Saturday, May 23, 2009

RAJA NONG CHIK vs DR LO' LO ; SAYA DAH MINTA MAAF KATA RAJA NONG CHIK ; HINA KAUM WANITA KATA DR LO' LO ; RAJA NONG PULA JADI BAHAN BERITA PANAS !

KUALA LUMPUR -- " I turun everwhere takkan nak bagi tau you semua. Ni saya nak pergi tandas, takkan nak bagi tau you, you nak ikut ker ". Kata - kata inilah yang telah menyebabkan kemarahan kepada Ahli Palimen Titiwangsa Dr. Lo ' Lo Ghazali terhadap Menteri Wilayah Persekutuan yang baru Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Tidak sampai pun dua bulan lagi dilantik Menteri Wilayah Persekutuan yang baru Datuk Raja Nong Chik yang dilantik menggantikan Datuk Seri Zulhasnan Rafique melalui tiket Senator, yang juga Ketua UMNO Lembah Pantai telah menjadi bahan berita panas. Namun apa yang dikatakan oleh Raja Nong Chik pula , mungkin tidak sengaja dan beliaupun telah minta maaf kepada Dr Lo' Lo secara peribadi.Namun, Dr Lo 'Lo tak puas hati dan mahukan ianya dibuat secara terbuka.
Kenyataan tersebut kata Lo' Lo menghina kaum wanita. "Saya merasakan kekesalan saya atas sikap Menteri Wilayah Persekutuan Senator Datuk Raja Nong Chik yang sangat tidak menghormati Ahli Parlimen. malah biadab terhadap wanita", katanya. Sila klik-mStar Online : MP Titiwangsa dakwa kenyataan Menteri Wilayah "hina" wanita , untuk baca berita selanjutnya.
Sementara itu , Lo' Lo berkata Raja Nong Chik telah meminta maaf kepadanya secara peribadi tetapi beliau mahu Menteri berkenaan berbuat demikian secara terbuka kerana ramai orang mendengar kata - kata tersebut.
Selain mempertikai Raja Nong Chik, Lo' Lo memuji bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique yang disifatkanya jauh lebih matang, berhemah dan sering bersikap profesional" terhadap beliau dan ahli - ahli Pakatan Rakyat di Wilayah Persekutuan. Sila klik DISINI
Laporan Malaysia Kini pula menyebut , Raja Nong Chik dipetik berkata - beliau telah meminta maaf kepada Lo 'Lo pada hari kejadian , kelmarin sewaktu lawatan di pasar baru di Kampung Datuk Keramat.
" Sebagai orang islam saya telah meminta maaf kepada beliau. Tetapi saya dimaklumkan Dr.Lo' Lo kata ia tidak iklhlas. Bagaimana dia tahu hati saya? kata Raja Nong Chik. Sila klik DISINI , untuk baca komenya.
AHHH, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M.Saravanan pula berkata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik tidak perlu memaklumkan kepada Ahli Parlimen sebelum beliau melakukan lawatan mengejut ke sesuatu kawasan. Sila klik DISINI komen Saravanan di Bernama." Jangan politikkan isu ini dan hentikan retorik seperti ini " , katanya.

9 comments:

Anonymous said...

Jangan layan Dr. Lo Lo tu. Buat kerja ajelah, Dr. Lo Lo tu nak tumpang tui aje Dalam Sinar, dia kata, dia yang settlekan masalah Keramat Mall. Tak tau malu langsung

Anonymous said...

Jangan layan Dr. Lo Lo tu. Buat kerja ajelah, Dr. Lo Lo tu nak tumpang tui aje Dalam Sinar, dia kata, dia yang settlekan masalah Keramat Mall. Tak tau malu langsung

Anonymous said...

Mcm2 hal !

Anonymous said...

Tok Raja nak lah banyak bersabor melayan kerenah pembangkang ni.Mereka akan mengunakan apa juga alasan untuk memburukann imeg kerajaan. Lain kali jangan dilayan sangat cakap pembangkang ni buat aja kerja tunjukan yang Tok Raja ni mesra raayat bukan nak main politik saja.Bagi orang Melayu penerangan yang UMNO lah satu satu nya benteng mempertahanan hak Melayu di bumi Malaysia ni.

Anonymous said...

Hiduop Datuk Raja!!!Teruskan kerja mu. Rata-rata rakyat di Kg Baru ni sudah mula menyokong kepimpinan Datuk!!!!Pedulikan dia

kena hon said...

Memang tak de tokoh wakil rakyat berhemah pun Lo'Lo'. Aku kena hon dengan kereta merc dia kat Jalan Masjid India macam orang tak de tamaddun. Hanya kete aku double park kejap nunggu orang. Memang tak mesra rakyat punya wakil rakyat tak de imej Islam. Boleh jalanlah kau.

Datuk Raja ambik hati orang Kg Baru tu, pasti setel masalah Melayu kat tempat lain.

anak jati jalan Raja Tun Uda said...

Iya Datuk Raja, ambillah hati kami di Kampung Baru, martabatkan kami, disinilah formula sokongan Melayu macam 1946 dulu. Semangat itu pasti berulang lagi PRU13 nanti sekiranya Datuk Raja pandai memainkan peranan. Tahniah. Kami perlu perhatian mu bukan Puncak Baru!

Anonymous said...

Saya dan jiran tetangga di Kg. Baru ni berdiri teguh di blakang Dtk Raja.

Minah pembangkang tu selalu mmg cam tu , klu menteri turun padang dia pun mulalah sibuk .Nak tunjuk dia buat kerjalah konon gaya-gaya mesra rakyat gitu-gitu klu tak bayang pun tak nampak...

Anonymous said...

Bukan main komen puji Zulhasnan. Ada apa2 ke wilayah kini. Maklumlah Wilayah kini diwujud dan control oleh Zulhasnan untuk agenda murahannya. Perangai 786 begitulah.