Monday, May 25, 2009

UMNO WP TEKAD NAK RAMPAS SEMULA WILAYAH PERSEKUTUAN !

KUALA LUMPUR 25 MEI --
Datuk Raja Nong Chik yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menggantikan Senator Datuk Kamaruddin Ambok berkata UMNO Wilayah Persekutuan akan " turun padang" dan meninjau sendiri kesusahan yang dialami penduduk di kawasan perumahan kos rendah dan sederhana di sekitar ibu kota.
Sila klik di sini -Utusan Malaysia Online - Kota , untuk baca berita selanjutnya.
" Kami lihat kelebihan ini untuk menawan semula Wilayaha Persekutuan pada pilihanraya akan datang", katanya.
Akhirnya UMNO Wilayah Persekutuan sudahpun membentuk kepimpinan baru. Bukanya satu kepimpinan baru tetapi kepimpinan lama dan baru. Walaupun orang Wilayah tak dapat jadi Pengerusi Perhubungan, tetapi Raja Nong Chik dan Syed Ali masih dapat menarik nafas lega kerana dilantik sebagai Timbalan dan Setiausaha.
Sekarang : Masa untuk berkerja ; Jangan asyik nak jadi pemimpin syok sendiri ; pastikan semua Ketua Bahagian jadi pengundi di bahagian masing - masing ; hentikan politik retorik ; Cuba cari pendekatan macam mana nak rampas kawasan dari pembangkang ; Jangan nak asyik buat kenyataan untuk syok sendiri - buatlah kenyataan berpaksikan idea - idea yang bernas.Jangan kita nak asyik ikut "tune " orang lain ;

Saturday, May 23, 2009

PEMILIHAN SARINA SHARIF MERUPAKAN PILIHAN TERBAIK , KATA KETUA PENERANGAN PUTERI UMNO CHERAS !

KUALA LUMPUR - 23 Mei
Banyak ulasan, komen dan juga emel yang diterima oleh Wilayahkini ekoran daripada perlantikan Ketua Puteri UMNO Cheras Sarina Sharif sebagai Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan yang baru. Menurut Ketua Penerangan Puteri UMNO Cheras Nazatul Shima Shamsuddin di laman blog UMNO Cheras baru - baru ini, pemilihan Sarina merupakan penghormatan kepada ahli - ahli Puteri di peringkat akar umbi.
" Pemilihan itu amat tepat berasaskan kemampuan Sarina untuk mengemudi Puteri UMNO dengan sokongan padu daripada semua pihak" katanya.
Sila klik DISINI , untuk baca komen seterusnya.
Kini Sarina sebagai Ketua Puteri WP yang baru bersama Naib Ketuanya Fiona mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memperkukuhkan lagi Pergerakan Puteri UMNO di Wilayah Persekutuan di peringkat bahagian dan cawangan.
Rapatkanlah barisan anda di Wilayah Persekutuan. Apakah nasihat anda kepada Sarina dan Fiona ?
(Nota : Wilayahkini akan cuba dapatkan wawancara bersama Sarina dalam masa terdekat ini )
( Terimakasih - gambar dari blog UMNO Cheras )

SYED ALI PULA DILANTIK SETIAUSAHA UMNO WP YANG BARU ; AZIM KEKAL ; SHAFIE JADI KETUA PENERANGAN !

KUALA LUMPUR --Tidak banyak kejutan dalam "line up " UMNO Wilayah Persekutuan yang diumumkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan yang baru Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO Wilayah Persekutuan yang pertama semalam. Seperti yang dijangka, Ketua UMNO Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee dilantik senagai Setiausaha yang baru menggantikan Senator Datuk Ridhuan Hamid. Manakala Ketua UMNO Bukit Bintang Datuk Seri Azim Zabidi pula dikekalkan sebagai Bendahari manakala Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Shafie Abdullah yang juga merupakan Ketua UMNO Wangsa Maju pula dilantik Ketua Penerangan UMNO WP yang baru menggantikan Datuk Suhaili Abdul Rahman. Inilah barisan kepimpinan Wilayah Persekutuan yang ditunggu - tunggu selepas, orang Wilayah tercicir dari jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan setelah Tan Sri Muhyiddin dilantik Pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan yang baru menggantikan Zulhasnan Rafique.Namun, Zulhasnan merupakan wakil WP yang tunggal yang berjaya menang bagi jawatan MT pada pemilihan UMNO yang diadakan pada bulan Mac lepas. Raja Nong Chik pula yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan dilantik sebagai ahli MT oleh Presiden UMNO manakala Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kekal sebagai Setiausaha Agung UMNO dan BN.

RAJA NONG CHIK vs DR LO' LO ; SAYA DAH MINTA MAAF KATA RAJA NONG CHIK ; HINA KAUM WANITA KATA DR LO' LO ; RAJA NONG PULA JADI BAHAN BERITA PANAS !

KUALA LUMPUR -- " I turun everwhere takkan nak bagi tau you semua. Ni saya nak pergi tandas, takkan nak bagi tau you, you nak ikut ker ". Kata - kata inilah yang telah menyebabkan kemarahan kepada Ahli Palimen Titiwangsa Dr. Lo ' Lo Ghazali terhadap Menteri Wilayah Persekutuan yang baru Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Tidak sampai pun dua bulan lagi dilantik Menteri Wilayah Persekutuan yang baru Datuk Raja Nong Chik yang dilantik menggantikan Datuk Seri Zulhasnan Rafique melalui tiket Senator, yang juga Ketua UMNO Lembah Pantai telah menjadi bahan berita panas. Namun apa yang dikatakan oleh Raja Nong Chik pula , mungkin tidak sengaja dan beliaupun telah minta maaf kepada Dr Lo' Lo secara peribadi.Namun, Dr Lo 'Lo tak puas hati dan mahukan ianya dibuat secara terbuka.
Kenyataan tersebut kata Lo' Lo menghina kaum wanita. "Saya merasakan kekesalan saya atas sikap Menteri Wilayah Persekutuan Senator Datuk Raja Nong Chik yang sangat tidak menghormati Ahli Parlimen. malah biadab terhadap wanita", katanya. Sila klik-mStar Online : MP Titiwangsa dakwa kenyataan Menteri Wilayah "hina" wanita , untuk baca berita selanjutnya.
Sementara itu , Lo' Lo berkata Raja Nong Chik telah meminta maaf kepadanya secara peribadi tetapi beliau mahu Menteri berkenaan berbuat demikian secara terbuka kerana ramai orang mendengar kata - kata tersebut.
Selain mempertikai Raja Nong Chik, Lo' Lo memuji bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique yang disifatkanya jauh lebih matang, berhemah dan sering bersikap profesional" terhadap beliau dan ahli - ahli Pakatan Rakyat di Wilayah Persekutuan. Sila klik DISINI
Laporan Malaysia Kini pula menyebut , Raja Nong Chik dipetik berkata - beliau telah meminta maaf kepada Lo 'Lo pada hari kejadian , kelmarin sewaktu lawatan di pasar baru di Kampung Datuk Keramat.
" Sebagai orang islam saya telah meminta maaf kepada beliau. Tetapi saya dimaklumkan Dr.Lo' Lo kata ia tidak iklhlas. Bagaimana dia tahu hati saya? kata Raja Nong Chik. Sila klik DISINI , untuk baca komenya.
AHHH, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M.Saravanan pula berkata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik tidak perlu memaklumkan kepada Ahli Parlimen sebelum beliau melakukan lawatan mengejut ke sesuatu kawasan. Sila klik DISINI komen Saravanan di Bernama." Jangan politikkan isu ini dan hentikan retorik seperti ini " , katanya.

Thursday, May 14, 2009

PPP SEKALI LAGI JADI PANAS ; JOM MINUM KOPI , KAYVEAS AJAK MURUGIAH ; CHANDRAN KATA MURUGIAH CEPAT LUPA ; SYED ALI KATA PPP PERLU DI TENDANG KELUAR !

KUALA LUMPUR 14 Mei --
" Tetapi setelah di periksa, rupa - rupa pelajar itu terkena percikan minyak masak rumah, sekaligus memaksa Timbalan Perdana Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ( T.Murugiah ) itu memohon maaf kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin" - MURUGIAH RAIH PUBLISITI MURAHAN ? sila klik di sini - Utusan Malaysia Online - Rencana , untuk membaca laporan selanjutnya.
Sementara itu Ketua UMNO Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee pula berkata Parti PPP pimpinan Datuk M.Kayveas perlu DI TENDANG KELUAR daripada Barisan Nasional kerana sikapnya seperti duri dalam dalam daging. Baca komen Syed Ali sepenuhnya , DISINI
Datuk T.Murugiah perlu jumpa Presiden Parti Datuk M.Kayveas dan bincang bukanya cuba bangkitkan spekulasi dan ramalan politik sehingga meraih simpati dari orang ramai , kata Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan A.Chandrakumanan. Sila klik DISINI, untuk baca komenya. Beliau yang juga merupakan Ketua PPP Bahagian Bandar Tun Razak dalam komenya di Akhbar Star hari pula berkata " We are all very upset that the he never drops by for party meetings or takes directions from the pary president.He always stays aloof. He is the party representative in goverment. Somehow, he has forgotten that". Beginilah luahan perasaan yang Chandrakumanan yang lantang dan berani. Chandran dikatakan pernah banyak turun padang bersama T.Murugiah di Kuala Lumpur bagi membantu menyelesaikan beberapa masalah rakyat. Tetapi kini , pemimpin seperti Chandran juga tidak tahan dengan perangai T.Murugiah.
Sementara itu, Malaysia Insider hari ini melaporkan , Presiden PPP Datuk M.Kayveas di petik berkata " Come and see me and talk it over. We will see where that will take us. One of our grouses with him is that he is ignoring the party , me and senior leaders. He can come over have coffee and talk". Sila klik DISINI
Baru - baru ini pulak T.Murugiah buat laporan polis kerana menerima peluru di pejabatnya. Apa sudah jadi. Ramai pemerhati politik berpendapat, karier politik T.Murugiah sudah sampai ke penghujungnya. Beliau harus bersyukur kerana naik cepat , terus sebagai Timbalan Menteri atas tiket parti PPP sedangkan ada ramai lagi pemimpin - pemimpin kanan di PPP yang lebih layak jika dibandingkan dengan Murugiah. Kita juga tidak lupa lagi permainan politik Murugiah ketika menjadi Ketua Pemuda PPP atas nama publisiti media , sebelum beliau dilantik Timbalan Menteri di JPM.
Ya, kita akui Murugiah memang popular sejak dilantik Timbalan Menteri di JPM dan menjaga BPA. Tapi janganlah guna media untuk mensensasikan masalah rakyat. Selesai masalah rakyat dengan ikhlas. Tak perlu setiap kali turun padang nak panggil media. Kenapa ? Nak tunjuk sampah? nak tunjuk peluk murid? nak tunjuk publisti murahan? Kalau setiap kali nak turun padang panggil media, maka tak laratlah wakil media. Gunakanlah saluran media untuk kebaikan yang penting. Wakil - wakil media pun, fikirlah dulu sebelum nak lapor mana - mana berita.Janganlah kita asyik nak lapor berita - berita remeh temeh.Fikir - fikirkanlah.
( gambar Kayveas, Syed Ali, Chadarakumanan dan Chandran bersama T.Murugiah)

Tuesday, May 12, 2009

AKHIRNYA SARINA JADI KETUA PUTERI WP YANG BARU ; FIONA NAIB !

Kuala Lumpur Mei 12 -- Akhirnya Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras Sarina Syarif yang dipilih untuk memimpin Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan. Manakala Ketua Puteri Segambut Huzry Fionnawathy Huseein pula dilantik sebagai Naib Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan. Perlantikan Sarina dan Fiona melenyapkan segala spekulasi dan desus - desus mengenai sipakah bakal dilantik sebagai Ketua dan Naib di Wilayah Persekutuan.
Sementara Ketua Puteri Bandar Tun Razak Zauyah Zainuddin yang sebelum ini diramalkan bakal dilantik sebagai Ketua Puteri Wilayah Persekutuan, dilantik sebagai Ketua Biro Jawatankuasa Latihan Sahsiah dan Unit Khas Pilihanraya manakala Ketua Puteri Setiawangsa Seri Wani Sabtu pula dilantik sebagai Ketua Biro Pelajaran.
Untuk rekod, Zauyah dan Seri Wani merupakan Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang menang pada pemilihan Puteri UMNO baru - baru ini.

Monday, May 11, 2009

SELAMAT ULANGTAHUN UMNO KE 63 !
KUALA LUMPUR April 11 Mei --Hari ini genap 63 tahun usia UMNO - sebuah parti yang menjadi tunjang kekuataan utama negara dan juga Barisan Nasional. Sejak UMNO ditubuhkan dan dilahirkan, UMNO sudah menempuhi pelbagai halangan dan cabaran dibawah kepimpinan tujuh Presidenya. Kini hala tuju perjuangan parti berada dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak selepas episod peralihan kuasa berlaku dengan lancar dan baik baru - baru ini. Wilayahkini turut tertarik dengan tulisan Pengarang Utusan Malaysia Hassan Mohd Nor mengenai sambutan UMNO , walaupun lontaranya pendek tetapi kena pada sasaranya. Sila klik di sini - Utusan Malaysia Online - Rencana , untuk membaca ulasanya.
Baru - baru ini Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden UMNO yang baru telah melantik kepimpinan tertinggi parti dalam usahanya untuk menjenamakan , memperkasakan dan juga memperkukuhkan parti. Biasalah, sekiranya ada kepimpinan baru - sudah tentu akan akan ada "regim ataupun regu" baru. Presiden mempunyai kuasa mutlak utuk melantik sesiapa sahaja yang difikirkan layak.
Perlantikan Tan Sri Muyhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Badan Perhubugan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shafie Apdal - Kedah, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein- Terengganu, Datuk Seri Zahid Hamidi - Pulau Pinang dan Datuk Seri Najib Tun Razak di Selangor telah menimbulkan pelbagai reaksi dan ramalan politik.
Ada yang tak puas hati, ada yang mengeluh, ada yang sikit - sikit gembira, ada yang kecewa dan ada pula yang gembira kerana masing - masing tak dapat akhirnya orang luar "dimport jadi Pengerusi Perhubungan". Ada yang tanya kenapa nak letak orang luar ? Takkan tak ada pemimpin tempatan di negeri masing - masing? Masanya sudah tiba untuk UMNO memilih pemimpin yang sepenuh masa untuk menjaga negeri masing - masing. Janganlah kita asyik nak pilih pemimpin yang suka letak kaki di banyak tempat. Mereka tinggal di Kuala Lumpur - dan turun padang sesekali.Mana ada fokus dan tumpuan kalau betul - betul nak rampas negeri dari pembangkang. Masing- masing ada tanggungjawab.Cuma faktor masa perlu dijadikan - asas utama. Bukanya faktor nama pemimpin seseorang.
BN hilang kuasa di Pulau - Pinang, Selangor, Kedah, Perak dan Kelantan pada PRU yang ke 12. Di Wilayah Persekutuan pula, BN kalah di sepuluh kawasan parlimen. Kini BN sudah mula merampas semula Perak dan Datuk Seri Zambry telah dilantik sebagai Pengerusi UMNO negeri atas kapasitinya sebagai Menteri Besar.
Manakala di Terengganu pula, fenomena politik dalaman antara orang UMNO sendiri memaksa Najib melantik Datuk Seri Hishamuddin. Apakah Hisham sebagai orang luar dari Terengganu akan dapat menyejukan suasana politik di Terengganu? Manakala di Kelantan pula, Datuk Mustapha Mohamad menjadi pilihan. Apapun, Datuk Seri Najib sebagai Presiden UMNO sudah tentu mempunyai taktiknya yang tersendiri.Mungkin beliau mahu mengurangkan karenah "politicking" sesama orang UMNO.
Apapun Wilayahkini mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KE 63 KEPADA UMNO !
Apakah harapan anda kepada UMNO ?

Saturday, May 9, 2009

ZAHARIN @ SANG KELEMBAI BUAT RAYUAN NAK SERTAI SEMULA UMNO !

KUALA LUMPUR Mei 9 -- Bekas Setiausaha UMNO Bandar Tun Razak Zaharin Mohd Yassin menghantar surat rayuan untuk menyertai kembali UMNO. Beliau yang lebih dikenali sebagai "Sang Kelembai" - diatas nama blognya, menghantar surat rayuan untuk kembali semula ke pangkuan UMNO kepada Setiausaha Kerja UMNO Malaysia Datuk Abdul Rauf (gambar) di Ibu Pejabat UMNO di Tingkat 38 hari ini, menurut laporan yang disiarkan oleh UMNO Online hari ini.
Zaharin yang dikenali ramai didalam arena politik UMNO dipecat daripada keahlianya kerana menulis artikel dalam webnya yang mengkritik kepimpinan parti September 2006 lalu. Zaharin juga merupakan salah seorang penulis yang lantang menyuarakan pandanganya mengenai politik UMNO di blognya dan juga khidmat "sms" nya dari masa ke semasa.
Sementara itu, Wilayahkini difahamkan mesyuarat majlis tertinggi akan datang dijangka akan membincangkan rayuan Zaharin.

Wednesday, May 6, 2009

KEKUATAN , KEBANGKITAN DAN KEGEMILANGAN PEMUDA UMNO WP KINI DI BAHU RIZALMAN MOKTHAR SAMAD ; SYED MEHDHAR AKHIRNYA JADI NAIB !

INILAH BARISAN KITA.......
Ketua Pemuda : Rizalman Mokhtar Samad (Bandar Tun Razak)
Naib Ketua : Syed Mehdhar (Cheras)
Setiausaha :Taupik (Wangsa Maju)
Bendahari : Sazali Kamilan (Lembah Pantai)
Ketua Penerangan: Mahadhir (Segambut)
Tahnniah kepada semua - dari Wilayahkini

BERITA SEBELUM INI..........
KUALA LUMPUR 5 Mei -- Sepertimana yang dilaporkan di Wilayahkini sebelum ini , akhirnya Ketua Pemuda UMNO Bandar Tun Razak Mokhtar Samad telah dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang baru setelah mendapat kepercayaan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru Khairy Jamaluddin. Perlantikan Rizalman tidak mengejutkan kerana ramai sudah mula meramalkan perlantikan beliau kerana Rizalman dilihat salah seorang hulubalang KJ di Wilayah Persekutuan yang berani, kuat, kental , ikhlas dan juga gigih dengan perjuangan parti khususnya dalam Pemuda UMNO.
Pada pemilihan Ketua Pemuda UMNO yang lepas, Rizalman berkempen dengan terus - terang untuk memastikan kemenangan KJ, malah Pemuda Bandar Tun Razak juga mencalonkan nama KJ untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Rizalman juga dilihat sebagai , salah seorang Ketua Pemuda yang berpengalaman untuk memimpin Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan , setelah Datuk Norza Zakaria.
UPDATE terkini....

Sementara itu, Ketua Pemuda Cheras Syed Mehdhar Syed Abdullah pula telah dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO WP yang baru. Kini gandingan Rizalman dan Syed Mehdhar dipertanggungjawabkan untuk mengembalikan semula kekuatan pemuda UMNO di Wilayah Persekutuan.
Kini Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dilihat sebagai sebuah negeri yang kuat dimana enam wakil dari Wilayah Persekutuan telah berjaya memboloskan diri pada pemilihan Pemuda UMNO untuk jawatan Ecxo Pemuda UMNO Malaysia.
Memang tidak dapat dinafikan, nama Pemuda UMNO WP sedikit tercemar dibawah kepimpinan Datuk Norza Zakaria sebelum ini khususnya sebelum dan selepas PRU yang ke 12. Kini 10 buah bahagian di Wilayah Persekutuan telah memperlihatkan kepimpinan baru di peringkat Pemuda.Kita berharap, Pemuda WP akan bangkit selepas ini.
APA PANDANGAN ANDA ?

Thursday, April 30, 2009

LEMBU PUNYA SUSU and a SAPI trying to DAPAT NAMA kata WEE CHOO KEONG !

KUALA LUMPUR April 30 -- Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong membidas Pengerusi BN Wangsa Maju Datuk Yew Teong Look dengan membuat ulasan " Yew Teong Look has no shame". Kenapa Wee Choo Keong begitu marah dengan Yew Teong Look yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju ? Sila klik DISINI , untuk bacanya.

Wednesday, April 29, 2009

ORANG WILAYAH - RAUF DI LANTIK SEBAGAI SETIAUSAHA KERJA UMNO MALAYSIA YANG BARU ; SAZALI JADI SET POL RAJA NONG CHIK !

KUALA LUMPUR 29 April - Apapun boleh terjadi dalam arena politik ;Naib Ketua UMNO Bukit Bintang Datuk Abdul Rauf dilantik sebagai Setiausaha Kerja UMNO Malaysia yang baru. Rauf juga merupakan bekas Setiuasaha Pemuda UMNO Malaysia dan bekas Ketua Pemuda UMNO Bukit Bintang.
Rauf pernah tewas dengan Datuk Seri Azim Zabidi bagi jawatan Ketua Bahagian UMNO Bukit Bintang pada tahun 2004.
Pada pemilihan UMNO Bukit Bintang yang diadakan pada bulan November lepas , Rauf berjaya menang dalam persaingan jawatan Naib Ketua Bahagian dalam persaingan tiga penjuru. Rauf menewaskan bekas Ketua Pemuda Bukit Bintang Baderisham dan seorang lagi calon yang bernama Yahya Ariffin. Walaupun Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang Datuk Seri Azim Zabidi digugurkan sebagai Bendahari Agung baru - baru ini , namun warga UMNO di Bukit Bintang dan Wilayah Persekutuan masih boleh senyum besar dengan perlantikan dan kebangkitan semula Rauf dalam kancah politik negara.
Sementara itu, Wartawan Wilayahkini dari Putrajaya melaporkan Menteri Wilayah Persekutuan yang baru Datuk Raja Nong Chik telah melantik Ketua Pemudanya Sazali Kamilan sebagai Setiausaha Politiknya. Walaupun sebelum ini ada banyak ura - ura yang mengatakan Timbalan Ketua UMNO Lembah Pantai Ir. Ikhsan Shamsuddin yang dikatakan akan dilantik sebagai Setiausaha Politik Datuk Raja Nong Chik.
APABILA MASALAH SISTEM PENYAMPAIAN DI SENSASIKAN DI MEDIA MASSA........
OLEH : Wartawan Wilayahkini
KUALA LUMPUR April 29 --
BERITA 1 - Baru - baru ini,Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk T . Murugiah dilaporkan berkata " Langkah turun padang yang diambil bukan bermaksud untuk melangkaui bidang tugas pihak berkuasa tempatan tetapi bagi memastikan nasib rakyat dibela tanpa mengira keturunan, agama dan bangsa".
Beliau berkata demikian ketika ketika meninjau masalah sampah yang menyebabkan bau busuk yang kuat serta masalah longkang yang tersumpat di sekitar kawasan Lebuh Ampang.
BERITA 2 - Sementara itu , Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M.Saravanan pula mencuri tumpuan dengan tindakanya "menangkap" dua doktor di Jabatan kecemasan Hospital Besar Kuala Lumpur kerana dikatakan membaca akhbar dan melakukan kerja peribadi dan bukanya merawat para pesakit. Memang seronok untuk membacanya. Tapi, kedua - dua isu berkaitan dengan sistem penyampaian kepada rakyat. Apa yang rakyat mahukan ? Mereka hanya mahukan sistem penyampaian yang terbaik.
Ada pihak yang merasa cemburu dengan tindakan T.Murugiah yang begitu agresif turun padang dalam menangani masalah rakyat melalui perananya di Biro Pengaduan Awam ( BPA). Memang tidak dapat dinafikan, sejak Murugiah yang juga bekas Ketua Pemuda PPP dilantik sebagai Senator dan Timbalan Menteri di JPM yang bertanggungjawab keatas Biro Pengaduan Awam - barulah rakyat mula nampak peranan BPA. Sebelum ini BPA agak begitu tenggelam. Ramai tidak tahu peranan dan juga aplikasi BPA.
Ada yang cemburu denganya, ada yang gembira dan yang sakit mata.Janganlah kita "bermain politik". Masing - masing ada tanggungjawab.Dan masing - masing melakukan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka termasuk Murugiah. Cuma, pendekatan mensasikan segala isu - isu berkaitan dengan sistem penyampaian perlu dirombak semula. Kita tidak perlu banyak menonjolkan gambar Menteri atau Timbalan Menteri memegang sampah, menunjuk parit yang tersumbat, mendokong anak anak dan sebagainya. Rakyat pun sudah muak dengan pendekatan tersebut. Tak perlu kita menuding jari antara satu sama lain. Gunakanlah platform yang yang terbaik untuk menyelesaikan masalah - masalah yang ditimbulkan. Turunlah ke padang bersama agensi - agensi kerajaan yang terlibat secara satu pasukan.
Tak perlu hanya turun padang dengan pihak media massa sahaja untuk tujuan membongkarkan sesuatu isu di akhbar dulu , dan tindakan susulan kemudian. Gunakanlah media massa untuk aktiviti yang lebih besar. Kalau boleh buatlah gerakan turun padang secara bersepadu bersama semua agensi yang terbabit dan juga media massa. Mungkin pihak media juga tak larat nak turun padang untuk semua isu kerana banyak lagi agenda lagi yang perlu di perhatikan.
Kita mesti ingat, segala isu yang dibangkitkan ataupun disensasikan melibatkan agensi kerajaan juga.
Kalau boleh, BPA buatlah rangkuman setiap bulan - berapa banyak laporan diterima dan berapa banyak kes yang diselesaikan.Sudah tiba masanya BPA di rombak semula dari segi penjenamaan semula. BPA perlu ditonjolkan sebagai sebuah badan yang lebih dinamik dan berpotensi.

Saturday, April 25, 2009

AKHIRNYA SEMUA TAK DAPAT......
ORANG WILAYAH HILANG PELUANG JADI PENGERUSI UMNO WP; MUHYIDDIN JADI PENGERUSI BARU !

Oleh : Wartawan Wilayahkini
KUALA LUMPUR April 25 --
Akhirnya segala spekulasi sudah terjawab dimana pemimpin dari Wilayah Persekutuan tercicir untuk menerajui Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan. Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Pengerusi UMNO WP yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Zulhasnan Rafique setelah 3 tahun beliau (Zulhasnan) menerajui UMNO dan BN Wilayah Persekutuan.
Namun, Datuk Raja Nong Chik yang dilantik sebagai Menteri WP yang baru, yang di sebut - sebut untuk mengepalai UMNO WP, juga tidak mendapat peluang tersebut. Namun Raja Nong Chik boleh menarik nafas lega apabila diberikan laluan mudah umpama "laluan permaidani merah" melalui perlantikanya sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menggantikan Senator Datuk Kamaruddin Ambok. Akhirnya semua orang Wilayah Persekutuan terlepas peluang tersebut. Kenapa ? Banyak sangat konflik dalaman sesama sendiri. Akhirnya yang rugi adalah orang Wilayah juga. Walaupun sebelum ini , Wilayahkini juga ada dengar empat nama diserahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi parti bagi menggantikan Zulhasnan Rafique dan Kamaruddin Ambok melalui "penyerahan memo" tetapi akhirnya semua tak dapat. Nama - nama yang disebut - sebut bakal memimpin UMNO Wilayah Persekutuan ialah Ketua UMNO Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee, Ketua UMNO Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua UMNO Wangsa Maju Datuk Shafie Abdullah yang juga merupakan Setiausaha Politik Perdana Menteri dan Datuk Raja Nong Chik. Antara Shafie Abdullah dan Syed Ali di sebut - sebut akan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi UMNO WP sekiranya Raja Nong Chik dilantik sebagai Pengerusi UMNO WP.
Namun, keputusan MT semalam menyaksikan keputusan yang dramatik dimana - Raja Nong Chik menggondol dua jawatan utama dengan mudah iaitu Ahli MT dilantik dan Timbalan Pengerusi UMNO WP. Syed Ali juga dilihat orang paling kanan untuk menggantikan Kamarudin Ambok. Namun, semua tak jadi.
Perlantikan Muhyiddin tidak mengejutkan kerana terlalu banyak "warlords" di Wilayah Persekutuan. Sampai bila mereka nak berlagak seperti "pemimpin syok sendiri? ", kata seorang pemimpin bahagian dari KL kepada Wilayahkini. Dulu Allahyarham Tun Ghafar dan Tan Sri Mat Taib pernah memimpin UMNO WP dan Selangor secara serentak. Kini giliran Muhyiddin pula. Sebelum masuk ke gelanggang, Muhyiddin sudah tentu dah tahu sepak terajang politik di Kuala Lumpur. Kini bola di kakinya. Pilihan Muhyiddin amat terbaik sekali, kata pemerhati politik di Kuala Lumpur.
Selain Tengku Adnan yang dilantik semula sebagai Setiausaha Agung UMNO dan Raja Nong Chik yang akan menjadi wakil MT dilantik dari WP, sekurang - kurangnya Wilayah Persekutuan dapat tumpang gembira sikit kerana Zulhasnan Rafique berjaya menyelamatkan maruah WP dalam saingan MT dimana menjadi wakil tunggal dari yang WP yang menang daripada 50 calon yang bertanding. Beliau kini menjadi Ahli MT yang menang.Beliau yang juga Ahli Parlimen Setiwangsa , menjadi wakil tunggal BN dan UMNO yang menang di Kuala Lumpur pada PRU 12 manakala Ku Nan menang di Putrajaya dan Yusuf Mahal menang di Labuan.
Kini Wilayahkini dengar pula, ramai pemimpin bahagian dari Wilayah Persekutuan yang sudah mula nak lobi Muhyiddin Yassin bagi jawatan Setiausaha , Bendahari dan juga Ketua Penerangan.
Diharap, Muhyiddin sebagai Pengerusi yang baru akan dapat "go all out" dan periksa yang mana betul dan yang mana salah dalam usahanya untuk memperkukuhkan kembali UMNO dan BN WP.

Thursday, April 23, 2009

RAJA NONG CHIK PENGERUSI BARU UMNO WP ? SHAHRIZAT TIMBALAN ? ; NASIB KU NAN MACAM MANA ?

KUALA LUMPUR, April 23 -- Setelah pembentukan kabinet baru, kini segala tumpuan tertumpu kearah pembentukan kabinet baru UMNO yang bakal akan diumumkan oleh Presiden UMNO yang baru Datuk Seri Najib Tun Razak esok. Esok, Najib Tun Razak akan mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertingginya yang pertama selepas dinobatkan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
Selain Perlantikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Najib juga dijangka akan membuat perlantikan Setiausaha Agung UMNO, Bendahari , Ketua Penerangan dan juga perlantikan Biro - Biro tertentu. Baru - baru ini Najib berkata, pemimpin pilihan rakyat akan menjadi keutamanya dalam membentuk safnya di peringkat negeri. Ketika ini, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Bendahari Agung UMNO Datuk Seri Azim Zabidi dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP Datuk Seri Zulhasnan Rafique adalah wakil WP di MT.
Pada pemilihan UMNO baru - baru ini, hanya Zulhasnan Rafique yang berjaya lepaskan diri di dalam saingan MT dimana beliau menjadi wakil tunggal MT yang menang dari WP. Manakala Astaman Abdul Aziz mendapat tempat ke 28 manakala Syed Ali Alhabshee pula dapat tempat ke 35.
Datuk Norza Zakaria pula, yang dilantik sebagai Ahli MT melalui kouta Pemuda UMNO Malaysia. Pemerhati politik meramalkan hampir pasti nama Azim akan digugurkan sebagai Bendahari Agung UMNO manakala nasib Tengku Adnan juga dikatakan masih tidak selamat kerana Najib dikatakan bakal melantik Setiausaha Agung UMNO yang baru.
Manakala, Menteri Wilayah Persekutuan yang baru Datuk Raja Nong Chik pula dikatakan akan dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP yang baru menggantikan Zulhasnan Rafique.
KAMARUDDIN AMBOK DIGUGUR ?
Manakala bagi jawatan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan , diantara nama yang menjadi sebutan ialah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang juga merupakan Ketua Wanita Malaysia (Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga) dan Ketua UMNO Wangsa Maju Datuk Shafie Abdullah yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri bagi menggantikan Senator Datuk Kamaruddin Ambok yang juga merupakan Ketua UMNO Segambut. Turut dikatakan meneropong jawatan tersebut ialah Ketua UMNO Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee. Apakah Tengku Adnan akan diberi tanggungjawab menerajui UMNO WP digandingkan dengan Raja Nong Chik sebagai Timbalan ? Tengku Adnan , Zulhasnan Rafique dan Yusuff Mahal merupakan wakil dari UMNO yang menang pada PRU yang ke 12.
Ada pula cadangan supaya Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai UMNO Selangor dan WP secara serentak bagi mengelakkan peperangan "Warlords".

BAHAGIAN - BAHAGIAN PAS DI WP TOLAK HADI AWANG ? BERDEGIL ATAUPUN MERAJUK ? PAS WP JADI PERHATIAN !

KUALA LUMPUR , April 23 -- Pas Wilayah Persekutuan tiba - tiba menjadi perhatian. Tindakan tujuh bahagian dikatakan tidak membuat sebarang pencalonan bagi tiga jawatan utama parti termasuk Presiden, Timbalan dan Naib Presiden telah mengundang pelbagai persepsi dan andaian politik. Ada yang berkata, Pas Wilayah Persekutuan menolak kepimpinan Datuk Seri Hadi Abdul Awang manakala ada pula pihak yang berkata Pas Wilayah mahu Datuk Nik Aziz "mengepalai" Pas pusat. Tapi ada pula yang berkata Pas WP mahukan "status quo ".
Tujuh bahagian yang dikatakan ialah Bukit Bintang, Cheras, Bandar Tun Razak, Batu, Wangsa Maju, Lembah Pantai, Seputeh dan Labuan.
Manakala Pas Bukit Bintang mencalonkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Presiden bagi menggantikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Tindakan Pas Bukit Bintang bukan sahaja meletupkan suasana malah mengegarkan fenomena dalaman politik Pas kerana Pas Bukit Bintang adalah bahagian pertama yang berani menamakan Nik Aziz sebagai pengganti Hadi Awang. Kenapa kami calonkan Nik Aziz ? sila klik DISINI untuk baca kenyataan lantang dan berani dari Yang Di Pertua Pas Bukit Bintang Radhi Hashim.
Sementara itu, Pas Wilayah Persekutuan pula kononya menafikan Wilayah Persekutuan tolak kepimpinan Hadi Awang sebagai Presiden ekoran kebanyakan kawasan tidak mencalonkan sesiapa untuk jawatan tertinggi parti. Sila klik DISINI , untuk baca komen Setiausaha Pas WP Hedzer Ibrahim.
Macam - macam cerita yang keluar mengenai isu ini. Sejauh mana kebenaranya ? Sila klik DISINI. Manakala, satu - satunya kawasan parlimen yang dikuasai oleh Pas di Kuala Lumpur - Titiwangsa pula mencalonkan Hadi Awang bagi Presiden dan Nasharuddin bagi Timbalan Presiden.
Apapun, Pas Wilayah Persekutuan kini menjadi perhatian !

Tuesday, April 21, 2009

AZIZAH SAMAD JADI KETUA WANITA WP YANG BARU !

KUALA LUMPUR April 21 -- Ketua Wanita UMNO Bahagian Seputeh Senator Datuk Azizah Samad dilantik sebagai Ketua Wanita UMNO Wilayah Persekutuan yang baru.Manakala Ketua Wanita UMNO Bahagian Bukit Bintang Mariyany Mohd Yit pula dilantik sebagai Naib Ketua Wanita UMNO yang baru. Pengumuman dibuat oleh Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Untuk rekod, Shahrizat merupakan penyandang Ketua Wanita UMNO Wilayah Persekutuan dan Ketua Wanita Cheras Datuk Faridah merupakan Naib Ketua Wanita WP sebelum ini. Perlantikan Azizah Samad , dikatakan sebagai satu langkah untuk memperkukuhkan kembali Wanita UMNO Wilayah Persekutuan.

Sunday, April 19, 2009

" PARTI SAKIT KERANA MASIH ADA PEMIMPIN PENTINGKAN DIRI SENDIRI " , KATA SYED MEHDHAR SYED ABDULLAH !

KUALA LUMPUR April 18 --" Parti menjadi sakit kerana masih ada sesetengah pemimpin mementingkan diri sendiri dan tidak mendahulukan keutamaan rakyat", kata Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras Syed Mehdhar Syed Abdullah. Pemimpin UMNO perlu bermuhasabah dan mengakui hakikatnya parti itu berada di dalam kedaaan sakit dan perlu dirawati , katanya. Sila klik DISINI, untuk baca kenyataan penuh, Syed Mehdhar yang juga merupakan Setiausaha Pemuda UMNO WP.
UPDATE TERKINI....
" Segala kutukan dan kritikan itu saya anggap sebagai pengajaran kepada diri saya untuk membetulkan kecuaian dan kesilapan. Barangkali selama ini saya alpa atau menjadi cuai, jadi dengan peringatan itu membolehkan saya membaiki keadaan" , Klik DISINI untuk membaca komen Syed Mehdhar.

Friday, April 17, 2009

" PENGUGURAN DI BUAT SEBELUM SAYA DI BERI HAK UNTUK BELA DIRI " - SUHAILI ABDUL RAHMAN ; MACAM MANA PULA MASA DEPAN POLITIK SUHAILI SELEPAS INI ?

KUALA LUMPUR April 17--
Selepas 13 tahun, karier politik Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Suhaili Abdul Abdul Rahman yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Labuan tiba - tiba menjadi gelap dan penuh rintangan apabila jawatanya sebagai Ketua Bahagian gugur dengan sendirinya berikutan pendakwaan terhadap beliau di mahkamah baru - baru ini.
" Ia (penguguran) juga di buat sebelum saya diberi hak untuk membuat pembelaan diri", katanya kepada Bernama.
" Surat telah saya terima...surat yang ditandatangani Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor", katanya sambil meluahkan rasa kesal, beliau berkata telah menemui Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dinasihat supaya membujat rayuan.
Suhaili yang juga bekas Ahli Parlimen Labuan dan Pengerusi Perbadanan Labuan berkata penguguran jawatanya itu sepatutnya dibuat hanya selepas dibincang pada mesyuarat majlis tertinggi parti.
Untuk rekod, selepas pemilihan UMNO baru - baru ini, Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang baru Datuk Seri Najib Tun Razak belum lagi mengadakan mesyuarat majlis tertingginya yang pertama.Malah ramai pihak termasuk ahli - ahli UMNO sedang menanti mesyuarat tersebut kerana ianya bakal menyaksikan perlantikan Setiausaha Agung, Bendahari Agung, ahli - ahli MT dan juga Pengerusi Badan Perhubungan Negeri - Negeri.
Pada pemilihan Ketua UMNO Bahagian Labuan yang lepas Suhaili menang bergaya menewaskan Ahli Parlimen Labuan Datuk Yusuff Mahal (penyandang Timbalan Ketua Bahagian) dengan kelebihan 70 undi. Suhaili tidak bertanding pada PRU ke 12 kerana masalah kesihatan isterinya. Namun di bawah naunganya sebagai Ahli Parlimen , Suhaili berjaya menjadikan Labuan sebagai destinasi " duty free" yang tersohor.
Apakah masa depan politik Suhaili akan berakhir disini ? ataupun beliau akan berupaya membuat " COME BACK" ? Wilayahkini cuba mendapatkan komen Suhaili tetapi gagal menghubungi beliau. Kita akan cuba dapatkan reaksi beliau.
Kini jawatan Suhaili akan dipangku oleh Timbalanya Datuk Yunus Kurus. Difahamkan juga kontrak Suhaili sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan juga tidak akan disambung semula.
Tiga hari lepas , Suhaili dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu atas tuduhan kenyataan palsu dan juga tuduhan menipu Bank dalam dua tuduhan yang berbeza.
Suhaili Abdul Rahman juga seorang ahli politik yang lantang bersuara dan disegani di Labuan.

Thursday, April 16, 2009

" SAYA TAK PENTINGKAN PROTOKOL TAPI AMAT TEGAS " - RAJA NONG CHIK !

KUALA LUMPUR April 16 -- " Mengakui tugasnya di Kementerian Wilayah Persekutuan itu agak sukar kerana kebanyakan kawasan di Kuala Lumpur diwakili pembangkang, Datuk Raja Nong Chik berkata kerjasama antara kedua - duanya penting bagi memastikan rakyat mendapat manfaat yang sepatutnya. Beliau juga berharap pihak pembangkang tidak hanya mengkritik kosong sebaliknya turut berkerjasama menjalankan kerja - kerja pembangunan. Cara pentadbiran saya amat mudah.Saya tidak pentingkan protokol tetapi saya amat tegas ....yang penting kami perlu mendekati rakyat" Begitulah reaksi pertama Menteri Wilayah Persekutuan yang baru Senator Datuk Raja Nong Chik selepas memulakan tugas rasminya di Kementerian Wilayah. Komen penuh , sila klik - BERNAMA - Pegawai Kementerian Wilayah Persekutuan Digesa Turun Padang .
Perlantikan Raja Nong Chik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan memberi kejutan kepada pelbagai pihak termasuk kepada 10 Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur. Rata - rata ramai tidak mengenali beliau.
Raja Nong Chik yang akan bertanggungjawab memastikan pembangunan Kuala Lumpur , Putrajaya dan Labuan, sepertimana diakuinya, beliau bakal berdepan dengan serangan dari 10 Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur. Datuk Seri Zulhasnan Rafique merupakan wakil tunggal BN yang menang di Kuala Lumpur. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Putrajaya dan Datuk Yusuff Mahal di Labuan.
TOLAK POLITIK SYOK SENDIRI DI WP
Diharap Raja Nong Chik dapat memilih pasukanya yang mantap dan bermutu tinggi termasuk Setiausaha Politiknya , Pegawai Khasnya dan juga pegawai - pegawai lain untuk menangani segala permasalahan di Kuala Lumpur , Putrajaya dan Labuan termasuk serangan dari Pakatan Pembangkang. Ramai juga berharap Raja Nong Chik tidak terperangkap dengan "gimik politik syok sendiri " yang dibawa oleh pihak - pihak tertentu di Wilayah Persekutuan. Raja Nong Chik perlu memilih pasukan yang diyakini oleh semua lapisan masyarakat.
Warga Kota sedang memerhatikan percaturan Raja Nong Chik selepas ini. Mereka juga mahu melihat pasukanya. Kita tunggu dan lihat.Sepertimana kata Perdana Menteri, kita perlu bergerak sebagai satu pasukan atas nama 1 Malaysia.

Sunday, April 12, 2009

BOLA DI KAKI RAJA NONG CHIK : ANTARA JUSTIFIKASI, CABARAN, RINTANGAN , HARAPAN , WARLORDS ........!

KUALA LUMPUR April 12 -- Pembentukan kabinet baru masih menjadi perbualan hangat. Ada yang mengkritik. Ada pula yang menerima dengan separuh hati dan ada pula menerimanya dengan hati yang terbuka dengan hati yang keras kerana keputusan telah dibuat.
Lapan Menteri digugurkan. 7 muka baru tampilkan. Daripada 7 yang dilantik Menteri, empat daripada mereka adalah Senator (Dua orang kalah dalam PRU 12, seorang Ketua Bahagian UMNO dan seorang bekas tentera ). Perlantikan empat orang Senator ke jawatan berstatus Menteri menimbulkan pelbagai andaian dan persepsi . Kenapa tidak melantik yang menang di PRU dan pemilihan UMNO ? Pilihanya banyak kerana mereka adalah wakil daripada rakyat. Kenapa mereka dipinggirkan ? Tan Sri Koh Tsu Koon yang tenggelamkan Pulau Pinang dilantik sebagai Menteri di JPM untuk menilai prestasi Kementerian, sedangkan beliau merupakan orang baru dalam kabinet sebagai Menteri Junior. Macam mana beliau dapat menilai prestasi Menteri - Menteri Senior dalam kabinet ? Di Wilayah Persekutuan pula,penguguran Datuk Seri Zulhasnan Rafique yang menjadi wakil tunggal BN dan UMNO di WP menimbulkan pelbagai persepsi. Pakatan Pembangkang di Kuala Lumpur pula tanya " Siapa Raja Nong Chik ". Sila klik disini - Meet Raja Nong Chik the new FT chief . Mungkin mereka tak kenal beliau. Seperti ramai lagi, mereka juga terkejut dengan pemilihan Menteri WP yang baru. Apapun, perlantikan Menteri WP dan Menteri - Menteri lain yang baru adalah hak mutlak Perdana Menteri. Tetapi rakyat cuma mengharapkan justifikasi yang relevan, lebih - lebih lagi apabila Perdana Menteri berkata komponen rakyat diutamakan bagi mencerminkan KABINET RAKYAT. Kami dengar Datuk Raja Nong Chik pun telah berjumpa dengan Zulhasnan Rafique untuk mendapatkan pandangan dan nasihat? Kita harap Raja Nong Chik dapat bergerak dengan bebas dan tenang tanpa terpengaruh dengan pasukan - pasukan sorak yang bergelar "kumpulan syok sendiri". Lakukanlah yang terbaik. Cuba elakkan perang "Warlords" kerana banyak sangat warlords di Kuala Lumpur.
Kini bola dikaki Raja Nong Chik. Diharap beliau akan hantar bola ke pihak yang betul dan jangan tersilap hantar bola, kerana ramai sangat nak main curi ayam.Berhati - hatilah dengan mereka. Kini harapan baru diletakkan terhadap Raja Nong Chik untuk menjadikan Kuala Lumpur bandaraya yang maju menjelang tahun 2020. Buatlah yang terbaik dan buktikan kemampuan anda.
Selamat Bertugas !

Friday, April 10, 2009

PERLANTIKAN KABINET BARU........; YANG MENANG TERCICIR ; YANG KALAH DI JULANG ???

KUALA LUMPUR April 10 -- Tidak banyak kejutan apabila Perdana Menteri mengumumkan kabinet barunya. Seperti biasa pendekatan Senator digunakan untuk melantik pemimpin tertentu ke kabinet. Pemimpin yang menang PRU yang ke 12 dan pemilihan UMNO yang lepas tercicir dari senarai kabinet tapi mereka - mereka yang kalah dalam PRU ke 12, yang kalah pada pemilihan UMNO dan ada yang tidak langsung tak bertanding pulak di berikan tempat sehingga terus jadi Menteri. Begitulah keunikan dan keistimewaan perlantikan ahli - ahli kabinet kali ini. Sekiranya perlantikan Senator yang boleh diumpamakan seperti "YB tanpa kawasan" boleh mendapat permaidani merah terus ke kabinet apalah nasib Yang Berhormat yang dipilih oleh rakyat dan perwakilan UMNO ?
Datuk Raja Nong Chik Ketua UMNO Lembah Pantai dikatakan pernah menghadapi tindakan penggantungan atas kes politik Wang ? , dilantik menjadi Senator dan Menteri Wilayah Persekutuan yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Zulhasnan Rafique.
Shahrizat Abdul Jalil pula dilantik semula ke Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga atas tiket Senator juga.Maka Wilayah Persekutuan kini mempunyai dua wakil di kabinet Malaysia.
Ahli Parlimen Putrajaya Tengku Adnan Tengku Mansor juga hilang peluang jadi Menteri Wilayah Persekutuan walaupun namanya begitu kencang. Keciciran nama Tengku Adnan juga menjadi kejutan kepada pelbagai pihak. Apakah Ku Nan akan dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP yang baru ?
Nak baca komen blog lain mengenai perlantikan Raja Nong Chik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan yang baru ? - Sila klik DISINI
Apapun, penguguran Zulhasnan Rafique yang menjadi wakil tunggal BN dan UMNO yang menang di Kuala Lumpur pada PRU yang ke 12 masih menjadi tanda tanya. Apakah sebabnya? Adakah Zulhasnan dilihat sebagai orang Pak Lah? Zulhasnan juga merupakan wakil tunggal dari WP yang menang di MT pada pemilihan UMNO baru - baru ini.
Kini tugas berat menanti Raja Nong Chik untuk berdepan dengan 10 Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat ( gambar sebelah ).Mampukah beliau seperti Zulhasnan ? Raja Nong Chik yang dilihat sebagai ahli perniagaan yang berjaya bakal mengharungi cabaran yantg besar dan getir .Kita tunggu dan lihat.
Apapun Tahnniah kepada Raja Nong Chik dan Shahrizat !

Tuesday, April 7, 2009

ROMBAKAN KABINET : KENA TUNGGU LAGI ; TAK JADI HARI INI ?

KUALA LUMPUR April 8 -- Semua sibuk cakap pasal rombakan kabinet. Pagi tadi RTM buat news flash pengumuman kabinet akan diumumkan pada pukul 10 pagi namun tak muncul pengumuman tersebut. Di fahamkan dibatalkan pada saat - saat terakhir.Apa dah jadi ? Macam - macam yang kita dengar. Yang terkini pula , Wilayahkini difahamkan akan diumumkan esok ataupun selepas Perdana Menteri balik dari Pattaya. Mungkin,Menteri - Menteri masih boleh menarik nafas lega lagi kerana masih belum ada pengumuman. Beberapa akhbar tempatan juga membuat spekulasi mengenai rombakan kabinet hari ini. Malah sebuah akhbar berbahasa Inggeris berkata, ada yang mengunakkan khidmat " kenamaan tertentu" untuk melobi. Macam - macam yang kita dapat dengar menjelang rombakan kabinet kali ini sampai keputusan pilihanraya semalam pun lenyap begitu sahaja. Banyak kita dengar mengenai saiz kabinet akan dikurangkan dan beberapa kabinet akan di cantumkan. Ada juga yang kata nama Kementerian Wilayah Persekutuan akan di ubah kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kerajaaan Tempatan ? Ada pula kata , Kementerian Wilayah Persekutuan akan dikekalkan. Ada pula yang kata, Kementerian WP akan dikembalikan ke JPM?

Saturday, April 4, 2009

TIDAK SAMPAI 24 JAM JADI PM , NAJIB BUAT LAWATAN MENGEJUT KE KL BERSAMA ZULHASNAN RAFIQUE ; WARGA KOTA TERKEJUT !

KUALA LUMPUR April 4 -- Tidak sampai pun 24 jam mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 secara rasmi semalam Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan lawatan mengejut ke Kuala Lumpur iatu ke Petaling Street,Vista Angkasa (Kg Kerinchi ) dan Brickfields bersama Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique.
" Saya lakukan lawatan tidak rasmi dan lawatan mengejut.Cuma orang tertentu sahaja diberitahu.Saya maklumkan kepada Zulhasnan ( Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique ) saya tidak mahu permaidani merah, tak mahu bungga manggar" kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Sila klik- (Laporan Bernama ) mStar Online : Najib buat lawatan mengejut sekitar Kuala Lumpur . Lawatan Perdana Menteri bukan sahaja memberi kejutan kepada orang ramai yang berada di ketiga - tiga kawasan tersebut malah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendapat penghormatan pertama dari Perdana Menteri setelah beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru menggantikan Pak Lah. Ini juga merupakan program pertama Najib Tun Razak bersama rakyat jelata selepas bergelar sebagai Perdana Menteri. Warga kota Kuala Lumpur juga ternyata gembira melihat wajah Najib apabila beliau muncul di Petaling Street, Vista Angkasa dan Brickfields.