Wednesday, December 17, 2008

KEMPEN TIMBALAN PRESIDEN SEMAKIN HANGAT SAMPAI ISUNYA MASUK PARLIMEN !

KUALA LUMPUR -- Siapakah bakal pengganti Datuk Seri Najib Tun Razak bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO dan jawatan Timbalan Perdana Menteri. Isu ini semakin panas walaupun banyak spekulasi dan ramalan dilontarkan setiap hari ini.
Peluang Calon Timbalan Presiden Sama Rata , sila klik DISINI . Sementara itu , semalam seorang Ahli Parlimen PKR dengan lantang bersuara di Parlimen kononya bahawa dia mempunyai bukti seorang calon Timbalan Presiden UMNO terlibat dalam rasuah politik wang. Sila klik DISINI , untuk berita selanjutnya. Berita tersebut telah mengamatkan suasana Dewan Rakyat petang semalam. Malah dakwaan tersebut telah mendapat liputan utama - muka depan akhbar Sinar Harian hari ini ( gambar ). Menjelang hujung bulan ini, ramai akan mengambil peluang untuk bercuti sempena akhir tahun.Bagaimana pula kempen jawatan Timbalan Presiden ? Akan ada cuti sementara untuk aktiviti berkempen ataupun perjuangan diteruskan ?

7 comments:

Anonymous said...

Perlu diambil tindakan segera tapi kena siasat betul - betul.

Kamal, jentik Pemuda said...

BPR lambat sangat nak ambil tindakan.Mestilah orang akan buat macam - macam andaian.Mereka kenalah bertindak cepat sebelum terlewat.Jangan nak duduk makan angin sampai bulan Mac depan.Hancur.

Anonymous said...

Inilah UMNO dan politik wang tapi pihak pembangkang nak cuba ambil kesempatan pulak. Mereka tak ada hak nak campurtangan.Biar BPR putuskan.

Patin said...

alahai .....ini kes lama lah.

jelatek said...

Semua pun main tabur aja.Kat KT nanti lagilah berleluasa.

pemerhati yang memberi nasihat said...

Salam kepada semua...

Memang tidak dinafikan tentang kewujudan politik wang dalam parti UMNO... Bukan sahaja dalam UMNO bahkan banyak lagi parti politik yang ada masalaah politk wang ini termasuklah dalam parti pembangkang sekali pun...
Tak payah lah pembangkang ingin menafikan kenyataan yang tepat ini...

Tetapi bukan masalahnya dan kelambatan pihak BPR ini juga tidak menjadi masalah kerana BPR perlu menjalankan tugasnya dengan teliti...
Takut pula yang di aniaya, difitnah dan tidak bersalah dipersalahkan nanti...

Masalahnya sekarang, kenapa pihak pembangkang dah tahu dan konon nya ada maklumat tentang kes ini yang maklumat nya kita pun tak tahu betul atau tidak itu, beliau tidak lapor kan kepada BPR cepat dan tidak buat laporan itu dengan segera...
Pergi hebahkan dalam Dewan Parlimen berdekah-dekah tetapi tidak buat laporan dengan segera, nak buat apa...
sebenarnya tidak perlu nak hebohkan kat dalam Dewan. Terus je buat laporan... Kalau hebohkan pun bukan nya ahli Dewan boleh buat apa pun...

Adakah pihak pembangkang nak takut2 kan kerajaan?
adakah ini salah satu strategi pembangkang untuk sebarkan cerita palsu dan fitnah?Adakah pembangkang ada niat lain?
Itu saya tidak pasti dan diharapkan maklumat dan kes yang diketengahkan oleh pembangkang ini sesuatu yang benar dan sahih...

Kalau anda semua ada masa dan sudi ke blog saya, pergilah ke http://merevolusikandiri.blogspot.com

Terima kasih... Salam...

Anonymous said...

Macam-macam ujian dan petunjuk Allah keluarkan untuk kita. 1. Zaman siapakah yang membuka dan membenarkan tanah Bukit Antarabangsa dibangunkan? 2. Berjayakah Melaka menyelesaikan isu kepala babi hutan di Pengkalan balak dengan matangnya?

Fikir-fikirkanlah.