Tuesday, July 15, 2008

TIMBALAN PRESIDEN UMNO : NAJIB vs MUHYDDIN ? - NO WAY , UNTUK NAJIB MENANG KATA TUN M !

Kuala Lumpur -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini yang pernah membuat kenyataan yang keras terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pelan peralihan kuasa 2010, dimana Tun Mahathir dengan lantang menyuarakan Najib tidak akan menjadi PM pada tahun 2010 , hari ini tampil dengan satu lagi kenyataan yang cukup pedas dimana beliau berkata Najib akan kalah kepada Tan Sri Muhyddin Yassin sekiranya berlaku pertandingan antara Muhyddin dan Najib untuk jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti pada akhir tahun ini.
Dr Mahathir berkata Muhyddin mampu tewaskan Najib- SILA KLIK DISINI
Pemerhati politi berpendapat komen terbaru dari Dr.Mahathir bukan sahaja memperkecilkan kekuatan Najib sebagai Timbalan Presiden UMNO malah bagaikan membuka peluang terbaru kepada Muhyddin Yassin untuk menawarkan diri bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden selepas Muhyddin dikatakan " tersepit " ekoran daripada pelan peralihan kuasa yang diumumkan oleh Pak Lah pada minggu lepas. Keputusan mengenai peralihan kuasa juga diputuskan ketika secara kebetulan Muhyddin berada di luar negara - menghadiri lawatan rasmi kerajaan.Muhyddin juga menyarankan Pak Lah memberikan lebih kuasa dan tanggugjawab kepada Najib , namun kenyataan tersebut tidak terima baik diperingkat akar umbi kerana pemerhati politi berpendapat sebagai Timbalan Perdana Menteri, Najib memang telah diberikan banyak tugas- tugas dan tanggugjawab yang tertentu !

6 comments:

Anonymous said...

Kesetiaan perlu bertempat. Kematangan dalam mempertimbangkan sesuatu keadaan penting dalam membuat keputusan. Kalau Najib tak pandai pertimbangkan sebab-sebab dan keadaan yang cukup jelas yang melayakkan untuk dia melanggar presiden, susahlah untuk dia mempertahankan jawatan Timbalan Presiden. Jangan dia terhutang budi sampai ke mati dengan Pak Lah kerana membantu arwah ayah beliau Tun Razak sewaktu MAGERAN sudahlah. Adakala keadaan suara akar umbi ahli dan rakyat terkini amat penting untuk didengari mengatasi hutang budi!!

Anonymous said...

Sepatutnya pemilihan peringkat kebangsaan adalah :

Presiden UMNO:
PAK LAH(47%) vs NAJIB(53%)
Timbalan Presiden UMNO:
Muyiddin(62%) vs Ali Rustam(38%)
Naib Presiden:
Zahid Hamidi 43%
Shafie Afdal 24%
Tan Sri Isa Samad 23%
Zulhasnan Rafique 3%
Adnan Yaakob 3%
Mat Hassan 2%
Khaled Nordin 2%

Anonymous said...

Bacaan Awal sahaja ...

Tapi Apa akan jadi jika perkara diatas boleh terbalik????

Jgn Pandang Pak Lah Tak Kuat....

Jgn Pandang Ali Rustam tak ada pengaruh tersendiri...


Yg Penting ... pilihlah calon yang mementingkan pembangunan org melayu masa kini ... bukannya org melayu yg ada dirumah sahaja...

Molot Bau Petai ... menharapkan suatu perubahan besar bagi pucuk pimpinan atasan agar memberi keyakinan kembali rakyat untuk menjdkan UMNO satu wadah perjuangan bangsa melayu yang berdaulat.

HIDUP MELAYU! HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU!

Anonymous said...

Apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir memang berana dan ada asanya yang kuat.

Anonymous said...

Masanya sudah tiba untuk Muhyddin bergerak sekiranya beliau betul - betul fikirkan mengenai masa depan UMNO untuk lebih kuat.Jangan nak jadi batu api sahaja.Semua orang boleh bercakap tapi janganlah jadi pemimpin Syok Sendiri macam Cheras.

Anonymous said...

betul pun. najib lawan ikan mati, ikan pun menang. tapi lawan kj, mungkin najib menang.