Saturday, August 15, 2009

PENJAJA IKAN BAKAR DI JALAN BELLAMY DI ARAH PINDAH OLEH DBKL ; APA NASIB DAN HALA TUJU PENIAGA , PENJAJA DAN PERUNCIT MELAYU ? DI MANAKAH SUARA KITA ?

KUALA LUMPUR, 15 Ogos
" Apa makna slogan Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Di Utamakan kepada pegawai - pegawai DBKL ? " begitulah yang diluahkan oleh seorang penjaja melayu yang menjaja ikan bakar di Jalan Bellamy selama lebih sepuluh tahun dan kini diarahkan pindah ke tempat lain mulai 8 Ogos lalu oleh DBKL . Klik -Utusan Malaysia Online - Kota, untuk baca berita selanjutnya.
Apabila kita sebut aja, Jalan Bellamy kita teringat betapa popularnya " ikan bakar" yang menjadi perhatian ramai orang ke sana untuk menjamu selera. Malah Jalan Bellamy yang berdekatan dengan Istana Negara memang sudahpun tersohor dengan " ikan bakarnya". Malah tempat itu , dah jadi macam destinasi yang paling digemari bukan sahaja warga kota di Kuala Lumpur tetapi ramai yang datang dari negeri - negeri lain termasuk para pelancong untuk perkena "ikan bakar" di sana.
Tun Abdullah Ahmad Badawi pada zamanya sebagai Perdana Menteri memberi penekanan khusus kepada sistem penyampaian agensi kerajaan.
Datuk Seri Najib Tun Razak pula hadir dengan slogan " 1 Malaysia , Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Di Utamakan".
Namun, kedua - duanya seperti tidak dipraktikan oleh DBKL yang didakwa bercadang merobohkan gerai di Jalan Bellamy.
ALASAN yang diberikan : Projek Taman Dusun Bandar dirancang disana yang terpaksa MENGORBANKAN tiga buah gerai , termasuk sebuah gerai ikan bakar , yang selama ini menjadi punca rezeki kepada tiga peniaga melayu disana.
Kenapa sering kali penjaja dan peniaga kecil melayu menjadi sasaran pihak berkuasa tempatan?
Sempena 100 hari dilantik Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik telah mengariskan PENDEKATAN 7P yang menekankan aspek pembangunan, perumahan, PENJAJA DAN PENIAGA KECIL, pengangkutan,penyelengaraan, perkhidmatan dan prihatin.
Kita harap, cakap Raja Nong Chik jangan jadi cakap tak serupa bikin pulak. Berilah perhatian terhadap nasib dan masa depan penjaja dan peniaga kecil di Kuala Lumpur.
PALING MENYEDIHKAN, baru - baru ini Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Syed Ali Alattas membuat pendedahan di mana kedai - kedai perniagaan runcit milik peniaga melayu diancam kepupusan sekiranya tiada usaha dilakukan untuk menyelamatkan mereka.
Katanya lagi, tinjauan yang dilakukan mendapati kira - kira 12, 000 peniaga melayu kini dalam keadaan " nyawa - nyawa ikan" untuk meneruskan perniagaan tersebut.
Kata beliau, 480 buah kedai runcit milik melayu pula kini dalam proses lelong kalau tidak dapat diselamatkan.
Dalam keadaan ini adakah patut DBKL merobohkan gerai - gerai yang membawa rezeki kepada para penjaja dan peniaga melayu ? Tepuk dada tanya selera.
Di harap, Menteri yang berkenaan jangan hanya nak sibuk turun padang sekadar untuk memeriahkan suasana serta mendapat liputan media massa. Berucap berkali - kali di depan rakyat dengan slogan rakyat di dahulukan tetapi penyelesaian bagaimana ?
Kita perlu selamatkan nasib peniaga dan penjaja melayu di sekitar Kuala Lumpur , Putrajaya dan Labuan BUKAN hanya di satu kawasan parlimen sahaja di kuala Lumpur.
Apa pula suara UMNO Wilayah Persekutuan termasuk Pemuda UMNO WP dalam menangani isu seperti ini ? Sementara itu, Jalan Bellamy pula terletak di bawah parlimen Bukit Bintang. Kita ada ramai pemimpin UMNO yang berkaliber di UMNO Bukit Bintang termasuk di Pergerakan Pemudanya. Apa pula tindakan mereka ?
APA YANG ANDA HARAPKAN DARI DBKL DALAM MENANGANI ISU PENJAJA DAN PENIAGA KECIL DI KUALA LUMPUR ?

14 comments:

Anonymous said...

Topik yang cukup menarik.Marilah wahai bangsaku kita turun padang selamatkan mereka.

pEMUDA pANTAI said...

Raja Nong Chik tak turun padang ka makan ikan bakar ?

PEMUDA UMNO WANGSA MAJU said...

Ketua Pemuda UMNO Bukit Bintang yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia Tengku Azman tolonglah bantu mereka. Kami yakin anda yang paling layak selamatkan nasib mereka kerana anda memang aktif di peringkat nasional dan negeri.
Kita harap, Tengku Azman akan baca komen ini dan akan berikan reaksi?

Anonymous said...

Mana Wakil Rakyat Bukit Bintang? buatlah kerja bila pangkat sudah dapat.

Tengku Azman KP Bukit Bintang said...

Saya dah tengokkan dan jangan salah sangka. Hanya 3 gerai (1 gerai ikan bakar milik ajk bahagian B.Bintang, 1 kedai buah dan 1 kedai menjual air) yang akan dirobohkan disebab pembesaran jalan dan DBKL dah beri alternatif. Gerai itu dibina atas tanah dbkl dan dbkl dah pun memberi gerai alternatif (kata mereka tidak sesuai). Bukan semua gerai di situ tetapi yang tengah tengah simpang. Saya dah jumpa dengan mereka dan dah berbincang dan apa yang saya lihat memang perobohan tak dapat dielakkan tetapi mencari tapak alternatif untuk mereka berniaga.kawasan itu padat sangat dan tapak cadangan ialah di hadapan tandas yang saya kira amatlah tidak sesuai sekali untuk berniaga makan di hadapan tandas. Masih memikirkan solusi sementara dan jangka panjang dan yang pastinya bukan senang nak selesaikan dan TIDAK membabitkan gerai gerai yang dibina khusus untuk berniaga!!!!

Anonymous said...

Diminta sedara siasat dulu dan tanya sapa didepan mempertahankan gerai ikan bakar dan 2 lagi kedai..sapa yang panggil permberita utk disiarkan dalam akhbar...sapa yg berjumpa atau aturkan pertemuan dgn SETPOL Menteri Wilayah Persekutuan...Pemuda Umno Bukit Bintang bkn hanya Tengku Azman saja yg boleh ke depan malahan ramai lg yg lebih berkebolehan...jgn hanya ada jawatan Exco Pemuda Msia beliau saja yg boleh buat ...dan jangan suka jd popular umpa LEMBU PUNYA SUSU SAPI DAPAT NAMA.....

nasi lemak cheras said...

Saya terpanggil untuk berkongsi sikit ulasan Wilayahkini. Nasib penjaja Melayu.
Dulu masa Tan Sri Isa, dia memang begitu prihatin masalah mengenai penjaja melayu. Lepas tu, Datuk Zulhasnan pulak ambil langkah yang lebih drsatik. Dia buat Retreat Penjaja. Dia panggil semua orang minta pandangan sebelum nak buat dasar penjaja. Lepas tu dia cadangkan Pelan Strategik Pengguna di gubal. Lepas tu dia anjur konvensyen penjaja di PWTC dimana dirasmikan oleh Perdana Menteri.Tak pernah seorang PM turun untuk rasmi konvensyen penjaja di Peringkat WP. Lepas tu dia cadangkan penubuhan Majlis Penjaja dan Peniaga Kecil WP yang melibatkan semua kaum.
Zaman dialah , petak ramadan pun berubah wajah di Masjid India.
Dia lah yang memberikan lesen kepada saya.
Hari ini rezeki saya bertambah kerana dia . Saya masih ingat apabila saya dapat lesen dari dia di Stadium Titiwangsa. Semua bangsa hadir.
Zulhasnan boleh dikata, pemimpin yang yang telah memberi satu nafas baru kepada penjaja. Malah dia juga beri lesen dan peluang kepada golongan penganggur dan juga siswazah yang tak ada kerja.
Tanyalah Bahrin kalau tak percaya.
Tapi kita tak tahu apa dah jadi segala rancangan dia setelah dia di gugurkan?
Isi di Jalan Bellamy tu , saya boleh menyelami perasaan mereka.
Kalau gerai seorang AJK Bahagian pun terlibat untuk dirobohkan dan UMNO tak dapat selamatkan gerai beliau tak guna beliau jadi AJK UMNO dan ahli UMNO di bahagian Bukit Bintang. Mereka bukan mintak projek besar - besar. Tapi mintak rezeki mereka jangan dirampas. tidak kira berapa gerai yang terlibat.Yang penting selamatkanlah mereka.

Temgku Azman (KP BUKIT BINTANG) said...

Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu janganlah nak kira sapa yang nak dapat nama dan sebagainya. Jangan nak digunakan penderitaan orang lain menjadi tempat populariti kita!!!!! Jangan risau kalau LEMBU PUNYA SUSU tapi Tukang pegang TALI lembu nak ambik nama ambiklah.Berkenaan cadangan nasi lemak cheras---- kami di bukit bintang akan pertahankan bukan sebab dia AJK bahagian..Kami berkhidmat untuk semua dan beliau sendiri paham bahawa status tapaknya bagaimana. Belai tahu perkara ini cuma kita CUBA JANGAN ASYIK NAK MENYALAHKAN MANA MANA PIHAK tetapi cari jalan penyelesaian bagaimana harus kita bantu mereka. Kita juga harus ambil kira beberapa aspek kalau mereka tak dipindahkan macamana nak buat jalan dan pembangunan. Kalau dah siap jalan bolih kita masukkan cadangan untuk gerai di tepi jalan tersebut. Saya pasti kerajaan tak zalim nak buat naya orang macam tuh dalam tulisan saya di atas saya dah nyatakan DBKL dah bagi tapak alternatif tetapi kata mereka tak sesuai dan dahulu mereka ini berniaga di atas rizab jalan tetapi di sebabkan tiada pembangunan mereka di beri lesen sementara olih DBKL. SAYA merayu kepada semua tolong bagi saya cadangan alternatif manakah nak digunakan. Bantulah KAMI !

Anonymous said...

Hampa ni apa nak jadi? tiga gerai dapat notis dah penik sampai terlondeh seluar!lembu,susu,tali semua dah terkeluar...

Sabar! Soal AJK Bahagian ke siapa ke tak timbul! yang timbul ialah tiga gerai dah kena notis,Hukum kata kena pindah.

DBKL beri notis pada semua orang tak kira bangsa.Tetapi ramai orang tersangat tahu,melibatkan MELAYU no way.

Atas nama pejuang kepada rakyat,bila saja ada kes spt ini kita telah terpanggil menjadi pembela! ini sifat kita orang UMNO.

Tengku Azman ke,orang di belakang ke, Yang mewakili Bahagian Bukit BIntang mari sini aku nak ajar!

Tengku Azman pi jumpa Ketua Bhgian bermsyuaratlah dg Bahagian,bincang apa yg patut nak buat.jangan nak bergerak SDN BHD, ini bukan berniaga,kerja masyarakat.Tak Payah nak minta nasihat dan pandangan Blogg Wilayahkini, ini perkara celah gigi.

Bila kau orang semua dah duduk meja bulat,dapat sesuatu keputusan,pi jumpa Tan Sri Mahyuddin,Kau orang tahu siapa Tan Sri Mahyuddin? sekarang ini Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan...Merangkap Timbalan Perdana Menteri..

Pi jumpa Tan Sri dulu...kalau tak paham cara macam mana nak bercakap dg Tan Sri, sekali lagi minta nasihat Blogg Wilayahkini kita akan cuba ajarkan...


Satu sorakkan kepada sesiapa Exco Pemuda UMNO Malaysia yg bergerak secara SDN BHD
.Hip..Hip ...Huru,
Hip..Hip..Hara.

Anonymous said...

Saya cukup setuju dgn cadangan saudara Anonymous...sepatutnya kita perlu sedar ...sapa yg mengangkat dia duduk diatas klu bukan orang dari bawah tolak naik keatas...kebanyakkan Exco Pemuda Msia suka buat sesuatu tanpa berbincang dgn orang tertentu ..mereka ingat mereka tu bagus sangat..tapi bila dh teruk baru nk cari Ketua bahagian, Pengerusi Perhubungan Negeri dan sebagainya...Kalau dia seorang pemimpin yang bijak...perkara yang patut dibuat berbincang dengan ketua bahagian, pengerusi persatuan penjaja wilayah persekutuan, pegawai dbkl dari jabatan penjaja, jabatan perancang ekonomi dbkl dan sebagainya..cari jalan penyelesaian bukan jalan SDN BHD..dan jgn ingat Sekretariat Hal Ehwal Bandar Pemuda Msia(SHEB) itu boleh melebihi segalanya ...kerjasama atau ringan sama dijinjing berat sama dipikul...fikir2 kan lah....arios

Anonymous said...

saya membaca tulisan tengku azman,seolah pemuda ini macam pegawai bandaraya...

dia meluru turun buat soal selidik ditapak gerai yang kena notis..lepas itu dia buat satu laporan hasil dari sudut penilitian beliau sendiri, melalui satu jawapan kepada siasatannya.

janganlah macam tu,laporan itu patut berbincang dg ketua bhagian,barulah ada adap.

nasihat kepada ketua-ketua pemuda jangan melanggar adap.

Anonymous said...

sAYA SETUJU,PEMUDA-PEMUDA umno PERLU BELAJAR ADAP.

DICADANGKAN SATU INSTITUT PELAJARAN ADAP DIWUJUDKAN.

PERLU APA INSTITUT ADAP INI DIADAKAN ?

TERDAPAT RAMAI DARI PEMUDA UMNO TERLALU BARU MENJADI AHLI UMNO DAN TELAH MEREBUT JAWATAN KETUA PEMUDA,BILA MEREKA MENANG DAN MENJADI KETUA MEREKA MENJADI BESAR KEPALA DAN SUSAH MAHU DENGAR NASIHAT.MEREKA MUDAH LUPA BAHAWA MEREKA ITU ADALAH SAYAP KEPADA BAHAGIAN.

SANGAT BERBEZA DG MEREKA YG MENJADI KETUA PEMUDA YG AGAK LAMA MENJADI PENGIKUT DAN PELAJAR SETIA DALAM INSTITUSI UMNO. MEREKA KATEGORI INI SANGAT BERJAYA APABILA MENJADI KETUA PEMUDA, CONTOH NAZRI,ZAID HAMIDI,HISYAM.

CONTOH DIWILAYAH PERSEKUTUAN RIZALMAN BIN DATO MOKHTAR SAMAD.(Dato'Mokhtar samad menang saja jadi ketua bhg BTR dlm minggu ke Dua telah baiki Dewan UMNO BTR guna duit saku sendiri,tanda sayangnya kpd UMNO,dan berterima kasih kpd ahli UMNO BTR )


RIZALMAN CUKUP TERBAIK UTK DICONTOHI WALAUPUN BAPANYA KETUA BHG BTR TELAH DIKONSPIRASIKAN OLEH ORG UMNO SENDIRI DIJATUHKAN SECARA AIB,BELIAU TIDAK MENOLEH KEBELAKANG KERANA PEMIMPIN INI MEMPUNYAI ILMU ADAP YANG TERSANGAT BAIK SERTA MEMPUNYAI CIRI KEPIMPINAN YG TERASUH OLEH BAPANYA SENDIRI.

INSTITUT ADAP PEMUDA JIKA IANYA REALITY HARUS MENCONTOHI PEMUDA BERKELIBAR INI.

Anonymous said...

banyak generasi muda tak ikut protokol dalam bertindak. Itulah masalahnya. Kata nak buat sekolah UMNO ? Sekolah kan mereka ini dulu.

Anonymous said...

Pandangan Anon 23 Ogos sungguh menarik,Tak Kanlah Wilayah Persekutuan Rizalman sahaja yang jadi contoh, kemana Syed Mehdar tak kanlah tak masuk saf....

Tengku Azman pun ada keliber,berpotensi, pemuda ini perlu ada bimbingan...
Boleh jadi pelapis yang baik,,,,