Thursday, July 31, 2008

SUARA WILAYAHKINI : GELANGGANG POLITIK NEGARA EDISI KE 2 DI BUKA ; BERMULA DI PERMATANG PAUH TERSUNGKUR ATAU BANGKIT SEMULA?

TIADA KEJUTAN...Begitulah yang dapat digambarkan apabila Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah mengumumkan perletakan jawatanya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi memberikan laluan kepada suaminya- Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding semula, sekaligus menghidupkan semula karier politik suaminya selepas tahun 1998.Selepas 10 tahun,hari ini Wan Azizah menyerahkan kembali amanah Parlimen Permatang Pauh kepada Anwar Ibrahim.Dalam tempoh masa 10tahun yang lepas, Wan Azizah telah mengalami pelbagai cabaran dan rintangan politik untuk mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh , namun akhirnya beliau berjaya mempertahankan kerusi tersebut untuk diserahkan semula kepada suaminya yang tercinta.Permatang Pauh merupakan- tempat dimana nama seorang insan bernama Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai pemimpin UMNO yang tersohor sehingga bergelar sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.Segala - galanya bermula dari UMNO.Ini adalah realiti ataupun satu sejarah yang tidak dapat dinafikan sama sekali.Tanpa UMNO , siapalah Anwar Ibrahim. Wilayahkini mengucapkan syabas kepada Wan Azizah yang telah menyerahkan amanahnya kepada Anwar Ibrahim selepas 10 tahun- demi suami yang tersayang.Apa pun, perhitungan selepas ini pasti memberi seribu makna kepada UMNO dan juga masyarakat Permatang Pauh.Apakah Anwar Ibrahim akan dapat menghidupkan semula riwayat politiknya di tempat yang sama ataupun bermula dan tersungkur di Permatang Pauh? Anwar mungkin boleh berkata, Gombak, Bandar Tun Razak ataupun Kulim kawasan yang selamat - tetapi yang pasti Permatang Paung sahajah yang dapat memberikan suntikan semangat , suntikan kemenangan kepadanya. Memang tidak dinafikan sama sekali Anwar Ibrahim telah mencemarkan nama baik BN khususnya UMNO -parti yang menjadi tunjang utama negara dalam tempoh masa terdekat ini khususnya selepas PRU 12.Orang - orang melayu bercakaran sesama sendiri selepas PRU yang ke 12.Inikah yang kita harapkan ? Kita jangan lupa,.. apa yang terjadi kepada BN pada PRU 12 bukanlah kerana UMNO semata- mata, tetapi kerana UMNO - lah BN dapat meneruskan pemerintahanya hari ini sehingga ahli- ahli UMNO dapat bermesyuarat dengan selamat, aman dan makmur hari ini.Ianya merupakan kenyataan yang tidak dapat disanggah sama sekali.Masa depan parti UMNO - menjelang pemilihan bahagian dan peringkat kebangsaan akan dipercaturkan, diperbahaskan, diperhalusi melalui hasil keputusan pilihanraya Permatang Pauh nanti? Pemerhati politik berpendapat keputusan pilihanraya Permatang Paung nanti bakal memberikan sedikit implikasi kepada UMNO dan pucuk pimpinanya.Gelanggang permainan politik negara edisi ke 2 telah dibuka setelah edisi 1 - PRU 12 menjadi satu mimpi hitam tsunami yang kuat.Bagaimana selepas ini ? APAKAH PANDANGAN ANDA ?

Wednesday, July 30, 2008

UMNO SEPUTEH : AKSI PERTANDINGAN MEWARNAI SUASANA DI SEPUTEH ! DATUK HISHAM MASIH GAH, CALON KETUA PEMUDA -RAZLAN DI DEPAN !

Seputeh ( WILAYAHKINI ) -- Politik UMNO Bahagian Seputeh juga menjanjikan saingan yang sengit dan menarik untuk jawatan Ketua Bahagian, Timbalan, Naib serta Pergerakan Puteri dan Pemuda. Ketua Bahagian Datuk Hisham Abdul Majid dikatakan akan menerima tentangan daripada Mustapha Kamal sepertimana tahun 2004. Sehingga hari ini, Hisham telah menerima sebanyak 10 pencalonan manakala Mustapha masih terikat dengan dua pencalonan.
Untuk jawatan Ketua Pemuda pula, AJK Pemuda UMNO Bahagian Seputeh Razlan mendahului dengan 8 pencalonan, Alawi-3, Mustakin-2.
Untuk jawatan Ketua Puteri Seputeh pula, penyandang Azliza (gambar azliza bersama mona) bakal ditentang oleh Mona Liana., dimana sejak kebelakangan ini nama Mona semakin kuat diterima diperingkat akar umbi dikalangan ahli - ahli Puteri di Seputeh, kata satu sumber kepada Wilayahkini. " Azliza pula dikatakan terlalu yakin untuk menang dan sedang teropong peluang untuk bertanding Exco Puteri pulak", kata sumber tersebut lagi.
Bagi jawatan Ketua Wanita Senator Datuk Azizah sekali lagi dijangka akan menang tanpa bertanding, kata seorang Ketua Wanita Cawangan kepada Wilayahkini.
Untuk jawatan Ketua Pemuda, peluang Razlan(gambar) untuk menang dikatakan memang terbuka kerana beberapa faktor termasuk karismanya, daya kepimpinanya dan kebolehanya kata seorang Ketua Pemuda Bahagian di WP kepada Wilayahkini.
" Razlan juga mempunyai blognya tersendiri yang memaparkan berita - berita mengenai UMNO Seputeh yang menceritakan perkembangan semasa di Seputeh, isu - isu nasional dan sebagainya.Ini merupakan satu lagi sumber kekuatan Razlan ", katanya lagi.
Sementara, Datuk Hisham dikatakan sekali lagi akan dapat mempertahankan jawatanya walaupun menghadapi saingan dari Mustapha untuk kali kedua.
NOTA :Sila layari blog Razlan ( Calon Ketua Pemuda) di- http://www.razlans.blogspot.com/ : Untuk perkembangan terkini mengenai perkembangan UMNO di Seputeh.
TERIMAKASIH : Gambar2 dari blog Razlan !

Tuesday, July 29, 2008

KETUA UMNO BAHAGIAN KEPONG - DATUK RIDHUAN ABDUL HAMID CIPTA REKOD TERSENDIRI DALAM KARIER POLITIKNYA !

Ketua UMNO Bahagian KEPONG Senator Datuk Ridhuan Abdul Hamid yang juga merupakan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan dijangka menang tanpa bertanding sebagai Ketua Bahagian bagi penggal yang ketujuh berturut - turut. Manakala Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dijangka menang sebagai Ketua Wanita Kepong bagi penggal keenam berturut-turut.Difahamkan jawatan - jawatan lain di bahagian Kepong juga akan dimenangi tanpa bertanding. Kemenangan Datuk Ridhuan merupakan satu rekod di Wilayah Persekutuan - selaku Ketua Bahagian selama tujuh penggal. SILA BACA DISINI-Utusan Malaysia Online - Politik
Gambar file : Datuk Ridhuan bersama Datuk Suhaili

AZIZ DILANTIK PEMANGKU KETUA PENGARANG UTUSAN MALAYSIA !

WILAYAHKINI ingin mengucapkan sekalung TAHNNIAH kepada Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia Aziz Ishak yang telah dilantik sebagai Pemangku Ketua Pengarang Utusan Malaysia mulai hari ini berikutan dengan persaraan Datuk Khalid Mohamad sebagai Ketua Pengarang Utusan Malaysia. Baca kupusan dari Ketua Pengarang The Star, Dato Wong Chun Wai di sini --New Malaysia: New Man in Utusan Malaysia

Sunday, July 27, 2008

NAIB KETUA PUTERI WP ISMALINA ISMAIL LANCAR LAMAN WEB DAN BLOGNYA !

Ahh, calon Ketua Puteri Nasional Datin Ismalina Ismail yang juga merupakan Naib Ketua Puteri UMNO WP dan Ketua Puteri Wangsa Maju akhirnya telah melancarkan (www.ismalina.blogspot.com ) laman web dan
blognya tersendiri ( www.ismalina.com ) untuk memperkukuhkan lagi hubunganya dengan ahli -ahli Puteri diseluruh Malaysia.Majlis perasmian tersebut yang diadakan di Restoran Rasa Sayang , Jalan Yap Kwan Seng, semalam itu turut dihadiri oleh suaminya Datuk Reezal Marican yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri.Penampilan Ismalina dengan laman blognya sendiri dijangka akan menghangatkan lagi suasana pertandingan untuk jawatan Ketua Puteri UMNO Malaysia yang bakal dikosongkan oleh Datuk Noraini. Ismalina yang juga merupakan Exco Puteri UMNO Malaysia dijangka akan menerima tentangan yang sengit daripada Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia Datuk Rosnah Abdul Rashid, Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia Datuk Shahaniza dan beberapa orang lain.

ANAK BEKAS PRESIDEN MCA DIPILIH KETUA MCA SEGAMBUT YANG BARU !

Kuala Lumpur ( Wilayahkini ) -- Politik Wilayah Persekutuan menerima satu lagi kejutan dimana anak bongsu bekas Presiden MCA, Ling Hee Kiat dipilih sebagai Ketua MCA Bahagian Segambut yang baru dalam pertandingan satu lawan satu hari ini SILA BACA DISINI -Anak Bongsu Bekas Presiden MCA, Ling Hee Kiat Menang Pengerusi MCA Segambut :: Bernama.com

Saturday, July 26, 2008

TENGKU ADNAN AKUI KESILAPAN ! KETUA CAWANGAN KECEWA DAN NAFI TIDAK HANTAR PENYATA !

Ketua UMNO Bahagian Putrajaya yang juga merupakan Setiausaha Agung UMNO Datuk SeriTengku Adnan akui tidak menghantar penyata tahunan selama 5 tahun berturut - turut.Pada masa yang sama beberapa Ketua Cawangan pula menafikan tidak hantar penyata tahunan kepada bahgaian !- SILA BACA DI SINI-- mSTAR Online - mstar.com.my

Friday, July 25, 2008

UMNO PUTRAJAYA : 23 CAWANGAN TIDAK DAPAT ADAKAN AGM GARA - GARA TAK HANTAR PENYATA TAHUNAN SELAMA 5 TAHUN ?

Putrajaya ( Wilayahkini ) -- Politik UMNO Bahagian Putrajaya tercemar sedikit ekoran daripada berita yang dikatakan sebanyak 23 cawangan di Bahagian UMNO Putrajaya yang dipimpin oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga merupakan Setiausaha Agung UMNO tidak dapat mengadakan mesyuarat agung masing - masing kerana gara - gara kegagalan mengemukakan penyata tahunan kepada Pendatar Pertubuhan selama lima tahun berturut - turut sejak Bahagian Putrajaya di tubuhkan.Ini merupakan satu kejutan politik bukan sahaja di WP, ketika cawangan - cawangan lain diseluruh Malaysia sedang sibuk bermesyuarat. Ikuti laporan mStar di sini - SILA BACA SELANJUTNYA DI SINI / Laporan di Akhbar Star hari ini yang memetik isu Bahagian Putrjaya !

TENGKU ADNAN MENGAKU TAK HANTAR PENYATA SELAMA 5 TAHUN !

TERKINI -- (25/07/08) Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mengakui tidak menghantar laporan penyata tahunan cawangan- cawangan Putrajaya selama 5 tahun dan katanya masalah tersebut telah diselesaikan minggu lepas dan kesemua cawangan - cawangan boleh mula bermesyuarat mulai minggu ini. Sila baca di mSTAR untuk laporan lanjut.

Wednesday, July 23, 2008

TERKINI DI WANGSA MAJU : SHAFIE - 18, ZAINAL- 3, ASTAMAN- 0 !

Wangsa Maju ( Wilayahkini ) -- Berita terkini yang diterima oleh Wilayahkini menyaksikan Naib Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Mohamad Shafie Abdullah mendahului senarai pencalonan untuk jawatan Ketua Bahagian dimana beliau telah mendapat sebanyak 18 pencalonan, manakala Pemangku Ketua UMNO Bahagian Datuk Zainal Nazeri 3 pencalonan dan bekas Ketua UMNO Bahagian Datuk Astaman pula belum mendapat sebarang pencalonan setakat hari ini. Selepas 21 cawangan telah mengadakan mesyuarat , harapan Zainal dan Astaman kini bersandarkan kepada 22 cawangan yang belum lagi mesyuarat.Kini hidup mati perjuangan politik Astaman dan Zainal bergantung kepada 22 cawangan yang akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh masa yang terdekat ini seterusnya yang akan mencalonkan pemimpin pilihan mereka . ADA KEJUTAN LAGI ?

UMNO WANGSA MAJU : ZAINAL NAZERI BERI LALUAN KEPADA ASTAMAN ? EPISOD LAMA BERULANG DI WANGSA MAJU ?

Wangsa Maju ( Wilayahkini ) -- Perkembangan terkini politik UMNO Wangsa Maju menyaksikan kedudukan bekas Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Astaman Abdul Aziz dikatakan kian kukuh dan sudah ada tanda - tanda yang menunjukkan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Datuk Zainal Nazeri akan memberi laluan kepada Astaman.
Politik UMNO Wangsa Maju menjadi perhatian seluruh negara apabila mesyuarat UMNO Cawangan Datuk Zainal Nazeri sendiri " tak lepas" ekoran daripada tak cukup korum.Peristiwa tersebut dikatakan telah memberi tamparan yang kuat kepada Zainal Nazeri dalam usahanya untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian. Sumber juga mengesahkan kepada Wilayahkini, Zainal Nazeri akan mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Bahagian seterusnya memberikan sokongan kepada Astaman dari belakang tabir. Malah, penyokong Zainal juga dikatakan sedang merencanakan satu formula untuk menjayakan visi tersebut. Gandingan Astaman - Zainal dikatakan sudah bersedia untuk menentang Naib Ketua Bahagian sekarang - Datuk Shafie Abdullah yang disifatkan sebagai salah seorang calon yang "favourite" untuk merangkul gelaran juara Ketua Bahagian Wangsa Maju, selain Astaman dan Zainal.
Isu cawangan Zainal yang tidak cukup korum bukan sahaja dikatakan telah menjejaskan reputasi Zainal sebagai Pemangku Ketua Bahagian, malah ramai ahli - ahli UMNO di Wangsa Maju berpendapat ianya telah memberikan imej yang buruk kepada UMNO Wangsa Maju ,khususnya kepada Zainal sebagai teraju kepimpinan utama di UMNO Wangsa Maju. Episod lama berulang di Wangsa Maju sekali lagi ?, begitulah reaksi seorang pemimpin UMNO Wangsa Maju kepada Wilayahkini.

PENCARIAN PU3 BARU BERMULA : 3 PUTERI BARU TERPILIH DI PERINGKAT CAWANGAN-- BAHAGIAN SEGAMBUT !

Segambut ( Wilayahkini )-- Tiga Puteri baru terpilih diperingkat cawangan di Bahagian Segambut dimana menyaksikan Nik Farina terpilih sebagai Ketua Puteri Cawangan Sri Hartamas, Rozianita Rahim - Ketua Pu3 Cawangan Kampung Segambut Dalam dan Intan Haniza- Ketua Pu3 Cawangan Kampung Segambut Luar. Manakala Siti Aisyah berjaya mengekalkan jawatanya sebagai Ketua Pu3 Cawangan Taman Seri Segambut. Tahnniah kepada semua Ketua Puteri - Puteri baru di Bahagian Segambut yang dipimpin oleh Fioanawathy dalam menjayakan visi " Pencarian Puteri Baru" di WP sepertimana di rencanakan oleh Wilayahkini beberapa kali sebelum ini. Sila klik laman blog Pu3 Segambut untuk perkembangan terkini di http://www.segambutprincess.blogspot.com/ BAGAIMANA BAHAGIAN2 PU3 YANG LAIN DI WP?

Tuesday, July 22, 2008

TERKINI DI LEMBAH PANTAI : RAJA NONG CHIK BUAT KEJUTAN AWAL DENGAN 6 PENCALONAN, YUSRI - 3, MUKA BARU ZAHRAN-2 ! -- Ref MALAYSIAKINI

Lembah Pantai ( Wilayahkini ) -- Perkembangan politik di Bahagian Lembah Pantai menerima kejutan awal sepertimana yang dilaporakan Wilayahkini sebelum ini ( SILA KLIK DISINI ) apabila mantan Ketua UMNO Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik telah menerima 6 pencalonan untuk jawatan Ketua Bahagian daripada 11 cawangan yang telah bermesyuarat sehingga hari ini. Pemangku Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Yusri Ahmad telah menerima 3 pencalonan manakala seorang lagi ahli UMNO Haji Zahran - yang dikatakan seorang muka baru telah mendapat 2 pencalonan sekaligus telah menarik perhatian pelbagai pihak. Wilayahkini juga telah difahamkan , penampilan semua Raja Nong Chik dalam kancah politik Lembah Pantai telah diterima dengan baik oleh ahli - ahli UMNO disana dan beliau dijangka menerima lebih banyak lagi pencalonan dalam tempoh masa seminggu ini.Namun, penyokong Yusri yakin , beliau akan dapat memberi tentangan yang kuat kepada Raja Nong Chik dan akan berjaya dalam pertempuran ini. Penampilan Zahran pula menjadi teka - teki yang besar. Ada pihak pula berkata " sentuhan Shahrizat " di Parlimen Lembah Pantai juga akan menjadi faktor penentu tetapi di tolak sama sekali oleh penyokong Raja Nong Chik.Yusri pula dikatakan mendapat sokongan padu daripada Shahrizat Abdul Jalil walaupun beliau bukan lagi Ahli Parlimen Lembah Pantai. Shahrizat memang tak dapat dipisahkan dengan kancah politik UMNO Lembah Pantai walaupun beliau ahli UMNO di Bahagian Kepong!

UMNO TITIWANGSA : DRS.SULEIMAN MOHAMAD BERGAYA DAN GAH DENGAN KEJAYAAN 40 - 0 SETAKAT INI !

Titiwangsa ( Wilayahkini ) -- Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa Datuk Seri Suleiman Mohamad hampir pasti dinobatkan semula sebagai Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa tanpa bertanding untuk penggal yang ke empat setelah beliau berjaya menidakkan semua andaian dan spekulasi mengenainya sebelum ini. Sehingga semalam, daripada 87 cawangan di Bahagian Titiwangsa 40 cawangan yang telah bermesyuarat telah mencalonkan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP dan mantan Timbalan Menteri itu untuk jawatan Ketua Bahagian.Suleiman juga berjaya menewaskan segala ilmu politik yang cuba dilemparkan terhadapnya sebelum ini menjelangnya persidangan cawangan. Malah ketika spekulasi kuat bertiup dimana dikatakan AJK UMNO Bahagian Titiwangsa Datuk Aziz Jamaluddin dijangka akan berentap denganya juga akhirnya tinggal mimpi semata - mata apabila , Suleiman berjaya mematahkan segala percaturan politik tersebut.
" Suleiman Mohamad memang sukar digugat ketika ini dan beliau memang layak untuk menerajui semula bahagian Titiwangsa sekaligus membawa satu harapan baru kepada bahagian ini yang sedikit tenggelam selepas PRU yang ke 12 akibat kekalahan calon UMNO disini" ,kata seorang pemimpin UMNO Titiwangsa kepada Wilayahkini.
Namun kejutan tercipta, untuk jawatan Timbalan Ketua Bahagian apabila , Datuk Rosman Ridzuan yang juga merupakan AJK Bahagian telah mendapat 10 pencalonan setakat ini untuk menentang Timbalan Ketua Bahagian sekarang- Datuk Johari Ghani.
Manakala, Datuk Aziz Jamaluddin yang diwarkan - warkan untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian selama ini telah mendapat sebanyak 4 pencalonan untuk jawatan Naib Ketua Bahagian.Pencalonan yang diterima Aziz dikatakan telah menaikkan bulu roma beberapa pihak di Titiwangsa dan pemerhati politik berpendapat Naib Ketua sekarang Affendi Zahari terpaksa kerja keras untuk menyelamatkan masa depanya selepas ini.
Wilayahkini juga difahamkan, penampilan Aziz Jamaluddin untuk jawatan Naib Ketua dibayangi oleh Drs Suleiman ? Malah, sudah ada cakap - cakap diperingkat bawah, sekiranya sesiapa pun yang ingin menang perlu mendapat " restu Suleiman " . Apa yang pasti dalam tempoh masa seminggu lagi banyak lagi perustiwa bakal dirakamkan di Bahagian Titiwangsa ini.- IKUTI PERKEMBANGAN DARI MASA KESEMASA DI WILAYAHKINI- Pengarang

Saturday, July 19, 2008

ZAINAL NAZERI KENA TAMPARAN AWAL YANG KUAT - MESYUARAT CAWANGANYA DI BATALKAN KERANA TAK CUKUP KORUM !

Wangsa Maju ( Wilayahkini ) -- Harapan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Zainal Nazeri untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian menerima tamparan awal yang hebat apabila mesyuarat cawanganya Taman Setapak Indah Fasa Satu terpaksa dibatalkan kerana tidak cukup korum.
Mesyuarat tersebut yang berlangsung hari ini hanya dihadiri seramai 68 ahli.Cawangan tersebut yang mempunyai seramai 281 ahli.Walaupun, mesyuarat tersebut akan ditunda untuk satu tarikh yang lain, peristiwa tersebut dikatakan telah memberi implikasi yang tidak baik kepada kepimpinan Zainal Nazeri selaku Pemangku Ketua Bahagian dan juga Ketua Cawangan- dan lebih - lebih lagi Zainal bercadang bertanding jawatan Ketua Bahagian.
Wilayahkini juga difahamkan, pembabatalan mesyuarat cawangan Zainal Nazeri juga telah menjadi bahan percakapan utama ahli - ahli UMNO di Wangsa Maju dan Wilayah Persekutuan yang mula mempertikaikan kredibiliti Zainal Nazeri.Sekarang, ada pula cakap - cakap yang mengatakan Zainal akan bertanding jawatan Timbalan Ketua Bahagian sekaligus membuka ruang kepada bekas Ketua Bahagian Datuk Astaman Abdul Aziz untuk menerajui semula Wangsa Maju. Di satu sudut yang lain pula, penyokong - penyokong Datuk Shafie Abdullah pula yakin beliau akan menang kali ini.
" Apa yang berlaku hari ini memang cukup memalukan kepada UMNO Wangsa Maju kerana ianya menunjukkan kelemahan UMNO di bahagian ini sedangkan beliau merupakan Pemangku Ketua Bahagian", kata seorang pemimpin UMNO Wangsa Maju dalam emelnya ke Wilayahkini malam tadi.

Friday, July 18, 2008

POLITIK UMNO WANGSA MAJU : SAH - ASTAMAN , ZAINAL DAN SHAFIE BERENTAP JAWATAN KETUA BAHAGIAN !

Kuala Lumpur ( Wilayahkini ) -- " Saya akan mempertahankan jawatan Ketua Bahagian yang saya menangi tanpa bertanding pada tahun 2004" kata bekas Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Astaman Abdul Aziz dengan penuh yakin. SILA KLIK DISINI
Sepertimana yang dilaporkan oleh Wilayahkini sebelum ini beberapa kali , selain Astaman , Pemangku Ketua UMNO Bahagian Datuk Zainal Nazeri dan Naib Ketua Bahagian Datuk Shafie Abdullah juga akan mempertaruhkan nasib mereka untuk jawatan Ketua Bahagian. UMNO Bahagian Wangsa Maju yang mempunyai 43 cawangan dijangka akan mencalonkan Astaman, Zainal dan Shafie untuk jawatan Ketua Bahagian.Wilayahkini juga difahamkan , penampilan semula Astaman kali ini di lihat akan memperhebatkan lagi pemilihan jawatan Ketua Bahagian pada bulan Oktober nanti.Astaman dikatakan mempunyai kelebihan berbanding dua calon yang lain. Beberapa cawangan dikatakan sudah bersedia untuk membawa kembali Astaman.

Thursday, July 17, 2008

PEMUDA UMNO WP LENYAP TERUS BAGAIKAN TERKENA TSUNAMI ! SYED MEHDAR BAKAL KETUA PEMUDA WP ? PENCARIAN PEMUDA BERMULA !

Kuala Lumpur ( Wilayahkini ) -- Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan bukan sahaja kehilangan taringnya malah lenyap terus bagaikan terkena tsunami jika dibandingkan dengan Pergerakan Pemuda UMNO negeri - negeri lain. Selain melantik Datuk Norza Zakaria sebagai Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, kepimpinan UMNO juga telah melantik Norza Sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Setiausaha Politik kepada Menteri kewangan ke 2 sehingga PRU yang ke 12. Pemuda UMNO WP sepatutnya lebih gah berbanding dengan negeri - negeri lain kerana mempunyai platform yang cukup kuat tetapi amat sayang sekali perjuangan Pemuda UMNO di WP mati di separuh jalan dan boleh dikatakan lenyap terus selepas PRU yang ke 12 bagaikan WP tidak mempunyai sayap Pemuda.Siapa yang perlu di salahkan ? Tepuk dada tanya selera. Kini Pemuda WP perlukan satu nafas baru untuk memulihkan imejnya.Wilayahkini difahamkan selain beberapa muka baru sedang merangka strategi untuk bertanding di peringkat bahagian , dikalangan Ketua - Ketua Pemuda bahagian yang sedia ada, hanya Ketua Pemuda Bandar Tun Razak - Rizalman, Ketua Pemuda Cheras -Syed Mehdar dan Ketua Pemuda Putrajaya- Datuk Ahmad Zaki yang mempunyai kelayakan umur untuk terus kekal di sayap Pemuda dan baki yang lain terpaksa mencari laluan yang lain di peringkat bahagian. Kini sudah ada cakap - cakap bahawa, Ketua Pemuda Cheras Syed Mehdar sedang merancang untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO WP dan Zaki sebagai Naib Ketua Pemuda sekiranya Zaki "lepas" dalam pemilihan peringkat bahagian dimana beliau akan ditentang oleh Datuk Khairun Aseh Che Mat.
Rizalman juga dikatakan mempunyai kebolehan dan karismanya yang tersendiri. Apapun masanya sudah tiba untuk pemimpin - pemimpin Pemuda di peringkat cawangan untuk mencari barisan kepimpinan Pemuda yang berpontensi, berwibawa serta berkaliber untuk memperkasakan Pemuda UMNO WP. Wilayahkini juga menerima komen dari emel yang menyatakan, ahli - ahli pemuda di WP khusunya di peringkat akar umbi perlu bangkit untuk memberikan amaran yang keras kepada Datuk Norza Zakaria yang telah memperjudikan masa depan Pemuda WP. Episod , Pencarian Pemuda Bermula !
TERKINI : KOMEN WILAYAHKINI DI RUANGAN KOMEN !!!

SELAMAT BERSIDANG KEPADA 560 CAWANGAN UMNO DI WiILAYAH PERSEKUTUAN !!!

Wilayahkini kini ingin mengucapkan SELAMAT BERSIDANG kepada 560 cawangan- cawangan UMNO di seluruh Wilayah Persekutuan yang mula bersidang secara berperingkat - peringkat mulai hari ini sehingga 24hb Ogos. Persidangan mesyuarat cawangan akan menjadi pembuka tirai kepada percaturan politik dan " penentu nasib" beberapa Ketua - Ketua Bahagian yang bakal mempertahankan serta muka - muka baru yang yang ingin mencuba nasib untuk bertanding jawatan tertinggi di peringkat bahagian pada bulan Oktober nanti. Nasib pemimpin utama terletak ditangan cawangan - cawangan yang mempunyai kuasa yang kuat untuk menentukan pencalonan untuk calon - calon pilihan mereka.Disinilah segala - galanya bermula.Wilayahkini juga difahamkan akan ada beberapa kejutan kali ini di beberapa bahagian dimana beberapa muka baru akan dicalonkan untuk mengharungi cabaran politik UMNO. Kami juga mendapat berita bahawa, keadaan di beberapa bahagian begitu kritikal sehingga peringkat akar umbi mendesak mahukan perubahan.Kami berharap , persidangan cawangan dapat digunakan sebaik mungkin untuk membahsakan isu - isu semasa negara yang menjurus kepada masa depan bangsa melayu dan agama kita bagi memastikan UMNO terus relevan untuk selama - lamanya.Wilayahkini bersedia untuk menjadi " agensi media khas" untuk melaporkan berita - berita mengenai persidangan cawangan dengan gambar.Selain itu, kami juga mengalu - alukan sebarang bentuk info yang rasmi dan tidak rasmi mengenai persidangan cawangan dan bahagian untuk disiarkan di Wilayahkini .Sila emel di : attackmen87@yahoo.com ! SALAM PERJUANGAN - Pengarang Wilayahkini

Tuesday, July 15, 2008

TIMBALAN PRESIDEN UMNO : NAJIB vs MUHYDDIN ? - NO WAY , UNTUK NAJIB MENANG KATA TUN M !

Kuala Lumpur -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini yang pernah membuat kenyataan yang keras terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pelan peralihan kuasa 2010, dimana Tun Mahathir dengan lantang menyuarakan Najib tidak akan menjadi PM pada tahun 2010 , hari ini tampil dengan satu lagi kenyataan yang cukup pedas dimana beliau berkata Najib akan kalah kepada Tan Sri Muhyddin Yassin sekiranya berlaku pertandingan antara Muhyddin dan Najib untuk jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti pada akhir tahun ini.
Dr Mahathir berkata Muhyddin mampu tewaskan Najib- SILA KLIK DISINI
Pemerhati politi berpendapat komen terbaru dari Dr.Mahathir bukan sahaja memperkecilkan kekuatan Najib sebagai Timbalan Presiden UMNO malah bagaikan membuka peluang terbaru kepada Muhyddin Yassin untuk menawarkan diri bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden selepas Muhyddin dikatakan " tersepit " ekoran daripada pelan peralihan kuasa yang diumumkan oleh Pak Lah pada minggu lepas. Keputusan mengenai peralihan kuasa juga diputuskan ketika secara kebetulan Muhyddin berada di luar negara - menghadiri lawatan rasmi kerajaan.Muhyddin juga menyarankan Pak Lah memberikan lebih kuasa dan tanggugjawab kepada Najib , namun kenyataan tersebut tidak terima baik diperingkat akar umbi kerana pemerhati politi berpendapat sebagai Timbalan Perdana Menteri, Najib memang telah diberikan banyak tugas- tugas dan tanggugjawab yang tertentu !

Monday, July 14, 2008

KL MENJERIT : WARGA KOTA GERAM, MARAH DAN TERSEKSA DENGAN GARA - GARA PERMAINAN POLITIK PARTI PEMBANGKANG !

Kuala Lumpur ( Wilayahkini)-- Laluan jalanraya di sekitar Kuala Lumpur sesak teruk. Wargakota geram, marah dan begitu terseksa sekali gara - gara pihak Pakatan Rakyat dijangka akan menganjurkan demontrasi jalanan di Parlimen menyebabkan seluruh Kuala Lumpur tenggelam dengan kesesakan jalan raya.Wilayahkini juga menerima beberapa emel dimana lantang menyuarakan " jangan jadikan rakyat sebagai korban untuk permainan politik anda ".Begitulah luahan hati warga kota Kuala Lumpur dengan sikap beberapa pemimpin pembangkang yang sudah tidak menghargai lagi mandat yang diberikan oleh rakyat kepada mereka tetapi mereka sekali lagi mahukan rakyat dijadikan sebagai mangsa korban mereka.Inikah harapan rakyat? Warga kota tidak tahan lagi dengan karenah parti - parti pembangkang yang lebih suka untuk adakan demontrasi jalanan ala lagu menjilat, undi tidak percaya dan macam - macam drama lagi.Masanya sudah tiba untuk rakyat untuk memikirkan masa depan " ala reformasi pembaharuan".
NOTA: Gambar dari blog www.chunwai08.blogspot.com

- merakamkan laluan yang sesak di Lebuhraya Persekutuan pagi tadi.Sila juga baca blog laman blog tersebut berita bertajuk KL COMES TO A STANDSTILL !

Sunday, July 13, 2008

PENCARIAN PUTERI DI WP SEMAKIN LAJU DAN PANAS ! SIAPA GANDINGAN ISMALINA UNTUK JAWATAN EXCO PU3 DARI WP ?

Kuala Lumpur ( Wilayahkini ) -- Selepas Naib Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan Datin Ismalina Ismail mengumumkan hasratnya untuk bertanding jawatan Ketua Puteri Malaysia kini segala tumpuan tertumpu kepada Ismalina dimana siapakah yang akan menjadi pilihanya untuk bertanding jawatan Exco Puteri UMNO dari Wilayah Persekutuan? Pada masa yang sama dikhabarkan kecuali di bahagian Setiawangsa, Cheras dan Kepong hampir kesemua bahagian akan menyaksikan pertandingan di peringkat puteri.Malah Wilayahkini turut mendapat maklumat kali ini akan ada beberapa muka baru diperingkat bahagian dan negeri.Malah, sudah ada gerakan " PENCARIAN PUTERI " di mulakan diperingkat bahagian.Wilayahkini juga telah mendapat pengesahan Ketua Puteri WP Azlinda Rashad ( Linda )hampir pasti akan bertanding jawatan Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia setelah cukup umur di Puteri. Cakap - cakap di ruang KLCC - di ruangan Restoran Dome juga kedengaran " mungkinkah Linda akan bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kepong yang kini disandang oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ?". Untuk rekod Azlinda@ Linda merupakan Ketua Puteri Kepong.Disebalik cerita, Ismalina dan Linda beberapa nama yang disebut mengintai peluang bertanding Exco Puteri UMNO Malaysia ialah, Ketua Puteri Seputeh Azliza Ahmad, Ketua Puteri Segambut Huzry Fionawathy, Naib Ketua Puteri Setiawangsa Seri Wani , Ketua Puteri Cheras Norlaili dan Wilayahkini juga mendengar ada seorang lagi calon yang berpotensi bernama Miss " S" yang sedang membuat perancangan. Wilayahkini juga ingin mengegur beberapa pergerakan bahagian di WP yang mempunyai laman blog tetapi amat sayang sekali " terbengkalai" begitu lama. Mungkin pergerakan Puteri lain dapat mencontohi Pu3 Segambut - www.segambutprincess.blogspot.com - Syabas dan teruskan usaha anda !
Emel atau sampaikan laporan terkini di bahagian masing - masing.Wilayahkini akan menyiarkanya demi tatapan bersama !!
Wilayahkini juga - mendapat maklumat terkini mengenai masa depan Puteri WP bergantung pada pemilihan pasukan yang akan dipercaturkan oleh Ismalina kelak kerana Ismalina dikatakan hampir pasti akan mengetuai Pu3 WP selepas ini.Manakala di kem Azlinda pula , sudah ada calon -calon tertentu yang sudah mula melobi diatas.Sekiranya ditakdirkan Ismalina memenangi jawatan Ketua Pu3 Kebangsaan - mungkin nasib tidak menyebelahi mereka.Wilayahkini juga mendapat laporan bahawa, Ismalina tidak mendapat sokongan yang sepenuhnya di WP?





MINDA PENGARANG WILAYAH KINI : PENGHARGAAN YANG TIDAK TERHINGGA..

Assalamulaikum dan salam perjuangan kepada semua pembaca!
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan terimakasih kepada para pembaca yang telah memberikan sambutan yang begitu menggalakkan sehingga Wilayahkini telah mencecah lebih daripada 100 ribu hits setelah dilancarkan pada bulan Mac yang lepas.Kami sesungguhnya amat terharu dengan sambutan yang begitu menggalakan ini.Sidang pengarang yang diwakili oleh beberapa bekas Pengarang dan Wartawan yang berpengalaman dimulakan dengan tujuan untuk menampilkan berita - berita politik , am, rencana dan sebagainya khususnya melibatkan Wilayah Persekutuan.Malah, Sidang Pengarang juga telah membuat ketetapan untuk memberikan lebih fokus kepada berita - berita politik di WP khususnya melibatkan parti kesayangan kita - UMNO demi agama , bangsa dan negara.Kami berharap dengan adanya satu blog yang khusus untuk menceritakan fenomena dan juga perkembangan terkini mengenai UMNO di WP dan juga berita - berita sampingan yang lain -ianya dapat menjadi satu platform untuk semua pihak melontarkan pandangan , memberikan komen dan juga berkongsi idea secara sihat demi kebaikan kita semua.Kami juga ingin menegaskan disini bahawa - Wilayahkini , sepertimana namanya kini dan selamanya akan berfungsi dengan prinsip " neutral dan tidak berat sebelah untuk mana - mana pihak sepertimana sekarang".Kami sedia menerima kritikan bernas yang bersifat ikhlas demi kepentingan bersama.Kami juga ingin memberikan amaran kepada semua penghantar komen supaya jangan jadikan Wilayahkini untuk menyerang kaum - kaum lain dan sekiranya ada, kami tidak akan menyiarkan komen- komen tersebut.Pada masa yang sama, kami harap semua penghantar komen dapat memperkenalkan diri dengan nama samaran ( nick name) berbanding gunakan " Anynomous" untuk kebaikan para pembaca yang lain. Kami juga mengalu - alukan segala bentuk berita, komen dan rencana dari para pembaca untuk mempelbagaikan berita - berita di Wilayahkini dari masa ke semasa.Pada masa yang sama, Wilayahkini juga sedang dalam perancangan untuk menampilkan imej barunya dalam tempoh terdekat ini- Bentuknya akan lebih efesyen dan menarik.Kami juga banyak menerima respons yang baik dari akhbar - akhbar tempatan yang turut menjadikan sumber berita Wilayahkini sebagai sumber maklumat mereka.Ini adalah blog untuk kita semua berinteraksi secara sihat , aman dan sejahtera.
P/S : Kami ingin mengucapkan terimakasih kepada seorang teman istimewa bernama " SL" yang telah memberikan suntikan semangat yang kuat kepada kami untuk menjayakan blog ini !
SALAM dan TERIMAKASIH !
Pengarang Wilayahkini

Friday, July 11, 2008

ISU PRU SEGAMBUT MENDAPAT PERHATIAN PAK LAH !

Kuala Lumpur ( Wilayahkini ) -- Perkembangan politik di bahagian Segambut yang dibawah pimpinan Senator Kamaruddin Ambok mendapat perhatian pada majlis perjumpaan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama semua Ketua - Ketua Cawangan di Wilayah Persekutuan rabu lepas di PWTC apabila Bendahari UMNO Segambut Hadi Md Zam membangkitkan " Isu peruntukan duit PRU yang ke 12 " kepada Presiden UMNO di hadapan lebih lebih 500 ketua - ketua cawangan seluruh WP semasa sessi dialog.
Wilayahkini difahamkan ketika Hadi yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO Segambut muncul dihadapan mikrifon untuk bertanya soalan tersebut - semua pandangan tertumpu kearah Pak Lah dan Ketua UMNO Segambut Senator Datuk Kamarudin Ambok yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP.
Perdana Menteri dalam jawapanya kepada Hadi berjanji Majlis Tertinggi akan merujuk segala kes - kes tersebut termasuk semua laporan mengenai sabotaj PRU yang ke 12. Cakap - cakap sudah kedengaran bahawa Hadi Md Zam sudah bersedia dan mempunyai semangat keyakinan yang kuat untuk menentang orang kuat Segambut Datuk Kamarudin Ambok. TERKINI : SILA BACA ULASAN WILAYAHKINI DALAM RUANGAN KOMEN !

FACE OFF 4 DI LEMBAH PANTAI : ANTARA YUSRI DAN RAJA NONG CHIK ?

Lembah Pantai ( Wilayahkini ) -- Politik UMNO Lembah Pantai dikatakan kini berada dalam keadaan yang cukup kritikal khususnya selepas kekalahan calon BN - UMNO - Datuk Shahrizat Abdul Jalil di Parlimen Lembah Pantai pada PRU yang ke 12 baru - baru ini.Walaupun Shahrizat orang luar Lembah Pantai tetapi kekalahanya telah meletakkan UMNO Lembah Pantai hilang wadah perjuangan? Pemangku Ketua UMNO Lembah Pantai Yusri Ahmad dikatakan sudah bersedia untuk menyahut cabaran sebagai Ketua UMNO Lembah Pantai.Yusri dikatakan akan berhadapan dengan mantan Ketua UMNO Lembah Pantai - Datuk Raja Nong Chik. SILA KLIK DISINI UNTUK LAPORAN SELANJUNTYA

Tuesday, July 8, 2008

FACE OFF 3 DI TITIWANGSA : SULEIMAN vs AZIZ JAMALUDDIN !

Titiwangsa ( Wilayahkini ) -- Sudah hampir pasti AJK UMNO Bahagian Titiwangsa Datuk Aziz Jamaluddin yang juga merupakan calon BN- UMNO yang tewas pada PRU baru - baru ini di Parlimen Titiwangsa akan mencabar Datuk Seri Suleiman Mohamad untuk jawatan Ketua Bahagian Titiwangsa.Datuk Aziz dijangka akan mengumumkan pendirianya pada bila - bila masa kata satu sumber kepada Wilayahkini hari ini.UPDATE TERKINI 11/7/08 : Wilayahkini juga difahamkan " Deklarasi Titiwangsa" yang dirancangkan oleh Suleiman Mohamad juga mendapat jalan buntu dimana majoriti ahli - ahli UMNO di Titiwangsa mahukan pertandingan untuk tiga jawatan tertinggi parti diteruskan."Deklarasi Titiwangsa" - yang diusahakan oleh Suleiman Mohamad mahukan jawatan Ketua, Timbalan dan Naib dikekalkan tanpa bertanding.Pada masa yang sama, Wilayahkini juga menerima beberapa respons mengenai hala tuju dan suara UMNO Titiwangsa dalam isu Pembangunan Kampung Baru ? Beberapa emel yang diterima menyatakan rasa kekesalan mereka dengan UMNO Titiwangsa yang bersikap " tidak ambil tahu" mengenai pelan Pembangunan Kampung Baru - dalam Pelan Pembangunan KL 2020.Pada masa yang sama , isu UMNO Titiwangsa telah dibangkitkan pada perjumpaan PM bersama semua Ketua - Ketua Cawangan UMNO di WP , Rabu lepas di PWTC !
TERKINI : ULASAN WILAYAHKINI DALAM RUANGAN KOMEN ...15/07/2008

FACE OFF 2 DI WANGSA MAJU : APABILA ASTAMAN, ZAINAL DAN SHAFIE MENCARI DAMAI ABADI.....

Wangsa Maju ( Wilayahkini ) -- Perkembangan terkini politik Wangsa Maju menyaksikan bekas Ketua Bahagian Datuk Astaman Abdul Aziz mendapat suntikan semangat yang kuat selepas dibebaskan daripada tuduhan politik wang dan kini hanya menunggu pencalonan daripada cawangan-cawangan untuk melayakanya bertanding sebagai calon Ketua Bahagian.
Sumber memberitahu Wilayahkini, kedudukan Astaman dikatakan lebih kukuh dan stabil berbanding Datuk Zainal Nazeri yang juga merupakan Pemangku Ketua UMNO Bahagian.Rata - rata politik Wangsa Maju kini berkisar kepada 3 nama sahaja iaitu Astaman, Zainal Nazeri dan Shafie.Sementara itu sumber di Restoran Al Malek iaitu kawasan yang menjadi " Pangkalan" untuk penyokong Datuk Shafie yang juga merupakan Naib Ketua Bahagian berkata, Shafie sudah bersedia untuk menerajui UMNO Wangsa Maju seterusnya memberikan satu imej baru.Apapun percaturan politik Wangsa Maju memang sukar diramalkan kerana pada saat- saat terakhir akan ada banyak kejutan dan realiti yang sebenar. Ketika beberapa Ketua Cawangan mahukan Zainal Nazeri menjadi Ketua Bahagian tetapi Pergerakan Puteri , Wanita dan Puteri dikatakan berdiri teguh dibelakang Astaman Abdul Aziz.Apapun kini sudah ada cakap mengatakan Zainal - 1 , Shafie -2 ?
MINDA WILAYAHKINI : Masa yang sesuai untuk Zainal dan Shafie bertindak !

Monday, July 7, 2008

MENARIK DI PARLIMEN MENGENAI ISU WP :DASAR PEMBAHARUAN DI WP DAN KL SELEPAS RUNDINGAN MEJA BULAT !

Kita semua masih ingat insiden rundingan meja bulat yang dianjurkan oleh Kementerian WP pada bulan April lepas dimana menyaksikan satu episod yang sungguh menarik ? Berlanjutan dengan isu tersebut--Menarik di Parlimen hari ini mengenai isu yang membabitkan pembangunan Wilayah Persekutuan.Soalan dari Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok -meminta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan dasar dan pembaharuan yang akan dilakukan oleh DBKL selepas rundingan Meja Bulat yang diadakan bersama Ahli - Ahli Parlimen di WP pada bulan April yang lepas.

Sunday, July 6, 2008

FACEOFF DI LABUAN ?- SUHAILI Vs YUSUFF ? SUHAILI LEBIH GAH ?

Labuan ( Wilayahkini ) -- Baru tiga bulan lebih menjadi Ahli Parlimen Labuan- Datuk Yusuff Mahal telah bersedia untuk menentang Ketua UMNO Bahagian Labuan Datuk Suhaili Abdul Rahman untuk jawatan Ketua Bahagian pada bulan Oktober nanti.Datuk Suhaili yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan memutuskan tidak bertanding pada PRU baru - baru demi masalah kesihatan isterinya dan memberikan laluan kepada Yusuff Mahal yang juga merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labuan.
Namun, Yusuff dikatakan sudah bersedia untuk mencabar Suhaili dan dipetik berkata , " berharap mendapat pencalonan yang mencukupi daripada 30 cawangan UMNO di Labuan untuk melayakanya bertanding jawatan Ketua Bahagian", lapor Wartawan Wilayahkini.
Sementara itu, Suhaili yang mula memimpin UMNO Labuan sejak tahun 2001 dipetik dari Akhbar Star ( 5hb Julai 2008 ) berkata " tidak semestinya Ahli Parlimen perlu menjadi Ketua Bahagian dan sayu tetap akan mempertahankan jawatan saya ", katanya.
Suhaili yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan berkata" sebagai seorang Ahli Parlimen dia( Yusuff ) akan kehilangan banyak sekiranya tewas dalam pemilihan jawatan Ketua Bahagian".
Sementara itu, Wilayahkini juga mendapati, " Faceoff" antara Suhaili dan Yusuff menjadi bahan berita utama di Labuan dan pemerhati politik pula berpendapat Yusuff perlu turun padang untuk membantu rakyat dan lebih menumpukan fokus tanggugjawab sebagai Ahli Parlimen yang baru ( baru 3 bulan ). Sebagai Timbalan Ketua UMNO Labuan Yusuff dikatakan boleh memainkan peranan yang penting bergandingan dengan Suhaili sebagai satu pasukan.
Suhaili yang dilihat lantang dalam menyuarakan pendapatnya membabitkan isu - isu semasa UMNO dan juga politik WP dikatakan sudah bersedia dalam semua aspek untuk mempertahankan jawatanya.
Manakala Yusuff pula dikatakan sedang melobi mendapatkan pencalonan dari ketua - ketua cawangan.Apapun satu kepastian yang diterima ialah UMNO Labuan akan mencalonkan Pak Lah untuk jawatan Presiden dan Datuk Seri Najib untuk - Timbalan Presiden.
Apakah reaksi kedua - dua pemimpin? Emel kepada Wilayahkini atau hantar komen !

Saturday, July 5, 2008

CAKAP TAK SERUPA BIKIN - MALAYSIA DI JADI NEGARA KARTUN !

Malaysia diibaratkan sebagai sebuah negara kartun. Inilah dapat disimpulkan apabila beberapa insiden, selepas PRU jelas menunjukkan pemimpin politik tertentu menggunakan rakyat dan media untuk memuaskan nafsu mereka. Akhirnya rakyat menjadi mangsa dan diperbodohkan. Komik Akuan Bersumpah menyebabkan rakyat mula menyampah. Inikah harapan rakyat? Cakap tak serupa bikin - inilah permainan politik sekarang. Insiden meliwat- Konterversi Altantuya, Drama Wayang Kulit Anwar Ibrahim bertajuk - Harapan Menjadi PM 17Sept, Politik tarik tali di Sabah, Drama di Parlimen, Permainan Lompat Si Katak Lompat, Sambutan 100 hari yg tak bermakna dan banyak lagi isu2 remeh temeh perlu dihentikan. Rakyat dan Media mempunyai kuasa untuk menolak semua ini. Rakyat semakin menderita kerana kenaikan harga minyak tetapi, pemimpin politik sibuk memuaskan agenda peribadi dan bukanya agenda rakyat. MARILAH KITA SAMA MEMULAUKAN MEREKA SEMUA. Demo ala Reformasi untuk Pembaharuan. Sila baca juga kupasan Ketua Pengarang Star Dato Wong Chun Wai dlm laman blognya di www.chunwai08.blogspot.com dan blogger terkenal www.rockybru.blogspot.com - Wilayahkini !

APA SUDAH JADI DI MALAYSIA ?

Wilayahkini mendapat beberapa emel dan komen bertanyakan-Apa sudah jadi di Malaysia? Insiden terbaru mengenai kes liwat Anwar Ibrahim dan tuduhan Akuan Bersumpah terhadap Timbalan Perdana Menteri yang menyaksikan tiba - tiba insiden Akuan Bersumpahtarik balik dan diupdate menimbulkan banyak persoalan dan tanda tanya.Selepas PRU banyak kejutan dan drama tetapi apakah nasib rakyat jelata? Sila baca kupasan dari Ketua Pengarang Star - SILA KLIK DISINI

Friday, July 4, 2008

POLITIK UMNO SEGAMBUT KIAN PANAS DAN MERUNCING ? EPISOD 2004 BERULANG KEMBALI ?

Segambut ( Wilayahkini ) -- Bahang pemilihan kian dirasakan di Bahagian Segambut yang diketuai oleh Senator Datuk Kamaruddin Ambok yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP.
Sudah ada kata - kata diperingkat akar umbi - " adakah insiden 2004 akan berulang kembali di Segambut dimana Kamaruddin Ambok terpaksa berhempas pulas untuk mempertahankan jawatan Ketua Bahagianya dalam pemilihan kali kedua selepas pemilihan kali pertama dibatalkan".Suasana kali ini dikatakan lebih panas kerana banyak pihak diperingkat akar umbi tidak puas hati dengan Datuk Kamaruddin Ambok dan " Tragedi Rahsia PRU" masih menghantui mereka.Malah Wilayahkini mendapat maklumat melalui emel satu bahawa satu laman blog akan dilancarkan tidak lama lagi oleh kumpulan tertentu bagi memberikan satu imej yang baru kepada UMNO Segambut.

Untuk rekod, pada pemilihan tahun 2004 , Kamaruddin Ambok menang pada pemilihan pertama dengan mendapat 120 undi manakala pencabarnya Azri Mohd Zain mendapat 105 undi-beza 15 undi ( Pemilihan pada 18 Julai 2004 di PWTC). Setelah bantahan , dalam satu lagi pemilihan Kamaruddin mendapat 119 undi dan Azri pula 108 undi.Beza- 11 undi. Untuk jawatan Timbalan pula, orang harapan Kamaruddin kalah - menyebabkan satu lagi tragedi politik yang ngeri kepadanya pada tahun 2004.
Kali ini , beberapa nama dikatakan sudah bersedia untuk berentap dengan Kamaruddin Ambok termasuk Bendahari Bahagian.Fenomena terkini di Segambut dikatakan begitu meruncing dan pemerhati politik WP sudah meramalkan akan ada kejutan besar !- TERKINI : Ulasan WILAYAHKINI dalam ruangan komen !!

Thursday, July 3, 2008

APABILA TAN SRI AZIZ MAHU GERTAK KERAJAAN DAN BERSIKAP LUPA DARATAN......

Bekas Pengerusi MAS Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman yang kini kononya bergelar dirinya sebagai Pengerusi Gabungan Untuk Selamatkan Kuala Lumpur yang diwakilili sebanyak 35 Persatuan Penduduk yang bertaraf kaya raya disekitar Bangsar dan Damansara mendesak Kementerian WP dan DBKL menangguhkan meluluskan Draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur ( KPCP) 2020. Beliau turut mengertak kerajaan bahawa Gabungan tersebut akan mengadakan demontrasi jalanan sekiranya Perdana Menteri tidak mahu menerima tuntutan mereka.Inilah sikap dan perawatakan sebenar Tan Sri Abdul Aziz apabila terlalu terdesak sehingga lupa daratan.Adakah beliau lupa jasa baik DBKL kepada penduduk sekitar Damansara dan Bangsar selama 50 tahun sebelum ini? Kenapa sampai mahu menamakan Gabngan Selamatkan Kuala Lumpur ? - Adakah KL dalam keadaan yang begitu sampai nak runtuh?Jangan cuba nak jadi hero ataupun tikam dari belakang ketika BN tidak mengusai Kuala Lumpur.Jangan cepat lupa.Sekiranya terlalu ghairah - tiada banyak beza antara si Aziz ini dengan pihak pembangkang di Kuala Lumpur. PERTAMA SEKALI, orang seperti Aziz ini perlu ingat, KL bukan sahaja di wakili oleh 35 Persatuan Penduduk dan YANG PENTING sekali PELAN DRAF KL MERUPAKAN HANYA SATU PELAN DERAF SAHAJA dan bukanya telah di GAZETKAN.Belajarlah nak berikan pandangan dengan secara berhemah dan bersopan dan jangan bersikap kurang ajar sampai nak mengertak kerajaan.Wilayahkini juga tidak menyokong sebulat- bulatnya pelan tersebut kerana ada beberapa kelemahan yang perlu diatasi dan pihak kerajaan telah memberikan masa kepada kita semua untuk kemukakan bantahan dan marilah kita sama berikan pendapat secara baik dan tatatertib, bukanya dengan cara yang emosi !
Komen Datuk Bandar Kuala Lumpur - SILA KLIK DISINI
Komen dari rakan blogger - SILA KLIK DISINI

Tuesday, July 1, 2008

BANDAR TUN RAZAK , PERMATANG PAUH PILIHAN ANWAR IBRAHIM ?

KUALA LUMPUR ( Wilayahkini) -- Banyak spekulasi mengenai kerusi Parlimen mana pilihan Anwar Ibrahim selepas beliau mendedahkanya semalam.Beliau dikatakan akan mengumukanya pilihanya minggu ini.Satu berita yang dinanti- nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia bagi melihat percaturan politik Anwar Ibrahim ketika negara dikejutkan dengan isu meliwat ahad lepas.Para pemerhati meramalkan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak ( WP ) dan Permatang Pauh ( P.Pinang )menjadi pilihan utama Anwar Ibrahim?
Anwar Ibrahim dikatakan lebih berminat untuk mencari kawasan yang paling selamat bagi menghidupkan semula karier politiknya untuk menjadi PM, dan ada sumber juga berkata, kawasan lamanya yang kini diwakili oleh isterinya Wan Azizah menjadi pilihan utama - kerana ianya merupakan kubu kuat Anwar kerana kawasan tersebut masih menjadi " kawasan selamat Anwar" sehingga hari ini.Parlimen Bandar Tun Razak yang dimenangi oleh Khalid Ibrahim - Menteri Besar Selangor , merupakan satu kawasan baru dan dimenangi dengan majoriti undi yang kecil dan mempunyai risiko yang tinggi.Bekas Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan orang kuat Parlimen tersebut Datuk Tan Chai Ho yang juga merupakan Pengerusi MCA WP dikatakan sudah bersedia untuk menyahut cabaran sekali lagi sekiranya ada pilihanraya kecil.Malah Tan lebih kerap berada di Bandar Tun Razak berbanding dengan Khalid Ibrahim.Tan juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak selama 3 penggal di sana.Satu lagi bab pilihanraya?