Wednesday, December 3, 2008

KEBANGKITAN SEMULA PEMUDA UMNO DI WILAYAH PERSEKUTUAN ; BERANI , LANTANG DAN BERWAWASAN !

KUALA LUMPUR -- Pemilihan diperingkat Pemuda di Wilayah Persekutuan baru - baru ini menyasksikan 10 bahagian di Wilayah Persekutuan menerima kepimpinan baru manakala bahagian Putrajaya, Cheras dan Bandar Tun Razak diterajui oleh penyandang Ketua Pemuda Bahagian.
Pemilihan Ketua - Ketua Pemuda baru dilihat sebagai " Kebangkitan Semula Pemuda Wilayah Persekutuan" , selepas dikecewakan oleh kepimpinan dibawah Datuk Norza Zakaria yang dikatakan telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan. Pemimpin - pemimpin Pemuda yang baru dipilih baru - baru ini, dilihat dapat menyahut cabaran parti serta dapat memperkasakan dan memperkukuhkan lagi UMNO khususnya di Wilayah Persekutuan.
Segambut, Batu, Wangsa Maju, Kepong, Setiawangsa, Titiwangsa, Labuan, Lembah Pantai, Seputeh dan Bukit Bintang adalah diantara 10 bahagian yang telah menerima kepimpinan baru -- dikatakan satu kepimpinan cukup berkaliber.Manakala Datuk Ahmad Zaki berjaya mempertahankan jawatanya sebagai Ketua UMNO Putrajaya dalam pertarungan yang dianggap paling sengit dengan kelebihan tiga undi.
Rizalman ( Bandar Tun Razak ) dan Syed Mehdhar ( Cheras ) pula berjaya memperhankan jawatan masing - masing tanpa bertanding. Pemilihan Naib Ketua Pemuda Titiwangsa, Idham Yasser sebagai Ketua Pemuda Titiwangsa juga menjadi perhatian di Wilayah Persekutuan. Ramai melihat, Idham yang juga anak kepada Datuk Seri Suleiman Mohamad dapat membantu kuatkan lagi Pemuda UMNO WP. Kemenangam Azmi Badaruddin di Setiawangsa juga dilihat sebagai satu perkembangan politik yang menarik. Azmi yang juga bekas Naib Ketua Pemuda Bahagian, menang dalam perebutan empat penjuru.
Kemenangan Mohd Razlan di Seputeh juga dilihat sebagai satu perkembangan positif bagi kebangkitan semula Pemuda di WP kerana beliau dikatakan seorang pemimpin muda yang cukup agresif dan berpengalaman luas.
Kemenangan Mahadhir Sulaiman di Segambut , Moh Taufik di Wangsa Maju dan Azniee Abdullah di Batu juga memperlihatkan kekuatan pemuda Wilayah Persekutan .Mereka bertiga dilihat sebagai anak muda yang cukup lantang dan berwawasan , khususnya Azniee yang dikatakan seorang yang lantang dan berani.
SIAPA BAKAL KETUA PEMUDA WP?
Diantara mereka , siapakah bakal akan dilantik menerajui kepimpinan Pemuda UMNO WP sebagai Ketua dan Naib ? Segalanya bergantung kepada kemenangan Ketua Pemuda Malaysia yang baru.Namun, apa yang pasti , Pemuda Wilayah Persekutuan kini dilihat mempunyai satu pasukan yang mantap dan penuh berwawasan. Nama - nama seperti Zaki , Syed Mehdhar dan Rizalman disebut- sebut mengisi tonggak utama kepimpinan Pemuda WP.
Sementara itu, Pemuda Setiawangsa telah melancarkan lawan blognya baru - baru ini. Sila klik DISINI. Pemuda Titiwangsa juga turut menjejak langkah yang sama. Sila klik DISINI.

13 comments:

Anonymous said...

lantang dan berwawasan? haram...tapi ada la sinar sikit pd Rizalman tu. lain tu....masih lom tunjuk kemampuan...

perkara pertama: kembalikan logo umno asal pada gerakan pemuda wilayah...imej cantik; kerja buruk...apa ke jadahnya...

pendokong wawasan konon...pi rah!

Anonymous said...

Puteri pula- org baru vs orang lama!6 orang bertanding Exco Puteri Malaysia!
Hebat tu...biarlah yang bukan Ketua Pu3 Bhg pulak jadi Exco!Masing2 ada le merasa.

bungaraya said...

Syukur Alhamdulillah,
Diharap angkatan baru pemuda dapat mengubah kedudukan kawasan anda yang kalah ketika PIRU ke 13. Jangan sekali-kali pergunakan jawatan anda untuk meraih kekayaan
peribadi. Jangan cepat kecewa dan jangan jadi tali barut musuh.

Bekas Ketua Pemuda said...

Tahniah kepada semua Ketua Pemuda Bhg yang menang.

Ketua Pemuda Bhg yang layak jadi Ketua Pemuda Wilayah ialah Rizalman Datuk Mokhtar.

Syed Mehdar kalau tak tak ada Datuk Syed Ali kurang bercahaya dia ni.

Datuk Zaki.Sendiri mau ingat lah.Tak ada tokoh.

Idham Yasser.Jadi NaiB Ketua Pemuda Wilayah mmg layak.

Razlan.Mana ada pengalaman mamat ni. Kalau tak Khir Toyo.Bungkus dia kat Seputeh.Dengar cerita mesyuarat pemuda pun dah hentak2 meja.Nak tegas tak bertempat dia ni.

Taufik nasib baik jer.

Ketua Pemuda Bukit Bintang si tengku Azman. Lagi ada ketokohan jika nak dibandingkan dgn Razlan,Aznie,Mahdhir.

Apa2 yg paling layak jadi Ketua Pemuda UMNO Wilayah ada RIZALMAN DATUK MOKHTAR.

mySacRedHeaRt said...

chayok chayok pemuda wilayah......pemuda setiawangsa n titiwangsa dah ader laman blog cndiri, segambut biler lg....dok tggu jgak nie..pls do something.

Anonymous said...

lebih dari 6 calon lah yang bertanding Exco Puteri di WP tu saudara....

muda belia said...

semua yang jadi KP layak dipertimbangkan jadi KPWP...tapi bila beri komen rasanya banyak yang beri komen WPkini bagi pihak 'boss' yg dikempen utk jadi KPWP...

tak payahlah bagitau sapa PALING layak kat ruangan ni...buat panas ja...belakang calon yang dikipas nanti xjadi KPWP mula merajuk nak sabo kwn2 lain...

kalau benar kita akur keputusan kepimpinan tunggu ja KPM baru yg bkl dipilih mac dpn...ni tradisi kempen kipas aircond terlebih...

bukan jawatan yang penting tapi semua KP Bhg kena bijak tangani bagaimana nak mempengaruhi minda juga sokongan anak2 muda supaya memihak kepada BN/umno...

apa yang penting sangat buru keahlian bebyk jika yang diundi dalam PRU13 ttp bukan BN...ini natijah yang dah berlaku masa PRU12...

akhirnya cita rebut laks jawatan2 dlm peringkat atas... pernah x pikir nak lahirkan lebih ramai pemimpin pemuda yang mampu mengalas misi n visi bagi menjayakan agenda AGAMA,BANGSA dan NEGARA....

muda belia said...

tolong...tOLONG...TOLOOOOONG...

isu2 semasa panas kebelakang ini dtg dr komponen BN sendiri namun masih belum kedengaran 'rintihan' dr mana2 KP2 di WP...

tolong...tOLONG...TOLOOOOONG...

masa kempen pemilihan bukan main hebat isu, pidato, gagasan, wawasan, visi dan misi dicanangkan serata antero bahagian... nah kini mana suara2 pang5 pahlawan pemuda bak halilintar membelah langit MANA???...x1 KP yang bangkit beri kritikan juga komen atau PS...

tolong...tOLONG...TOLOOOOONG...

takut keseorangan...buat PS bersama semua KP di WP...itu pun xleh pikir...ginilah pemikiran KP2 yang ada (ancus ancus) abis pemilihan dah x ambik peduli isu nasional...

tolong...tOLONG...TOLOOOOONG...

biar depa belasah (janji masyuk dah sinonim gan pemuda) semua senyap xbertaring... lakonan n jenaka belaka semua KP2...semua jantan x bert...... sendiri makan sendiri simpan...

jadi tolonglah bersuara ni amanah yang akar umbi pilih utk bersuara keperingkat tinggi...mana akar umbi nak bijak berpidato ketua biar pembekuan otak berlaku...

tolong... ini amanah besar KP di WP bkn sekadar cari kepentingan diri n pangkat

Pemuda Insaf said...

Sapa yang layak jadi KP WP?

Untuk memilih Khalifah/Ketua, mereka mestilah:

1. Beragama Islam
2. Taat kepada perintah Allah
3. Menjauhi larangan Allah
4. Amanah
5. Bersedia mati Syahid

Kalau seseorang itu yg nak jadi Khalifah/Pemimpin tetapi dia ialah kaki karaoke/kaki peluk GRO, kaki betina, kaki minum, penerima rasuah, cakap bohong, pemberi rasuah, cakap tak serupa bikin...sendiri kena ingatlah....hancurlah perjuangan UMNO sepertimana yang berlaku kepada pemimpin2 UMNO dan parti UMNO itu sendiri sekarang...maka tolaklah pemimpin tersebut.

Pemuda tak nampak tetapi ALLAH Maha Mengetahui...Ingatlah, jawatan ini hanya didunia, diakhirat nanti kita akan disiksa diatas segala perbuatan yg munkar yg telah dilakukan di muka dunia ini. Kembalilah ke pangkal jalan...ke jalan Allah SWT.

Jangan kerana DUIT kita hilang pedoman, apa yang disuruh didalam Al Quran dan Hadis hanya menjadi mainan kata-kata sahaja...jangan menjadi RETORIK dan HIPOKRIT.

Bangkitlah anak-anak muda..Pemuda-Pemuda UMNO WP yang bakal mewarisi perjuangan Bangsa, kerjakanlah apa yang disuruh oleh ALLAH SWT dan meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah SWT, nescaya Parti UMNO Parti yang dikatakan Keramat akan betul2 menjadi KERAMAT untuk AGAMA, Bangsa Melayu dan Tanah Melayu.....

Perjuangan dan perjalanan kamu akan sentiasa diperhatikan....Wassalam.

Razlan said...

Salam Bekas Ketua Pemuda,

Pertama sekali, terima kasih kerana prihatin dengan perkembangan Seputeh.

Tapi kita, kalau nak dengar-dengar cerita orang, kalau tak betul menfitnah namanya.

Apapun, terima kasih dan jangan lah dok tabur fitnah disebalik nama samaran.

Anonymous said...

Buat suma KP2 WP,

Tahniah atas kejayaan tuan2 sekalian.

satu saja pesanan saya, dalam mengecapi keseronokan atas kejayaan tuan2.... TOLONGLAH JGN LUPA UNTUK MEMARTABATKAN AGAMA & BANGSA.

ingatlah, dalam tempoh 3@4 tahun ini anda sedang dinilai.

AYUH BERSAMALAH KITA BERGERAK MEMULIHKAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT TERHADAP PARTI KITA....


"BIAR MAKAN NASI, JGN MAKAN RASUAH...AMINNN..."


Anak Jati Wangsa Maju

Anonymous said...

selamat berjuanglah sahabat-sahabat

cctv said...

Salam...
Apalah nak dikecohkan pasal KP wilayah ni. Baru dapat jawatan KP bahagian kerja baru nak gerak dah kecoh nak rebut jawatan. Bahagian sendiri perbaiki dulu satukan semua pemuda caw dlm bahagian masing2 baru lihat KPW. Keahlian, Daftar pengundi Aktiviti Pemuda dah siap rancang. Plan untuk PRU13 dah buat jgn wait atas, dorang tu tabur duit aje korang gak yang buat kerja. gerak kerja kena mula dr sekarang. apapun org luar jgn kecohkan keadaan k. Biar yang kat dalam ni setelkan. Ni sahutan KTengganu dah melambai mari kita gegarkan KT.
Salam perjuangan...