Monday, December 22, 2008

PERLANTIKAN JAWATANKUASA BAHAGIAN SETIAWANGSA : "KENA TUNGGU DULU SAMPAI TAHUN DEPAN" ; ABDULLAH MAT DILANTIK SEMULA !

SETIAWANGSA --" Kena tunggu dulu sampai tahun depan", begitulah reaksi yang diberikan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa Datuk Seri Zulhasnan Rafique mengenai perlantikan jawatan utama UMNO Bahagaian Setiawangsa bagi penggal 2008 - 2011 termasuk Ketua Penerangan , Bendahari dan 7 orang AJK Bahagian secara lantikan.
Namun, Zulhasnan Rafique yang juga merupakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan mengumumkan perlantikan semula Abdullah Mat atau lebih di kenali sebagai "Pak Lah" sebagai Setiausaha Bahagian.
Walaupun sebelum ini ada macam - macam spekulasi politik mengenai perlantikan jawatan - jawatan tersebut, tersmasuk setelah penyandang Bendahari Datuk Fauzi Zahari telah menang untuk jawatan Naib Ketua Bahagian. Beberapa nama yang dikaitkan bagi mengisi jawatan tersebut. Bagi jawatan Ketua Penerangan pula ada pihak yang meramalkan , penyandang Ahmad Hashim akan dikekalkan kerana beberapa sebab. Kita tunggu dulu.....!
Namun, kehangatan politik Setiawangsa dikatakan sudah sejuk kembali selepas pemilihan yang diadakan baru - baru ini.
Sementara itu, UMNO Bahagian Setiawangsa : Iltizam memperkasa pimpinan dan merakyatkan UMNO, sila KLIK disini .

8 comments:

umno cheras said...

Tahnniah kepada Pak Lah kerana dilantik semula sebagai Setiausaha Bahagian.Anda memang layak.

Restoran Rasa Sayang said...

UMNO Setiawangsa memang sentiasa aman dan damai. Ada sekumpulan ingat mereka pandai sangat.Nak buat kecoh tapi tak jadi. Mengenai perlantikan tu, kita tunggu dulu. Tapi saya harap Datuk Zul kekalkan Ahmad Hashim.

Anonymous said...

Pak Lah atau Abdullah Mat memang merupakan pilihan yanf tepat. Fikir fikirlah.

Anonymous said...

Mari kita amalkan politik kasih sayang

Anonymous said...

setia wang sa...'setiakan wang sahaja';

au3 said...

Isu Umno Setiawangsa
Ini perlu dilihat dalam
Skop yang lebih terbuka
Khususnya dari segi sejarah dan keikhlasan.
Kita cuba tengok siapa
Pemimpin yang setia di Setiawangsa.
Jangan kita nak main tuduh. Ramai diantara kita hanya pandai
Bercakap dan buat tuduhan yang melulu untuk
Syok sendiri aja.

Anonymous said...

saya sokong saranan yang dibuat oleh au3 tetapi
Kita juga jangan lupa untuk masukkan skop
Kelakuan dan keperibadian seseorang pemimpin apabila dilantik
Untuk jawtan utama di bahagian. Saya melihat Datuk Zulhasnan
Kena bertindak.

Restoran SA said...

Kepada Restoran Rasa Sayang... Haha Hehe Huhu.... kalau tak ader yang kacau, nanti ader orang naik lemak, diorang buat apa je yang diorang suka, politik biasa la mesti ade pembangkangnye.....kalau tak nak ader pembangkang, jangan masuk politik, baik duduk rumah main lat ta li lat hehe....atau kalau takut sangat batalkan je cawangan yang rasa-rasa nampak macam musuh, alah... macam biasa la