Friday, March 28, 2008

SURAT TERBUKA UNTUK WEE CHOO KEONG !


Salam sejahtera kpd YB Wee Choo Keong.Salam perpaduan dan perjuangan.Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan tahnniah diatas kemenangan YB di Wangsa Maju walaupun dgn majoriti undi yang kecil iaitu sebanyak 150 undi walaupun juga YB bukan orang Wangsa Maju dan bekas Ahli DAP yang bertanding diatas tiket PKR.

Pengundi di Parlimen Wangsa Maju termasuk kami dari UMNO menyokong YB kerana beberapa sebab termasuk mantan Ahli Parlimen Wangsa Maju - Datuk Yew Teong Look langsung tidak mempedulikan orang melayu dan india.Sikap ke apekanya bukan sahaja membuatkan orang UMNO begitu tidak puas hati denganya malah parti -parti komponen yang lain KECUALI MCA tidak berapa suka dengan caranya.Dahlah UMNO marah kerusi parlimen Wangsa Maju diberikan kepada MCA pada tahun 2004 selepas persempadanan semula kawasan piliharaya dimana Ahli Parlimen Wangsa Maju Datuk Zulhasanan Rafique ( 1999 - 2004) dipilih bertanding di Setiawangsa, Parlimen baru pada tahun 2004.

Untuk pengetahuan YB, kawasan Parlimen Wangsa Maju memang merupakan kubu kuat PKR sejak tahun 1989 setelah Anwar Ibrahim disingkirkan TETAPI Wangsa Maju sentiasa menjadi kubu kuat BN kerana rakyat Wangsa Maju menghormati segala jasa yang dicurahkan Zulhasnan kepada rakyat di Wangsa Maju apabila beliau mula dipilih menjadi Ahli Parlimen Wangsa Maju pada tahun 1999.Malah Zulhasnan menewaskan jaguh ternama Keadilan ketika itu Marina Yusuff.

Malah pada pilihanraya tahun 2004, masyarakat Wangsa Maju sekali lagi memilih BN dan calon dari MCA Yew Teong Look kerana faktor Zulhasnan Rafique.Pembangunan Wangsa Maju termasuk pembinaan Pusat Penjaja Danau Kota yang pertama, masalah setinggan Kampung Pasir Setapak, Pembinaan Masjid di Melati,Pembinaaan Pusat Komuniti, Penambahbaikan padang, Penubuhan Majlis Permuafakatan Surau dan Masjid yang pertama di Malaysia dan banyak lagi.Dalam tempoh masa 5 tahun banyak jasanya kepada kami.Walaupun beliau bertukar kawasan beliau tidak lupa dengan kami, beliau tetap membantu kami dari masa ke semasa sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Timbalan Menteri WP sebelum itu.Beliau merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan bukanya ahli politik yang suka main politik.Malah Yayasan Amal Wangsa yang ditubuhkanya pada thn 1999 - banyak jasanya kepada kami.Malah kami tidak pernah menentanganya kerana kami hargai jasa dan bantuanya.Kami bukan jenis manusia kacang lupakan kulit.Malah kami sedih apabila bertukar kawasan. TETAPI polimik dalaman di UMNO Bahagian Wangsa Waju yang membuatkan kami kecewa.BN Wangsa Maju lemah sehingga jadi kandang babi. MIC Wangsa Maju bagaikan rumah tanpa bumbung.Bukan itu sahaja, pemecatan Ketua UMNO Bhgn Wangsa Maju Datuk Astaman Abdul Aziz kerana politik wang setelah lompat kawasan, permainan politik Pemangku Ketua Bhgn , Datuk Zainal Nazeri, sikap Ketua Pemuda Bhgn Dato Norza Zakaria yg lebih dikenali sebagai pemimpin racun serangga, ke egoaan Datuk Shafie - Naib Ketua Bhgn merangkap Set Pol TPM telah meghancurkan masa depan UMNO di Wangsa Maju dan ahli - ahlinya.Mereka semua hanya suka bermain politik sehingga masalah rakyat tidak dijaga.Malah Datuk Norza Zakaria yang hanya glamour dgn panggilan Ketua Pemuda WP dan ahli MT- maaf Ahli MT yang dilantik dari kuota Pemuda.Bahagian sendiri pun tak dapat jaga sehingga Pemuda UMNO Wangsa Maju membawa undi tak percaya kpd Norza Zakaria tetapi dia pulak dah bermimpi untuk jadi Ahli Parlimen di Bukit Katil - Melaka.Akhirya dia hanya dapat katil.Berucap sehingga dewan Danau Kota pun nak pecah ketika merasmikan gerak gempur BN WP , persoalanya mana pergi diri dia dan pasukan gerak gempurnya semasa pilihanraya ? Semua hilang.Kami akan emel kepada Wilayahkini mengenai si Norza ini kemudian.Harap dapat siarkan. Perkara inilah yang membuatkan kami marah dgn BN dan UMNO.Kami menyokong YB kerana kami harap sangat harap akan ada pendekatan yang berlainan selepas ini tetapi kami amat sedih kerana YB juga mula main politik dengan meminta Menteri WP - Datuk Seri Zulhasanan Rafique letak jawatan dan menuduh beliau sbg Menteri Undi Pos.
Beliau juga menang melalui proses demokrasi dan dilantik sbg Menteri WP.Suka tak suka BN memerintah di Persekutuan sepertimana pembangkang memerintah di Kelantan, Perak, Penag, Kedah dan Selangor.
Kami berharap YB janganlah main politik.Kami harap YB lebih kerap turun padang dan jumpa kami.Banyak masalah di sini. Sejak dipilih berapa kali YB dah turun padang? Jgn menghampakan kami.YB jangan lupa bahawa YB menang dengan ma joriti undi yang tak banyak dan hanya 150 undi sahaja.YB pun ada dapat undi pos yang banyak. Jangan lupa juga seramai 19,487 pengundi undi untuk BN .Apakah nasib mereka.Sejak menang tak nampak pun YB turun padang lebh kerap macam masa kempen.Kami tak mahu majlis makan malam semua.Masalah sampah, rumah, perkhidmatan banyak disini.YB tak perlu nak jadi hero macam membuat kenyataan media yang glomour.Kementerian WP dibawah kerajaaan persekutuan dan jemputan Menteri WP perlu dilihat dalam sudut positif.Perbincangan melalui saluran yang baik dapat menyelesaikan banyak masalah rakyat.Kami tidak mahu YB jadi Yang Berhormat dan kami kamu melihat YB sebagai Yang Berkhidmat sepertimana tag line YB sendiri.Jangan jadikan rakyat Wangsa Maju sebagai mangsa politik YB.

Teruskan perjuangan dgn ikhlas demi untuk rakyat Wangsa Maju.


Salam,

Warga Wangsa Maju pro Wee Choo Keong

Danau Kota, Setapak.

No comments: