Thursday, April 23, 2009

RAJA NONG CHIK PENGERUSI BARU UMNO WP ? SHAHRIZAT TIMBALAN ? ; NASIB KU NAN MACAM MANA ?

KUALA LUMPUR, April 23 -- Setelah pembentukan kabinet baru, kini segala tumpuan tertumpu kearah pembentukan kabinet baru UMNO yang bakal akan diumumkan oleh Presiden UMNO yang baru Datuk Seri Najib Tun Razak esok. Esok, Najib Tun Razak akan mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertingginya yang pertama selepas dinobatkan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
Selain Perlantikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Najib juga dijangka akan membuat perlantikan Setiausaha Agung UMNO, Bendahari , Ketua Penerangan dan juga perlantikan Biro - Biro tertentu. Baru - baru ini Najib berkata, pemimpin pilihan rakyat akan menjadi keutamanya dalam membentuk safnya di peringkat negeri. Ketika ini, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Bendahari Agung UMNO Datuk Seri Azim Zabidi dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP Datuk Seri Zulhasnan Rafique adalah wakil WP di MT.
Pada pemilihan UMNO baru - baru ini, hanya Zulhasnan Rafique yang berjaya lepaskan diri di dalam saingan MT dimana beliau menjadi wakil tunggal MT yang menang dari WP. Manakala Astaman Abdul Aziz mendapat tempat ke 28 manakala Syed Ali Alhabshee pula dapat tempat ke 35.
Datuk Norza Zakaria pula, yang dilantik sebagai Ahli MT melalui kouta Pemuda UMNO Malaysia. Pemerhati politik meramalkan hampir pasti nama Azim akan digugurkan sebagai Bendahari Agung UMNO manakala nasib Tengku Adnan juga dikatakan masih tidak selamat kerana Najib dikatakan bakal melantik Setiausaha Agung UMNO yang baru.
Manakala, Menteri Wilayah Persekutuan yang baru Datuk Raja Nong Chik pula dikatakan akan dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP yang baru menggantikan Zulhasnan Rafique.
KAMARUDDIN AMBOK DIGUGUR ?
Manakala bagi jawatan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan , diantara nama yang menjadi sebutan ialah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang juga merupakan Ketua Wanita Malaysia (Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga) dan Ketua UMNO Wangsa Maju Datuk Shafie Abdullah yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri bagi menggantikan Senator Datuk Kamaruddin Ambok yang juga merupakan Ketua UMNO Segambut. Turut dikatakan meneropong jawatan tersebut ialah Ketua UMNO Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee. Apakah Tengku Adnan akan diberi tanggungjawab menerajui UMNO WP digandingkan dengan Raja Nong Chik sebagai Timbalan ? Tengku Adnan , Zulhasnan Rafique dan Yusuff Mahal merupakan wakil dari UMNO yang menang pada PRU yang ke 12.
Ada pula cadangan supaya Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai UMNO Selangor dan WP secara serentak bagi mengelakkan peperangan "Warlords".

14 comments:

Anonymous said...

pendapat saya peluang terbuka...
Saya menyokong penuh YBM Senator Dato'Raja Nong Chik Bin Raja Zainal Abidin menjadi pengerusi atau timbalan...

Nama YB Dato' Shafie Abdullah wajar di sokong kerana membawa amanat YAB Perdana Menteri...

Keluarnya YB Dato' Kamaruddin Ambok bermakna tamat lah si pengampu yang merosakkan parti.Amin

Anonymous said...

hmmm....siapa pun tak ada wibawa dan kemampuan. baling ajer batu nesan...siapa dapat tangkap; dialah jadi pengerusi perhubungan...senang cerita...

Anonymous said...

setuju kalau dato raja nong chik sebagai pengerusi wp dan dan dato shafie timbalan. tahniah pada Ir Ikhsan Samsudin , Timbalan ketua bahagian yang di pilih sebagai setiausaha politik kepada menteri wilayah. semuga wilayah berjaya di bawah pimpinan dato raja nong chik dan dato shafie.

selamatkan umno wilayah

suarakita said...

Umno Wp harus diberi wajah dan nafas baru dengan meletakkan Raja nong cik sebagai Pengerusi Perhubungan

Anonymous said...

setuju dan setuju janji orang baru.
kami golongan pemuda dah muak tengok orang2 tua dok melobi nak jawatan.... umno dah nak matilah.. tak reti2 ke?

bagi can kat muka baru yang tak melobi. angkat orang2 muda atau orang baru...

ada dengar semua menteri dah hantar resume setpol masing2...
tunggu la sapa dapat esok lusa....

janji orang muda yang boleh buat kerja dan jaga rakyat...

Anonymous said...

Dato Raja Nong chik seorang yang baik dan bijak. kewibawaan beliau dalam umno terbukti. tidak pernah melobi untuk jawatan walaupun beliau seorang ketua bahagian. dah rezeki beliau terpilih sebagai menteri wilayah seharusnya beliau di nobatkan sebagai menteri wilayah.... sesiapa yang dia pilih semestinya hebat seperti beliau juga.... kita terima saja.
semuga beliau dirahmati dalam perjuangan umno..

Anonymous said...

Gandingan Datuk Raja Nong Chik & Datuk Shafie Abdullah merupakan gandingan yg paling mantap & ideal.

aqil

Anonymous said...

Cadangan penalti RM50,000 bagi anggota dewan undangan negeri dan RM100,000 bagi anggota parlimen yang melepaskan jawatan tanpa sebab munasabah adalah satu cadangan keanak-anakan kerana tidak masuk akal kata Timbalan Angkatan Muda (AMK) KeADILan Faris Musa, berikutan kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang yang mahu penalty itu di kenakan keatas mana-mana Adun atau Ahli Parlimen yang mahu meletak jawatan tanpa sebab manasabah.

Apa pandangan???

Anonymous said...

Siapa line up terbaru?

Setiausaha Agong masih Ku Nan, Bendahari Agong Tan Sri Dato'........
Ketua Penerangan - Y.B ......
Setiausaha Kerja - Dato' Raof
Pengerusi Perhubungan Negri W.P - Tan Sri TPM
Timbalan Pengerusi - YM Raja Nong Chik
Setiausaha - Dato' Syed Ali

Anonymous said...

Brother, how about acknowledging The Star when you use its graphics and photos. Thanks.
- Peminat Wilayakini

Anonymous said...

YG LAYAK PENGERUSI BPUWP ADALAH TS MDIN.. TIMBALAN NYA BIAR RAJA NONG.. SU BPUWP ELOK UTK SHAFIE.. TETAPI YANG PENTINGNYA SUA BIAR LA ORANG LAIN, SUA YG ADA SKRG BELIAU LA PEROSAK UMNO DULU KINI DAN AKAN DATANG.. CUKUP LA TAKDE APA PERJUANGAN YG TELAH DIA BUAT SELAMA INI.. DAH DAH LA TU..! !

Anonymous said...

orang UMNO tak akan menghargai orang UMNO,bagaimana mahu bersatu, BN sudah tidak ramai pengikut,UMNO ahlinya terikut2,PAS mencuri pengikut,PKR memecahkan pengikut

Relaks le beb... said...

Alkisah, calon Naib KPUM YB Perak akan dapat tempat di MKT. Betul ker?Kawan sebok melobi. Baik pulak dgn PM la ni.

Anonymous said...

sokong2.. ku nan tuh suh jer balik kampung.... suh byakan amal ibadat