Tuesday, June 30, 2009

NASIB PENDUDUK KAMPUNG PADANG BALANG DI TANGAN SIAPA ?

KUALA LUMPUR Jun 30
Wilayahkini menerima satu permintaan untuk diketengahkan.Kali ini mengenai isu perjuangan Penduduk Kampung Padang Balang yang terletak di bawah Parlimen Batu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Perjuangan mengenai sebuah kampung yang penuh dengan Tradisi Melayu yang kini terpaksa berhempas pulas untuk memperjuangkan nasib mereka.
Pada 6hb Jun , semasa Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin turun padang untuk merasmikan Majlis Sambutan Jubli Perak Masjid Saidina Ali Kampung Padang Balang Sentul beliau meminta semua penduduk agar bersabar menunggu keputusan terperinci Deraf Pelan Kuala Lumpur ( KLCP 2020 ) untuk pembangunan Kampung tradisi tersebut pada bulan Ogos ini.
Namun laporan berita akhbar Utusan Malaysia bertarikh 26 Jun dilaporkan berkata , Pendududuk Padang Balang memberi tempoh tujuh hari kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Fuad Ismail untuk menarik balik kenyataanya yang menafikan hak penduduk Kampung Padang Balang sebagai pemilik tanah asal di kawasan itu.
Pengerusi Masjid Saidina Ali Kampung Padang Balang, Zainal Abidin Maas berkata, sekiranya beliau gagal berbuat demikian , penduduk kampung telah sebulat suara akan menghantar memorandum terhadap beliau.
" Setiap penduduk di Kampung Padang Balang ini memiliki geran tanah yang sah yang dikeluarkan sejak 1916 dengan status tanah adalah hak milik seumur hidup" katanya.
Beliau mengulas tentang kenyataan Ahmad Fuad baru - baru ini terhadap hak milik tanah di kampung tersebut dan mendakwa tiada istilah peneroka bandar yang diberikan kerajaan kepada penduduk kampung berkenaan.
Ahmad Fuad dilaporkan berkata, istilah tersebut tidak pernah diberikan oleh kerajaan kepada mana - mana pihak untuk membina rumah diatas tanah kerajaan tanpa kebenaran.Namun, segala keputusan mengenai pembangunan yang bakal dijalankan di kawasan tersebut akan diputuskan pada bulan Ogos ini , katanya.
Zainal yang juga Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Kampung Padang Balang berkata, penduduk kampung bukan menolak pembangunan namun tidak mahu pembangunan berunsurkan penindasan.
Jelasnya, maksud pembangunan berunsurkan penindasan ialah penduduk terpaksa mengorbankan tanah mereka untuk kepentingan pihak lain dan bukanya pembangunan untuk penduduk setempat.
Untuk rekod penduduk terbabit telah menyerahkan memorandum bantahan setebal 800 muka surat kepada Raja Nong Chik sebagai tanda bantahan terhadap KLCP 2020 yang mengkategorikan kampung tersebut sebagai penempatan setinggan.
Zainal juga berkata , kampung tersebut telah berusia lebih 100 tahun dan telah diterokai oleh nenek moyang mereka bermula pada 1940 -an.
PERSOALANYA : Nasib penduduk Kampung Padang Balang ditangan siapa ? DBKL ? Kementerian Wilayah Persekutuan ? UMNO ataupun Ahli Parlimen Batu - Tian Chua ? Rakyat mahu mereka di dahulukan.
(FAKTA GAMBAR - Raja Nong Chik menerima memorandum daripada Pengerusi Masjid Saidina Ali Zainal Abidin Maas yang juga Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Kampung Padang Balang semasa merasmikan Sambutan Jubli Perak Masjid Saidina Ali Kampung Padang Balang baru - baru ini. Gambar kedua - Raja Ning Chik bersama Zainal dan Ketua UMNO Bahagian Batu Yahya Mat Ghani tengah berbincang sesuatu di majlis yang sama).

Tuesday, June 23, 2009

CHOW KIT ROAD OHH CHOW KIT ROAD.........; KETUA POLIS TEGUR DBKL ; SALAH SIAPA ? APA LEPAS NI .......???

KUALA LUMPUR, Jun 23
"Kita mahu DBKL bersikap tegas terhadap dan membersihkan kawasan Lorong Haji Taib itu daripada terus menjadi sarang maksiat. Kenal pasti operator yang terlibat serta tutup terus premis berkenaan. Premis - Premis sebegitu sepatutnya sudah tiada, kemudian barulah kita dapat bersihkan nama kawasan itu.
Bukan Polis yang memberi lesen kepada mereka untuk beropersai tetapi DBKL, justeru saya meminta agar pihak perbandaran memeriksa dahulu sebelum sebelum memberi lesen kerana mereka sebenarnya mungkin menjalankan perniagaan yang berunsur maksiat" , begitulah pandangan keras dan tajam yang dilontarkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan kepada DBKL dalam usaha pihak Polis memastikan Kawasan Lorong Haji Taib bebas dari daripada kegiatan pelacuran dan juga jenayah lain. Baca kenyataan penuh Musa Hassan di sini - BERNAMA - Polis Minta DBKL Bertegas Cegah Pelacuran Di Lorong Haji Taib
Chow Kit ohh Chow Kit.....
Memang isu ini sudah lama berleluasa dan bermaharajalela. Banyak kali telah disuarakan oleh pelbagai pihak. Kini, Ketua Polis Negara juga nampaknya sudah "fed up" dengan perangai DBKL. Salah siapa ?
Semalam Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein telah "turun padang" ke Lorong Haji Taib . Beliau berkata " Jalan Haji Taib merupakan kawasan panas pertama yang saya lawati. Saya akan turun padang untuk melihat kawasan panas lain untuk menyaksikan sendiri suasana dan keadaan di situ".
Apakah selepas ini Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang gemar sungguh untuk turun padang akan "turun " ke Lorong Haji Taib pulak bersama perisai DBKLnya ? Apa pula ulasan dari DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan selepas ini ?
Wilayahkini berkata " Kami memang suka amalan turun padang dengan pendekatan terbuka , tapi jangan jadikan episod turun padang sekadar siaran berita sahaja. Bertindak segera. Jangan tunggu lama sangat laporan dari Datuk Bandar. Kerana mereka juga nak tunjung belang mereka. Menteri WP perlu diberi kuasa untuk bertindak dan ambil tindakan segera. Barulah Rakyat Di Dahulukan.Kita tidak mahu DBKL didahulukan. kalau tak jalan, akhirnya Menteri yang jadi mangsa. DBKL perlu DIREFORMASIKAN SEGERA. Isu Chow Kit pun satu contoh terbaik".

Wednesday, June 17, 2009

DULU PEMUDA UMNO MASUK KAMPUNG.... ; SEKARANG PEMUDA UMNO NAK MASUK BANDAR ; APA PULA "KPI" PEMUDA UMNO WP ?

KUALA LUMPUR, Jun 17
Banyak cakap - cakap mengenai Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dilapangan politik UMNO dimana kini Pemuda Wilayah Persekutuan membariskan banyak pemimpin muda yang berkaliber di peringkat nasional mahupun negeri. Di Wilayah Persekutuan pula, kepimpinan Rizalman Mokthar Samad menjadi perhatian.
Wilayahkini dapat tahu, Rizalman telah mengerakkan jenteranya seratus peratus untuk menawan hati pengundi muda di Kuala Lumpur.
Dulu kita masak sangat dengan pendekatan Pemuda Masuk Kampung. Kini Pemuda nak masuk Masuk Bandar pula.
" jika sebelum ini Pemuda lebih banyak turun padang dan menumpukan pada golongan muda luar bandar , kini tibanya masanya untuk kita melebarkan sayap perkhidmatan kepada penduduk muda di kawasan bandar", kata Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin. Pengundi muda jadi tumpuan ? - klik disini , Utusan Malaysia Online - Politik , untuk baca berita selanjutnya.
Nampaknya program pertama Pemuda Masuk Bandar di PPR Kampung Kerinchi baru - baru ini yang disempurnakan oleh Khairy Jamaluddin memang mendapat sambutan yang baik walaupun ada cakap - cakap politik dikalangan ahli - ahli Pemuda di Wilayah Persekutuan.
" Biasalah politik. Nak cakap tu, biarkan mereka cakap.Macam - macam ada. Kini tanggungjawab di tangan KJ.Walaupun tak ada jawatan kabinet, kami akan turun padang bersama KJ untuk memperjuangkan nasib orang melayu di Kuala Lumpur", kata seorang pemimpin Pemuda kepada Wilayahkini.
Banyak harapan yang disandarkan kepada Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan untuk menawan semula Kuala Lumpur yang kini dikuasai oleh Pakatan Rakyat , kecuali Parlimen Setiawangsa yang diwakili oleh mantan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique. Apakah strategi seterusnya untuk menawan pengundi muda di Kuala Lumpur ? Apakah UMNO dapat kuasai semula kawasan Titiwangsa dan Lembah Pantai ? Apakah KPI Pemuda UMNO WP ?
( Gambar Rizalman yang diambil dari Facebooknya dan juga gambar perasmian Pemuda Masuk Bandar yang disempurnakan oleh KJ di PPR Kampung Kerinchi baru - baru ini )

Tuesday, June 16, 2009

INSIDEN DI KAMPUNG JINJANG SELATAN TAMBAHAN ; RAKYAT DI DAHULUKAN ? PENCAPAIAN DI UTAMAKAN ?

KUALA LUMPUR Jun 16 --
Berikut adalah gambar - gambar yang telah dirakamkan pada insiden meroboh 15 buah rumah di KAMPUNG JINJANG SELATAN TAMBAHAN, Kuala Lumpur. Inisiden semalam cukup panas dan menyedihkan. Apakah ini yang kita laungkan RAKYAT DI DAHULUKAN ? PENCAPAIAN DIUTAMAKAN? Kenapa DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan membiarkan insiden roboh rumah menjadi begini ?
" Kami telah memberi masa yang sekukupnya kepada penduduk untuk berpindah melalui beberapa notis yang telah dikeluarkan oleh DBKL. Malah kita telah mengadakan dialog sebanyak lapan kali dengan penduduk terbabit dan mereka berjanji untuk pindah tetapi sekarang mereka cuba ambil masa.
"Kawasan ini merupakan kawasan tanah TOL. Tetapi taraf TOL telah tamat pada tahun 1997 dan kini kawasan tersebut sudah jadi kawasan setinggan. Kita hanya mahu membangunkan kawasan jalan di sana" kata Timbalan Pengarah Operasi DBKL Abdul Salim Mansor.
Tindakan merobohkan rumah - rumah berkenaan dilakukan bagi memberi laluan kepada projek membina lebuhraya yang akan memendekkan jarak dan masa perjalanan antara Jalan Kuching dan Kepong , yang tergendala beberapa lama akibat keenganan 17 penduduk di kawasan setinggan itu berpindah.
Sementara itu, penduduk terbabit pula memberikan alasan pegawai DBKL bertindak kasar, dan rumah yang di sediakan di PPR Batu Muda pula tidak sesuai dan ada rumah yang ditawarkan kepada mereka telah diambil oleh orang lain. Penduduk - Penduduk terbabit juga telah menghantar surat rayuan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketika DBKL juga mempunyai alasan yang kukuh, penduduk terbabit pula juga mempunyai alasan mereka.
Memang tidak dapat dinafikan masing - masing ada tanggungjawab tetapi yang penting kita mestilah cuba elakkan insiden seperti ini berlaku. Kita tidak mahu insiden pindah rumah, roboh rumah bertukar menjadi medan perang , jerit - menjerit dan macam - macam lagi. Cukup sedih. Diharap Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik yang sering melaungkan slogan Rakyat Di Dahulukan akan cuba memperbetulkan keadaan seperti ini. Lakukanlah dengan cara yang lebih holistik lagi. Tak guna turun padang ke hulu ke hilir dan laungkan slogan Satu Malaysia sekiranya rakyat terpaksa berperang untuk rumah mereka. Kita harap, takkan ada insiden seperti ini di Kuala Lumpur pada masa - masa akan datang.

PUTERI UMNO BUKIT DAMANSARA BUAT "OPPS ULAR "

KUALA LUMPUR Jun 16 --
Memang sesuatu yang cukup berlainan. Pergerakan Puteri UMNO Bukit Damansara hari ini menjemput Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M.Saravanan untuk membuat tinjauan ke Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara untuk membuat tinjauan dan pemerhatian sendiri bagi program "opps Ular " yang dikendalikan oleh Nashua Fauzun , AJK Puteri UMNO Segambut. Wilayahkini difahamkan operasi tersebut dibuat kerana dikatakan banyak sangat ular disana.
(Gambar , Nashua bersama Datuk M.Saravanan yang diambil dari Facebook Nashua. Mungkin Nashua dapat update sikit mengenai operasi tersebut...)

Friday, June 5, 2009

KU NAN NAK DENGAR SUARA DARI AKAR UMBI.........

KUALA LUMPUR Jun 5 -- Politik UMNO bagaikan senyap seketika selepas pemilihan parti pada bulan Mac lepas.Kini masing- masing sibuk menguruskan perjalanan mesyuarat cawangan dan bahagian dan juga perasmian mesyuarat cawangan secara berkelompok di bahagian masing - masing. UMNO akan mengadakan perhimpunan agungnya pada 13 hingga 16 Oktober nanti. Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyuarankan semua Ketua - Ketua Cawangan berikan cadangan - cadangan berkaitan pindaan perlembagaan UMNO. Wahai , Ketua - Ketua Cawangan, inilah peluang terbaik bagi anda untuk meyuarakan suara akar umbi anda. Sila klik disini - SUA Saran Ketua Cawangan Beri Cadangan Untuk Pinda Perlembagaan - UMNO Online , untuk baca kenyataan penuh Ku Nan.

Thursday, June 4, 2009

KAWASAN PARLIMEN LEMBAH PANTAI ; RAJA NONG CHIK NAK RAMPAS BALIK ; BAGAIMANA PULA SHAHRIZAT ? APA PULA SUARA AKAR UMBI ?

KUALA LUMPUR Jun 4 --
Parlimen Lembah Pantai akan menjadi kawasan tumpuan utama bagi Barisan Nasional ( BN ) di Wilayah Persekutuan dalam usaha merampas semula kerusi tersebut daripada pembangkang.Begitulah yang telah disuarakan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik yang juga merupakan Menteri Wilayah Persekutuan.
Beliau yang juga merupakan Ketua UMNO Lembah Pantai berkata demikian ketika Majlis Ramah Mesra bersama Media baru - baru ini.
" Saya sendiri akan turun padang sekerap boleh tanpa sebarang protokol", katanya sepertimana yang dilaporkan akhbar Utusan baru - baru ini.
Beliau juga berkata, gerak kerja akar umbi juga melibatkan kawasan lain seperti Wangsa Maju, Titiwangsa, Batu, Segambut dan Bandar Tun Razak yang kini dikuasai oleh pembangkang.
Hanya Datuk Seri Zulhasnan Rafique menjadi wakil tunggal BN yang menang di Kuala Lumpur pada PRU ke 12. Manakala Datuk Seri Tengku Adnan menang di Putrajaya manakala Datuk Yusuf Mahal menang di Labuan.
Sementara itu, ketika merasmikan mesyuarat berkelompok cawangan - cawangan di Lembah Pantai baru - baru ini, Raja Nong Chik pula mahukan tumpuan diberikan kepada pengundi muda untuk rampas semula kerusi Lembah Pantai.(gambar Raja Nong Chik Rasmi Mesyuarat Berkelompok Cawangan - Cawangan Lembah Pantai yang diambil dari blog Pemuda Lembah Pantai)
Sejak di lantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan , atas tiket Senator , Raja Nong Chik dilihat sudah mula mengatur langkahnya untuk menjadi calon di Parlimen Lembah Pantai para PRU yang ke 13. Malah beliau kini sudah digelar dan diberi jolokan sebagai Ahli Parlimen BN Lembah Pantai secara tak rasmi.
Kalau macam tu bagaimana pula peluang Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Lembah Pantai pada PRU yang ke 13 nanti ? Dengar cerita Shahrizat yang juga kini bergelar sebagai Menteri atas tiket Senator dan juga kapasitinya sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia dikatakan sudah mula risau dengan perkembangan tersebut. Memang tidak dapat dinafikan , Shahrizat merupakan salah seorang Ahli Parlimen yang kuat berkerja ketika menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai dan banyak pengorbananya. Apakah Kak Ijat , terpaksa cari kawasan baru ?

WILAYAHKINI IMEJ BARU ; AKAN DILANCARKAN SECEPAT MUNGKIN ; HARAP BERSABAR !

Pihak pengurusan Wilayahkini ingin memohon maaf kerana tidak dapat "update" blog untuk beberapa hari ini kerana, kami dalam proses untuk menjenamakan semula blog ini .Kami akan melancarkan versi baru Wilayahkini dalam tempoh beberapa hari lagi.Kami harap, semua pembaca setia kami, harap bersabar.Kami amat menghargai segala kerjasama dan sokongan daripada anda semua. Marilah kita sama - sama menjadikan Wilayahkini sebagai sebuah laman "info - untuk kita semua" -Wilayahkini for all. Untuk sementara waktu ini, kami akan cuba memuatkan berita - berita semasa sambil menantikan kemunculan versi baru Wilayahkini.Untuk makluman anda , Wilayahkini , sudah mencecah 1.5 million hits sejak dilancarkan.
SALAM dari Wilayahkini.

Monday, May 25, 2009

UMNO WP TEKAD NAK RAMPAS SEMULA WILAYAH PERSEKUTUAN !

KUALA LUMPUR 25 MEI --
Datuk Raja Nong Chik yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menggantikan Senator Datuk Kamaruddin Ambok berkata UMNO Wilayah Persekutuan akan " turun padang" dan meninjau sendiri kesusahan yang dialami penduduk di kawasan perumahan kos rendah dan sederhana di sekitar ibu kota.
Sila klik di sini -Utusan Malaysia Online - Kota , untuk baca berita selanjutnya.
" Kami lihat kelebihan ini untuk menawan semula Wilayaha Persekutuan pada pilihanraya akan datang", katanya.
Akhirnya UMNO Wilayah Persekutuan sudahpun membentuk kepimpinan baru. Bukanya satu kepimpinan baru tetapi kepimpinan lama dan baru. Walaupun orang Wilayah tak dapat jadi Pengerusi Perhubungan, tetapi Raja Nong Chik dan Syed Ali masih dapat menarik nafas lega kerana dilantik sebagai Timbalan dan Setiausaha.
Sekarang : Masa untuk berkerja ; Jangan asyik nak jadi pemimpin syok sendiri ; pastikan semua Ketua Bahagian jadi pengundi di bahagian masing - masing ; hentikan politik retorik ; Cuba cari pendekatan macam mana nak rampas kawasan dari pembangkang ; Jangan nak asyik buat kenyataan untuk syok sendiri - buatlah kenyataan berpaksikan idea - idea yang bernas.Jangan kita nak asyik ikut "tune " orang lain ;

Saturday, May 23, 2009

PEMILIHAN SARINA SHARIF MERUPAKAN PILIHAN TERBAIK , KATA KETUA PENERANGAN PUTERI UMNO CHERAS !

KUALA LUMPUR - 23 Mei
Banyak ulasan, komen dan juga emel yang diterima oleh Wilayahkini ekoran daripada perlantikan Ketua Puteri UMNO Cheras Sarina Sharif sebagai Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan yang baru. Menurut Ketua Penerangan Puteri UMNO Cheras Nazatul Shima Shamsuddin di laman blog UMNO Cheras baru - baru ini, pemilihan Sarina merupakan penghormatan kepada ahli - ahli Puteri di peringkat akar umbi.
" Pemilihan itu amat tepat berasaskan kemampuan Sarina untuk mengemudi Puteri UMNO dengan sokongan padu daripada semua pihak" katanya.
Sila klik DISINI , untuk baca komen seterusnya.
Kini Sarina sebagai Ketua Puteri WP yang baru bersama Naib Ketuanya Fiona mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memperkukuhkan lagi Pergerakan Puteri UMNO di Wilayah Persekutuan di peringkat bahagian dan cawangan.
Rapatkanlah barisan anda di Wilayah Persekutuan. Apakah nasihat anda kepada Sarina dan Fiona ?
(Nota : Wilayahkini akan cuba dapatkan wawancara bersama Sarina dalam masa terdekat ini )
( Terimakasih - gambar dari blog UMNO Cheras )

SYED ALI PULA DILANTIK SETIAUSAHA UMNO WP YANG BARU ; AZIM KEKAL ; SHAFIE JADI KETUA PENERANGAN !

KUALA LUMPUR --Tidak banyak kejutan dalam "line up " UMNO Wilayah Persekutuan yang diumumkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan yang baru Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO Wilayah Persekutuan yang pertama semalam. Seperti yang dijangka, Ketua UMNO Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee dilantik senagai Setiausaha yang baru menggantikan Senator Datuk Ridhuan Hamid. Manakala Ketua UMNO Bukit Bintang Datuk Seri Azim Zabidi pula dikekalkan sebagai Bendahari manakala Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Shafie Abdullah yang juga merupakan Ketua UMNO Wangsa Maju pula dilantik Ketua Penerangan UMNO WP yang baru menggantikan Datuk Suhaili Abdul Rahman. Inilah barisan kepimpinan Wilayah Persekutuan yang ditunggu - tunggu selepas, orang Wilayah tercicir dari jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan setelah Tan Sri Muhyiddin dilantik Pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan yang baru menggantikan Zulhasnan Rafique.Namun, Zulhasnan merupakan wakil WP yang tunggal yang berjaya menang bagi jawatan MT pada pemilihan UMNO yang diadakan pada bulan Mac lepas. Raja Nong Chik pula yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan dilantik sebagai ahli MT oleh Presiden UMNO manakala Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kekal sebagai Setiausaha Agung UMNO dan BN.

RAJA NONG CHIK vs DR LO' LO ; SAYA DAH MINTA MAAF KATA RAJA NONG CHIK ; HINA KAUM WANITA KATA DR LO' LO ; RAJA NONG PULA JADI BAHAN BERITA PANAS !

KUALA LUMPUR -- " I turun everwhere takkan nak bagi tau you semua. Ni saya nak pergi tandas, takkan nak bagi tau you, you nak ikut ker ". Kata - kata inilah yang telah menyebabkan kemarahan kepada Ahli Palimen Titiwangsa Dr. Lo ' Lo Ghazali terhadap Menteri Wilayah Persekutuan yang baru Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Tidak sampai pun dua bulan lagi dilantik Menteri Wilayah Persekutuan yang baru Datuk Raja Nong Chik yang dilantik menggantikan Datuk Seri Zulhasnan Rafique melalui tiket Senator, yang juga Ketua UMNO Lembah Pantai telah menjadi bahan berita panas. Namun apa yang dikatakan oleh Raja Nong Chik pula , mungkin tidak sengaja dan beliaupun telah minta maaf kepada Dr Lo' Lo secara peribadi.Namun, Dr Lo 'Lo tak puas hati dan mahukan ianya dibuat secara terbuka.
Kenyataan tersebut kata Lo' Lo menghina kaum wanita. "Saya merasakan kekesalan saya atas sikap Menteri Wilayah Persekutuan Senator Datuk Raja Nong Chik yang sangat tidak menghormati Ahli Parlimen. malah biadab terhadap wanita", katanya. Sila klik-mStar Online : MP Titiwangsa dakwa kenyataan Menteri Wilayah "hina" wanita , untuk baca berita selanjutnya.
Sementara itu , Lo' Lo berkata Raja Nong Chik telah meminta maaf kepadanya secara peribadi tetapi beliau mahu Menteri berkenaan berbuat demikian secara terbuka kerana ramai orang mendengar kata - kata tersebut.
Selain mempertikai Raja Nong Chik, Lo' Lo memuji bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique yang disifatkanya jauh lebih matang, berhemah dan sering bersikap profesional" terhadap beliau dan ahli - ahli Pakatan Rakyat di Wilayah Persekutuan. Sila klik DISINI
Laporan Malaysia Kini pula menyebut , Raja Nong Chik dipetik berkata - beliau telah meminta maaf kepada Lo 'Lo pada hari kejadian , kelmarin sewaktu lawatan di pasar baru di Kampung Datuk Keramat.
" Sebagai orang islam saya telah meminta maaf kepada beliau. Tetapi saya dimaklumkan Dr.Lo' Lo kata ia tidak iklhlas. Bagaimana dia tahu hati saya? kata Raja Nong Chik. Sila klik DISINI , untuk baca komenya.
AHHH, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M.Saravanan pula berkata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik tidak perlu memaklumkan kepada Ahli Parlimen sebelum beliau melakukan lawatan mengejut ke sesuatu kawasan. Sila klik DISINI komen Saravanan di Bernama." Jangan politikkan isu ini dan hentikan retorik seperti ini " , katanya.

Thursday, May 14, 2009

PPP SEKALI LAGI JADI PANAS ; JOM MINUM KOPI , KAYVEAS AJAK MURUGIAH ; CHANDRAN KATA MURUGIAH CEPAT LUPA ; SYED ALI KATA PPP PERLU DI TENDANG KELUAR !

KUALA LUMPUR 14 Mei --
" Tetapi setelah di periksa, rupa - rupa pelajar itu terkena percikan minyak masak rumah, sekaligus memaksa Timbalan Perdana Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ( T.Murugiah ) itu memohon maaf kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin" - MURUGIAH RAIH PUBLISITI MURAHAN ? sila klik di sini - Utusan Malaysia Online - Rencana , untuk membaca laporan selanjutnya.
Sementara itu Ketua UMNO Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee pula berkata Parti PPP pimpinan Datuk M.Kayveas perlu DI TENDANG KELUAR daripada Barisan Nasional kerana sikapnya seperti duri dalam dalam daging. Baca komen Syed Ali sepenuhnya , DISINI
Datuk T.Murugiah perlu jumpa Presiden Parti Datuk M.Kayveas dan bincang bukanya cuba bangkitkan spekulasi dan ramalan politik sehingga meraih simpati dari orang ramai , kata Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan A.Chandrakumanan. Sila klik DISINI, untuk baca komenya. Beliau yang juga merupakan Ketua PPP Bahagian Bandar Tun Razak dalam komenya di Akhbar Star hari pula berkata " We are all very upset that the he never drops by for party meetings or takes directions from the pary president.He always stays aloof. He is the party representative in goverment. Somehow, he has forgotten that". Beginilah luahan perasaan yang Chandrakumanan yang lantang dan berani. Chandran dikatakan pernah banyak turun padang bersama T.Murugiah di Kuala Lumpur bagi membantu menyelesaikan beberapa masalah rakyat. Tetapi kini , pemimpin seperti Chandran juga tidak tahan dengan perangai T.Murugiah.
Sementara itu, Malaysia Insider hari ini melaporkan , Presiden PPP Datuk M.Kayveas di petik berkata " Come and see me and talk it over. We will see where that will take us. One of our grouses with him is that he is ignoring the party , me and senior leaders. He can come over have coffee and talk". Sila klik DISINI
Baru - baru ini pulak T.Murugiah buat laporan polis kerana menerima peluru di pejabatnya. Apa sudah jadi. Ramai pemerhati politik berpendapat, karier politik T.Murugiah sudah sampai ke penghujungnya. Beliau harus bersyukur kerana naik cepat , terus sebagai Timbalan Menteri atas tiket parti PPP sedangkan ada ramai lagi pemimpin - pemimpin kanan di PPP yang lebih layak jika dibandingkan dengan Murugiah. Kita juga tidak lupa lagi permainan politik Murugiah ketika menjadi Ketua Pemuda PPP atas nama publisiti media , sebelum beliau dilantik Timbalan Menteri di JPM.
Ya, kita akui Murugiah memang popular sejak dilantik Timbalan Menteri di JPM dan menjaga BPA. Tapi janganlah guna media untuk mensensasikan masalah rakyat. Selesai masalah rakyat dengan ikhlas. Tak perlu setiap kali turun padang nak panggil media. Kenapa ? Nak tunjuk sampah? nak tunjuk peluk murid? nak tunjuk publisti murahan? Kalau setiap kali nak turun padang panggil media, maka tak laratlah wakil media. Gunakanlah saluran media untuk kebaikan yang penting. Wakil - wakil media pun, fikirlah dulu sebelum nak lapor mana - mana berita.Janganlah kita asyik nak lapor berita - berita remeh temeh.Fikir - fikirkanlah.
( gambar Kayveas, Syed Ali, Chadarakumanan dan Chandran bersama T.Murugiah)

Tuesday, May 12, 2009

AKHIRNYA SARINA JADI KETUA PUTERI WP YANG BARU ; FIONA NAIB !

Kuala Lumpur Mei 12 -- Akhirnya Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras Sarina Syarif yang dipilih untuk memimpin Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan. Manakala Ketua Puteri Segambut Huzry Fionnawathy Huseein pula dilantik sebagai Naib Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan. Perlantikan Sarina dan Fiona melenyapkan segala spekulasi dan desus - desus mengenai sipakah bakal dilantik sebagai Ketua dan Naib di Wilayah Persekutuan.
Sementara Ketua Puteri Bandar Tun Razak Zauyah Zainuddin yang sebelum ini diramalkan bakal dilantik sebagai Ketua Puteri Wilayah Persekutuan, dilantik sebagai Ketua Biro Jawatankuasa Latihan Sahsiah dan Unit Khas Pilihanraya manakala Ketua Puteri Setiawangsa Seri Wani Sabtu pula dilantik sebagai Ketua Biro Pelajaran.
Untuk rekod, Zauyah dan Seri Wani merupakan Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang menang pada pemilihan Puteri UMNO baru - baru ini.

Monday, May 11, 2009

SELAMAT ULANGTAHUN UMNO KE 63 !
KUALA LUMPUR April 11 Mei --Hari ini genap 63 tahun usia UMNO - sebuah parti yang menjadi tunjang kekuataan utama negara dan juga Barisan Nasional. Sejak UMNO ditubuhkan dan dilahirkan, UMNO sudah menempuhi pelbagai halangan dan cabaran dibawah kepimpinan tujuh Presidenya. Kini hala tuju perjuangan parti berada dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak selepas episod peralihan kuasa berlaku dengan lancar dan baik baru - baru ini. Wilayahkini turut tertarik dengan tulisan Pengarang Utusan Malaysia Hassan Mohd Nor mengenai sambutan UMNO , walaupun lontaranya pendek tetapi kena pada sasaranya. Sila klik di sini - Utusan Malaysia Online - Rencana , untuk membaca ulasanya.
Baru - baru ini Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden UMNO yang baru telah melantik kepimpinan tertinggi parti dalam usahanya untuk menjenamakan , memperkasakan dan juga memperkukuhkan parti. Biasalah, sekiranya ada kepimpinan baru - sudah tentu akan akan ada "regim ataupun regu" baru. Presiden mempunyai kuasa mutlak utuk melantik sesiapa sahaja yang difikirkan layak.
Perlantikan Tan Sri Muyhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Badan Perhubugan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shafie Apdal - Kedah, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein- Terengganu, Datuk Seri Zahid Hamidi - Pulau Pinang dan Datuk Seri Najib Tun Razak di Selangor telah menimbulkan pelbagai reaksi dan ramalan politik.
Ada yang tak puas hati, ada yang mengeluh, ada yang sikit - sikit gembira, ada yang kecewa dan ada pula yang gembira kerana masing - masing tak dapat akhirnya orang luar "dimport jadi Pengerusi Perhubungan". Ada yang tanya kenapa nak letak orang luar ? Takkan tak ada pemimpin tempatan di negeri masing - masing? Masanya sudah tiba untuk UMNO memilih pemimpin yang sepenuh masa untuk menjaga negeri masing - masing. Janganlah kita asyik nak pilih pemimpin yang suka letak kaki di banyak tempat. Mereka tinggal di Kuala Lumpur - dan turun padang sesekali.Mana ada fokus dan tumpuan kalau betul - betul nak rampas negeri dari pembangkang. Masing- masing ada tanggungjawab.Cuma faktor masa perlu dijadikan - asas utama. Bukanya faktor nama pemimpin seseorang.
BN hilang kuasa di Pulau - Pinang, Selangor, Kedah, Perak dan Kelantan pada PRU yang ke 12. Di Wilayah Persekutuan pula, BN kalah di sepuluh kawasan parlimen. Kini BN sudah mula merampas semula Perak dan Datuk Seri Zambry telah dilantik sebagai Pengerusi UMNO negeri atas kapasitinya sebagai Menteri Besar.
Manakala di Terengganu pula, fenomena politik dalaman antara orang UMNO sendiri memaksa Najib melantik Datuk Seri Hishamuddin. Apakah Hisham sebagai orang luar dari Terengganu akan dapat menyejukan suasana politik di Terengganu? Manakala di Kelantan pula, Datuk Mustapha Mohamad menjadi pilihan. Apapun, Datuk Seri Najib sebagai Presiden UMNO sudah tentu mempunyai taktiknya yang tersendiri.Mungkin beliau mahu mengurangkan karenah "politicking" sesama orang UMNO.
Apapun Wilayahkini mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KE 63 KEPADA UMNO !
Apakah harapan anda kepada UMNO ?

Saturday, May 9, 2009

ZAHARIN @ SANG KELEMBAI BUAT RAYUAN NAK SERTAI SEMULA UMNO !

KUALA LUMPUR Mei 9 -- Bekas Setiausaha UMNO Bandar Tun Razak Zaharin Mohd Yassin menghantar surat rayuan untuk menyertai kembali UMNO. Beliau yang lebih dikenali sebagai "Sang Kelembai" - diatas nama blognya, menghantar surat rayuan untuk kembali semula ke pangkuan UMNO kepada Setiausaha Kerja UMNO Malaysia Datuk Abdul Rauf (gambar) di Ibu Pejabat UMNO di Tingkat 38 hari ini, menurut laporan yang disiarkan oleh UMNO Online hari ini.
Zaharin yang dikenali ramai didalam arena politik UMNO dipecat daripada keahlianya kerana menulis artikel dalam webnya yang mengkritik kepimpinan parti September 2006 lalu. Zaharin juga merupakan salah seorang penulis yang lantang menyuarakan pandanganya mengenai politik UMNO di blognya dan juga khidmat "sms" nya dari masa ke semasa.
Sementara itu, Wilayahkini difahamkan mesyuarat majlis tertinggi akan datang dijangka akan membincangkan rayuan Zaharin.

Wednesday, May 6, 2009

KEKUATAN , KEBANGKITAN DAN KEGEMILANGAN PEMUDA UMNO WP KINI DI BAHU RIZALMAN MOKTHAR SAMAD ; SYED MEHDHAR AKHIRNYA JADI NAIB !

INILAH BARISAN KITA.......
Ketua Pemuda : Rizalman Mokhtar Samad (Bandar Tun Razak)
Naib Ketua : Syed Mehdhar (Cheras)
Setiausaha :Taupik (Wangsa Maju)
Bendahari : Sazali Kamilan (Lembah Pantai)
Ketua Penerangan: Mahadhir (Segambut)
Tahnniah kepada semua - dari Wilayahkini

BERITA SEBELUM INI..........
KUALA LUMPUR 5 Mei -- Sepertimana yang dilaporkan di Wilayahkini sebelum ini , akhirnya Ketua Pemuda UMNO Bandar Tun Razak Mokhtar Samad telah dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang baru setelah mendapat kepercayaan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru Khairy Jamaluddin. Perlantikan Rizalman tidak mengejutkan kerana ramai sudah mula meramalkan perlantikan beliau kerana Rizalman dilihat salah seorang hulubalang KJ di Wilayah Persekutuan yang berani, kuat, kental , ikhlas dan juga gigih dengan perjuangan parti khususnya dalam Pemuda UMNO.
Pada pemilihan Ketua Pemuda UMNO yang lepas, Rizalman berkempen dengan terus - terang untuk memastikan kemenangan KJ, malah Pemuda Bandar Tun Razak juga mencalonkan nama KJ untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Rizalman juga dilihat sebagai , salah seorang Ketua Pemuda yang berpengalaman untuk memimpin Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan , setelah Datuk Norza Zakaria.
UPDATE terkini....

Sementara itu, Ketua Pemuda Cheras Syed Mehdhar Syed Abdullah pula telah dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO WP yang baru. Kini gandingan Rizalman dan Syed Mehdhar dipertanggungjawabkan untuk mengembalikan semula kekuatan pemuda UMNO di Wilayah Persekutuan.
Kini Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dilihat sebagai sebuah negeri yang kuat dimana enam wakil dari Wilayah Persekutuan telah berjaya memboloskan diri pada pemilihan Pemuda UMNO untuk jawatan Ecxo Pemuda UMNO Malaysia.
Memang tidak dapat dinafikan, nama Pemuda UMNO WP sedikit tercemar dibawah kepimpinan Datuk Norza Zakaria sebelum ini khususnya sebelum dan selepas PRU yang ke 12. Kini 10 buah bahagian di Wilayah Persekutuan telah memperlihatkan kepimpinan baru di peringkat Pemuda.Kita berharap, Pemuda WP akan bangkit selepas ini.
APA PANDANGAN ANDA ?

Thursday, April 30, 2009

LEMBU PUNYA SUSU and a SAPI trying to DAPAT NAMA kata WEE CHOO KEONG !

KUALA LUMPUR April 30 -- Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong membidas Pengerusi BN Wangsa Maju Datuk Yew Teong Look dengan membuat ulasan " Yew Teong Look has no shame". Kenapa Wee Choo Keong begitu marah dengan Yew Teong Look yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju ? Sila klik DISINI , untuk bacanya.

Wednesday, April 29, 2009

ORANG WILAYAH - RAUF DI LANTIK SEBAGAI SETIAUSAHA KERJA UMNO MALAYSIA YANG BARU ; SAZALI JADI SET POL RAJA NONG CHIK !

KUALA LUMPUR 29 April - Apapun boleh terjadi dalam arena politik ;Naib Ketua UMNO Bukit Bintang Datuk Abdul Rauf dilantik sebagai Setiausaha Kerja UMNO Malaysia yang baru. Rauf juga merupakan bekas Setiuasaha Pemuda UMNO Malaysia dan bekas Ketua Pemuda UMNO Bukit Bintang.
Rauf pernah tewas dengan Datuk Seri Azim Zabidi bagi jawatan Ketua Bahagian UMNO Bukit Bintang pada tahun 2004.
Pada pemilihan UMNO Bukit Bintang yang diadakan pada bulan November lepas , Rauf berjaya menang dalam persaingan jawatan Naib Ketua Bahagian dalam persaingan tiga penjuru. Rauf menewaskan bekas Ketua Pemuda Bukit Bintang Baderisham dan seorang lagi calon yang bernama Yahya Ariffin. Walaupun Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang Datuk Seri Azim Zabidi digugurkan sebagai Bendahari Agung baru - baru ini , namun warga UMNO di Bukit Bintang dan Wilayah Persekutuan masih boleh senyum besar dengan perlantikan dan kebangkitan semula Rauf dalam kancah politik negara.
Sementara itu, Wartawan Wilayahkini dari Putrajaya melaporkan Menteri Wilayah Persekutuan yang baru Datuk Raja Nong Chik telah melantik Ketua Pemudanya Sazali Kamilan sebagai Setiausaha Politiknya. Walaupun sebelum ini ada banyak ura - ura yang mengatakan Timbalan Ketua UMNO Lembah Pantai Ir. Ikhsan Shamsuddin yang dikatakan akan dilantik sebagai Setiausaha Politik Datuk Raja Nong Chik.
APABILA MASALAH SISTEM PENYAMPAIAN DI SENSASIKAN DI MEDIA MASSA........
OLEH : Wartawan Wilayahkini
KUALA LUMPUR April 29 --
BERITA 1 - Baru - baru ini,Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk T . Murugiah dilaporkan berkata " Langkah turun padang yang diambil bukan bermaksud untuk melangkaui bidang tugas pihak berkuasa tempatan tetapi bagi memastikan nasib rakyat dibela tanpa mengira keturunan, agama dan bangsa".
Beliau berkata demikian ketika ketika meninjau masalah sampah yang menyebabkan bau busuk yang kuat serta masalah longkang yang tersumpat di sekitar kawasan Lebuh Ampang.
BERITA 2 - Sementara itu , Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M.Saravanan pula mencuri tumpuan dengan tindakanya "menangkap" dua doktor di Jabatan kecemasan Hospital Besar Kuala Lumpur kerana dikatakan membaca akhbar dan melakukan kerja peribadi dan bukanya merawat para pesakit. Memang seronok untuk membacanya. Tapi, kedua - dua isu berkaitan dengan sistem penyampaian kepada rakyat. Apa yang rakyat mahukan ? Mereka hanya mahukan sistem penyampaian yang terbaik.
Ada pihak yang merasa cemburu dengan tindakan T.Murugiah yang begitu agresif turun padang dalam menangani masalah rakyat melalui perananya di Biro Pengaduan Awam ( BPA). Memang tidak dapat dinafikan, sejak Murugiah yang juga bekas Ketua Pemuda PPP dilantik sebagai Senator dan Timbalan Menteri di JPM yang bertanggungjawab keatas Biro Pengaduan Awam - barulah rakyat mula nampak peranan BPA. Sebelum ini BPA agak begitu tenggelam. Ramai tidak tahu peranan dan juga aplikasi BPA.
Ada yang cemburu denganya, ada yang gembira dan yang sakit mata.Janganlah kita "bermain politik". Masing - masing ada tanggungjawab.Dan masing - masing melakukan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka termasuk Murugiah. Cuma, pendekatan mensasikan segala isu - isu berkaitan dengan sistem penyampaian perlu dirombak semula. Kita tidak perlu banyak menonjolkan gambar Menteri atau Timbalan Menteri memegang sampah, menunjuk parit yang tersumbat, mendokong anak anak dan sebagainya. Rakyat pun sudah muak dengan pendekatan tersebut. Tak perlu kita menuding jari antara satu sama lain. Gunakanlah platform yang yang terbaik untuk menyelesaikan masalah - masalah yang ditimbulkan. Turunlah ke padang bersama agensi - agensi kerajaan yang terlibat secara satu pasukan.
Tak perlu hanya turun padang dengan pihak media massa sahaja untuk tujuan membongkarkan sesuatu isu di akhbar dulu , dan tindakan susulan kemudian. Gunakanlah media massa untuk aktiviti yang lebih besar. Kalau boleh buatlah gerakan turun padang secara bersepadu bersama semua agensi yang terbabit dan juga media massa. Mungkin pihak media juga tak larat nak turun padang untuk semua isu kerana banyak lagi agenda lagi yang perlu di perhatikan.
Kita mesti ingat, segala isu yang dibangkitkan ataupun disensasikan melibatkan agensi kerajaan juga.
Kalau boleh, BPA buatlah rangkuman setiap bulan - berapa banyak laporan diterima dan berapa banyak kes yang diselesaikan.Sudah tiba masanya BPA di rombak semula dari segi penjenamaan semula. BPA perlu ditonjolkan sebagai sebuah badan yang lebih dinamik dan berpotensi.

Saturday, April 25, 2009

AKHIRNYA SEMUA TAK DAPAT......
ORANG WILAYAH HILANG PELUANG JADI PENGERUSI UMNO WP; MUHYIDDIN JADI PENGERUSI BARU !

Oleh : Wartawan Wilayahkini
KUALA LUMPUR April 25 --
Akhirnya segala spekulasi sudah terjawab dimana pemimpin dari Wilayah Persekutuan tercicir untuk menerajui Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan. Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Pengerusi UMNO WP yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Zulhasnan Rafique setelah 3 tahun beliau (Zulhasnan) menerajui UMNO dan BN Wilayah Persekutuan.
Namun, Datuk Raja Nong Chik yang dilantik sebagai Menteri WP yang baru, yang di sebut - sebut untuk mengepalai UMNO WP, juga tidak mendapat peluang tersebut. Namun Raja Nong Chik boleh menarik nafas lega apabila diberikan laluan mudah umpama "laluan permaidani merah" melalui perlantikanya sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menggantikan Senator Datuk Kamaruddin Ambok. Akhirnya semua orang Wilayah Persekutuan terlepas peluang tersebut. Kenapa ? Banyak sangat konflik dalaman sesama sendiri. Akhirnya yang rugi adalah orang Wilayah juga. Walaupun sebelum ini , Wilayahkini juga ada dengar empat nama diserahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi parti bagi menggantikan Zulhasnan Rafique dan Kamaruddin Ambok melalui "penyerahan memo" tetapi akhirnya semua tak dapat. Nama - nama yang disebut - sebut bakal memimpin UMNO Wilayah Persekutuan ialah Ketua UMNO Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee, Ketua UMNO Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua UMNO Wangsa Maju Datuk Shafie Abdullah yang juga merupakan Setiausaha Politik Perdana Menteri dan Datuk Raja Nong Chik. Antara Shafie Abdullah dan Syed Ali di sebut - sebut akan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi UMNO WP sekiranya Raja Nong Chik dilantik sebagai Pengerusi UMNO WP.
Namun, keputusan MT semalam menyaksikan keputusan yang dramatik dimana - Raja Nong Chik menggondol dua jawatan utama dengan mudah iaitu Ahli MT dilantik dan Timbalan Pengerusi UMNO WP. Syed Ali juga dilihat orang paling kanan untuk menggantikan Kamarudin Ambok. Namun, semua tak jadi.
Perlantikan Muhyiddin tidak mengejutkan kerana terlalu banyak "warlords" di Wilayah Persekutuan. Sampai bila mereka nak berlagak seperti "pemimpin syok sendiri? ", kata seorang pemimpin bahagian dari KL kepada Wilayahkini. Dulu Allahyarham Tun Ghafar dan Tan Sri Mat Taib pernah memimpin UMNO WP dan Selangor secara serentak. Kini giliran Muhyiddin pula. Sebelum masuk ke gelanggang, Muhyiddin sudah tentu dah tahu sepak terajang politik di Kuala Lumpur. Kini bola di kakinya. Pilihan Muhyiddin amat terbaik sekali, kata pemerhati politik di Kuala Lumpur.
Selain Tengku Adnan yang dilantik semula sebagai Setiausaha Agung UMNO dan Raja Nong Chik yang akan menjadi wakil MT dilantik dari WP, sekurang - kurangnya Wilayah Persekutuan dapat tumpang gembira sikit kerana Zulhasnan Rafique berjaya menyelamatkan maruah WP dalam saingan MT dimana menjadi wakil tunggal dari yang WP yang menang daripada 50 calon yang bertanding. Beliau kini menjadi Ahli MT yang menang.Beliau yang juga Ahli Parlimen Setiwangsa , menjadi wakil tunggal BN dan UMNO yang menang di Kuala Lumpur pada PRU 12 manakala Ku Nan menang di Putrajaya dan Yusuf Mahal menang di Labuan.
Kini Wilayahkini dengar pula, ramai pemimpin bahagian dari Wilayah Persekutuan yang sudah mula nak lobi Muhyiddin Yassin bagi jawatan Setiausaha , Bendahari dan juga Ketua Penerangan.
Diharap, Muhyiddin sebagai Pengerusi yang baru akan dapat "go all out" dan periksa yang mana betul dan yang mana salah dalam usahanya untuk memperkukuhkan kembali UMNO dan BN WP.

Thursday, April 23, 2009

RAJA NONG CHIK PENGERUSI BARU UMNO WP ? SHAHRIZAT TIMBALAN ? ; NASIB KU NAN MACAM MANA ?

KUALA LUMPUR, April 23 -- Setelah pembentukan kabinet baru, kini segala tumpuan tertumpu kearah pembentukan kabinet baru UMNO yang bakal akan diumumkan oleh Presiden UMNO yang baru Datuk Seri Najib Tun Razak esok. Esok, Najib Tun Razak akan mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertingginya yang pertama selepas dinobatkan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
Selain Perlantikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Najib juga dijangka akan membuat perlantikan Setiausaha Agung UMNO, Bendahari , Ketua Penerangan dan juga perlantikan Biro - Biro tertentu. Baru - baru ini Najib berkata, pemimpin pilihan rakyat akan menjadi keutamanya dalam membentuk safnya di peringkat negeri. Ketika ini, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Bendahari Agung UMNO Datuk Seri Azim Zabidi dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP Datuk Seri Zulhasnan Rafique adalah wakil WP di MT.
Pada pemilihan UMNO baru - baru ini, hanya Zulhasnan Rafique yang berjaya lepaskan diri di dalam saingan MT dimana beliau menjadi wakil tunggal MT yang menang dari WP. Manakala Astaman Abdul Aziz mendapat tempat ke 28 manakala Syed Ali Alhabshee pula dapat tempat ke 35.
Datuk Norza Zakaria pula, yang dilantik sebagai Ahli MT melalui kouta Pemuda UMNO Malaysia. Pemerhati politik meramalkan hampir pasti nama Azim akan digugurkan sebagai Bendahari Agung UMNO manakala nasib Tengku Adnan juga dikatakan masih tidak selamat kerana Najib dikatakan bakal melantik Setiausaha Agung UMNO yang baru.
Manakala, Menteri Wilayah Persekutuan yang baru Datuk Raja Nong Chik pula dikatakan akan dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP yang baru menggantikan Zulhasnan Rafique.
KAMARUDDIN AMBOK DIGUGUR ?
Manakala bagi jawatan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan , diantara nama yang menjadi sebutan ialah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang juga merupakan Ketua Wanita Malaysia (Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga) dan Ketua UMNO Wangsa Maju Datuk Shafie Abdullah yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri bagi menggantikan Senator Datuk Kamaruddin Ambok yang juga merupakan Ketua UMNO Segambut. Turut dikatakan meneropong jawatan tersebut ialah Ketua UMNO Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee. Apakah Tengku Adnan akan diberi tanggungjawab menerajui UMNO WP digandingkan dengan Raja Nong Chik sebagai Timbalan ? Tengku Adnan , Zulhasnan Rafique dan Yusuff Mahal merupakan wakil dari UMNO yang menang pada PRU yang ke 12.
Ada pula cadangan supaya Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai UMNO Selangor dan WP secara serentak bagi mengelakkan peperangan "Warlords".