Thursday, November 5, 2009

POLITIK WANG ; BEKAS SU UMNO WANGSA MAJU DI DAKWA !

KUALA LUMPUR 5 Nov,
Bekas Setiausaha UMNO Bahagian Wangsa Maju Ramli Abdul Manan dituduh di Mahkamah Sesyen disini hari ini terhadap pertuduhan memberi rasuah RM 1,000 kepada Ketua Cawangan Taman Melati sebagai dorongan supaya beliau dicalonkan untuk layak bertanding jawatan ahli jawatankuasa bahagian itu tahun lalu.
Ramli Abdul Manan , 50 , mengaku tidak bersalah atas dakwaan memberikan wang suapan kepada Amir Saad, 50, di Dewan Aktiviti Masyarakat Taman Melati Kawasan 8, Setapak pada 8 Nov, 2008.
Beliau didakwa mengikut seksyen 10(b)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum menurut Seksyen 16 akta sama.
Jika disabitkan, Ramli boleh dipenjara sekurang - kurangnya 14 hari dan tidak melebihi 20 tahun penjara dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan berkenaan. Timbalan Pendakwa Raya meminta mahkamah menetapkan jaminan RM 5,000 dengan seorang penjamin.
Ramli yang tidak diwakili penguam merayu agar jaminan dikurangkan kepada RM2,000 memandangkan beliau tidak berkerja.
Hakim mentapkan jaminan sebanyak RM 2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Disember untuk sebutan semula kes - Bernama.

16 comments:

Anonymous said...

Aduai politik kini,itu kawasan wangsa maju,kawasan lain pon ada bolih disiasat sama.Tempat Tersohor dParlimen Putrajaya lagi banyak Su dan ajk bahagian lagi kuat makan rasuah. fikir2 lah nabil.

Anonymous said...

Aduai politik kini,itu kawasan wangsa maju,kawasan lain pon ada bolih disiasat sama.Tempat Tersohor dParlimen Putrajaya lagi banyak Su dan ajk bahagian lagi kuat makan rasuah. fikir2 lah nabil.

Anonymous said...

Kalau setiausahanya SERIBU,Ketuanya berapa?

Anonymous said...

Agak terperanjat pun ada bagaimana sesaorang yg tidak mempunyai pekerjaan boleh memberi suapan 1 Ribu kepada ketua cawangan,itu yg kita tahu baru dari seorang ketua cawangan, bila ada satu mana cukup sekadar hanya satu, mesti cari lebih pencalonan......

Disinilah timbul banyak pertanyaan siapa dibelakang Setiausaha ini?,Selalunya Setiausaha cukup banyak pengaruh dalam bahagian kenapa pulak beliau yg menawar diri untuk bertanding sdgkan beliau adalah kepercayaan ketuanya utk dilantik Setiausaha...

Inilah kehebatan UMNO Wangsa Maju dibawah kepimpinan Dato Shafiee Abdullah...

Anonymous said...

Politik wang lagi-lagi Wangsa maju. Hebat betul bahagian ini Dato Astaman, Norza Zakaria,yg terbaru Ramli SUB...

Kacau betul bikin UMNO malu...

Anonymous said...

Kat Setiawangsa pun apa kurang nya. Memang dah di ajar olih Ketua nya sendiri.Buat kerja tak payah sampai masa pemilihan kasi masssuuuk senang cerita. Ajar budaya buruk dan di ikuti olih yang nak bertanding timbalan, naib atau ajk. Ketua ketua cawangan di hampiri hanya ketika pemilihan,maka cawangan cawangan ni jadi lah cawangan bermusin saja.Akhir nya UMNO Bhg menjadi lesu dan tidak berfungsi.

Anonymous said...

mari kita bina barisan baru pemimpin tiada rasuah..mereka yang mengamalkan rasuah singkir saja..sebelum UMNO rebah

Anonymous said...

syukur lain-lain bahagian tidak terlibat Alhamdulillah

Anonymous said...

Setahu aku Bhagian diWp akan dikantoi akan rasuahnya.apa nak diingkirkan masukkkkkkkk beb...

Anonymous said...

Dicadangkan UMNO Wangsa maju adakan SEMINAR KEJINYA RASUAH DALAM AMALAN KEHIDUPAN HARIAN kepada semua ahli.

cadangan ini dibuat krn terdapat terlalu ramai dari kalangan pemimpin politik bahagian ini yg terlibat dengan aktibiti yg tidak sihat,jika dibiarkan amalan ini berterusan ini akan membantutkan hasrat Perdana Menteri yg ingin menjadikan gagasan satu malaysia dimana nilai-nilai Integriti yg dimasukkan hanya AKAN DIBACA pada kertas dan omongan kosong.

Walaubagaimana pun bahagian-bahagian lain juga dicadang untuk mengadakan Seminar tersebut. Buatlah yg terbaik demi untuk Parti Keramat UMNO bukan atas kepentingan peribadi .

Anonymous said...

Yang lepas biarkan berlalu kita buka Order baru kalau melayu hendak maju kita buka buku baru
Ikut Presiden kita pacu...

Unknown said...

Biar mahkamah menentukannya...

Anonymous said...

selagi pemiipin atasan tak buka mata tak turun padang lihat apa yang berlaku di akar umbi selagi tulah MAASSYUUK nie akan berleluasa.. berjuanglah demi parti keramat yang tercinta bukan berjuang kerana wang..

Anonymous said...

bukan ketua bahagian wangsa maju jer ketua wanita ketua puteri ketua pemuda tiada akal yang panjang untuk memperjuangkan nasib melayu just pikir tengkolok sendiri sehinggakan maruah melayu tergadai di bumi sendiri.. sedarlah wahai pemimpin di wangsa maju gerakkanlah jentera jangan lah 2 bulan lagi nak pilihanraya barulah nak terhegeh2 nak memperjuangkan dan tabur janji yang bukan2..

TEAM 36 said...

TAPI BAHAGIAN WANGSA MAJU PANDAI SETIAUSAHA NAK NAIK MAHKAMAH JER TERUS TUKAR SETIAUSAHA BARU KONONNYA BERUNDUR ATAS SSEBAB KESIHATANLAH.. SETIAUSAHA BARU NIE PUN SEJARAH PUN BOLEH TAHAN JUGAK HARAP22 DIA AMANAH JGN PECAH AMANAH PULAK MACAM SEJARAH YANG LALU...SENDIRI MAU INGAT BEB

Anonymous said...

jangan komen wangsamaju je, setiawangsa lagi hebat penuh dgn perompak2 besar