ORANG WILAYAH HILANG PELUANG JADI PENGERUSI UMNO WP; MUHYIDDIN JADI PENGERUSI BARU !
Oleh : Wartawan Wilayahkini
KUALA LUMPUR April 25 --
Akhirnya segala spekulasi sudah terjawab dimana pemimpin dari Wilayah Persekutuan tercicir untuk menerajui Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan. Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Pengerusi UMNO WP yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Zulhasnan Rafique setelah 3 tahun beliau (Zulhasnan) menerajui UMNO dan BN Wilayah Persekutuan.
Namun, Datuk Raja Nong Chik yang dilantik sebagai Menteri WP yang baru, yang di sebut - sebut untuk mengepalai UMNO WP, juga tidak mendapat peluang tersebut. Namun Raja Nong Chik boleh menarik nafas lega apabila diberikan laluan mudah umpama "laluan permaidani merah" melalui perlantikanya sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menggantikan Senator Datuk Kamaruddin Ambok. Akhirnya semua orang Wilayah Persekutuan terlepas peluang tersebut. Kenapa ? Banyak sangat konflik dalaman sesama sendiri. Akhirnya yang rugi adalah orang Wilayah juga. Walaupun sebelum ini , Wilayahkini juga ada dengar empat nama diserahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi parti bagi menggantikan Zulhasnan Rafique dan Kamaruddin Ambok melalui "penyerahan memo" tetapi akhirnya semua tak dapat. Nama - nama yang disebut - sebut bakal memimpin UMNO Wilayah Persekutuan ialah Ketua UMNO Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee, Ketua UMNO Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua UMNO Wangsa Maju Datuk Shafie Abdullah yang juga merupakan Setiausaha Politik Perdana Menteri dan Datuk Raja Nong Chik. Antara Shafie Abdullah dan Syed Ali di sebut - sebut akan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi UMNO WP sekiranya Raja Nong Chik dilantik sebagai Pengerusi UMNO WP.
Namun, keputusan MT semalam menyaksikan keputusan yang dramatik dimana - Raja Nong Chik menggondol dua jawatan utama dengan mudah iaitu Ahli MT dilantik dan Timbalan Pengerusi UMNO WP. Syed Ali juga dilihat orang paling kanan untuk menggantikan Kamarudin Ambok. Namun, semua tak jadi.
Perlantikan Muhyiddin tidak mengejutkan kerana terlalu banyak "warlords" di Wilayah Persekutuan. Sampai bila mereka nak berlagak seperti "pemimpin syok sendiri? ", kata seorang pemimpin bahagian dari KL kepada Wilayahkini. Dulu Allahyarham Tun Ghafar dan Tan Sri Mat Taib pernah memimpin UMNO WP dan Selangor secara serentak. Kini giliran Muhyiddin pula. Sebelum masuk ke gelanggang, Muhyiddin sudah tentu dah tahu sepak terajang politik di Kuala Lumpur. Kini bola di kakinya. Pilihan Muhyiddin amat terbaik sekali, kata pemerhati politik di Kuala Lumpur.
Selain Tengku Adnan yang dilantik semula sebagai Setiausaha Agung UMNO dan Raja Nong Chik yang akan menjadi wakil MT dilantik dari WP, sekurang - kurangnya Wilayah Persekutuan dapat tumpang gembira sikit kerana Zulhasnan Rafique berjaya menyelamatkan maruah WP dalam saingan MT dimana menjadi wakil tunggal dari yang WP yang menang daripada 50 calon yang bertanding. Beliau kini menjadi Ahli MT yang menang.Beliau yang juga Ahli Parlimen Setiwangsa , menjadi wakil tunggal BN dan UMNO yang menang di Kuala Lumpur pada PRU 12 manakala Ku Nan menang di Putrajaya dan Yusuf Mahal menang di Labuan.
Kini Wilayahkini dengar pula, ramai pemimpin bahagian dari Wilayah Persekutuan yang sudah mula nak lobi Muhyiddin Yassin bagi jawatan Setiausaha , Bendahari dan juga Ketua Penerangan.
Diharap, Muhyiddin sebagai Pengerusi yang baru akan dapat "go all out" dan periksa yang mana betul dan yang mana salah dalam usahanya untuk memperkukuhkan kembali UMNO dan BN WP.
16 comments:
Salam. Tahniah YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin diatas perlantikan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan. Tahniah kepada Datuk Raja Nong Chik selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO WP yg baru dan Tahniah kepada Dato' Seri Tengku Adnan diatas perlantikan selaku Setiausaha Agung UMNO Malaysia. Saya optimis, barisan kepimpinan baru di WP akan berjaya membawa reform didalam UMNO WP yg mana hasilkan akan dapat kita lihat pada PRU-13 nanti. Buat YB. Dato' Seri Zul, teruskanlah perkhidmatan cemerlang sebagai ahli MT UMNO yg menang dan MP Setiawangsa. Semoga sokongan pengundi di Setiawangsa kembali teguh menyokong Dato' Seri Zul dengan merampas kembali kehilangan kepercayaan pengundi melalui kemerosotan UNDI yg drastik pada PRU-12 yg lalu dikawasan Parlimen Setiawangsa. InsyaALLAH, semoga UMNO terus berjaya membela Agama Islam, Bangsa Melayu dan Negara Malaysia kearah kemakmuran berterusan. Amin. Wassalam.
Assalamualaikum WBK,
Pada hemat saya, tidak usah la bagi jawatan kepada Syed Ali kerana beliau perlu memikul tanggung jawab memperbetulkan bahagian beliau dahulu, khabaran nya semakin teruk kerosakkan dan kerenggangan di UMNO bahagian Cheras itu sendiri. Beliau perlu memikul tanggung jawab memperbetulkan kesalahan yang beliau sendiri lakukan kepada UMNO bahagian Cheras. Majoriti ketua-ketua Cawangan menyepikan diri mengasingkan diri dari program-program bahagian kerana sudah jemu dah mual dengan permainan kotor Syed Ali serta kuncu-kuncunya yang tamak kan pangkat serta segala-galanya.
Renung-renungkan lah demi survival UMNO supaya tidak terus di lempar sejauh-jauhnya oleh ahli-ahli..
Harap YAB Dato Seri Presiden dan Timbalan Presiden UMNO kena ambil jalan tengah yang sebaik-baiknya. Fikir dan renung-renungkan lah perkara yang cuba di bawa oleh ahli-ahli, tak kan bergoyang pokok sekiranya tidak ada angin.. maka buka mata dan minda minta peka kepada apa yang berlaku di UMNO Cheras lewatan ini, kasihailah kami ahli-ahli yang menjadi mangsa.
Sekian Wassallam.
Good reading. The writer gives an insight in kl politics and how others feel about the new umno line up and the measures by some in securing their seats in FT umno. Well, lets hope the new FT umno chief chooses capable candidates to assist him in his quest to win the hearts of the people.
Ini adalah pengajaran kepada pemimpin yang tidak mengambil kira dan turun padang dan tahniah kepada YAB Tan Sri dan Dato' Raja Nong.....
askum... padankan muka masing2 d UMNO WP, pada dulu kini hingga skrg asyik nak cakar mencakar, tarik menarik, fitnah memfitnah, buruk memburukkan & berlaga sesama sendiri akhirnya dapat kdp orang luar.. dahulu en ghafar kemudian mike tyson & kini TSMY.. perkara ini semua boleh la d persalahkan ku nan & syed ali yg tak habis2 menjadi penghasut d WP & UMNO M'sia krn untuk kepentingan peribadi, bukannya untuk ahli UMNO & rakyat.. laga punya laga.., ku nan juga yg kekal.. banyak main & halusss...! ! sedar lah UMNO M'sia siapa dia tu..! ! kah..kah..kah.. kesian UMNO WP...
Mustafa Kamal - Ketua Penerangan UMNO Wilayah.
Lepas ni kerja kena lebih, Najib pun turun padang, takkan Datuk Bandar dan Menteri baru nak tunggu Najib turun baru nak pergi. Jangan sampai Najib check tandas canggih DBKL, tandas awam DBKL, rumput potong ke tak, lanskap berbaja ke tak, longkang sumbat ke tak dah lah. Masing kena checking sendiri dulu!!! Masak, masak...................
apa pun semuanya sudah terjawab,seluruh negara tergamam,kerana apa anak-anak negeri sudah tidak berkeupayaan menjadi ketua...orang luar yang layak memimpin negeri,dari sudut lain Presiden UMNO juga sangat pelik...Kenapalah Naib-naib presiden yg tidak mempunyai pengalaman mentadbir negeri pun diberi tugas untuk menyatukan UMNO negeri...ini bermana anak-anak negeri adalah pemimpin kelas 2.....itulah reality yg sedang dipertuntunkan.Niat awal kononnya utk nak tenangkan keadaan,sebenarnya BALA sdg diundang....
politik di wp dah makin menarik. nak gelak ada nak menangis pun ada. negeri orang lain anak jadi yang jadi kapla tapi kat Wp ni orang luar yang conquer. tak pe lah.. teruskan bergaduh. yang rugi orang melayu gaks. sapa peduli pun.... ???
tahniah umno wp. semua sayap bergaduh last2 orang lain untung. tak per... gaduh lagi pcik2, mcik2, abg2 & kakak!! kami nie tumpang tengok jer. yang rugi bukan orang lain... orang melayu gak. korang bukan peduli pun...
Kat Wilayah ni berapa kerat anak jati wilayah? terutamanya kat KL dan Putrajaya.
Ramai datang dari luar Wilayah.
Wilayah patut berasa bangga kerana Timbalan Presiden UMNO yang menjadi Pengerusi Perhubungan.
Salam...
Umur dah lama, Rumah dah besar umah kecil jer masih belum panggil. Tapi kenape perangai depa ni macam budak-budak, sebab suka melobilah jadi laguni. TSMY yang jadi KPUWP. Saya cadangkan Penggal depan semua KB kita buang jauh-jauh jangan lagi pilih depa ni kalau boleh buat undi tak percaya. kami pun tak percaya kat depa. Tapi suara minoriti mana depa nak dengar or suara Majoriti dah kena beli, lagilah KB tak nak dengar.
Bagus gak amik org luar jadi KPUWP tau ler apa nak sound kat yg dalam asyik bergaduh ajerr ahli pun dah naik muak. meting semua ok tapi cakap ajerr. gerak kerja gagal ni lah puncanya.
So selamatlah WP dari lobi melobi pegilah buat kerja masing2 or pegi belajar balik camne nak tawan WP.
Salammmmmm
kalau di setiawangsa tu masih lagi muka zulhasnan yang bertanding nanti pada PRU12... jgn ingat kami vote tu pasal kami suka dia, tapi kami vote pasal BN.. cubalah letak muka lain ke selain dari dia nih... bosan dah
kasi bersihhhhhhhhhhhhhhhhhh sama dia.....................
Bro, PRU-13 nantilah. PRU-12 dah lepas.... i dont think zulhasnan will be nominated as BN candidate next general election, do you?.
sudah lah yang bagi komen tu pun same, komen dalam blog dia lah macam bagus sangat. bila kat luar alim kucing. Bila dah dapat senyap. bila tak dapat semua orang tak betul. haprakkk punya kaki. cuba bagi komen yg membina, yang jauh kita dekatkan, yg tak sehaluan, kita satukan. baru cantikkk.
Zulkamaridz
Post a Comment