Friday, July 25, 2008

UMNO PUTRAJAYA : 23 CAWANGAN TIDAK DAPAT ADAKAN AGM GARA - GARA TAK HANTAR PENYATA TAHUNAN SELAMA 5 TAHUN ?

Putrajaya ( Wilayahkini ) -- Politik UMNO Bahagian Putrajaya tercemar sedikit ekoran daripada berita yang dikatakan sebanyak 23 cawangan di Bahagian UMNO Putrajaya yang dipimpin oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga merupakan Setiausaha Agung UMNO tidak dapat mengadakan mesyuarat agung masing - masing kerana gara - gara kegagalan mengemukakan penyata tahunan kepada Pendatar Pertubuhan selama lima tahun berturut - turut sejak Bahagian Putrajaya di tubuhkan.Ini merupakan satu kejutan politik bukan sahaja di WP, ketika cawangan - cawangan lain diseluruh Malaysia sedang sibuk bermesyuarat. Ikuti laporan mStar di sini - SILA BACA SELANJUTNYA DI SINI / Laporan di Akhbar Star hari ini yang memetik isu Bahagian Putrjaya !

TENGKU ADNAN MENGAKU TAK HANTAR PENYATA SELAMA 5 TAHUN !

TERKINI -- (25/07/08) Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mengakui tidak menghantar laporan penyata tahunan cawangan- cawangan Putrajaya selama 5 tahun dan katanya masalah tersebut telah diselesaikan minggu lepas dan kesemua cawangan - cawangan boleh mula bermesyuarat mulai minggu ini. Sila baca di mSTAR untuk laporan lanjut.

6 comments:

Anonymous said...

Betul ker ? Sampai begitu? Kalau macam tu UMNO Putrajaya beroperasi secara haram sejak 5 tahun yang lepas? Pemilihan bahagian lepas tidak sah? Ini perkara serius dan kami minta MT ambil tindakan.Dahlah jadi Setiausaha Agung UMNO tapi buat kerja tak ikut perlembagaan di bhgn sendiri.Macam mana pulak nasib UMNO nanti?

Anonymous said...

Ku Nan perlu bertangungjawab dan letak jawatan.Memang cukup memalukan.Apa pulak kata PM dan Tan Sri Muhyddin Yaasin? Kita nak dengar kali ini dari mereka.

Anonymous said...

Begitu lalai? Macam mana nak jaga UMNO Nasional,Kami terkejut dgn berita tersebut kerana bukan setahun atau dua tapi 5 tahun , sejak bahagian Putrajaya ditubuhkan.Inikah cara kita berpolitik.Kalau macam ni hancurlah UMNO.Perangai yang tak boleh di maafkan sama sekali.UMNO WP kena bertindak jugak.

Anonymous said...

tak bule nak salah kan ku nan jek.. ni tanggung jawab setiausaha bahagian... s/u bahagian kenalah amek tahu dan buat keja bebetul.. faham perlembagaan dan lain-lain... di cdgn kan s/u bahagian biarlah orang cerdik sikit...

-sayang UMNO Putrajaya-

Anonymous said...

salam. permasalahan cawangan yg tidak menghantar penyata tisak hanya berlaku di putrajaya shj. mengikut kebiasaan selalunya s/u bhgn lah yg perlu mengumpulkn penyata semua cawangan dan menghantarnya ke umno pusat.
dalam kes putrajaya - 1) adakah s/u bhgn sengaja cuba memalukan bosnya sendiri?
2) adakah ku nan cuba dicabar oleh pihak2 tertentu sehingga perkara ini timbul?
ternyata ada pihak cuba menangguk di air keruh. kesimpulannya kita semua perlu muhasabah diri dan seperti yg saya nyatakan dari awal lagi, pilihlah pemimpin yg benar2 berkaliber dan berketrampilan bukan pemimpin yg cuba naik disebbkn oleh hawa nafsu. matlamat tidak semestinya akan menghalalkan cara.
salam.

Anonymous said...

harap s/u bhg tidak leka atau dibuai mimpi indah atau sedang sibuk bercinta/main asmara dengan bini orang (Bahagian lain ye). Semua orang dah naik berbulu bijik mata tengokkan kelakuan sumbang s/u ni. Sedar2 kan lah diri. Cubalah elakkan dari berlaku di Bahagian kita.