KUALA LUMPUR -- 13 Bahagian di Wilayah Persekutuan sudah menjadi sasaran bagi penyokong - penyokong dan juga agen - agen calon Timbalan Presiden menjelang pemilihan UMNO mac tahun depan.Wilayahkini difahamkan Datuk Seri Ali Rustam dikatakan mendapat sokongan yang kuat di Wilayah Persekutuan berbanding dengan dua calon lain iatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Muhamad Taib. Malah dengar juga cerita - cerita yang mengatakan team Muhyiddin Yassin begitu risau dengan perkembangan tersebut.
Ketika ini, banyak pendekatan dan cara yang digunakan untuk mendekati para perwakilan di Wilayah Persekutuan , mahupun G7 ataupun G6.
Namun, kumpulan G7 dikatakan menjadi sasaran utama mereka. Ramai perwakilan di Wilayah Persekutuan pula dikatakan begitu " selesa" dengan cara Ali Rustam ?
Dari segi pencalonan pula, Ali Rustam mendapat pencalonan daripada Bandar Tun Razak, Kepong, Batu, Lembah Pantai , Setiawangsa dan Segambut.
Manakala Muhyiddin pula mendapat pencalonan dari Cheras, Titiwangsa, Labuan, Cheras, Bukit Bintang, Wangsa Maju dan Putrajaya. Muhamad Taib pula hanya mendapat satu pencalonan dari Seputeh.
Pencalonan yang diterima dari bahagian Setiawangsa yang diketuai oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan bahagian Segambut yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP Senator Datuk Kamaruddin Ambok dikatakan memberi suntikan semangat yang kuat kepada Ali Rustam.