Friday, August 7, 2009

PUTERI TIDAK MAHU PROGRAM "SYOK SENDIRI " ; BANGKIT DAN KELUAR DARI ZON SELESA , KATA ZAUYAH !

KUALA LUMPUR 7 Ogos,
" Puteri UMNO Bandar Tun Razak telah mengubah konsep dalam mendekati masyarakat terutamanya golongan muda dengan merangka pelbagai program baru yang terkini dan tidak syok sendiri ", begitulah yang disarankan oleh Ketua Puteri UMNO Bandar Tun Razak Zauyah Zainuddin.
Beliau yang juga merupakan Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia berkata ketika di majlis perasmian Persidangan Puteri UMNO Bandar Tun Razak baru - baru ini. Turut hadir pada ialah Pemangku Ketua UMNO BTR Saharuddin Zainal Abidin, Setiausaha Bahagian Datuk Amil Salleh dan Ketua Puteri Seputeh Azliza yang menjadi wakil dari Perhubungan Negeri.
Zauyah berkata dalam program "retreat" Puteri UMNP BTR yang lalu berjaya merangka 10 program yang akan dilaksanakan bagi enam bulan pertama akan datang.
" Saya percaya program dirangka akan berjaya menarik minat golongan muda untuk bersama - sama mendokong perjuangan UMNO", katanya.
Beliau turut mengesa semua ahli pergerakan Puteri bangkit dan jangan lalai dengan zon selesa dan jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran.
Katanya lagi, mesyuarat perwakilan kali ini berbeza dengan mesyuarat lalu yang lazimnya dilakukan di hotel sebelum ini.
" Mesyuarat kali ini diadakan di Villa Puteri Taman Tenaga memandangkan Parlimen Bandar Tun Razak di bawah tempok pimpinan pembangkang dan kita harus sedar bahawa kita bukan lagi berada di zon yang selesa.
" Oleh itu, kita seharusnya mewujudkan kesedaran seterusnya berusaha bagi merampas kembali parlimen ini dalam PRU akan datang " katanya.
Sementara itu, beberapa bahagian Puteri UMNO di Wilayah Persekutuan juga telah selesai mengadakan mesyuarat masing - masing dalam suasana yang begitu ceria termasuk Pu3 Kepong, Setiawangsa , Batu, Seputeh dan Bukit Bintang. Wilayahkini akan Update perkembangan di Bahagian - Bahagian lain.
(NOTA : Gambar atas di mesyuarat Pu3 Seputeh , Bandar Tun Razak, manakala gambar bawah suasana ceria di mesyuarat Pu3 Segambut baru - baru ini )

8 comments:

malaysia.suarademokrasi said...

minta follow www.sd-malaysia.blogspot.com

Anonymous said...

minta follow www.suara-utara.blogspot.com

Anonymous said...

alhamdulillah..persidangan puteri umno bahagian segambut berjalan dengan lancar dan jayanya..

Anonymous said...

Syabas Pu3 BTR...!! Pemimpin seperti ini lah yg pu3 cari.

Anonymous said...

salam..saudara..maaf..1st photo is at Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Seputeh...plss..

Anonymous said...

(NOTA : Gambar atas di mesyuarat Pu3 BTR , manakala gambar bawah suasana ceria di mesyuarat Pu3 Segambut baru - baru ini )

*SALAM..SAUDARA MASIH LG BELUM MEMPERBETULKAN TITLE GMBR YG ADA DI DALAM ARTIKEL INI.UNTUK MAKLUMAN GAMBAR PERTAMA ADALAH MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT PERWAKILAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEPUTEH BKKNYA PU3 BTR..TLG PERBETULKAN.HARAP MAKLUM!TQ

Anonymous said...

Apa yang saya lihat, Ahli Puteri sekarang ini, ramai yang semakin gemuk & gebu.

Perlu diadakan satu program khusus untuk mereka yang masih muda ini mengurangkan berat badan. Saya tidak pasti jika ini memang trend orang muda sekarang.

Anonymous said...

Apa yang saya lihat, Ahli Puteri sekarang ini, ramai yang semakin gemuk & gebu.

Perlu diadakan satu program khusus untuk mereka yang masih muda ini mengurangkan berat badan. Saya tidak pasti jika ini memang trend orang muda sekarang.