PUTRAJAYA -- Teka teki mengenai sama ada Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor menang tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Putrajaya akhirnya terjawab juga apabila Setiausaha UMNO Bahagian Putrajaya Shokri Shafee mengumumkan " Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor menang tanpa bertanding" secara rasmi hari ini.Shokri berkata mesyuarat UMNO Cawangan Meranti tidak dapat dilangsungkan kerana kegagalan mendapat korum satu perempat daripada keseluruhan ahli, walaupun empat kali diberi peluang yang sama.
"Justeru itu saya ingin umumkan Tengku Adnan tanpa bertanding dan segala dakwaan mengenai kelayakan berhubung kelayakan Ahmad Fairuz dalam sebuah laman web yang mempertikaikan pemilihan parti adalah tidak berasas", katanya. Sila rujuk komen Shokri di -Berita Harian Online
Politik Putrajaya bagaikan tidak tenang langsung apabila digoncang pelbagai insiden dalaman sejak mesyuarat cawangan di mulakan.Bermula dengan isu ROS - sehingga menyebabkan 23 cawangan UMNO di Putrajaya terpaksa menunggu untuk mendapatkan "greenlight" daripada ROS kerana pejabat bahagian tidak menghantar laporan tahunan.
Ahmad Fairiuz yang juga merupakan bekas Pegawai Khas kepada Datuk Seri Ali Rustam hanya memerlukan satu pencalonan sahaja untuk melayakkanya menentang Tengku Adnan buat pertama kali.Pada Sabtu lepas , dikhabarkan mesyuarat Tanjung telah mencalonkan Ahmad Fairuz sekaligus melayakkanya bertanding.Namun timbul pula isu cawangan tersebut telah digantung dan mesyuarat tersebut tidak sah dan macam - macam lagi cerita politik. Mesyuarat Meranti juga dikatakan tidak sah kerana tidak cukup korum.
Ahmad Fairuz mendapat pencalonan dari cawangan Pakma, Kasturi, Bunga Raya dan Ixora. Apakah politik Putrajaya akan senyap selepas ini ?


engkritik Akta ISA. Zaid difahamkan menyerahkan surat perletakan jawatanya di JPM pada pukul 2 petang hari ini. Zaid dilantik sebagai Menteri di JPM menjaga hal ehwal perundangan negara pada pembentukan kabinet yang baru selepas PRU yang ke 12 pada bulan Mac yang lepas. Zaid juga dilantik sebagai Senator bagi membolehkan dirinya dilantik sebagai Menteri.Baru - baru ini, Zaid juga dengan lantang mengkritik Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempersoalkan proses peralihan kuasa 2010.Beliau mencabar Muhyiddin Yassin meletakkan jawatanya.Perlantikan Zaid sebagai Menteri di JPM bagi menangani masalah perundangan juga mendapat sambutan yang baik daripada Majlis Peguam Malaysia.Sementara itu baru - baru Zaid dikatakan sudah bosan dan muak dengan insiden politik wang di Bahagian Kota Baru sehingga beliau gagal mendapat pencalonan yang mencukupi bagi bertanding jawatan Ketua Bahagian.Zaid merupakan bekas Ketua UMNO Kota Baru.











Kuala Lumpur dan orang lain tidak boleh senang - senang pasang papan tanda kata Ketua Ketua Pengarah DBKL Datuk Salleh Yusuff dengan tegas hari ini.
melibatkan Pergerakan Puteri UMNO semakin rancak apabila sudah ada pengesahan bagi pemilihan Ketua 
























