Tuesday, July 8, 2008

FACE OFF 2 DI WANGSA MAJU : APABILA ASTAMAN, ZAINAL DAN SHAFIE MENCARI DAMAI ABADI.....

Wangsa Maju ( Wilayahkini ) -- Perkembangan terkini politik Wangsa Maju menyaksikan bekas Ketua Bahagian Datuk Astaman Abdul Aziz mendapat suntikan semangat yang kuat selepas dibebaskan daripada tuduhan politik wang dan kini hanya menunggu pencalonan daripada cawangan-cawangan untuk melayakanya bertanding sebagai calon Ketua Bahagian.
Sumber memberitahu Wilayahkini, kedudukan Astaman dikatakan lebih kukuh dan stabil berbanding Datuk Zainal Nazeri yang juga merupakan Pemangku Ketua UMNO Bahagian.Rata - rata politik Wangsa Maju kini berkisar kepada 3 nama sahaja iaitu Astaman, Zainal Nazeri dan Shafie.Sementara itu sumber di Restoran Al Malek iaitu kawasan yang menjadi " Pangkalan" untuk penyokong Datuk Shafie yang juga merupakan Naib Ketua Bahagian berkata, Shafie sudah bersedia untuk menerajui UMNO Wangsa Maju seterusnya memberikan satu imej baru.Apapun percaturan politik Wangsa Maju memang sukar diramalkan kerana pada saat- saat terakhir akan ada banyak kejutan dan realiti yang sebenar. Ketika beberapa Ketua Cawangan mahukan Zainal Nazeri menjadi Ketua Bahagian tetapi Pergerakan Puteri , Wanita dan Puteri dikatakan berdiri teguh dibelakang Astaman Abdul Aziz.Apapun kini sudah ada cakap mengatakan Zainal - 1 , Shafie -2 ?
MINDA WILAYAHKINI : Masa yang sesuai untuk Zainal dan Shafie bertindak !

4 comments:

Anonymous said...

Saya harap Astaman dapat jadi Ketua Bahagian.

Anonymous said...

Boleh Menang Ke Astaman tu.....cam susah je nak menang...susah-susah je

Anonymous said...

HIDUP WAN SHAHRUL ... HIDUP WAN SHAHRUL .... HIDUP MELAYU!!!

Anonymous said...

Lepas dari tindakan disipli tu okey lah.. sebab hukuman dah habis tapi.... dia ni Ahli UMNO ke ciba ambik IC semak dah masuk jadi ahli ke belum dan cawangan mana yang terima