Friday, April 17, 2009

" PENGUGURAN DI BUAT SEBELUM SAYA DI BERI HAK UNTUK BELA DIRI " - SUHAILI ABDUL RAHMAN ; MACAM MANA PULA MASA DEPAN POLITIK SUHAILI SELEPAS INI ?

KUALA LUMPUR April 17--
Selepas 13 tahun, karier politik Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Suhaili Abdul Abdul Rahman yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Labuan tiba - tiba menjadi gelap dan penuh rintangan apabila jawatanya sebagai Ketua Bahagian gugur dengan sendirinya berikutan pendakwaan terhadap beliau di mahkamah baru - baru ini.
" Ia (penguguran) juga di buat sebelum saya diberi hak untuk membuat pembelaan diri", katanya kepada Bernama.
" Surat telah saya terima...surat yang ditandatangani Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor", katanya sambil meluahkan rasa kesal, beliau berkata telah menemui Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dinasihat supaya membujat rayuan.
Suhaili yang juga bekas Ahli Parlimen Labuan dan Pengerusi Perbadanan Labuan berkata penguguran jawatanya itu sepatutnya dibuat hanya selepas dibincang pada mesyuarat majlis tertinggi parti.
Untuk rekod, selepas pemilihan UMNO baru - baru ini, Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang baru Datuk Seri Najib Tun Razak belum lagi mengadakan mesyuarat majlis tertingginya yang pertama.Malah ramai pihak termasuk ahli - ahli UMNO sedang menanti mesyuarat tersebut kerana ianya bakal menyaksikan perlantikan Setiausaha Agung, Bendahari Agung, ahli - ahli MT dan juga Pengerusi Badan Perhubungan Negeri - Negeri.
Pada pemilihan Ketua UMNO Bahagian Labuan yang lepas Suhaili menang bergaya menewaskan Ahli Parlimen Labuan Datuk Yusuff Mahal (penyandang Timbalan Ketua Bahagian) dengan kelebihan 70 undi. Suhaili tidak bertanding pada PRU ke 12 kerana masalah kesihatan isterinya. Namun di bawah naunganya sebagai Ahli Parlimen , Suhaili berjaya menjadikan Labuan sebagai destinasi " duty free" yang tersohor.
Apakah masa depan politik Suhaili akan berakhir disini ? ataupun beliau akan berupaya membuat " COME BACK" ? Wilayahkini cuba mendapatkan komen Suhaili tetapi gagal menghubungi beliau. Kita akan cuba dapatkan reaksi beliau.
Kini jawatan Suhaili akan dipangku oleh Timbalanya Datuk Yunus Kurus. Difahamkan juga kontrak Suhaili sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan juga tidak akan disambung semula.
Tiga hari lepas , Suhaili dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu atas tuduhan kenyataan palsu dan juga tuduhan menipu Bank dalam dua tuduhan yang berbeza.
Suhaili Abdul Rahman juga seorang ahli politik yang lantang bersuara dan disegani di Labuan.

18 comments:

Anonymous said...

Sabar jer Datuk.

budak WP said...

Politik Labuan memang ada saja yang tak kena.Kenapa pula selepas 13 baru nak tangkap? Ada apa - apa ker ?

Anonymous said...

Kesian Datuk Suhaili... bila pulak UMNO ni panggil orang untuk bela diri.. Memang selalunya ambik tindakan dulu masuk surat khabor baru buat rayuan...

Anonymous said...

masa susah siapa pun tak ambil peduli,isterinya terlantar berbulan koma dikatil tak siapa yg nak ambil peduli,berjuang naikkan taraf masyarakat Labuan sehingga cukup dikenali sudah tidak ambil peduli, inilah lumrah Dunia,yang sdg dialami manusia bernama Suhaili,jika kes suhaili ini yg dikatakan menipu bank yg sdg dipaparkan utk kita saksi, bersabar banyak2 Suhaili....

Anonymous said...

Blog baru berkaitan AJK PKR Putrajaya bernama Jamil Kucing di http://jamilismail.blogspot.com

Hantam produk munafik itu cukup cukup

Sungai Dali said...
This comment has been removed by the author.
setinggan-man said...

sabar dato suhaili.. bukan dato sorang jadi mangsa malah banyak lagi. silap sendiri kena la bertanggung jawab. bersihkan diri dulu... buat sementara sabar dan berdoa pada allah.

Anonymous said...

ini semua angkara "budak kuala lumpur2"... suhaili jadi mangsa k2

Sungai Dali said...

Salam. Saya ada terbaca di halaman hadapan Utusan Borneo yg kononnya Dato' Suhaili telah rujuk perkara ini kepada Timb. Presiden dan diarah utk mengemukakan rayuan. Wallahua'lam, kini saya sudah tidak pasti apa yg Dato'Suhaili katakan itu benar atau tidak. Malahan apa benar dia Dato' Suhaili atau Dato'Ahmad Suhaily juga saya keliru? DS atau DAS?
Wassalam.

Anonymous said...

Sungai Dali,Kenapa kesangsianmu perlu dipertikaikan?Adakah Anda meragui Kebenaran di Wilayahkini sebagaimana anda meragui labuankini?Sama ada dia Dato Suhaili atau Dato Ahmad Suhaily..Bukankah kes tu akan di bicarakan??tidak pandai sabarkah menunggu kebenaran di tunjukkan untuk kamu semua?

Anonymous said...

kehadiran Sungai Dali di mana2 laman blog membuat komen bukan untuk membincangkan isu, malah lebih kepada mengapi-apikan keadaan dan bersifat kebudak-budakan. beliau seperti seolah-olah dibayar atau disuruh oleh pihak tertentu membuat komen untuk mengaibkan seseorang dan mengangkat seseorang. biarlah dia terjun dengan labu2nya. orang2 sebegini memang suda ada sejak zaman jahiliah lagi. dia nak tunjuk kejahilannya, kita tengok saja la.

Sungai Dali said...

Salam. Melihat senario politik semasa di tanahairku Labuan, ingin saya meluahkan perasaan sedih dan terkilan. Tidak dinafikan bahawa gejolak politik kini bukan hanya dirasai di Labuan tetapi lebih parah dirasai di peringkat nasional. Kita lihat sahaja keadaan negeri-negeri di Semenanjung misalnya, yg tidak pernah sepi dengan kontraversi dan gimik politik di sana sini.
Di Wilayah Persekutuan misalnya, isu perlantikan Menteri Baru hangat diperkatakan. Kenapa tidak kita redha dengan perlantikan Menteri baru Datuk Raja Nong Chik dan beri peluang kepada barisan kepimpinan baru di WP? Sehinggakan tergamak kita menulis artikel berbunyi : "PERLANTIKAN KABINET BARU; YG MENANG TERCICIR, YG KALAH DIJULANG?" Inilah bukti gaya penulisan FAKTA dibelakangkan, AGENDA PEMIMPIN TERTENTU didaulatkan...

Setahun sudah berlalu, bukan hanya Negara berdepan dengan cabaran kelembapan ekonomi global, malahan hingga ke hari ini negara masih tidak lepas daripada kemelut politik tanahair. Buktinya, akan ada lagi by-election di DUN Penanti P.Pinang kelak. Bilalah agaknya Kerajaan & Pembangkang akan satu hati menyelesaikan masalah yg lebih menghimpit rakyat?
Saya yakin dan percaya tidak akan ada seorang pun Ahli Parlimen atau Adun, baik dari parti Kerajaan atau Pembangkang yg dapat membawa perubahan & pembangunan pesat balik ke tempat masing2 apatahlagi dalam keadaan Negara yg bukan hanya berdepan dengan krisis ekonomi malahan diburukkan lagi dengan krisis politik dalaman negara.
Selaku anak watan Labuan yg tidak lepas ditomah "bersifat kebudak-budakan, dituduh seperti seolah-olah dibayar atau disuruh oleh pihak tertentu membuat komen untuk mengaibkan seseorang dan mengangkat seseorang, malahan didoakan biarlah dia terjun dengan labu2nya" , setidak2nya saya berani tampil dengan kebenaran dan identiti saya. Bukannya menghentam serakah org lain dengan identiti ANONYMOUS? Dasar agen penyebar fitnah, pi mai p mai tang tu...
Apa yg berlaku di Labuan sebenarnya bukanlah sesuatu mendesak kita untuk bertindak. Saya juga percaya bahawa semua yg berlaku sejak kebelakangan ini bukanlah konspirasi politik dan bla bla bla, mcm2 lagi. Jgnlah kita terlalu taksubkan seseorang pemimpin sehingga sanggup merosakkan maruah Agama & Bangsa dengan bertindak mengadakan demo, menyebar fitnah dan juga mcm2 perkara yg boleh melumpuhkan kesatuan ummah di Labuan.
Biarkan Institusi perundangan mengambil tempat dan melaksanakan tanggungwab seADILnya. Apa juga yg boleh kita buat selaku rakyat biasa melainkan berdoa agar segala pertuduhan keatas bekas pemimpin kita Dato' Suhaili atau Dato' Ahmad Suhaily sekiranya tidak benar gugur dan yakinlah bahawa kejayaan akan bersama pihak yg benar. Ini saja cara kita utk membalas jasanya selaku pemimpin terdahulu iaitu denga berdoa. Amin.
Wassalam.

Anonymous said...

nasib la suhaili..sendiri buat, sendiri tanggung ok!

Anonymous said...

"Mesyuarat MKT UMNO Pertama-Penentu Nasib Dato Suhaili"
Berikut adalah kronologi mesyuarat MKT kelmarin menurut sumber dalaman: Seorang ahli MT Datuk Bung Mokhtar Radin mengutarakan persoalan kepada YAB Presiden Parti mengenai status Pengguguran Dato' Suhaili Abd. Rahman sebagai Ketua Bahagian UMNO Labuan. Menjawab pertanyaan ahli MT berkenaan, YAB Presiden UMNO menegaskan bahawa sesuai dengan precedent didalam Perlembagaan Parti, pengguguran tersebut adalaha sah dan keputusan ini adalah mutlak.

Sungai Dali said...

Salam. Saya ada juga terdengar mengenai khabar ini di Labuan. Sekiranya maklumat yg dikomenkan diatas benar, maka cukup setakat ini perbincangan kita mengenai isu tersebut. Diharap agar tidak ada lagi pihak yg masih berdolak dalih dan membuat pelbagai spekulasi yg membawa kepada suasana tidak harmonis dunia politik khususnya di Labuan. Marilah bersama kita buang yg keruh & ambil yg jernih...
Alhamdulillah, kami di Labuan ketika ini sudah mula mengorak langkah kehadapan dengan mengetepikan sebarang bentuk hasutan dan fitnah yg tidak pandai sudah membincangkan hal berkenaan Dato' Suhaili. Meskipun masih terdapat segelintir pihak yg terus coba merosakkah kesatuan ummah Rakyat Labuan, pasti dan pasti usaha tersebut akan menemui jalan buntu, insyaAllah.
Gesaan saya kepada seluruh Warga Wilayah Persekutuan khususnya di WP Labuan, marilah kita bersama berganding bahu membanting tulang dengan meletakkan kepentingan peribadi di belakang dan mengutamakan kepentingan bersama menghadapi cabaran yg lebih menghimpit kita iaitu berusaha memperbaiki tahap ekonomi dan sosial kita didalam mengharungi kelembapan ekonomi Negara semasa. Enough politicking please... Wassalam.

Al-Rashid Zulkefli said...

Salam,

Sokong Sungai Dali di atas!
;p

manja said...

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM PERPADUAN BUAN DATO'SUHAILI.MANJA BERHARAP DATO BERSABAR DENGAN SENARIO DUNIA,TAK ADA SEORANGPUN YANG SEMPURNA DIDUNIA INI TIDAK PERNAH MEMBUAT KESILAPAN TANPA DISEDARI MAHUPUN DISENGAJAKAN.



RENUNGKAN LAH MUTIARA KATA INI SEBAGAI SANDARAN KITA BERSAMA...


ANDAI MATA KITA TIDAK MAMPU MEMANDANG,
MAKA TELINGA KITA AKAN MAMPU MENDENGAR,
ANDAI TELINGA KITA TIDAK JUGA MAMPU MENDENGAR,
MAKA MULUT KITA AKAN BERBICARA,
DAN ANDAI MULUT KITA TAK MAMPU BERBICARA,
MAKA HATI KITA KITA AKAN MERASA ..
PELIHARA LAH HATI NALURI DAN JIWA KERANA HIDUP INI BERFUNGSI MELALUI 3 URAT HATI NALURI DAN JIWA JIKA IANYA KITA ABAIKAN BERMAKNA HIDUP KITA TIADA PENDIRIAN...

SEKIAN SETULUS IKHLAS.
MANJA

Anonymous said...

pengguguran ditarik balik, kini datuk suhaili berstatus 'digantung sementara'. sila baca labuankini untuk maklumat lebih lanjut