DIKEMASKINIKAN PADA 8hb Dec 2009
" Saya menyeru agar pihak berkenaan menghentikan tohmahan yang dibuat kerana mereka baru sahaja di dakwa, jika tidak kita ahli UMNO yang bantu siapa lagi hendak bantu.
Tiada agenda tersembunyi ,cuma kita mahu membela pemimpin UMNO itu sahaja jadi tidak ada apa - apa kepentingan disebalik pelancaran tabung ini dan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan berharap rakan Pemuda di seluruh negeri menyokong usaha untuk mengerakkan tabung ini", kata Mahadhir Sulaiman bagi mengulas mengenai tindakan segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan pelancaran tabung bantuan guaman Datuk Norza Zakaria. Sila klik DISINI , untuk baca kenyataan penuh Mahadhir yang juga merupakan Ketua Penerangan Pemuda UMNO WP dan juga reaksi dari Info Pemuda UMNO Segambut.
Berita sebelum ini di Wilayahkini......
KUALA LUMPUR 26 Nov,
Tabung Bantuan kutipan pembiayaan kos guaman perbicaraan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Norza Zakaria dilancarkan oleh Ketua Pemuda UMNO Segambut Mahadhir Sulaiman baru - baru ini.Mahadhir yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan menggesa kepimpinan tertinggi UMNO Malaysia supaya jangan menghukum pemimpin jika sekiranya kesalahan yang dilakukan belum terbukti.
" Saya harap UMNO dapat mengkaji perkara ini kerana jika ia terus berkeadaan sedemikian, UMNO akan dilabel sebagai lupa diri kerana tidak berusaha untuk membela nasib pemimpin - pemimpin yan
g selama ini
bertungkus - lumus berjuang bersamanya", katanya.Mahadhir menegaskan pengantungan keahlian Norza Zakaria tidak wajar dibuat kerana tiada sebarang keputusan membutktikan beliau terlibat dengan rasuah." Baru dakwa tetapi UMNO sudah hukum , gantung atau pecat keahlian seperti seolah - olah sesiapa yang di dakwa kerana terbabit dalam salah laku disiplin memang sudah sah buat. Dalam hal ini Norza langsung tidak dibantu, malah UMNO juga tidak sediakan sebarang khidmat guaman menunjukkan seolah - olah UMNO mengetepikan terus pemimpin yang baru di dakwa".
Kata beliau, kepimpinan tertinggi perlu peka kerana jika UMNO tidak bantu siapa lagi yang akan bantu, dan keadaan ini sebenarnya hanya akan memperlihatkan kelemahan UMNO yang ketara di mata pembangkang.
" UMNO perlu berubah jika hendak dapat sokongan penuh rakyat dan pemimpin - pemimpin muda yang bersemangat untuk berjuang denganya, jika hal sekecil ini tidak dapat diberi perhatian keyakinan orang akan luntur malah orang akan gerun hendak masuk UMNO kerana apa - apa berlaku kena tanggung sendiri", katanya lagi. - Sumber Sinar Harian
APA PANDANGAN ANDA ?



DI KEMASKINIKAN pada 11hb Nov 2009

































mengejut ke sekitar Kuala Lumpur. Ketika itu Zulhasnan masih menjadi Menteri Wilayah Persekutuan. Lawatan tersebut merupakan program pertama Najib bersama rakyat setelah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6.(gambar sebelah)




