Tuesday, July 22, 2008

TERKINI DI LEMBAH PANTAI : RAJA NONG CHIK BUAT KEJUTAN AWAL DENGAN 6 PENCALONAN, YUSRI - 3, MUKA BARU ZAHRAN-2 ! -- Ref MALAYSIAKINI

Lembah Pantai ( Wilayahkini ) -- Perkembangan politik di Bahagian Lembah Pantai menerima kejutan awal sepertimana yang dilaporakan Wilayahkini sebelum ini ( SILA KLIK DISINI ) apabila mantan Ketua UMNO Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik telah menerima 6 pencalonan untuk jawatan Ketua Bahagian daripada 11 cawangan yang telah bermesyuarat sehingga hari ini. Pemangku Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Yusri Ahmad telah menerima 3 pencalonan manakala seorang lagi ahli UMNO Haji Zahran - yang dikatakan seorang muka baru telah mendapat 2 pencalonan sekaligus telah menarik perhatian pelbagai pihak. Wilayahkini juga telah difahamkan , penampilan semua Raja Nong Chik dalam kancah politik Lembah Pantai telah diterima dengan baik oleh ahli - ahli UMNO disana dan beliau dijangka menerima lebih banyak lagi pencalonan dalam tempoh masa seminggu ini.Namun, penyokong Yusri yakin , beliau akan dapat memberi tentangan yang kuat kepada Raja Nong Chik dan akan berjaya dalam pertempuran ini. Penampilan Zahran pula menjadi teka - teki yang besar. Ada pihak pula berkata " sentuhan Shahrizat " di Parlimen Lembah Pantai juga akan menjadi faktor penentu tetapi di tolak sama sekali oleh penyokong Raja Nong Chik.Yusri pula dikatakan mendapat sokongan padu daripada Shahrizat Abdul Jalil walaupun beliau bukan lagi Ahli Parlimen Lembah Pantai. Shahrizat memang tak dapat dipisahkan dengan kancah politik UMNO Lembah Pantai walaupun beliau ahli UMNO di Bahagian Kepong!

6 comments:

Anonymous said...

Memang dah agak pun.Berilah peluang kepada Raja Nong Chik untuk pimpin Bahagian.Yusri kekal no 2 cukuplah.

Anonymous said...

Ini bukan kejutan tapi satu realiti yang sebenar di Lembah Pantai selepas PRU.

Anonymous said...

Kami dengar Raja Nong Chik berjanji durinya akan dilantik sebagai Senator sekiranya menang.Betulker ? Mintak Wilayahkini siasat sikit.

Anonymous said...

Jangan sama sekali perkecilkan peranan Yusri kerana ini baru 11 cawangan .Banyak lagi cawangan akan buat pendirian.Tengoklah nanti.Hidup Yusri.

Anonymous said...

Semasa Raja Nong Chik dulu jadi Ketua Bahagian dulu, apakah jasa dia kepada orang UMNO di Lembah Pantai? Tepuk dada tanya selera , bro.Jangan nak berlagak aja.

Anonymous said...

Jika Allah swt izinkan menanglah Dato' Raja Nong Chik tu nanti...InsyaAllah. Orang boleh kata sesuka mereka, especially in UMNO, benda yang tak-ada diada-adakan...Jasa-jasa dalam UMNO jangan nak di ungkit...Allah swt Melihatnya ..walaupun tak nampak di mata manusia...