Monday, May 25, 2009

UMNO WP TEKAD NAK RAMPAS SEMULA WILAYAH PERSEKUTUAN !

KUALA LUMPUR 25 MEI --
Datuk Raja Nong Chik yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menggantikan Senator Datuk Kamaruddin Ambok berkata UMNO Wilayah Persekutuan akan " turun padang" dan meninjau sendiri kesusahan yang dialami penduduk di kawasan perumahan kos rendah dan sederhana di sekitar ibu kota.
Sila klik di sini -Utusan Malaysia Online - Kota , untuk baca berita selanjutnya.
" Kami lihat kelebihan ini untuk menawan semula Wilayaha Persekutuan pada pilihanraya akan datang", katanya.
Akhirnya UMNO Wilayah Persekutuan sudahpun membentuk kepimpinan baru. Bukanya satu kepimpinan baru tetapi kepimpinan lama dan baru. Walaupun orang Wilayah tak dapat jadi Pengerusi Perhubungan, tetapi Raja Nong Chik dan Syed Ali masih dapat menarik nafas lega kerana dilantik sebagai Timbalan dan Setiausaha.
Sekarang : Masa untuk berkerja ; Jangan asyik nak jadi pemimpin syok sendiri ; pastikan semua Ketua Bahagian jadi pengundi di bahagian masing - masing ; hentikan politik retorik ; Cuba cari pendekatan macam mana nak rampas kawasan dari pembangkang ; Jangan nak asyik buat kenyataan untuk syok sendiri - buatlah kenyataan berpaksikan idea - idea yang bernas.Jangan kita nak asyik ikut "tune " orang lain ;

16 comments:

Rosli.Setiawangsa said...

Keazaman tinggi untuk merampas semula kerusi yang dimenangi pembangkang, jgan sampai dilihat sebagai kenyataan retorik sahaja. Nong Chik haruslah tentukan kawasannya sendiri dijadikan cabaran utama untuk membuktikan kata-katanya itu. Gandingan mantap muka2 baru yang membarisi kepimpinan WP hendaklah dipacu dengan segala persiapan yang rapi untuk menambat hati golongan muda yang melihat UMNO tidak lagi memiliki WOW...mereka ini harus ditarbiahkan supaya tidak perlekehkan lagi UMNO.

Sila layari locengwangsa.blogspot.com mengenai Ketua Penerangan UMNO WP.

Anonymous said...

Ketua2 bahagian kena ikhlas. Bila anak buah buat program jangan dok ingat nak anak buah planning nak lawan dia, lepas tu cantas. Kalau terasa anak buah macam nak lawan, kena giatkan usaha dan program. Baru lah UMNO ada banyak aktiviti. Baru boleh cerita nak tawan WP.

Anonymous said...

Ketua2 bahagian jangan pandai cakap sahaja buat lah kerja dan majukan Bhgian.Berilah jawatan yg penting kpd mereka yang telah menunjukkan contoh kepimpinan melalui teladan,kehebatan Syed Ali cukup pandai bercakap,tetapi menyuarat perhubungan negeri WP dia tak pernah hadir sdgkan beliau adalah Ketua Bahagian Cheras,ini bermaana dalam UMNO semuanya bolih,kalau dulu Syed Ali Bolih...apakah dg beliau menyandang jawatan Setiausaha Perhubungan WP yg baru akan berlaku banyak yg bolih.. kita sama-sama tunggu dan lihat

Anonymous said...

Apsal...yang duk hentam Pak Syed ni..saya bukan org Umno..tapi saya suka juga nak dekat dengan umno..Pak Syed saya lihat banyak buat kenyataan akhbar..nampak ketegasanya..yang lain tak nampak pun...kalau cam ni saya terpaksa berfikir dulu nak join ke ridak..??

Anonymous said...

saya setuju,banyakkan kenyataan akhbar tanda ketegasan.Banyak sangat kenyataan akhbarlah org respon.....bukan hentam

Anonymous said...

askum.. org UMNO skrg ni jgn banyak cerita jer, buat la kerja masing2 d bhgn.. pengundi muda dewasa & veteran melayu, cina & india dah muak dgn isu2 politik hari mereka dah meluat serta benci.. MCA - cina, MIC - india.. mereka cina tetap cina & india tetap india.. yg melayu lagi huru hara PR ada, PAS ada, DAP ada, Gerakan ada, UMNO ada pun yg byk main.. BN/UMNO jgn jadi siluncai terjun dgn labu2nya atau yg dikendong berciciran, yg dikejar abuk pun tak dapat..

Anonymous said...

Saya baru berjinak dgn UMNO, malangnya saya lihat banyak sangat kekalutan dalam memberikan pendapat, dah lama saya perhatikan banyak yang kondem Pak Syed dari Cheras..kenapa..?? kita kena cari orang berani bersuara cara terbukan buka bersuara kutuk sesama sendiri...so saya akan buat keputusan sama ada terus join UMNO atau...terus tenguk..Saybas Pak Syed dan Tahnian Menteri Wilayah yang baru..yang benar masih Parti chop Kunci..!!

Anonymous said...

Saya lagi setuju bebenor dgn cara Pak Syed ini. Kenyataan akbarnya emang nye byk yg betol walau pun kekadangnya kedengarannya amat berbisa dan pedih tetapi faktanya ada. Boleh dibilang dgn jari pemimpin yg berani cam Pak Syed sorang ni.

Bukan cam sesetengah pemimpin tu smua depan big bos sanggup kate beri sokongan padu lah, berdiri di blakang lah entah ape2 lagi walaupun sesuatu perkara itu emangnye tak masuk dek akal. Apa pasal coz smuanya ampu bodek dan nak play safe belaka, takuut tak masyuuuuuk...

Tapi bila pemimpin tu dah tak de jawatan, semua corner baring 360 darjah..

Pak Syed inilah antara pemimpin yg dilihat tak kejar jawatan, tak utamakan kepentingan diri dan tak syok sendiri .

Ape yg disandangnya sekarang atas keizinan DIA YG MAHA ESA dan bukti kepercayaan pemimpin atasan dan bawahan terhadap ketelusan dan kejujuran cara Pak Syed itu sendiri...

SKINHEAD said...

ASSALAMUALAIKUMM.....KALAU NAK RAMPAS BALIK PARLIMEN DI WP...KETUA2 BAHAGIAN YG BARU JGN LAH SOMBONG DGN AHLI2 YG BAWAH...MESRA LA DGN DGN ORG2 BAWAH....UMNO NI DAH NAMPAK SEJUK...KALAU KETUA2 BAHAGIAN LAGAK N SOMBONG....HANCUSSSSSSSSSSSS LA PRU AKAN DATANG...LU ORG PIKIAQ LA SENDIRI.

Anonymous said...

Kalau seluruh warga UMNO bersatu padu bersatu hati,..tak payah perli sana perli sini, saya rasa akan ada meningkatan tapi kalau orang Macam Pak Syed depa duk kutuk sedangkan boleh bilang dengan jari berapa org tokoh UMNO WP yang berani bersuara terbuka tentang isu2 semasa..tapi Pak Syed tetap mendahulu yang lain bersuara, untuk itu perlulah kita bersama-sama akur dengan naluri kehidupan..tak semua manusia itu sempurna...yang benar wak anti komunis syabas Pak Syed...

Anonymous said...

Nak rampas semula WP perlu undi Rakyat 100% tapi macamana rakyat nak undi BN bila terlalu banyak PATI yg dapat kemudahan sedangkan rakyat dipaksa tolerate dgn PATI ni !!!

Contoh - d Cheras, kami complaint kpd polis tentang rohingya yg bermasalah tapi kami pula di suruh terima jelah cara hidup mereka yg suka bergaduh, meminta sedekah tapi pakai astro, membaling dompet kosong kekawasan kami dan banyak lagi masalah yg mereka timbulkan.

Kalu menteri WP tak selesaikan masalah ini, terima jelah keputusan PRU13 nanti.

Anonymous said...

Harus lah di fikirkan fungsi cawangan cawangan di dalam Bahagian. Cawangan Umno mesti lah di perkasakan dan seharus nya bergerak,bukan hanya sekadar sebagai alat untuk menaikkan atau mempertahankan kedudukan seseorang yang mempunyai agenda peribadi.Ketua ketua bahagian mesti mempastikan cawangan yang ada mesti betul betul berfungsi di satu satu kawasan.Tidak bolih lagi ada istilah cawangan bunian atau sebagai nya.Apabila cawangan ini benar benar wujud dan berfungsi maka dengan sendiri nya Umno akan berfungsi di kawasan tersebut.Ketua cawangan mesti lah daripada orang yang di kenali atau di hormati di kawasan tersebut.Ketua ketua cawangan ini mesti pula di bantu untuk beliau dapat mempekasakan Umno di peringkat cawangan beliau.Suara dan keluhan mereka mesti lah sentisa diperhatikan olih pihak atasan Bahagian atau seterus nya pihak Perhubungan.Saya rasa perubahan seperti ini dapat membantu sedikit sebanyak untuk Umno Wilayah merampas kembali kawasan kawasan yang terlepas ketangan pembangkang.

Amran Mamat said...

Salam perkenalan.
marilah kita kongsikan pengalaman untuk pastikan apa yang kita perjuangkan menjadi realiti.

Jika kelapangan masa; sila layari www.amranmamat.blogspot.com untuk mendapat rempahratus terkini.

wasallam.

Anonymous said...

ramai orang cheras yang bagi komen kat dalam ni...orang-orang yang bakal hancur kan umno dengan cerita-verita yang enak

Anonymous said...

aku tgk dlm byk2 ketua bahagian, ketua bahagian batu paling sombong sekali.aku dok kt batu dulu sokong sgt die ni lwn ngan dato yusuf hamid tp skg eksyen berlagak cm dh bsr sgt.geram btul.dh la dulu mintk sokongan kita akar umbi tp last2 tgk cm xble pki je.nyesal aku sokong die..belagak!projek!main golf!minum kedai kopi!..cm xkena la jd KB.Tp aku puas tgk PEMUDA BATU byk benda yang dh wat..POTENSI dlm AJK PEMUDA aku nmpk cm Am(Tmn Melewar),Fakhrul(IKS),Gulam(PKNS),Champ(BBSA 1A),Is(Suajaya)..Bad aku xpasti..

Anonymous said...

Buat orang baru dalam UMNO...
Saya pun orang baru jugak...
Tapi ....
Kita berjuang demi bangsa...
Bagus juga anda tau ada kekalutan...
Sekurang- kurangnya itu antara menampakkan perjuangan...
Kalau tak bergolak salah...
Tak ribut pun salah....
Kita ni manusia lumrah ada persaingan
MANA2 PARTI PUN SAMA JUGAK...
MEREKA BERGOLAK
TAPI UAT2 GELAK
LU PKIR LA SENDIRI K... Salamz