Friday, July 18, 2008

POLITIK UMNO WANGSA MAJU : SAH - ASTAMAN , ZAINAL DAN SHAFIE BERENTAP JAWATAN KETUA BAHAGIAN !

Kuala Lumpur ( Wilayahkini ) -- " Saya akan mempertahankan jawatan Ketua Bahagian yang saya menangi tanpa bertanding pada tahun 2004" kata bekas Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Astaman Abdul Aziz dengan penuh yakin. SILA KLIK DISINI
Sepertimana yang dilaporkan oleh Wilayahkini sebelum ini beberapa kali , selain Astaman , Pemangku Ketua UMNO Bahagian Datuk Zainal Nazeri dan Naib Ketua Bahagian Datuk Shafie Abdullah juga akan mempertaruhkan nasib mereka untuk jawatan Ketua Bahagian. UMNO Bahagian Wangsa Maju yang mempunyai 43 cawangan dijangka akan mencalonkan Astaman, Zainal dan Shafie untuk jawatan Ketua Bahagian.Wilayahkini juga difahamkan , penampilan semula Astaman kali ini di lihat akan memperhebatkan lagi pemilihan jawatan Ketua Bahagian pada bulan Oktober nanti.Astaman dikatakan mempunyai kelebihan berbanding dua calon yang lain. Beberapa cawangan dikatakan sudah bersedia untuk membawa kembali Astaman.

2 comments:

Anonymous said...

Walaupun Astaman menag tanpa bertanding pada 2004, namun Jawatan tersebut jelas berlakunya gejala najis POLITIK WANG... dan buktinya dia telah dihukum...

Cawangan-cawangan yang berkaitan yang hendak menyokong Astaman dah fikir habis-habis ke belum untuk mencalonkannya.

Dah tentu Astaman adalah pemimpin yang korup... masih boleh dipilih ke...

Kalau terpelilihlah sah... sah.... sahhh. orang Wangsa Maju buta...

Lu pikir la sendiri.....

Anonymous said...

Demi Bangsa Melayu ... pilih lah Pemimpin yang menitikberatkan pembangunan melayu itu sendiri .. Astaman calon yang baik untuk org melayu wangsa maju dan Datuk S juga hebat orgnya dalam memperjuangkan bangsa melayu...pilih lah dengan tepat ... jangan tersalah pilih...