Thursday, July 17, 2008

PEMUDA UMNO WP LENYAP TERUS BAGAIKAN TERKENA TSUNAMI ! SYED MEHDAR BAKAL KETUA PEMUDA WP ? PENCARIAN PEMUDA BERMULA !

Kuala Lumpur ( Wilayahkini ) -- Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan bukan sahaja kehilangan taringnya malah lenyap terus bagaikan terkena tsunami jika dibandingkan dengan Pergerakan Pemuda UMNO negeri - negeri lain. Selain melantik Datuk Norza Zakaria sebagai Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, kepimpinan UMNO juga telah melantik Norza Sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Setiausaha Politik kepada Menteri kewangan ke 2 sehingga PRU yang ke 12. Pemuda UMNO WP sepatutnya lebih gah berbanding dengan negeri - negeri lain kerana mempunyai platform yang cukup kuat tetapi amat sayang sekali perjuangan Pemuda UMNO di WP mati di separuh jalan dan boleh dikatakan lenyap terus selepas PRU yang ke 12 bagaikan WP tidak mempunyai sayap Pemuda.Siapa yang perlu di salahkan ? Tepuk dada tanya selera. Kini Pemuda WP perlukan satu nafas baru untuk memulihkan imejnya.Wilayahkini difahamkan selain beberapa muka baru sedang merangka strategi untuk bertanding di peringkat bahagian , dikalangan Ketua - Ketua Pemuda bahagian yang sedia ada, hanya Ketua Pemuda Bandar Tun Razak - Rizalman, Ketua Pemuda Cheras -Syed Mehdar dan Ketua Pemuda Putrajaya- Datuk Ahmad Zaki yang mempunyai kelayakan umur untuk terus kekal di sayap Pemuda dan baki yang lain terpaksa mencari laluan yang lain di peringkat bahagian. Kini sudah ada cakap - cakap bahawa, Ketua Pemuda Cheras Syed Mehdar sedang merancang untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO WP dan Zaki sebagai Naib Ketua Pemuda sekiranya Zaki "lepas" dalam pemilihan peringkat bahagian dimana beliau akan ditentang oleh Datuk Khairun Aseh Che Mat.
Rizalman juga dikatakan mempunyai kebolehan dan karismanya yang tersendiri. Apapun masanya sudah tiba untuk pemimpin - pemimpin Pemuda di peringkat cawangan untuk mencari barisan kepimpinan Pemuda yang berpontensi, berwibawa serta berkaliber untuk memperkasakan Pemuda UMNO WP. Wilayahkini juga menerima komen dari emel yang menyatakan, ahli - ahli pemuda di WP khusunya di peringkat akar umbi perlu bangkit untuk memberikan amaran yang keras kepada Datuk Norza Zakaria yang telah memperjudikan masa depan Pemuda WP. Episod , Pencarian Pemuda Bermula !
TERKINI : KOMEN WILAYAHKINI DI RUANGAN KOMEN !!!

10 comments:

Anonymous said...

BERANI, BIJAKSANA, BERMARUAH, BERWAWASAN

Kriteria diatas merupakan perkara terpenting barulah Pemuda ada rohh..nya.

Agak-Agak Syed Mehdar ada ke kriteria nie.

Kita akan menyaksikan pertempuran sengit di 8 Bahagian dalam merebut jawatan Ketua Pemuda... Manalah Tau dalam pertempuran ini terpancar semangat-semangat di atas untuk mewarnai Pemuda ibukota... Sebagai Pemuda... Darah muda yang mengalir haruslah dijadikan alasan untuk berjuang... demonstrasi disini dan disana... barulah nampak sedikit semangat juang.. Kalau orang ramai marah.. tak pe.. sebab ni PEMUDA.. darahnya masih panas...

Kalau setakat nak jadi Ketua Pemuda Wilayah dan terlalu menjaga Baju ( Baju yang dimaksudkan disini ialah Baju Linen Putih - Payah Nak Gosok Oii... Basuh pun kena hantar Dry Cleaning ) alamak jadi Pemuda keparatlah...

Doa ku!! Ya Allah Kurniakan Kami Generasi Yang Lebih Baik Dari Generasi Yang Ada Ini Agar Kami Mendapat Rahmat Dan Inayah Mu

Anonymous said...

Pemuda WP kena berubah lah.Dah tak ada bisanya lagi.Ini semua kerana Norza dan kuncu - kuncunya.Saya sokong Syed Mehdar kerana dia ada bakat yang cemerlang.

Anonymous said...

Memang betoi.Pemuda WP dah lenyap terus.Mana mesyuarat.Kami desak Norza Zakaria minta maaf kepada ahli - ahli Pemuda WP kerana dia memang telah aibkan Pemuda WP.

Anonymous said...

SAYA SOKONG PEMUDA WANGSA MAJU.NORA MEMANG KENA MINTA MAAF KEPADA KAMI KERANA KESILAPANYA.

Anonymous said...

Syed Mehdar merupakan pilihan yang terbaik.Syabas kepada laporan Wilayahkini kerana telah memberikan satu ulasan yang tepat mengenai Pemuda WP.Kami harap Mehdar dapat merangka satu strategi untuk selamatkan maruah Pemuda WP.

Anonymous said...

Diantara Zaki, Syed Mehdar dan Rizalman ni, saya juga sokong Ketua Pemuda Cheras kerana dia lebih hebat dari Syed Ali.

Anonymous said...

Betul ke ketua pemuda cheras yang paling layak??? Tengok di Bahagian Cheras Pemuda tak la hebat mana pun. Setakat pandai cakap macam tin kosong nak buat apa. Macam mana nak jadi Pemuda Negeri. Harap dapat renung2 kan.

Salam

Anonymous said...

Salam. Pencarian bakal Ketua Pemuda Bhgn Setiawangsa telah bermula. Sehingga hari Isnin lalu, seramai 5org calon tlh dikemukakan oleh setiap Pemuda cawangan. Mendahului carta ketika adalah Sra Zulfadil dgn 7undi, Sdra Ikhwan dan Sdra Azmi masing2 3undi, Sdra Ghazali 2undi dan Sdra Mohd Isham 1undi. Masing2 mmpunyai karisma dan penampilan yg tersendiri. Sebagai ahli UMNO yg matang, buatlah pilihan terbaik agar masa depan kita tdk terabai dan tergadai....

Anonymous said...

Salam. Sdra Norizan Ali- Naib Ketua Pemuda Bhgn Kepong yg tlh diwar-warkan bakal memegang tampuk takhta Ketua Pemuda Bhgn akan ditentang oleh seorang AJK Pemuda Bhgnnya. Pencarian Ketua Pemuda Bhgn di WP semakin panas seperti mana pencarian Ketua Puteri Bhgn WP. Pada ketika ini, Wilayah Kini tdk byk memberi post terkini mengenai mereka. Diharap pihak tuan dpt memcari berita mengenai Pemuda juga bukan hanya Puteri SHJ!!!!

WILAYAH KINI said...

Terimakasih kepada " atukranggi" yang telah memberikan laporan terkini mengenai kedudukan Pemuda.Sebelum persidangan cawangan dan dulu pun, Wilayahkini telah menyiarkan banyak berita - berita mengenai kepimpinan Pemuda bermula dari masalah kepimpinan selepas PRU yang ke 12, masalah perhubungan dua hala dikalangan pemuda - pemuda di WP, isu laman web blog yang tidak diupdate sehingga hari ini dan beberapa isu yang melibatkan masa depan Pemuda di WP dengan niat supaya ianya dapat di ambil tindakan segera untuk kebaikan bersama.Prinsip Wilayahkini - tidak suka menuding jari kepada mana - mana pihak tetapi apabila kami mengutarakan sesuatu isu mengenai Pemuda, ramai yang menghantar komen kepada kami melalui emel dan juga komen dalm blog dengan tujuan untuk berkongsi idea dan serta menanganinya tetapi amat sedih dan mengecewakan kerana tiada sebarang tindakan daripada pucuk pimpinan Pemuda Negeri.Sekiranya Ketua Pemuda Negeri betul - betul sayang membantu anak - anak muda melayu di bandar- pelbagai cara boleh dilakukan kerana beliau mempunyai jawatan yang kuat.
Mengenai, pencalonan Pemuda - Pemuda di peringkat Bahagian, Wilayahkini memang dalam proses untuk mendapatkan laporan penuh mengenai kedudukan yang terkini.Kami akan menyiarkan berita - berita tersebut dalam masa yang terdekat ini.Sepertimana yang kami siarkan sebelum ini, kami memang sangat berharapkan bantuan daripada semua pihak untuk " update" kepada kami mengenai berita - berita Pemuda.Emel kepada kami bersama gambar ataupun hantar info melalui ruangan komen pun boleh sepertimana yang dibuat oleg sdr atukranggi.Terimakasih. Salam