Monday, May 25, 2009

UMNO WP TEKAD NAK RAMPAS SEMULA WILAYAH PERSEKUTUAN !

KUALA LUMPUR 25 MEI --
Datuk Raja Nong Chik yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menggantikan Senator Datuk Kamaruddin Ambok berkata UMNO Wilayah Persekutuan akan " turun padang" dan meninjau sendiri kesusahan yang dialami penduduk di kawasan perumahan kos rendah dan sederhana di sekitar ibu kota.
Sila klik di sini -Utusan Malaysia Online - Kota , untuk baca berita selanjutnya.
" Kami lihat kelebihan ini untuk menawan semula Wilayaha Persekutuan pada pilihanraya akan datang", katanya.
Akhirnya UMNO Wilayah Persekutuan sudahpun membentuk kepimpinan baru. Bukanya satu kepimpinan baru tetapi kepimpinan lama dan baru. Walaupun orang Wilayah tak dapat jadi Pengerusi Perhubungan, tetapi Raja Nong Chik dan Syed Ali masih dapat menarik nafas lega kerana dilantik sebagai Timbalan dan Setiausaha.
Sekarang : Masa untuk berkerja ; Jangan asyik nak jadi pemimpin syok sendiri ; pastikan semua Ketua Bahagian jadi pengundi di bahagian masing - masing ; hentikan politik retorik ; Cuba cari pendekatan macam mana nak rampas kawasan dari pembangkang ; Jangan nak asyik buat kenyataan untuk syok sendiri - buatlah kenyataan berpaksikan idea - idea yang bernas.Jangan kita nak asyik ikut "tune " orang lain ;

Saturday, May 23, 2009

PEMILIHAN SARINA SHARIF MERUPAKAN PILIHAN TERBAIK , KATA KETUA PENERANGAN PUTERI UMNO CHERAS !

KUALA LUMPUR - 23 Mei
Banyak ulasan, komen dan juga emel yang diterima oleh Wilayahkini ekoran daripada perlantikan Ketua Puteri UMNO Cheras Sarina Sharif sebagai Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan yang baru. Menurut Ketua Penerangan Puteri UMNO Cheras Nazatul Shima Shamsuddin di laman blog UMNO Cheras baru - baru ini, pemilihan Sarina merupakan penghormatan kepada ahli - ahli Puteri di peringkat akar umbi.
" Pemilihan itu amat tepat berasaskan kemampuan Sarina untuk mengemudi Puteri UMNO dengan sokongan padu daripada semua pihak" katanya.
Sila klik DISINI , untuk baca komen seterusnya.
Kini Sarina sebagai Ketua Puteri WP yang baru bersama Naib Ketuanya Fiona mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memperkukuhkan lagi Pergerakan Puteri UMNO di Wilayah Persekutuan di peringkat bahagian dan cawangan.
Rapatkanlah barisan anda di Wilayah Persekutuan. Apakah nasihat anda kepada Sarina dan Fiona ?
(Nota : Wilayahkini akan cuba dapatkan wawancara bersama Sarina dalam masa terdekat ini )
( Terimakasih - gambar dari blog UMNO Cheras )

SYED ALI PULA DILANTIK SETIAUSAHA UMNO WP YANG BARU ; AZIM KEKAL ; SHAFIE JADI KETUA PENERANGAN !

KUALA LUMPUR --Tidak banyak kejutan dalam "line up " UMNO Wilayah Persekutuan yang diumumkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan yang baru Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO Wilayah Persekutuan yang pertama semalam. Seperti yang dijangka, Ketua UMNO Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee dilantik senagai Setiausaha yang baru menggantikan Senator Datuk Ridhuan Hamid. Manakala Ketua UMNO Bukit Bintang Datuk Seri Azim Zabidi pula dikekalkan sebagai Bendahari manakala Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Shafie Abdullah yang juga merupakan Ketua UMNO Wangsa Maju pula dilantik Ketua Penerangan UMNO WP yang baru menggantikan Datuk Suhaili Abdul Rahman. Inilah barisan kepimpinan Wilayah Persekutuan yang ditunggu - tunggu selepas, orang Wilayah tercicir dari jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan setelah Tan Sri Muhyiddin dilantik Pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan yang baru menggantikan Zulhasnan Rafique.Namun, Zulhasnan merupakan wakil WP yang tunggal yang berjaya menang bagi jawatan MT pada pemilihan UMNO yang diadakan pada bulan Mac lepas. Raja Nong Chik pula yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan dilantik sebagai ahli MT oleh Presiden UMNO manakala Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kekal sebagai Setiausaha Agung UMNO dan BN.

RAJA NONG CHIK vs DR LO' LO ; SAYA DAH MINTA MAAF KATA RAJA NONG CHIK ; HINA KAUM WANITA KATA DR LO' LO ; RAJA NONG PULA JADI BAHAN BERITA PANAS !

KUALA LUMPUR -- " I turun everwhere takkan nak bagi tau you semua. Ni saya nak pergi tandas, takkan nak bagi tau you, you nak ikut ker ". Kata - kata inilah yang telah menyebabkan kemarahan kepada Ahli Palimen Titiwangsa Dr. Lo ' Lo Ghazali terhadap Menteri Wilayah Persekutuan yang baru Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Tidak sampai pun dua bulan lagi dilantik Menteri Wilayah Persekutuan yang baru Datuk Raja Nong Chik yang dilantik menggantikan Datuk Seri Zulhasnan Rafique melalui tiket Senator, yang juga Ketua UMNO Lembah Pantai telah menjadi bahan berita panas. Namun apa yang dikatakan oleh Raja Nong Chik pula , mungkin tidak sengaja dan beliaupun telah minta maaf kepada Dr Lo' Lo secara peribadi.Namun, Dr Lo 'Lo tak puas hati dan mahukan ianya dibuat secara terbuka.
Kenyataan tersebut kata Lo' Lo menghina kaum wanita. "Saya merasakan kekesalan saya atas sikap Menteri Wilayah Persekutuan Senator Datuk Raja Nong Chik yang sangat tidak menghormati Ahli Parlimen. malah biadab terhadap wanita", katanya. Sila klik-mStar Online : MP Titiwangsa dakwa kenyataan Menteri Wilayah "hina" wanita , untuk baca berita selanjutnya.
Sementara itu , Lo' Lo berkata Raja Nong Chik telah meminta maaf kepadanya secara peribadi tetapi beliau mahu Menteri berkenaan berbuat demikian secara terbuka kerana ramai orang mendengar kata - kata tersebut.
Selain mempertikai Raja Nong Chik, Lo' Lo memuji bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique yang disifatkanya jauh lebih matang, berhemah dan sering bersikap profesional" terhadap beliau dan ahli - ahli Pakatan Rakyat di Wilayah Persekutuan. Sila klik DISINI
Laporan Malaysia Kini pula menyebut , Raja Nong Chik dipetik berkata - beliau telah meminta maaf kepada Lo 'Lo pada hari kejadian , kelmarin sewaktu lawatan di pasar baru di Kampung Datuk Keramat.
" Sebagai orang islam saya telah meminta maaf kepada beliau. Tetapi saya dimaklumkan Dr.Lo' Lo kata ia tidak iklhlas. Bagaimana dia tahu hati saya? kata Raja Nong Chik. Sila klik DISINI , untuk baca komenya.
AHHH, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M.Saravanan pula berkata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik tidak perlu memaklumkan kepada Ahli Parlimen sebelum beliau melakukan lawatan mengejut ke sesuatu kawasan. Sila klik DISINI komen Saravanan di Bernama." Jangan politikkan isu ini dan hentikan retorik seperti ini " , katanya.

Thursday, May 14, 2009

PPP SEKALI LAGI JADI PANAS ; JOM MINUM KOPI , KAYVEAS AJAK MURUGIAH ; CHANDRAN KATA MURUGIAH CEPAT LUPA ; SYED ALI KATA PPP PERLU DI TENDANG KELUAR !

KUALA LUMPUR 14 Mei --
" Tetapi setelah di periksa, rupa - rupa pelajar itu terkena percikan minyak masak rumah, sekaligus memaksa Timbalan Perdana Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ( T.Murugiah ) itu memohon maaf kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin" - MURUGIAH RAIH PUBLISITI MURAHAN ? sila klik di sini - Utusan Malaysia Online - Rencana , untuk membaca laporan selanjutnya.
Sementara itu Ketua UMNO Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee pula berkata Parti PPP pimpinan Datuk M.Kayveas perlu DI TENDANG KELUAR daripada Barisan Nasional kerana sikapnya seperti duri dalam dalam daging. Baca komen Syed Ali sepenuhnya , DISINI
Datuk T.Murugiah perlu jumpa Presiden Parti Datuk M.Kayveas dan bincang bukanya cuba bangkitkan spekulasi dan ramalan politik sehingga meraih simpati dari orang ramai , kata Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan A.Chandrakumanan. Sila klik DISINI, untuk baca komenya. Beliau yang juga merupakan Ketua PPP Bahagian Bandar Tun Razak dalam komenya di Akhbar Star hari pula berkata " We are all very upset that the he never drops by for party meetings or takes directions from the pary president.He always stays aloof. He is the party representative in goverment. Somehow, he has forgotten that". Beginilah luahan perasaan yang Chandrakumanan yang lantang dan berani. Chandran dikatakan pernah banyak turun padang bersama T.Murugiah di Kuala Lumpur bagi membantu menyelesaikan beberapa masalah rakyat. Tetapi kini , pemimpin seperti Chandran juga tidak tahan dengan perangai T.Murugiah.
Sementara itu, Malaysia Insider hari ini melaporkan , Presiden PPP Datuk M.Kayveas di petik berkata " Come and see me and talk it over. We will see where that will take us. One of our grouses with him is that he is ignoring the party , me and senior leaders. He can come over have coffee and talk". Sila klik DISINI
Baru - baru ini pulak T.Murugiah buat laporan polis kerana menerima peluru di pejabatnya. Apa sudah jadi. Ramai pemerhati politik berpendapat, karier politik T.Murugiah sudah sampai ke penghujungnya. Beliau harus bersyukur kerana naik cepat , terus sebagai Timbalan Menteri atas tiket parti PPP sedangkan ada ramai lagi pemimpin - pemimpin kanan di PPP yang lebih layak jika dibandingkan dengan Murugiah. Kita juga tidak lupa lagi permainan politik Murugiah ketika menjadi Ketua Pemuda PPP atas nama publisiti media , sebelum beliau dilantik Timbalan Menteri di JPM.
Ya, kita akui Murugiah memang popular sejak dilantik Timbalan Menteri di JPM dan menjaga BPA. Tapi janganlah guna media untuk mensensasikan masalah rakyat. Selesai masalah rakyat dengan ikhlas. Tak perlu setiap kali turun padang nak panggil media. Kenapa ? Nak tunjuk sampah? nak tunjuk peluk murid? nak tunjuk publisti murahan? Kalau setiap kali nak turun padang panggil media, maka tak laratlah wakil media. Gunakanlah saluran media untuk kebaikan yang penting. Wakil - wakil media pun, fikirlah dulu sebelum nak lapor mana - mana berita.Janganlah kita asyik nak lapor berita - berita remeh temeh.Fikir - fikirkanlah.
( gambar Kayveas, Syed Ali, Chadarakumanan dan Chandran bersama T.Murugiah)

Tuesday, May 12, 2009

AKHIRNYA SARINA JADI KETUA PUTERI WP YANG BARU ; FIONA NAIB !

Kuala Lumpur Mei 12 -- Akhirnya Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras Sarina Syarif yang dipilih untuk memimpin Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan. Manakala Ketua Puteri Segambut Huzry Fionnawathy Huseein pula dilantik sebagai Naib Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan. Perlantikan Sarina dan Fiona melenyapkan segala spekulasi dan desus - desus mengenai sipakah bakal dilantik sebagai Ketua dan Naib di Wilayah Persekutuan.
Sementara Ketua Puteri Bandar Tun Razak Zauyah Zainuddin yang sebelum ini diramalkan bakal dilantik sebagai Ketua Puteri Wilayah Persekutuan, dilantik sebagai Ketua Biro Jawatankuasa Latihan Sahsiah dan Unit Khas Pilihanraya manakala Ketua Puteri Setiawangsa Seri Wani Sabtu pula dilantik sebagai Ketua Biro Pelajaran.
Untuk rekod, Zauyah dan Seri Wani merupakan Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang menang pada pemilihan Puteri UMNO baru - baru ini.

Monday, May 11, 2009

SELAMAT ULANGTAHUN UMNO KE 63 !
KUALA LUMPUR April 11 Mei --Hari ini genap 63 tahun usia UMNO - sebuah parti yang menjadi tunjang kekuataan utama negara dan juga Barisan Nasional. Sejak UMNO ditubuhkan dan dilahirkan, UMNO sudah menempuhi pelbagai halangan dan cabaran dibawah kepimpinan tujuh Presidenya. Kini hala tuju perjuangan parti berada dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak selepas episod peralihan kuasa berlaku dengan lancar dan baik baru - baru ini. Wilayahkini turut tertarik dengan tulisan Pengarang Utusan Malaysia Hassan Mohd Nor mengenai sambutan UMNO , walaupun lontaranya pendek tetapi kena pada sasaranya. Sila klik di sini - Utusan Malaysia Online - Rencana , untuk membaca ulasanya.
Baru - baru ini Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden UMNO yang baru telah melantik kepimpinan tertinggi parti dalam usahanya untuk menjenamakan , memperkasakan dan juga memperkukuhkan parti. Biasalah, sekiranya ada kepimpinan baru - sudah tentu akan akan ada "regim ataupun regu" baru. Presiden mempunyai kuasa mutlak utuk melantik sesiapa sahaja yang difikirkan layak.
Perlantikan Tan Sri Muyhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Badan Perhubugan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shafie Apdal - Kedah, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein- Terengganu, Datuk Seri Zahid Hamidi - Pulau Pinang dan Datuk Seri Najib Tun Razak di Selangor telah menimbulkan pelbagai reaksi dan ramalan politik.
Ada yang tak puas hati, ada yang mengeluh, ada yang sikit - sikit gembira, ada yang kecewa dan ada pula yang gembira kerana masing - masing tak dapat akhirnya orang luar "dimport jadi Pengerusi Perhubungan". Ada yang tanya kenapa nak letak orang luar ? Takkan tak ada pemimpin tempatan di negeri masing - masing? Masanya sudah tiba untuk UMNO memilih pemimpin yang sepenuh masa untuk menjaga negeri masing - masing. Janganlah kita asyik nak pilih pemimpin yang suka letak kaki di banyak tempat. Mereka tinggal di Kuala Lumpur - dan turun padang sesekali.Mana ada fokus dan tumpuan kalau betul - betul nak rampas negeri dari pembangkang. Masing- masing ada tanggungjawab.Cuma faktor masa perlu dijadikan - asas utama. Bukanya faktor nama pemimpin seseorang.
BN hilang kuasa di Pulau - Pinang, Selangor, Kedah, Perak dan Kelantan pada PRU yang ke 12. Di Wilayah Persekutuan pula, BN kalah di sepuluh kawasan parlimen. Kini BN sudah mula merampas semula Perak dan Datuk Seri Zambry telah dilantik sebagai Pengerusi UMNO negeri atas kapasitinya sebagai Menteri Besar.
Manakala di Terengganu pula, fenomena politik dalaman antara orang UMNO sendiri memaksa Najib melantik Datuk Seri Hishamuddin. Apakah Hisham sebagai orang luar dari Terengganu akan dapat menyejukan suasana politik di Terengganu? Manakala di Kelantan pula, Datuk Mustapha Mohamad menjadi pilihan. Apapun, Datuk Seri Najib sebagai Presiden UMNO sudah tentu mempunyai taktiknya yang tersendiri.Mungkin beliau mahu mengurangkan karenah "politicking" sesama orang UMNO.
Apapun Wilayahkini mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KE 63 KEPADA UMNO !
Apakah harapan anda kepada UMNO ?

Saturday, May 9, 2009

ZAHARIN @ SANG KELEMBAI BUAT RAYUAN NAK SERTAI SEMULA UMNO !

KUALA LUMPUR Mei 9 -- Bekas Setiausaha UMNO Bandar Tun Razak Zaharin Mohd Yassin menghantar surat rayuan untuk menyertai kembali UMNO. Beliau yang lebih dikenali sebagai "Sang Kelembai" - diatas nama blognya, menghantar surat rayuan untuk kembali semula ke pangkuan UMNO kepada Setiausaha Kerja UMNO Malaysia Datuk Abdul Rauf (gambar) di Ibu Pejabat UMNO di Tingkat 38 hari ini, menurut laporan yang disiarkan oleh UMNO Online hari ini.
Zaharin yang dikenali ramai didalam arena politik UMNO dipecat daripada keahlianya kerana menulis artikel dalam webnya yang mengkritik kepimpinan parti September 2006 lalu. Zaharin juga merupakan salah seorang penulis yang lantang menyuarakan pandanganya mengenai politik UMNO di blognya dan juga khidmat "sms" nya dari masa ke semasa.
Sementara itu, Wilayahkini difahamkan mesyuarat majlis tertinggi akan datang dijangka akan membincangkan rayuan Zaharin.

Wednesday, May 6, 2009

KEKUATAN , KEBANGKITAN DAN KEGEMILANGAN PEMUDA UMNO WP KINI DI BAHU RIZALMAN MOKTHAR SAMAD ; SYED MEHDHAR AKHIRNYA JADI NAIB !

INILAH BARISAN KITA.......
Ketua Pemuda : Rizalman Mokhtar Samad (Bandar Tun Razak)
Naib Ketua : Syed Mehdhar (Cheras)
Setiausaha :Taupik (Wangsa Maju)
Bendahari : Sazali Kamilan (Lembah Pantai)
Ketua Penerangan: Mahadhir (Segambut)
Tahnniah kepada semua - dari Wilayahkini

BERITA SEBELUM INI..........
KUALA LUMPUR 5 Mei -- Sepertimana yang dilaporkan di Wilayahkini sebelum ini , akhirnya Ketua Pemuda UMNO Bandar Tun Razak Mokhtar Samad telah dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang baru setelah mendapat kepercayaan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru Khairy Jamaluddin. Perlantikan Rizalman tidak mengejutkan kerana ramai sudah mula meramalkan perlantikan beliau kerana Rizalman dilihat salah seorang hulubalang KJ di Wilayah Persekutuan yang berani, kuat, kental , ikhlas dan juga gigih dengan perjuangan parti khususnya dalam Pemuda UMNO.
Pada pemilihan Ketua Pemuda UMNO yang lepas, Rizalman berkempen dengan terus - terang untuk memastikan kemenangan KJ, malah Pemuda Bandar Tun Razak juga mencalonkan nama KJ untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Rizalman juga dilihat sebagai , salah seorang Ketua Pemuda yang berpengalaman untuk memimpin Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan , setelah Datuk Norza Zakaria.
UPDATE terkini....

Sementara itu, Ketua Pemuda Cheras Syed Mehdhar Syed Abdullah pula telah dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO WP yang baru. Kini gandingan Rizalman dan Syed Mehdhar dipertanggungjawabkan untuk mengembalikan semula kekuatan pemuda UMNO di Wilayah Persekutuan.
Kini Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dilihat sebagai sebuah negeri yang kuat dimana enam wakil dari Wilayah Persekutuan telah berjaya memboloskan diri pada pemilihan Pemuda UMNO untuk jawatan Ecxo Pemuda UMNO Malaysia.
Memang tidak dapat dinafikan, nama Pemuda UMNO WP sedikit tercemar dibawah kepimpinan Datuk Norza Zakaria sebelum ini khususnya sebelum dan selepas PRU yang ke 12. Kini 10 buah bahagian di Wilayah Persekutuan telah memperlihatkan kepimpinan baru di peringkat Pemuda.Kita berharap, Pemuda WP akan bangkit selepas ini.
APA PANDANGAN ANDA ?