KUALA LUMPUR 9 Ogos,Wilayahkini menerima satu sms bertajuk
" Sila baca artikel bertajuk Kenapa Zu
lhasnan Menyepi di Malaysian Insider". Betul ker ? saya reply balik. Sebab berita tu keluar di Malaysia Insider, sebuah portal yang paling popular di Malaysia ketika ini.
Selepas hampir lima bulan menyepikan diri, akhirnya Datuk Seri Zulhasnan Rafique muncul di khalayak ahli UMNO apabila beliau merasmikan mesyuarat UMNO bahagian Setiawangsa pada penghujung minggu lalu di salah sebuah hotel terkemuka di ibu kota - Begitulah bunyinya mukadimah rencana yang ditulis oleh penulis Malaysian Insider.
" Zulhasnan turut hadir merasmikan mesyuarat pergerakan Puteri , Pemuda dan Wanita dengan imej baru. Ke-esokanya beliau hadir merasmikan mesyuarat bahagian", kata seorang rakan kepada
Wilayahkini. ( Gambar ATAS- Zulhasnan Rafique ketika hadir merasmikan mesyuarat Puteri , Pemuda dan Wanita di Hotel Nikko )
Zulhasnan merupakan satu - satunya wakil dari Wilayah Persekutuan yang menang kerusi Majlis Tertinggi pada pemilihan UMNO lepas, dikatakan kini lebih menumpukan masanya di kawasan parlimenya , Setiawangsa.
Sila klik -
Kenapa Zulhasnan menyepi? untuk baca rencana penuh dari Malaysian Insider.
Zulhasnan juga merupakan wakil tunggal BN yang menang di Kuala Lumpur pada PRU yang ke 12. Manakala Tengku Adnan menang di Putrajaya manakala Yusuf Mahal pula menang di Labuan.
Selain memperkukuhkan dan memperkasakan lagi UMNO Bahagian Setiawangsa , Zulhasnan meminta ahli - ahli UMNO terus dan sentiasa memberi kepercayaan kepada kepimpinan Najib untuk membawa perpaduan rakyat dan kegemilangan negara ketika berucap merasmikan mesyuarat UMNO bahagian Setiawangsa baru - baru ini.
Selain sibuk dengan UMNO bahagian Setiawangsa dan Parlimen Setiawangsa, baru - baru ini Zulhasnan dikatakan melawat Festival Floria di Putrajaya yang di ilhamkanya sendiri dua tahun lalu. Beliau dikatakan disambut oleh Pengerusi Perbadanan Putrajaya Tan Sri Shamsuddin.
Zulhasnan kali terakhir muncul dikhalayak ramai bersama Perdana Menteri pada hari kedua Najib dilantik sebagai Perdana Menteri dimana beliau membuat lawatan

mengejut ke sekitar Kuala Lumpur. Ketika itu Zulhasnan masih menjadi Menteri Wilayah Persekutuan. Lawatan tersebut merupakan program pertama Najib bersama rakyat setelah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6
.(gambar sebelah)Zulhasnan digugurkan sebagai Menteri WP dalam kabinet Najib . Ketua UMNO Lembah Pantai Raja Nong Chik dilantik sebagai Senator untuk menerajui Kementerian Wilayah Persekutuan manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin pula dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP menggantikan Zulhasnan Rafique.