Wednesday, September 2, 2009

ISU PENJAJA IKAN BAKAR JALAN BELLAMY : DBKL SETUJU MASUKKAN GERAI - GERAI TERLIBAT DALAM PEMBANGUNAN DAN HANYA ALIH UNTUK SEMENTARA- TENGKU AZMAN !

TERIKINI mengenai isu Penjaja Ikan Bakar di Jalan Bellamy yang diarah pindah oleh DBKL....
Berikut adalah emel yang kami terima daripada Ketua Pemuda UMNO Bukit Bintang merangkap Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia - Sdr Tengku Azman.
" Salam Semua, semasa kita sibuk berdebat disini , pihak Bandaraya telah memaklumkan bersetuju untuk memasukkan gerai - gerai ini di dalam pembangunan dan gerai ini akan dialihkan buat sementara untuk tujuan pembangunan.
Alhamdulilah untuk peniaga - peniaga ini untuk terus mencari rezeki"
Sementara itu, Tengku Azman yang juga merupakan Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO Malaysia juga sedang dan telah menangani banyak isu - isu berkaitan masalah - masalah dibandar khususnya melibatkan bangsa melayu. Termasuk program "Pemuda Masuk Bandar ". Banyak lagi masalah - masalah perlu ditangani sekiranya kita mahu betul - betul memperkasakan melayu bandar. Malah UMNO Wilayah Persekutuan juga sering melaung - laungkan mahu memperkasakan melayu bandar. Sejauh mana mereka berjaya ?
Apakah cadangan anda kepada Sekretariat Hal Ehwal Bandar ? Berikan cadangan anda !

14 comments:

Anonymous said...

Tahnniah keapad Tengku Azman. Saya harap beliau adakan satu forum untuk tangani isu bandar.

Anonymous said...

Masanya sudah tiba untuk Pemuda UMNO WP dilantik ke Lembaga DBKL.Saya cadang Tengku Azman adakan Persidangan Khas Pemuda UMNO untuk perkasakan Melayu bandar.

Anonymous said...

Syabas kepada Pemuda WP yang kini dilihat lebih mantap dan yakin.

Anonymous said...

Nah! Niat sebenar Tengku Azman telah diterjemahkan.

Ahli Lembaga Penasihat ? hebat..hebat

Anonymous said...

Tengku Azman sudah tunujuk taring..apa peduli dengan Ketua Bahagian Bukit Bintang Boss besarnya hanyalah KJ.

Anonymous said...

Tan Sri Mahyuddin Orang Tengah di Trengganu,adakah Kacau?

Perlantikan Pengerusi perhubungan Negeri yang baru dinegeri-negeri, menggantikan Pengerusi Perhubunan yang lama adalah untuk menguatkan negeri-negeri berkenaan.

Tentulah Pengerusi Perhubungan baru itu ada kepakaran dan kekuatan tersendiri yang akan membawa perubahan kepada negeri berkenaan.

Dato Hisyam di Trengganu,Tokoh itu cukup hebat diletakkan sebagai Pengerusi dengan harapan besar Presiden Party akan menyelesai kemelut banyak kepala dan kabilah kearah perpaduan.

Persoalan sekarang kenapa Tan Sri Mahyuddin mencampuri urusan negeri itu sdgkan kepercayaan telah diberi kepada Dato Hisyam atas kepercayaan presiden?

Pada pandangan ramai,biarlah negeri sendiri dengan pendekatan profosional menyelesai dengan acuan tempatan itu sendiri,rujukkannya adalah Presiden party.

Pada pandangan ramai Tan Sri Mahyuddin ciptakan dulu model perpaduan DiWilayah Persekutuan.Dari pandangan ramai juga mengharapkan Model yang dilalui Tan Sri Mahyuddin diJohor tidak berlaku di Wilayah Persekutaun.

TQ

Anonymous said...

UMNO menjadikan ANWAR popular.ANWAR MUDAH LUPA.

Hari ini, Anwar ke hulu ke hilir mendakwa DEB gagal kerana UMNO hanya mementingkan kroni dan orang tertentu. Soalnya siapakah dalam UMNO yang menggagalkan pemilikan ekuiti orang Melayu ini? Hari ini, bila dipecat dari UMNO atas salah laku seks dan pecah amanah, Anwar menggesa supaya semua isu-isu orang Melayu dalam DEB dihapuskan keranan kononya disalah guna oleh UMNO. Berdasarkan fakta tadi, apakah bukan terbukti Anwar pengkhianat orang Melayu? Satu masa dahulu beliau mengkhianati amanah membangunkan kekuatan ekonomi orang Melayu yang diberikan oleh Perdana Menteri dan UMNO. Hari ini beliau menyalahkan orang lain atas kegagalan tersebut dan menyarankan DEB dihapuskan terus. Kalau bukan pengkhianat apa namanya pemimpin jenis ini?

Anonymous said...

Kepada Tengku Azman,
Saya harap anda dengar suara kami di Wilayahkini.
Kami harap anda kena berani Menteri WP dan DBKL. Jangan kita jadi Pak Angguk kepada mereka.\
Banyak isu di KL.
Sekadar Turun Padang untuk syok sendiro kerana PM , macam di buat oleh RNC tak dapat bantu kita.
Dia hanyalah sekadar Ketua Bahagian aja.Bila diangkat jadi Menteri , inilah jadinya.

Anonymous said...

Setuju sangat Tengku Azman turun padang, dan jangan terikut dg Pemimpin2 Wilayah yang lanjut usia mereka tidak ada keupayaan tenaga, hanya kuat bicara.

Hidup pemuda Wilayah...

Anonymous said...

Tengku Azman Pemimpin yang terbaik Bahagian Bukit Bintang.

Dengan semangat dan kerajinan Tengku harus berada diJawatan yang lebih tinggi di Bukit Bintang.

Tengku sanggup turun sendiri menemui rakyat daripada sesetengah pemimpin hanya harapkan wakil peribadi.

hidup T.Azman pemimpin pelapis.

Anonymous said...

Jawatan lagi tinggi untuk T. Azman? Terus-terang, dia tidak ada karisma. Berucap pun selalu buat hadirin mengantuk saja. Saya tak nampak dia sebagai pemimpin idola di Bukit Bintang. Mungkin D. Raof ada banyak bantu beliau sekarang ini secara senyap2, jika tidak, pasti lagi teruk kepimpinan & cara komunikasinya.

Maaf sebab komen agak negatif di bulan puasa.

Anonymous said...

Tengku Azman terbaik diWilayah Persekutuan.

Anonymous said...

Namapak sangat anon ni tak paham Tengku Azman! Biarlah tak pandai berucap tapi bolih buat kerja dari pandai berucap jadi hancus... Kan ini kepimpinan pelapis..... Anon ni pasti ada agenda peribadi kalau tidak pasti beliau tak akan bercakap begitu....inilah org UMNO yg ibarat ketam suka tarik orang jatuh kebawah..... Belajar sejarah dahulu kenapa Tengku Azman menang tanpa tanding di BUKIT BINTANG!! Jangan main nak hentam sahaja

Anonymous said...

Jangan pandang rendah orang yang tak pandai berucap atau tak pandai bercakap pandai..depa ni pandai dan rajin kerja.

Dulu pun Datuk najib pun teruk berucap...sekarang dah satu Dunia.

Tengku Azman sepatutnya Ketua Pemuda Wilayah.