Wednesday, May 6, 2009

KEKUATAN , KEBANGKITAN DAN KEGEMILANGAN PEMUDA UMNO WP KINI DI BAHU RIZALMAN MOKTHAR SAMAD ; SYED MEHDHAR AKHIRNYA JADI NAIB !

INILAH BARISAN KITA.......
Ketua Pemuda : Rizalman Mokhtar Samad (Bandar Tun Razak)
Naib Ketua : Syed Mehdhar (Cheras)
Setiausaha :Taupik (Wangsa Maju)
Bendahari : Sazali Kamilan (Lembah Pantai)
Ketua Penerangan: Mahadhir (Segambut)
Tahnniah kepada semua - dari Wilayahkini

BERITA SEBELUM INI..........
KUALA LUMPUR 5 Mei -- Sepertimana yang dilaporkan di Wilayahkini sebelum ini , akhirnya Ketua Pemuda UMNO Bandar Tun Razak Mokhtar Samad telah dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang baru setelah mendapat kepercayaan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru Khairy Jamaluddin. Perlantikan Rizalman tidak mengejutkan kerana ramai sudah mula meramalkan perlantikan beliau kerana Rizalman dilihat salah seorang hulubalang KJ di Wilayah Persekutuan yang berani, kuat, kental , ikhlas dan juga gigih dengan perjuangan parti khususnya dalam Pemuda UMNO.
Pada pemilihan Ketua Pemuda UMNO yang lepas, Rizalman berkempen dengan terus - terang untuk memastikan kemenangan KJ, malah Pemuda Bandar Tun Razak juga mencalonkan nama KJ untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Rizalman juga dilihat sebagai , salah seorang Ketua Pemuda yang berpengalaman untuk memimpin Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan , setelah Datuk Norza Zakaria.
UPDATE terkini....

Sementara itu, Ketua Pemuda Cheras Syed Mehdhar Syed Abdullah pula telah dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO WP yang baru. Kini gandingan Rizalman dan Syed Mehdhar dipertanggungjawabkan untuk mengembalikan semula kekuatan pemuda UMNO di Wilayah Persekutuan.
Kini Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dilihat sebagai sebuah negeri yang kuat dimana enam wakil dari Wilayah Persekutuan telah berjaya memboloskan diri pada pemilihan Pemuda UMNO untuk jawatan Ecxo Pemuda UMNO Malaysia.
Memang tidak dapat dinafikan, nama Pemuda UMNO WP sedikit tercemar dibawah kepimpinan Datuk Norza Zakaria sebelum ini khususnya sebelum dan selepas PRU yang ke 12. Kini 10 buah bahagian di Wilayah Persekutuan telah memperlihatkan kepimpinan baru di peringkat Pemuda.Kita berharap, Pemuda WP akan bangkit selepas ini.
APA PANDANGAN ANDA ?

31 comments:

Anonymous said...

Tahniah bro...Semoga Pemuda Wilayah terus maju dan suksess...

Anonymous said...

TAHNIAH RIZALMAN..PILIHAN YANG AMAT TEPAT..MOGA TERUS MAJU DAN BERJAYA

staff flamengo said...

hancur la jawabnya...ada info kata, pertemuan PW dengan KJ di hotel flamengo penuh dengan usaha 'minta projek'...betul ke?

Anonymous said...

Tahniah kepada Ketua baru Pemuda Wilayah.

Diharap Ketua Pemuda baru memakai pemikiran paradigma baru; tidak gentar berkerjasama dan berganding bahu dengan rakan-rakan komponen parti BN demi menaikkan nama BN.

Anonymous said...

Cukup cukup la kita menyeksakan KJ n the gang... sekarang ni masa nya dah tiba untuk perkuatkan umno itu sendiri bagi melawan pembangkang,,, kj dah cukup menderita sekarang ni kerana Tun Lah dah expired, MT tidak dilantik, kabinet pun sama...
Jadi sekarang ni kita sebagai ahli umno tak kira muda,tua,veteran kena sahut dan bergandingan bersama untuk menelan tohmahan dari pembangkang...

syed ali said...

tahniah dn syabas kpd joe,,,moga amanah ini dpt digalas dengan ikhlas,,
Naib-syed mehdar
Psu-taupik
Penerangan-mahatir
Bendahari-sazali.
Ni line up bru pemuda wilayah..yg paling aku suke si anak dugong yg pade awal2 lepas kj menang bersumpah xnak ambik tau pasal pemuda negeri,,tau 2 dpt naib.....ni lah politik org cheras,,bkn berjuang pasal bangsa,,tp pasal perut.....

PEMUDA UMNO BATU said...

Moga Pemuda Wilayah akan lebih berani, gigih dan yang paling penting ikhlas dalam menjalankan tanggungjwab.memandangkan saudara penyokong kuat KJ kami di akar umbi mengharapkan saudara berusaha membersihkan nama CHIEF pada pandangan rakyat.Pemuda UMNO sudah terpalit dengan RASUAH dengan ketuanya terang-terang bersalah diatas politik wang.CHIEF di anggap liabiliti UMNO, jadi bisik2 kan lah ditelinga CHIEF supaya bertaubat,rendah diri,wasatiyah.semoga apa yang dibuat diterima rakyat.Kerja berat menanti.Jika PRU 13 kalah lansung habis tergadai.Habuk pn tadak.

Renung2kanlah....

Aki Seputeh said...

Tahniah Rizalman..! Keputusan yg memang sudah dijangka. Siapa jadi naib ketua pemuda negeri?

pp p118 said...

maaf ler, tapi nampak mcm ada 'sentuhan lama' dalam pemilihan ni...aku pun dgr cerita kp2 bahagian minta projek masa jumpa dgn KJ...

steady Norizan (KP Kepong) yang sanggup meninggalkan majlis sebab malu dgn sikap kawan2 lain...

inilah yg kita nak...jangan jd KP hamba projek...

syed bodeki pun lantik juga...hmmm memang hampeh la jawabnya

Anonymous said...

Nak bersih nama chief? Susah woh! Sendiri buat sendiri tanggung! Pandai-pandai lah wat muka tebal. Nak menang sangat. Mungkin dia dah berjaya kaya, aku sedikit pun tak heran. Rezeki masing2, pandai2lah cari!

Anonymous said...

AKUM.. SYABAS & TAHNIAH KEPADA RIZALMAN D ATAS PERLANTIKAN KETUA PEMUDA WP.. TETAPI KALAU LA SI SYED MEDHA DARI CHERAS TU LA NAK D LANTIK NAIB NYA BERHATI2 LA SIKIT DGN ORANG GEMOK BOTAK TU.. BUKAN BOLEH PAKAI PUN, DIA SPESIS BYK MAIN.. JGN CEPAT PERCAYA DNG DIA TU..

Anonymous said...

Azniee KP Batu xda jawatan ke???xpela apa2 pn kami pemuda KEPONG sgt respect dgn saudara kerana lantang bersuara serta berani.Harap Sdr Azniee Abdullah terus memartabatkan UMNO Batu seterusnya merampas kembali BATU dari tangan pembangkang.

Salam Ikhlas dr PEMUDA UMNO KEPONG

Anonymous said...

Alamak jentera Dato Mukhriz xda yang terpilihla...xpe nasb baik TITIWANGSA ada...hehehe

Razlan said...

Salam Sahabat semua,

Terima kasih kerana ramai yang memberi komen dan mengambil tahu tentang perkembangan Pemuda Negeri WP.

Ada yang komen baik dan ada yang kritis didalam memberi semua pandangan, walaubagaimana pun pada pandangan dan pendapat saya, kita perlu melupai pergolakan sebelum ini.

Semua mesti bergerak kearah positif dan janganlah kita mengadu domba dan melontarkan isu-isu yang boleh melaga-lagakan pemimpin.

Saya percaya semua yang dilantik dan semua KP Bahagian di WP sudah matang dan hari sudah melupakan segala sengketa sebelum pertandingan.

Yang utama hari ini, kita mesti bergerak untuk menguatkan PEMUDA BANDAR. banyak lagi kerja-kerja yang perlu kita lakukan demi untuk menarik minat generasi muda dibandar.

Jesteru itu, eloklah kita jadikan gelanggan ini untuk berhujah demi kebaikan daripada kita lebih ke arah kutuk mengukut.

Saya percaya, semua yang ada didalam ini sayangkan UMNO dan mahu melihat kita masih memerintah dimasa akan datang, jesteru itu jangan kita jadi sebahagian dari rintangan kepada perjalanan politik yang sudah tersurat di Pemuda UMNO Negeri mahupun Malaysia.

Salam Perjuangan ....

Anonymous said...

selagi kj dan tali barut masih bernyawa dalam umno... kira nak mati dah umno...

jom sokong pas...

7barisKeramat said...

Salam,
Cuma nak tumpang tanya apa dah jadi ngan KP seputeh yang dikatakan
begitu bijak memberi cadangan yg bernas tapi takde langsung dlm line up, boleh sesape tolong bagi jawapan.

Anonymous said...

Idup Norizan!!!!

Yela sanggup tinggalkan majlis di flamingo tempoh hari semata-mata kerana KP-KP mula mintak project macam-macam.Inilah baru pejuang.Baru nampak belang KP-KP Wilayah!!!..Mintak tlg jgn jahanamkan PARTI UMNO & ORANG MELAYU...Kami di akar masih sayangkan UMNO..

MASIH SAYANG UMNO said...

Salam Perjuangan,

Betul apa yang dikatakan Razalan KP Seputeh.Tetapi kalau kita tengok KETUA pun perasuah, mcm mane kita nk perkuatkan PEMUDA BANDAR.Suara rakyat xnk kita endahkan,kehendak rakyat kita ketepikan.Bagaiamana nk perkasakan PEMUDA BANDAR.Semua project menjadi pegangan KP2 Wilayah.Sedih.Pandangan sya jika hendak perkasakan PEMUDA BANDAR ini biarlah diteladani melalui contoh KETUA nya.Buktikan yang KETUA tidak korup, project. Barulah PEMUDA boleh diperkasakan.Untuk pengetahuan saya ada berjumpa salah seorang AJK PEMUDA UMNO Batu yang juga merupakan Risikan Unit Gerak Saraf Institusi Strategik Malaysia(nama tidak boleh di dedahkan)menyatakan kecenderongan PEMUDA tidak lagi berminat menyertai UMNO adalah di sebabkan beberapa faktor iatu KETUA PEMUDA UMNO M'sia,Sikap Pemimpin yang tidak mesra,isu nasional yang tidak mampu dijawab oleh pemimpin UMNO & sikap politisan yang melampau.Ini merupakan 'major' faktor kepada lemahnya PEMUDA masa kini meminati UMNO.

Saya suara di akar umbi meminta KP-KP Wilayah berubah dahulu sebelum mahu anak-anak muda ini berubah.Minta jangan sekali-kali perjudikan nasib Agama & Bangsa.PEMUDA masih sayangkan UMNO.Tolong lah jgn 'menjarakkan' diri anda dengan golongan muda.Tari kembali dengan car yang 'halus' bukan dengan cara yang 'kasar'....fikir-fikirkanlah saudara semua.

Tlg sampikan salam kepada KJ, tlg katakan kepada beliau, beliau sebenarnya dibenci oleh rakyat.Jd beliau harus melakukan sesuatu 'extrordinary' bg membuktikan sebaliknya.

Anonymous said...

Tahniah rizalman dan lain lain...kami berharap anda bersama Sdr KJ akan memperjuangkan nasib kami. Kami percaya dengan sepenuhnya.

Anonymous said...

hancur lah umno. dah sah kj terlibat dalam rasuah tapi menang juga. nampaknya sudah tiada lagi pemimpin tulen dalam umno sebagai pelapis. tapi tak pa.. kaki bodek, kaki kipas, kaki ampu ramai lagi membantu kj dalam umno.

kepada pejuang tulen tahniah buat anda. anda telah menunjukkan bahawa anda tidak boleh dibeli....

norizan tahniah.

idham yaser kan tak sokonh kj.....
hahahahahaha

Shamanuar Seputeh said...

TAHNIAH Kepada Saudara Rizalman dan semua ketua pemuda BHG yang dilantik menjadi jawatankuasa pemuda negeri.Tidak lupa juga kepada exco2 pemuda dari wilayah yg terpilih menjadi exco pemuda umno malaysia.

Sokong ke tak sokong KJ,MM,KT .. semua sudah menjadi sejarah ..
Sekarang ini masa untuk membuat kerja untuk menguatkan kembali parti keramat yang dikatakan sudah tidak relevan.
Amat menyedihkan sekali apabila memngetahui ada KP-KP bahagian yang meminta projek,harap2 berita fitnah semata-mata.Jika benarlah apa yg dikatakan.Alamat tidak baik tu.Yang akan menjadi mangsa adalah parti.

Kepada KP2 bahagian yg terpilih untuk pemimpin pemuda dibahagian masing2, sila buat kerja dan tunaikan janji2 anda semada berkempen.

Anonymous said...

Tapi, Syed Mehdzar awal-awal lagi dah kata dia tak akan terima jawatan itu. Dia tak dapat terima perlantikan oleh KJ. Apa dah jadi Beb?

Wah hasil wal hasal, wal jawatan punya pasal. Ada jawatan adalah habuan, Beb!

Cakap tak serupa bikin!

Anonymous said...

Tahniah Rizalman & syed Mehdar. Takziah Pemuda Wilayah.Segerombolan pasukan setiawangnya sedang mengerumuni kotak emas kosong KJ yg sudah tiada kuasa.

Tahniah norizan kepong krn anda sorang sj tau kotak emas KJ tu kosong tak berisi....

Anonymous said...

Kepada semua dah dapat jawatan jangan lupa daratan, hentikanlah kalau nak dengar cakap KJ keparat tu, jangan nak menafikan SALAH SATU SEBAB UMNO HURU HARA NI ADALAH KERANA KJ so fikir-fikirlah sendiri yea............

pemuda risau said...

terngiang-ngiang di telinga suasana di PWTC, 'KJ RASUAH, KJ RASUAH, KJ RASUAH, KJ RASUAH................'. Imej tercalar dalam, kalu scratch kat kete, kesan guris dah makan dalam, tak boleh touch up, kena cat balik! Kalau tak nak cat tukar kereta baru je kalu banyak duit.

Susahlah nak terima bro, nak lupakan sejarah silam yang benar berlaku, terlalu besar kesilapannya. Saya hanya risau pemuda akan berkubur sekiranya bancian/rating dibuat sekarang!

Jin Pakai Toncit said...

Al Kisah tersebut satu kisah di negeri Dugong Berdengung, disebutkan kisah seorang hamba yang telah terkena penyakit misteri yang memaparkan sifat-sifat yang kurang elok dari pandangan halus sesetengah orang.

Segala jenis cara berubat termasuklah cara "bersumpah" dilakukan hamba tersebut untuk menyembuhkan penyakitnya.

Akhirnya penyakit hamba tersebut pun pulih, apabila ditanya hamba tersebut menyatakan beliau sebenarnya "Dikuasai Syaitan" yang menyebabkan beliau mendapat ilmu sumpah tipu,koner-mengoner sesama malah lebih teruk lagi ilmu cakap tak serupa bikin pun hamba tersebut telah lulus ujian pada 25 Mac yang lalu..

Setelah sembuh sepenuhnya dari "Dikuasai Syaitan" ...yang peliknya hamba tersebut diberikan jawatan dalam bab Agama....

Huh.... sapa nak jawab Dei !!!

akula said...

Rizalman ok tapi aku tak suka KJ!! sebab dia lah UMNO porak poranda! aku paling benci orang yang hipokrit. UMNO skg penuh dengan orang yang opportunist esp. dalam pemuda! ramai yang masuk UMNO untuk wang dan projek! seingat aku ramai golongan opportunist masuk UMNO bila KJ jadi Timb. Ketua Pemuda...

so... harap2 pemuda wp tak macam tu lah... Joe.. maruah, masa depan melayu dalam tangan kau. jangan kau jadi macam bapak kau dah la...

Anonymous said...

Rizalman ok,yg naib tu diletak S.Mehdar buat apa,janji kita kpd umno nak ubah cara bekerja,kearah yg lebih baik,S.Mehdar dah Pulon terlalu banyak projek, Melalui D.Norza banyak...melalui D.Zul banyak...tapi bila ditanya dia banyak nafikan yg dia adalah manusia terALIM dikalangan pemuda WP

Anonymous said...

Akula said...Awatnya dengan bapak joe? Saya berharap semua pemuda dapat bersatu kembali tidak kira samada penyokong KJ, Mukriz maupun Khir Toyo...

Anonymous said...

Mukhriz dengan Norizan tu dua kali lima...tak pernah tengok cermin. Takpe nanti hari akhirat Allah bagi cermin sebesar-besarnya.

Anonymous said...

Mukhriz dipilih oleh akar umbi dan RAKYAT untuk menjadi KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA!!!!Dizaman UMNO terkena kencing manis ni perlulah kita potong organ tertentu bukan tggu melarat sampi satu badan.Kalu tak tggu di talkinkn jela.Tp yang dipilih oleh perwakilan adalh liabiliti UMNO paling t'besar dlm sejarah UMNO.Insyaallah Allah akn tunjukkan kebenaran pada perwakilan satu hari kelak.ingt doa merupakan senjata plg hebat utk dibekalkan ke perwakilan oleh akar umbi.moga allah berikan petunjuk.dh rmi pemuda xb'minat nk sertai umno di sebabkan jantan yg bernama KJ.rmi pemuda msh syg kan umno tp disbbkan ada orang cmni merka menjauhkan diri dengan kita.aku sedih sebab aku tgk pemilihan yang lepas penuh dgn permainan duit.

Alah ko ckp srh norizan cermin dulu at least die b'pgg pada amanah & janji die.bukan sesumpah.inilah baru pejuang.berani berubah diimplementasi didalam diri.tidak mementingkan projek semata-mata.itu ptt kita bangga sbb dia ada 'stand' bkn cm KP-KP wilayah yang lain.Sengal!!!!!!

aku nk msk keadilan masih syg kan umno, nk msk pas pn xbole drh pejuang masih dlm diri.2013 confirm aku xpangkah mana2...aku di akar umbi akan memerhatikan gerak geri kepimpinan skrg bekerja barulah akn fikirkan...cube pikir kalo 2 juta pengundi baru berfikiran cm aku..nauzubillah tumbang BN...
tlg la wat sesuatu...kerja biarlah ikhlas...

hidup DATUK HARUN IDRIS!!!!!!