Tuesday, January 6, 2009

PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU : CABARAN SEBENAR POLITIK NEGARA TAHUN 2009 SUDAH BERMULA ; CEMAS, GETIR DLL.......!

KUALA TERENGGANU 6 Jan 2009 -- Cabaran politik negara sudah pun bermula.Kini semua tumpuan negara tertumpu kearah pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang disifatkan sebagai satu episod yang tidak dapat diramalkan - siapa yang bakal meraih kejayaan.Yang pasti - ianya merupakan medan ujian getir dan penting kepada BN khususnya kepada Datuk Seri Najub Tun Razak yang mengepalai jentera BN.
Malah pemerhati politik juga meramalkan ianya perjuangan paling mencemaskan bagi Najib yang kini sedang menunggu giliran menjadi Perdana Menteri Malaysia menggantikan Pak Lah pada bulan Mac nanti.Malah sehari sebelum penamaan calon banyak isu yang mula disebarkan dan diserang oleh Pakatan Rakyat , namun Najib yakin dan optimis BN akan menang. Sila klik DISINI
Sementara itu, apa pulak komen pemimpin - pemimpin utama UMNO mengenai peluang BN kali ini ? Sila klik DISINI
Pilihanraya Kuala Terengganu menyaksikan pertarungan tiga penjuru diantara calon BN Datuk Wan Ahmad Farid, Calon Pas Mohd Abdul Wahid Endut dan seorang calon Bebas - Azharudin Mamat.
Disebalik kehangatan kempen tersebut, kesempatan pilihanraya kecil tersebut dikatakan telah digunakan oleh calon - calon UMNO yang bakal bertanding pada pemilihan parti pada bulan Mac nanti. Wilayahkini difahamkan , ramai calon dan penyokong sudah berkampung di Kuala Terengganu sejak seminggu lepas untuk menjayakan dua misi berkempen.
Wilayahkini juga nampak , ramai juga wakil - wakil daripada Wilayah Persekutuan berada di Kuala Terengganu bagi membantu calon BN kali ini.

3 comments:

Anonymous said...

jangan pergi sana nak tunjuk hensem sahaja....aku nak perhati secara terperinci sesiapa yg pergi sekadar melancong di batu burok...atau kecoh di pasar payang...

harap mereka yang dah dipertanggungjawab jaga peti undi...sila berbuat demikian..

p/s: norza kerdil jaga kws cina...'dia memang pandai jaga cina'...(masa kat opis kewangan pun byk jaga cina...MKT pun pandai bagi tugas. jaga melayu...hancur lebur. tahniah..

Anonymous said...

BN kena kerja kuat. Jangan asyik syok sendiri dan bagi maklumat tak betul. Yang datang dari luar KT tu, janganlah buat perangai macam bagus sangat. kena hormat orang tempatan.

Anonymous said...

khabar KT -

ada org yg balik awai...marah2 kat ketua pemuda macai sebab x angkat beg...

kesian..dah jd ketua pemuda pun masih hamba sahaya...