia sanggup juga sokong cina ni. Semua disebabkan hasad dengki pada bangsanya sendiri. Melaka dulu jatuh pasal spesis cam ni la. Bila dah jatuh 400 tahun baru nak bangun balik. Melayu mudah lupa pada sejarah kejatuhan bangsanya sendiri. Ingat bila cina dah memerintah negara ni dia nak layan melayu cam mana melayu layan cina sekarang ni ke?.. Jgn mimpi la.. Masa tu menangis air mata darah pun dah tak guna lagi. Fikir2kan la wahai bangsa ku MELAYU....
MANIFESTO MP WANGSA MAJU - PKR SUATU KETIKA DAHULU:
Wee 'pernah' menyarankan:
1. Mendesak Dewan Bandaraya supaya memperbaiki keadaan trafik.
(Walaupun, tidak jelas trafik di mana, namun, situasi terakhir - KANTOI)
2. Mendesak polis bagi pihak rakyat supaya meningkatkan keselamatan dengan berkesan di Wangsa Maju.
(Situasi terakhir - KANTOI kerana kadar jenayah semakin meningkat sejak MP Wangsa maju - PKR bertugas)
3. Mendirikan pentadbiran Bandaraya dengan adil dan telus.
(Situasi terakhir - Mungkin beliau maksudkan dengan pentadbiran DBKL yang setakat ini memang adil dan telus tanpa kerahsiaan kepada rakyat dalan skop kerja yang dibenarkan)
4. Mendesak Datuk Bandar patut dipilih oleh rakyat.
(Situasi terkini - sehingga kini jawatan tersebut masih di bawah lantikan kerajaan)
5. Berusaha menjadikan kawasan Wangsa Maju sebuah Bandar yang bersih, aman dan damai.
(Situasi terkini - sehingga kini Wangsa Maju masih tidak bersih mana, tidak aman dari ancaman peragut dan sebagainya dan tidak damai)
MAT SIRAT - SARANAN RAKYAT AGAR YB WEE MENJAGA SKOP TUGASAN BELIAU DENGAN SEBAIKNYA, JANGAN MUDAH 'GUBRA' DENGAN KEMUNCULAN PEMIMPIN BARU, JANGAN TAKUT DENGAN BAYANG-BAYANG SENDIRI DAN JANGAN MENUDING JARI KEPADA BERKEMUNGKINAN SAINGAN ANDA DALAM PRU13 NANTI TANPA BUKTI YANG KUKUH...
KAWAN-KAWAN SEKELIAN, SEKARANG SIAPA YANG TIDAK ’PERFORM’?
JAGALAH WANGSA MAJU SAMPAI AKHIR PENGGAL DENGAN SEBAIK-BAIKNYA...
WCK JUGA PERNAH DITANYA DALAM HALAMANNYA SENDIRI (BLOG DIALAH) ASAS PEMBERIAN BANTUAN 100 KAMPIT BERAS SEBULAN HANYA BERBEKAL BUKTI KAD PENGENALAN YANG SAHIH TANPA SANDARAN PENGENALAN SOSIO DAN SEBAGAINYA. BEBERAPA KOMEN SAYA JUGA PERNAH BELIAU DAN PAK-PAK TURUTNYA PADAM MUNGKIN ATAS DASAR BENCI, MALAS ATAUPUN 'TAK TAHU' NAK JAWAB. YANG PENTING, WCK BUKANLAH PEJUANG RAKYAT, CUBA BERMAIN NASIONAL TETAPI KAMPUNG TERGADAI... (TAK BUAT KERJALAG TU)... BILA ADA TEGURAN ATAUPUN PERTANYAAN, CATATAN KOMEN DALAM BLOG BELIAU DIPADAM PADA HARI YANG SAMA.
SAYA BUKAN SEORANG PEGUAM NAMUN PEMBUKTIAN KEPADA SESUATU TUDUHAN ADALAH SUATU KEPASTIAN.
KITA TANGGUHKAN BICARA 'GUBRA' 'MR POLITICAL BADUT' JIKA ADA KELAPANGAN NANTI...
Kpd Anon PKR yg bangga sangat jadi pembangkang, jgnlah terlalu yakin sangat akan kekuatan PKR. PKR ni sebenarnya yg akan ke laut dan hanyut bersama pemimpin2 nya yg tidak mempunyai kredibiliti dan kompetensi. Tunggu sahajalah.
WCK ni kita boleh baca prinsipnya yg senantiasa goyang, dari DAP lompat ke Bebas lepas tu lompat ke PKR. Masa zaman persekolahan dia adalah seorang atlet lompat jauh, sebab tu suka melompat. Memang spesis org yg suka ambil kesempatan.
Shahril, Kg Pandan
Realitinya, ramai orang yg irihati dgn kejayaan dan jawatan Setpol Dato' Pie. WCK dengki sebab Dato' Pie rapat dgn PM dan lebih menonjol di WM disamping memberi mileage yg AWESOME kpd Dato' Pie jika sekiranya terpilih mewakili Umno di PRU13.
WCK seperti cacing kepanasan dan takut akan kelebihan yg dimiliki oleh Dato', maka dirangkanya satu strategi utk menjatuhkan Dato'. Percayalah WCK ooi, tak perlu letak Dato' sebagai calon, letak Cicak pun dah tentu menang sebab rakyat WM dah sedia maklum performance WCK ni.
Kepada Bangsa Melayu tu adatlah, bangsa yg tak boleh tengok bangsanya sendiri berjaya dan berjawatan besar. Busuk hati yg amat. Renung2kanlah.
Anang.
PKR cukup sinonim dgn perlakuan tidak mengaku kelemahan dan kesalahan diri sendiri, bagi menyelamatkan keadaan dituduhnya org lain yg buat salah. Inilah prinsip PKR dan game plan yg cuba dimainkan oleh WCK, sangat tidak bertanggungjawab.
Aris, Sri Rampai.
Setuju dgn Mat Sirat, WCK patut jadi hero filem "GUBRA" versi Wangsa Maju yg diarahkan oleh WCK sendiri dan dibantu oleh kroni2 nya. Tapi tajuknya perlu ditukar kpd "GABRA".
Desperate Housewives, Uk Perdana
BUAT MELAYU YG MENGAKU PERNAH JD KETUA PEMUDA TUH... KAMU JD KP DI WANGSA MAJU KE? KALO X, MAAF YER TOK PIE X MCM KAMU... DIA SEDAYA UPAYA AKAN BANTU KEPADA SESIAPA YG MEMERLUKAN TANPA MENGIRA AGAMA, KAUM @ PARTI YG DISOKONGI...
TOK PIE ADALAH PEMIMPIN YG DEKAT DGN RAKYAT & SELALU BERSAMA RAKYAT JUGA MUDAH DITEMUI RAKYAT... BELIAU SENTIASA ADA DI DALAM KAWASAN. JD JIKA KORANG YG MELAYU2 NI MASIH SOKONG WCK, MAKNANYA KORANG BERSETUJU MENUTUP PERIUK NASI PENJAJA2 BERLESEN INI DR MENYARA KELUARGA MEREKA SECARA HALAL.
ANAK JATI WANGSA MAJU
rasakan org melayu WMaju yg dah ngundi PKR, mmg pengkianat,skrg Wmaju porak peranda,
org UMNO WMaju pun jgnlah jadi talam 2muka, jgn pakai 2 lambang utk kesempatan,laki umno,bini pas/pkr
MELAYU YG MUSNAH
Ini hanyalah merupakan agenda peribadi dan provokasi politik WCK. Kenapa perlu si badut ini menimbulkan masalah pemimpin Umno Bahagian sedangkan banyak lagi masalah rakyat yg tidak mendapat pembelaan YB 150 ini.
Dato Piee pemimpin bagus tapi apa kualitinya? Bagus saja tidak cukup mesti ada kualiti.
Pemimpin yg ada kualiti boleh bawa kesejahteraan,Pemimpin yg bagus shj tidak cukup krn pemimpin yg bagus spt Dato Piee ini rakyat boleh berlaga sesama sendiri.
Masih tak sedar lagi ke orang UMNO? Sudah kalah di Wangsa Maju pun masih bercakap besar & bongkak dengan pengundi majoriti.
Tak apa, kami semua pengundi yang bodoh. Orang UMNO saja yang pandai.
KALAH X SEMESTINYA HARUS MENGALAH...
KALAU MENANG TAPI X BUAT APA2 UNTUK RAKYAT PUN X GUNA JUGAK... STAKAT MENYALAK KAT PARLIMEN... BUAT APA....
SELAMA INI UMNO BANYAK MEMBANTU RAKYAT DI WANGSA MAJU INI TANPA MEMILIH WARNA KULIT...
APA YG PASTI UMNO & BN KEMBALI DITERIMA OLEH RAKYAT WANGSA MAJU...
ANAK JATI WANGSA MAJU
Apa yang kau orang UMNO buat? yg kau orang buat semuanya untuk majlis UMNO,satay,nasi briani,kau orang sesama sendiri yg pulun.
Pooorah....cakap jangan lebih.tolong senaraikan apa yg Dato Shafiee buat untuk pembangunan Wangsa Maju..silakan....
sumbangan piee di w maju:-
1. menaja rombongan umno ke jakarta/bandung;
2. menaja rombongan pemuda umno ke jakarta/bandung;
3. menaja wanita umno ke jakarta/bandung;
4. menambah 30 gerai untuk umno.
5. membeli jiwa ketua umno cawangan dengan wang ringgitnya;
6. mengenepikan rakyat yang tidak menyokong umno;
7. membuat kekayaan diri sendiri/kaum keluarga/umno...
...banyak sgt la beb 'sumbangan' dia yang 'sumbang'...so, kita rakyat biasa ni....sumbangkan ajelah undi kita kepada orang lain...
umno ni dah berlagak pandai...mcm lah dunia ni dia orang yang punya...
# Taja Ketua-ketua cawangan baru kalah kah ketua cawangan org lama tak masuk sekali ke.
# Hantar Spy masuk kem musuh dan buat-buat bergaduh dg spynya itu pun sumbangan juga.
# buka meja panjang rasuahkan teh tarik pun kena masuk sama
Kenapa lah bangap sangat pemikiran kita ni dalam UMNO. Yang dipersoalkan bukan pembelaan orang melayu atau kehebatan kepimpinan Dato Shafei. Soalnya kenapa dia mempersoalkan apa yang diperkatakan oleh seorang wakil rakyat dalam Dewan yang bersidang, diluar Dewan(dalam parlimen pulak tuuuh). Dia kata dia tak bodoh, tapi dia tak pernah baca berita ke, betapa dulu nya kalau sesuatu dikatakan dalam Dewan, walau oleh ahli dewan kepada ahli dewan sekali pun, yang boleh dilakukan hanya lah mencabar supaya ianya diulangi diluar Dewan. Yang hero Dato Shafie menceroboh keparlimen dan semuka WCK tu cerdik ke, walau hanya kebetulan. Itu makna nya dia tak cerdik lerrr...itu lah orang tua-tua kata, kalau kail hanya sejengkal jangan lautan dalam nak diduga. Dato Shafei masih banyak kena belajar. Jangan lah hanya menang menumbangkan Major Zainal dan Major Zulhasnan maka terbawa bawa sikap samseng itu dengan berselindung dibawah gelaran SetPol Najib. Belajar lah merendah diri skit..baru lah UMNO akan maju dan cemerlang !!!
Post a Comment