KUALA LUMPUR 3 Ogos,Ada penjaja nak tuntut ganti rugi akibat perhimpunan haram anjuran gerakan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ) ? Buatlah aduan dengan Biro Pengaduan Awam di Bangunan Kemas dekat Jalan Sentul.
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk T.Murugiah berkata pihaknya akan mencari jalan supaya kerugian yang ditanggung oleh peniaga terbabit dapat dituntut daripada organisasi yang menganjurkan demontrasi tersebut.
Sila klik laporan - BERNAMA - Peniaga Mungkin Boleh Tuntut Ganti Rugi - Murugiah , untuk berita selanjutnya.
Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pula berkata " Anggaran kerugian saya dalam RM 100 hingga ke 200 juta. Saya sendiri akan turun ke lokasi perhimpunan berkenaan untuk melihat sendiri sejauh mana kerosakan harta benda awam dalam tempoh terdekat ini". Itu adalah anggaran Raja Nong Chik. Kita tidak ta
hu sejauh mana kebenaranya dan juga justifikasinya. Kena tunggu dan lihat !
Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pula berkata " Anggaran kerugian saya dalam RM 100 hingga ke 200 juta. Saya sendiri akan turun ke lokasi perhimpunan berkenaan untuk melihat sendiri sejauh mana kerosakan harta benda awam dalam tempoh terdekat ini". Itu adalah anggaran Raja Nong Chik. Kita tidak ta
hu sejauh mana kebenaranya dan juga justifikasinya. Kena tunggu dan lihat !Sementara itu ketika membuat lawatan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (gambar sebelah) , lewat petang semalam Raja Nong Chik berkata " Di Lorong Tuanku Abdul Rahman sahaja , kerugian dianggarkan berjumlah RM 3 juta. Secara kesuluruhanya mungkin mencapai RM 100 juta".
Ramai yang marah ! Ramai yang bengang ekoran daripada demontrasi tersebut. Rakyat jelata dan para peniaga " yang mahu cari makan " yang jadi mangsa. Kuala Lumpur LUMPUH dan LENYAP seketika ekoran daripada demontrasi tersebut. KL bagaikan hura hara , macam nak berperang. Seolah - olah KL dilanda perang.
KENAPA NAK ADAKAN SEKATAN JALAN RAYA ?
Cuma Wilayahkini ingin tegur sikit pendekatan pihak polis yang membuta sekatan jalan raya sehari sebelum demontrasi. KUALA LUMPUR MENJERIT , begitulah dapat disimpulkan perasaan warga kota yang terpaksa mengharungi kesesakan teruk sampai berjam - jam. Kenapa warga kota dijadikan mangsa ? Pada hal, anggota polis yang membuat sekatan jalan raya , hanya memerhatikan sahaja di setiap medan sekatan jalan raya. Kenapa begini ? Carilah pendekatan yang lebih efesyen ! Ada yang menyokong , ada pula yang membantah - untuk mansuhkan Akta Isa.
Apa pandangan anda dalam isu ini ?
Sementara itu, Naib Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan SYED MEHDHAR SYED ABDULLAH kecewa dengan sikap berkecuali Ketua Pemuda UMNO , Khairy Jamaluddin berhubung isu pemansuhan AKTA ISA. Sila , klik DISINI , untuk baca selanjutnya komen Syed Mehdhar yang juga merupakan Ketua Pemuda Cheras.












































