Monday, May 11, 2009

SELAMAT ULANGTAHUN UMNO KE 63 !
KUALA LUMPUR April 11 Mei --Hari ini genap 63 tahun usia UMNO - sebuah parti yang menjadi tunjang kekuataan utama negara dan juga Barisan Nasional. Sejak UMNO ditubuhkan dan dilahirkan, UMNO sudah menempuhi pelbagai halangan dan cabaran dibawah kepimpinan tujuh Presidenya. Kini hala tuju perjuangan parti berada dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak selepas episod peralihan kuasa berlaku dengan lancar dan baik baru - baru ini. Wilayahkini turut tertarik dengan tulisan Pengarang Utusan Malaysia Hassan Mohd Nor mengenai sambutan UMNO , walaupun lontaranya pendek tetapi kena pada sasaranya. Sila klik di sini - Utusan Malaysia Online - Rencana , untuk membaca ulasanya.
Baru - baru ini Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden UMNO yang baru telah melantik kepimpinan tertinggi parti dalam usahanya untuk menjenamakan , memperkasakan dan juga memperkukuhkan parti. Biasalah, sekiranya ada kepimpinan baru - sudah tentu akan akan ada "regim ataupun regu" baru. Presiden mempunyai kuasa mutlak utuk melantik sesiapa sahaja yang difikirkan layak.
Perlantikan Tan Sri Muyhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Badan Perhubugan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shafie Apdal - Kedah, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein- Terengganu, Datuk Seri Zahid Hamidi - Pulau Pinang dan Datuk Seri Najib Tun Razak di Selangor telah menimbulkan pelbagai reaksi dan ramalan politik.
Ada yang tak puas hati, ada yang mengeluh, ada yang sikit - sikit gembira, ada yang kecewa dan ada pula yang gembira kerana masing - masing tak dapat akhirnya orang luar "dimport jadi Pengerusi Perhubungan". Ada yang tanya kenapa nak letak orang luar ? Takkan tak ada pemimpin tempatan di negeri masing - masing? Masanya sudah tiba untuk UMNO memilih pemimpin yang sepenuh masa untuk menjaga negeri masing - masing. Janganlah kita asyik nak pilih pemimpin yang suka letak kaki di banyak tempat. Mereka tinggal di Kuala Lumpur - dan turun padang sesekali.Mana ada fokus dan tumpuan kalau betul - betul nak rampas negeri dari pembangkang. Masing- masing ada tanggungjawab.Cuma faktor masa perlu dijadikan - asas utama. Bukanya faktor nama pemimpin seseorang.
BN hilang kuasa di Pulau - Pinang, Selangor, Kedah, Perak dan Kelantan pada PRU yang ke 12. Di Wilayah Persekutuan pula, BN kalah di sepuluh kawasan parlimen. Kini BN sudah mula merampas semula Perak dan Datuk Seri Zambry telah dilantik sebagai Pengerusi UMNO negeri atas kapasitinya sebagai Menteri Besar.
Manakala di Terengganu pula, fenomena politik dalaman antara orang UMNO sendiri memaksa Najib melantik Datuk Seri Hishamuddin. Apakah Hisham sebagai orang luar dari Terengganu akan dapat menyejukan suasana politik di Terengganu? Manakala di Kelantan pula, Datuk Mustapha Mohamad menjadi pilihan. Apapun, Datuk Seri Najib sebagai Presiden UMNO sudah tentu mempunyai taktiknya yang tersendiri.Mungkin beliau mahu mengurangkan karenah "politicking" sesama orang UMNO.
Apapun Wilayahkini mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KE 63 KEPADA UMNO !
Apakah harapan anda kepada UMNO ?

5 comments:

Anonymous said...

Selamat ulangtahun UMNO yang ke - 63,adalah sambutan hari ulangtahun kali ini akan semeriah yang sebelum2 ini atau sebaliknya? Hari ini Mahkamah Tinggi telah memtuskan Dato' Seri Nizar Jamaluddin sbg Menteri Besar Perak yang sah.....benar kata - kata Tun Dr. Mahathir, kemungkinan cara kita mengambil alih Perak terlalu gopoh, yang empunya idea untuk nak take over ini terlalu pandai sampai tak refer kepada peguam - peguam yang handal dan inilah jadinya, yang malunya kita....
Sekarang bukan sahaja orang bukan UMNO rasakan UMNO tidak membela nasib rakyat tapi orang UMNO sendiri merasakan UMNO sendiri tidak membela nasib mereka dan hanya membela nasib orang - orang yang pegang jawatan tinggi dalam parti sahaja.
Ini lah senario yang sedang berlaku jadi macamana agaknya sambutan tahun ini? Parti kita suci dan mulia tapi yang merosakkannya adalah orang - orang tertentu yang memegang jawatan....

muda belia said...

2009-1988=63 betul itulah jawaban sebenar yg terus digunapakai oleh UMNO. apakah kepimpinan boleh trs memperbodohkan minda anak2 muda terhadap sejarah...

UMNO dah jadi sejarah...mengapa begitu kerana UMNO dah lupus thn 1988...sampai bila nak kita nafikannya...kerana itu anak2 muda kata yg d atas dah lupa dunia...

kita sengaja melupakan hakikat ini supaya nampak kita gagah n terus ampuh dilanskap politik negara...

berubah kearah yg benar n betul baru UMNO akan kekal relevan...

Anonymous said...

kenapa ketua bahagian cheras tak boleh ditegur dalam laman blog nya?adakah dia hanya menyiarkan tulisan yang hanya memuji beliau?macam tu ka umno yang nak sambut ulang tahun yang ke63 punya pemimpin bahagian?

Anonymous said...

Saya masuk UMNO sebab saya nak membela nasib bangsa melayu dan nasib rakyat, tapi saya lihat satu persatu perkara yang pemimpin kita lakukan tidak disukai dan disenangi rakyat, saya tertanya - tanya pada diri saya...adakah saya membuat perkara yang betul? Dulu UMNO adalah untuk rakyat, membela kebajikan rakyat, membela nasib bangsa tetapi sekarang dah jadi seolah - olah UMNO dah disconnect dengan rakyat...UMNO jadi satu parti alien dan rakyat lain...ini bukan tanggapan saya tetapi tanggapan masyarakat. Saya jadi takut...sekarang kita berhadapan dengan seolah - olah dengan keadaan UMNO vs Rakyat....kalau pembangkang yang menang..mereka kata suara rakyat yang menang, kalau kerajaan yang menang...orang kata UMNO yang menang...apa penyudahnya?
Wahai pemimpin - pemimpin di atas sana....tolonglah sedar sikit...yang buat kerja parti, yang banyak menyokong parti adalah kita ahli UMNO kebanyakan tapi yang menjahanamkan parti adalah mereka yang mempunyai kuasa....sebenarnya kita kebanyakan ni yang sayangkan UMNO, kita ni yang berjuang untuk UMNO..kita tak perlukan jawatan untuk perjuangkan UMNO tapi yang segelintir kat atas tu dok syok sendiri sbb ada jawatan ke apa?Bila nak bertanding bagai nak rak...bila dah menang cantas mencantas...teruk betul lah...
Bangunlah...sedarlah...kalau jadi pemimpin UMNO akan jadi korup...baik pinda perlembagaan dan tak perlu ada provisi untuk apa - apa jawatan...ada ketua sorang cukup yang dipantau oleh ahli semua...susah sangat dah jadinya...akibat nila setigtik rosak susu sebelanga...

Anonymous said...

ASKUM.. SYABAS & TAHNIAH KEPADA SEMPENA ULANG TAHUN UMNO KE 63 TAHUN.. SEMPENA ITU RAKYAT PERAK TELAH MENGHADIAHKAN NEGERI PERAK KEPADA DT SRI NIZAR..
ITU LAH HADIAH & PENGHARGAAN YG BESAR TELAH DITERIMA DARIPADA NEGERI PERAK... WASALAM...